Sunday, August 25, 2013

Adil dan Indah



Alhamdulilah, syukur pada Allah atas nafas dan minda yang sudah terbiasa dengan tadbiran syukur, lantas senyum mengukir dibibir walau hari ini bermula dengan rasa kecewa yang tidak bertepi lantaran LEWAT TERJAGA dari tidur dan anak anak tidak ke sekolah. Tubuh tua ini kalau kurang rehat terutama TIDUR YANG CUKUP pasti tidak berdaya untuk bangun pagi apalagi bila makzurah. Melalui hari hari sebegini memerlukan daya kekuatan emosi, minda dan spiritual, begitulah kita manusia, bukan semuanya boleh capai sebagaimana dirancang, begitulah manusia seperti kita bila agar longgar pergantungan pada tuhan, agar bersimpang matlamatnya, maka tidak tepatlah sasaran yang dituju.
Aku memilih untuk tidak menjeruk rasa, sebaliknya aku memilih untuk menerima kelemahan diri yang semakin berumur ini, aku perlukan rehat yang cukup, satu kenyataan ialah aku perlu membuat satu PERATURAN BARU untuk rumah, NO TV. I have to start by today, living with NO TV, just tv at the evening, while doing my chores. Bila melihat tv, mala satu persatulah yang ingin terus dilihat dan ditonton terutama movie kehidupan yang semakin hebat ditayangkan. In sha Allah, peraturan ini akan berhasil. Arahan telah dikeluarkan pada Fayyadh dan Harraz di rumah, doing your BM exercise, and NO TV. Malam ini tugas besar aku untuk 3 jam ialah mengajar matematik Harraz.
Alhamdulilah, hari sebegini hari ini aku belajar untuk BERTENANG DAN SENYUM. Terasa masih banyak tenaga dan ketenangan bersisa, dan aku yakin pada petang nanti tenaga dan tenang pasti semakin banyak. Sambil menanti temu janji pelajar yang bakal berlangsung jam 11 pagi, aku tidak meneruskan kerja seperti yg disenaraikan, sebaliknya aku lakukan kerja kerja sampingan yang OK jika diganggu, dan diselitkan bersama PENULISAN BLOG, sudah banyak hari tidak menulis, since last Friday, hati sudah berkata kata, jiwa bagai meronta ronta, aku perlu wajibkan SETIAP HARI MENULIS. In sha Allah ..In sha Allah, aku sangat berhajat untuk sampai seawal jam 7 pagi, menetapkan 45 minit menulis dan 15 minit SOLAT DHUHA. Hari ini sudah 19 Syawal, esok 20 Syawal, aku baru boleh mulakan  PUASA GANTI DAN SYAWAL. Hari ini tiada istilah WAKTU REHAT, hanya pergi makan dalam 15 minit dan sambung kerja, balik harus lewat sedikit dalam 5.15pm. Waktu yang terlepas perlu diganti, waktu kerja tidak boleh kurang sedikitpun untuk HALAL PERIUK NASI.
Alhamdulilah semakin hari aku semakin rasa bahagia sebenar, rasa bahagia ini bertambah bila aku semakin faham diri sendiri, apa yang aku mahu dan aku cukup kuat untuk mengenepikan setiap halangan dan punca stress kehidupan. Betulah kalau coach aku selalu sebut, CLARITY LEADS TO POWER. Alhamdulilah aku semakin terasa POWER yang sedang berpusing dalam diri aku. Alhamdulilah hubungan dengan anak anak semakin rapat, dan anak anak sudah menyuarakan untuk kembali tinggal dengan aku terutama fayaydh. Banyak kebenarannya, tinggal di asrama bukan semuanya bagus, aku akan tinggal dengan dua anak lelaki yang aku rancang sebaiknya demi kebahgiaan kami, biarlah hanya kakak BERJUANG DI KISAS sementara SPM, bila habis SPM kakak akan mengambil tingkatan 6 di sekolah berdekatan rumah dan kami akan berprogramme sepenuhnya untuk MONEY AND YOU, aku akan membuka satu company atas nama anak anak, bukan lagi berpartnership dengan kawan kawan. Wahida akan aku bentuk sebagai the first, YOUNG MASTER TRAINER dan adik adiknya bakal menyusul kemudian . In sha Allah. Bila kita membina IMPIAN, pejam mata seketika, tariklah nafas lega panjang panjang, lihatlah siapa yang kita Nampak dan bagai mana suasananya? Aku Nampak jelas wajah wahida dan Harraz penuh tenaga, mungkin fayyadh lebih kepada organizer atau manager. Aku merasakan banyak KESEGARAN di minda, dan physical, semoga inilah matlamatku terbaikku buat kami semua.

Alhamdulilah, aku kini sudah begitu mahir mengelak orang orang negatif dalam hidup, kami ingin sepenuhnya positif, kami ingin sepenuhnya menggilap potensi dan harapan. Kami tidak perlukan mereka yang berlagak tahu sedangkan hidup sendiri tunggang terbalik, kami tidak perlukan perhatian dan pengiktirafan manusia, kami hanya harap kasih sayang,redha dan petunjuk Allah. Kami ingin meniti hidup sebagai insan yang tidak jemu terus berbuat kebaikan sendiri yang menyokong kebaikan orang lain. Dengan kuasa kasih sayang Allah, kadang kadang orang lain bagai keluarga sendiri J bukankah begitu ADIL DAN INDAH hidup ini. Teruskan carilah hikmah pasti dalam hati terpahat terus rasa syukur ALHAMDULILAH.

Thursday, August 15, 2013

Syawal Sangat Syukur



Alhamdulilah kini Syawal menjelma, diam diam besok sudah 10 Syawal dan besok juga pertama kali dalam hidup menerima undangan ‘open house’ sebanyak 6 buah rumah. Alhamdulilah, perbaiki amalan sepanjang Ramadhan menjadikan Syawal juga berbeza tahun ini. Sangat berbeza, perbezaan itu bermula dengan baju yang tersilap jahit oleh chew menjadikan baju kurung bertukar Maxi, kamera tertinggal di saat saat akhir bersiap pulang menjadikan di pagi syawal penuh barakah aku lebih TENANG menghayati detik detik manis sebuah hubungan keluarga. Nun di sudut hati, aku yakin hikmah disebalik semua itu terlalu baik buat aku.
Hari ini baru dapat gambar Raya, banyak gambar gambar cantik tapi yang paling aku berkenaan dan menjadikan gambar background wall di FB ialah gambar kami berlima. Gambar itu banyak dapat ‘like’, aku tak pasti pada orang lain tapi pada aku sebuah gambar boleh dilihat dan dirasai bawakan orang didalam gambar. Melihat gambar itu terasa SEBUAH KETENANGAN. Syawal semkain hari semakin berlalu, hingga hari ini aku tidak berkesempatan puasa disebabkan demam dan pengambilan antibiotic. Nampak gayanya kalau tidak ada aral Ahad atau isnin boleh mula, sekurang kurangnya dapat 10 hari sunat dan ganti in sya Allah.
Cerita Raya tahun ini sangat hebat di hatiku. Inilah satu tahun yang AKU SENYUM PENUH SABAR malah terasa TENANG setiap kali senyum diteruskan. Aku berikan gambaran pada Mak sediakan juadah sederhana sahaja, paginya pergi solat hari raya, makan pun sederhana dan yang paling nikmat kami berkumpul selepas solat hari raya itu ialah ketika sessi bersalam dan bermaaf maafan. Tahun ini sekali lagi aku langsung TIDAK BERKIRA pasal duit raya, semua yang ada depan mata pasti dapat, inilah RUANG SEDEKAH JARIAH buat aku. hanya 3 jam di rumah Mak kerana member ruang keselesaan orang lain juga tanpa merasa TERSEKAT dengan adanya aku, kami sekeluarga terus ke Kubur Man dan beraya di rumah adik ipar tepat jam 12 setelah hampir 2 jam pemanduan. Jangkaanku jam 6 petang mesti check in di Sutra Beach Resort. 2 jam dengan anak saudara sambil menikmati lemang dengan rending yang sedap cik dan ayah kami bergegas ke hospital menziarahi Ayah cik hubby. Moga dikurniakan Allah kesembuhan dan kembali berpeluang beribadat pada yang ESA.
3 hari di Sutra Beach Resort banyak AGENDA PENULISAN terlaksana. Alhamdulilah, segalanya perlahan lahan dan penuh yakin Allah sedang menyusun sesuatu yang BERMAKNA buat hidupku. Selama 3 hari, makan malam, makan pagi, sedang menyusun anak anak yang pergi beraya sana sini tapi makan tak tentu hala. Di masa yang sama sempat aku mengadakan contact dengan seorang kawan baru dari Sweden yang dikenali dengan panggilan Mag. Untuk travel Europe sudah tidak sukar buat aku dengan bantuan Mag, aku juga membantu Mag memberikan tips perjalanan yang sangat murah di Malaysia ini. It is always GOOD meeting and learning from a new people come into your life. J
Sekembali semula ke rumah Mak, aku sudah mula tidak begitu sihat. Kugagahkan diri memasak Ayam masak Merah buat anak anak pada hari ahad sebab Mak pergi beraya dengan Adik. 
Malamnya sebelum pulang ke Kuala Lumpur, aku sempat beraya dengan Amin Aziz, satu satunya pak cik yang memberikan tumpuan pada aku sedari dulu malah percayakan aku 100 peratus. Seronok di rumah Amin hampir 3 jam, kek yang sedap sedap, buah tangan yang banyak dengan pisang dan kerepek pisang, hati dan dada sarat kasih sayang sebuah perkongsian hati dan perasaan kami. Patutlah ketika di hotel lagi, aku sangat teringatkan Amin, malah aku membuat panggilan telefon berjanji untuk beraya dengannya. Aku dan Amin mempunyai cara fikir yang sama. Ummi Dayang memeluk dan mencium aku macam anak sendiri, sepupu sepupu kurasakan maca, adik beradik sendiri. Ya Allah andai selepas tempoha yang agak lama aku berserah diri dan hati padamu, perlahan lahan kau perlihatkan padaku siapa yang engkau kembali serahkan hatiku. Terima kasih Allah, aku merasa terpukul selama ini rumah pak cikku ini hanya 2 kali kujejaki. Aku berjanji setiap kali pulang akan membawanya BUAH TANGAN dan akan sering melawatnya kerana dalam diam diam dialah yang KUAT PENYOKONG dan mendoakan aku.
Kami pulang terus selepas bersalam dengan Bak dan Mak penuh REDHA penuh PASRAH. Kini aku benar benar mengerti APA DAN BAGAIMANA. Namun setiap yang berlaku Allah sebenarnya sedang memperlihatkan pada RUANG DAN JALAN PADA ALLAH semakin JELAS DAN HAMPIR. Alhamdulilah ya Allah, hamba mu ini berserah hati ini sepenuhnya padamu, berikan aku HIDAYAH DAN PETUNJUKMU, bimbingkan setiap langkahku, permudahkan setiap usaha usaha kebaikan yang aku lakukan. Dalam hati penuh berbunga bunga kerana yakin Allah juga sudah menjawab setiap doa doaku setiap kali ketika aku sujud, temukan aku dengan Ummi Napisah ya Allah, Alhamdulilah petang menjelang hari raya, Aku merasai DAKAPAN HATI YANG KEMAS yang meyakinkan aku, hati kami masih bersatu namun aku redha dengan ujian dan cabaran disekeliling kami. Biarlah HANYA ALLAH yang maha mengetahui, usah kata apa apa selain senyum kerana satu perkataan kita, 1000 tafsiran berbeza yang kita terima. Semangat dan kecekalan ummi tetap menemani perjuanganku hingga kini.
Terima Kasih ya Allah andai tiada kehidupanku bersamanya di dunia ini, aku bermohon satu tempat yang selesa antara aku dan Ummi di Syurgamu. Amin. Syawal ini menjadikan aku SANGAT BERSYUKUR.


Wednesday, July 31, 2013

Musibah bisa bertukar ANUGERAH


Alhamdulilah rasa syukur ini masih tidak cukup dibuktikan dengan perbuatan. Alhamdulilah aku terfikir untuk melakukan sesuatu sebagai tanda aku bersyukur, aku meraikan pemberian Allah, aku berkongsi pemberian itu dengan lapang dada. Alhamdulilah, nafas hari ini masih bersisa bermakna masih berpeluang besar untuk sebarang PEMBAIKIAN DIRI. Untuk merubah kehidupan, dan orang sekeliling kita, ianya bermula dari diri kita sendiri. AKU PERLU BERUBAH!
Aku ingin berubah dari aku yang dulu kepada AKU YANG BARU. Perubahan harus bermula dengan MINDA gabungan SPIRITUAL kerana aku percaya kita ditakdirkan hidup dengan tempuh tertentu di muka bumi ini ada maksud tanggungjawab tertentu. Aku ingin hidup bersama TRUE PURPOSE yang sudah digaris Allah padaku. Allah yang menjadikan kita dari pada TIADA kepada ADA. Allah yang sangat mengenali kita dan setiap pemberiannya SEMPURNA untuk membentuk kita sebagaimana yang dikehendakinya. Segalanya Allah yang adakan, bukan sepenuhnya kemampuan akal cetek kita.
Sejenak bila kita senaraikan betapa banyak NIKMAT ALLAH pada kita, apa yang kita buat sebagai tanda kita sedar hakikat pemberian itu, kita hargai pemberian itu, kita berterima kasih, bagaimana kita buktikannya dengan perbuatan kita. Kita bijak menilai konsep MORE WITH LESS dalam hidup yang berkaitan diri dan business, tapi bagaimana kita meletakkan konsep MORE WITH LESS itu dengan Allah. Kita sekarang berada ditahap infinitive dengan Allah, masih terlalu banyak hak Allah yang kita ambil dan kita berhutang banyak hak Allah untuk diberikan. Tiba tiba hari ini didalam bilik meeting aku terfikir MORE WITH LESS dengan Allah. Kalau kita ada customer, kita tawarkan customer kita hak yang lebih dengan bayaran yang dibuat, customer kita berpuas hati dan pasti tidak akan lari dan berpaling pada service orang lain. Mengapa kita sibuk mencipta system untuk kepuasan hidup sendiri dan hidup orang lain dan kita lupa mendahulukan konsep itu pada Allah. Perkara pertama aku ingin berubah ialah aku ingin keluar dari terus menerus dalam KERUGIAN DAN BEBAN HUTANG dengan Allah.
Allah menawarkan BONUS BESAR dibulan Ramadhan sebagai peringatan. Sejak bila kita melihat Ramadhan sebagai BONUS, secara peribadi aku menyedarinya hanya bila usia masuk 40. Bagaimana cara aku memandang Ramadhan sebelum itu?. Bulan yang pasti LAPAR DAN DAHAGA, tak sabar nak raya, seronok serba baru, makan macam macam, jumpa keluarga boleh menunjuk menunjuk barang branded dan mahal. Masya Allah dekat je dengan FAHAMAN JAHILIYYAH. Masa aku kanak kanak, seronok bulam puasa sebab balik kampong makan cendol dan lompat tikam, main mercun, malam tujuh likur boleh main sampai pagi, berlegar legar di depan kedai ayah cik kampong buloh. Aku tak suka puasa sebab akan sangat lapar. Aku sering berlakon tak tahan dengan harapan mak suruh berbuka. Puasa den PENGERTIAN KOSONG didedahkan pada aku ketika kanak kanak, malah aku pernah curi curi makan, walau dah 20 minit nak berbuka, aku tak rasa Allah melihat. Bila malam seronok pergi surau dekat rumah bukan seronok solat tapi seronok jumpa kwn dan main kejar kejar lepas tu makan makanan yang dihidangkan dan aku biasanya lebih suka makanan yang mak kirim untuk surau.
Keadaan berbeza sedikit bila aku ada anak. Tiba tiba masjid dekat rumah seakan memanggil aku anak beranak bersolat terawikh. Anak anak aku sedari kecil sudah dibudayakan dengan solat terawikh, meriahnya Ramadhan ialah SOLAT TERAWIKH. Seawal umur 3 tahun fayyadh sudah ikut ayah solat dan sujud tak bangun bangun sebab tertidur. Balik berpikul masuk kereta. Wahida juga berbeza, seawall 2 tahun sudah ada telekung sendiri dan duduk dibelakang mama ikut terawikh walau tersengguk sengguk. Menjelang umur 40 tahun, tiap kali aku berdiri untuk solat serentak dengan laungan iqamah, aku pasti menitis air mata, terasa betapa BESAR DAN AGUNGNYA Allah yang bakal aku hadapkan muka sebentar lagi. Kini sudah 23 Ramadhan di usia 42 tahun, Alhamdulilah aku semakin PROGRESSIVE bersama MADRASAH RAMADHAN. Harapan ku Ramadhan kali inilah meninggalkan KESAN ABADI pada diri dan menjadi TITIK TOLAK transformasi diri paling besar atas dasar kolaborasi MINDA dan SPIRITUAL.
Alhamdulilah semalam sudah menjadi malam ke dua aku diberi peluang JAGA dan QIYAMULAIL oleh Allah, tepat jam 4 pagi mata bagai terbuka sendiri, namun aku yakin dan percaya, doa dan rayuan perlu terus terusan diminta kerana Allah suka hambanya yang meminta minta dengannya. Sikap meminta minta dengan Allah adalah menifestasi HUBUNGAN AKRAB dengan Allah. Alhamdulilah aku mula memanjangkan SOLAT TAHAJJUD dan biasa untuk solat taubat dan Hajat. KETENANGAN DAN BAHAGIA yang dirasai dari pengalaman 2 malam ini tidak mampu diungkapkan dengan kata kata. Esok hari terakhir berkerja, selepas esok, aku ingin memberikan tenaga yang lebih lagi, kami akan memulakan solat terawikh 20 rakaat, dan kami hanya akan balik hari Rabu untuk berhari raya kerana ingin sayang untuk tinggalkan solat terawikh yang BACAAN MENYENTUH HATI itu lebih lebih lagi 5 hari terakhir. Sedih rasanya untuk mengucap selamat tinggal pada Ramadhan Kareem, pada suasana solat terawikh, pada getar di hati setiap kali berdiri mengadap Allah. Aku menangis teresak esak bila aku bayangkan apakah ini RAMADHAN TERAKHIR buatku. Sesungguhnya TERLALU SEDIKIT pengorbanan yang telah aku berikan pada Allah sedang TERLALU BANYAK nikmat Allah dengan rakusnya aku nikmati. Aku TERASA MALU dengan Allah sungguh sungguh malu. Perasaan itu bagai menyentap hati dan menghasilkan rasa MENGGIGIL DALAMAN jantung dan hati.

TIDAK SABAR rasanya menunggu malam ini dan malam malam seterusnya bagai BERTEMU KEKASIH HATI, bagai terasa GETAR CINTA dan aku pasti KERINDUAN bila Ramadhan berlabuh tirai nanti. Ya Allah hambamu ini berserah diri sepenuh hati padamu, sekarang aku berani katakana pada diri, aku tidak kisah kehilangan siapa sipa lagi dalam hidup ini selagi Allah sentiasa dihatiku. Kalau inilah rahmat dan hadiah besar dari Allah buatku, ternyata hubungan dengan Allah, MUSIBAH bisa bertukar ANUGERAH. Aku merasainya, aku lebih percaya dan meyakininya, terima kasih Allah atas CINTA DAN KASIH SAYANGMU. Peliharalah diriku agar sentiasa dibawah INAYAH dan RAHMATmu. Amin.