Thursday, July 11, 2013

Ramadhan : Penyucian hati & Pembaikan diri


Alhamdulilah syukur pada Allah, ketenangan udara Ramadhan masih berpeluang untukku menghirupnya…hari ini hari ketiga Ramadhan, masih belum terlewat untuk dilafazkan kata kata aluannya disini …..Marhaban ya Ramadhan kareem, Marhaban ya Ramadhan Kareem..Marhaban ya Ramadhan Kareem. Maha suci tuhanku yang memanjangkan lagi umurku ini untuk menempuh PENYUCIAN HATI dan PEMBAIKAN DIRI.
Ramadhan kali ini aku harapkan agak berbeza, kerana Ramadhan kali ini aku hadapi dengan wajah jiwa yang tidak sama. Aku ingin memutuskan kekangan lama yang dirasakan itulah kehidupan yang betul satu ketika dulu. Kini tujuan atas setiap tindak tanduk diri, terlebih dahulu kupastikan ia sejajar dengan tujuan mengesakan Allah. Berkali aku katakan pada diri, biarlah kali ini berbeza dan sepenuhnya dengan caraku sendiri. Aku ingin mengabadikan diri pada Allah bersama sama mereka yang sanggup mengenepikan segalanya untuk memeriahkan masjid Allah. Bulan ini saja, kita ketepikan segalanya untuk seketika. Alhamdulilah hubby bersetuju dan Harraz bersetuju, Cuma kami hanya ke masjid selepas berbuka bersama di rumah dengan air tanganku sendiri. Ujian pertama untuk terus berbuka di masjid gagal. Harraz tidak boleh terima, dia inginkan rasa selesa, dia inginkan makanan yang terus kenyang, dia inginkan bertambah makan dan minumnya. Anak bongsu itu agak mencabarkan.
Sebagai alternatif, kami berbuka di rumah tapi aku memilih untuk menyediakan makanan yang senang seperti mee goreng, mee rebus, bee hoon goreng, spaghetti, laksa dan sewaktu dengannya. Makan untuk sesenduk bagiku cukup mengalas perut untuk mengagahkan diri berterawikh. Semalam, aku berterawikh sendiri di rumah, bila tiba tiba lepas berbuka hubby sakit kepala. Rancangan manusia macam kita sering saja tidak menjadi kerana ada rancangan yang lebih sempurna disusun indah oleh Allah sejak azali. Kita pelajari susur gelur kegagalan untuk mencari kebaikan yang boleh dipelajari dan diamalkan. Allah tidak pernah menjadikan apa pun sia sia, diwaktu waktu begini, keharmonian perlu diutamakan, terutama keharmonian hati insan insan yang sangat dekat dengan kita. Aku memilih untuk akur dengan kehendak demi ketenangan anak kecil bernama Harraz, tapi sendiri berstrategi untuk tidak melemahkan perut dan badan ini dengan mengambil makanan yang satu pilihan itu berlebihan. Cukup sederhana in sha Allah.
Ramadhan kali ini datang bersama idea. Bukan saja idea untuk merubah cara dan aturan hidup, tetapi juga idea penulisan. Hingga hari ini, idea idea tidak putus putus keluar dari minda ini, dan aku namakannya, JURNAL CINTA RAMADHAN. Sebuah penulisan bersifat spititual psychology yang ditulis sepenuh jiwa. Inilah projek peribadiku sepanjang Ramadhan ini dan ianya datang secara spontan dan terus aku lontarkan pada posting FB dan menulisnya dengan detail dalam manuscript yang akan ditunjukan pada Bro Rahman Baco. Alhamdulilah syukur pada Allah yang memberikan aku rezeki, dan sebesar besar rezeki ialah rezeki keimanan dan buah fikiran untuk berbuat kebaikan dan mencetus kebaikan diminda orang lain.
Ramadhan kali ini benar benar membawa ruh penyucian yang suci buat aku, ketenangannya seluas samudera lautan, subhana Allah terasa indahnya mengetarkan jiwa, malah tidak mampu diucapkan dengan kata kata. Aku hanya mampu berkata, La haulawala kuwwata Illah billahi alillil Azim. Tiada daya upayaku, hanya dengan kebesaran Allah yang maha agung. Hanya perasaan ini yang mampu membantu aku menerokai sudut pandangan cinta sempena hadir ramadhan ini, cinta agung pada Allah yang esa. Hati juga tertanya, apakan ini Ramadhan terakhirku, mengenangkan itu, terasa untuk bersederhana dan tidak mahu melihat dan mengejar kebendaan sebaliknya memenuhi keperluan seorang yang bergelar hamba terhadap rabbnya. Ya Allah apakah aku sedang melalui prose situ? Teringat kata kata dalam bengkel latihan money and you, trust the process, percayalah pada proses. Alhamdulilah , aku lagi mengajak diri bertenang.
Tiga hari bakal berlalu, ada lagi 27 hari akan datang, aku ingin mengahyati hari hari ini dengan penuh erti, berzikir, berdamping dengan Quran hingga capai target untuk khatam lebih awal, bersolat jemaah, bersolat sunat dan berqiyamulail. Izinkan aku ya Allah..izinkan aku ya Allah ..izinkan aku ya Allah. Semoga dikesempatan ini dapat aku bermohon pada Allah tuhan semesta alam untuk menghapuskan dosa dosaku yang terlalu banyak bagai butiran pasr pasir dipantai itu. Semoga Allah menunjukan aku jalan yang benar, semoga Allah mempermudah segala usaha usaha kehidupan dunia dan akhiratku, semoga Allah membuka pintu rezekiku seluas luasnya dan semoga aku berkesempatan berdoa untuk kebaikan orang lain dekat dan jauh. Amin ya rabbal Alamin.


Thursday, July 4, 2013

Persiapan Ramadhan Kareem


Alhamdulilah syukur pada Allah atas segala nikmat kurniaannya, tiada sebaik baik ucapan sebagai rasa terima kasih kerana masih bernafas menikmati kehidupan, masih berpeluang membaiki kesilapan dan masih banyak ruang untuk menyediakan bekalan yang lebih baik menuju ke kampong akhirat sana. Subhana Allah maha suci Allah yang terlalu agung dan menyayangi hambanya, ruang kasih sayang yang diberikan Allah itu adakah kita menggunakan sepenuhnya atau kita hanya sia siakan saja. Moga kita terpilih sebagai insan yang dibawah peliharaannya selalu.
Syabaan sudah berada dipenghujungnya, takut takut sudah tidak ada masa , takut takut juga kematian menjemput tiba tiba, mungkin ini kali terakhir menulis untuk Syabaan bulan diberikan nikmat ibadat sebagai persediaan Ramadhan Kareem. Alhamdulilah, dua minggu ini hati sudah mengetuk ngetuk akal, mempersoalkan persiapan diri dan keluarga menjelang Ramadhan kareem. Alhamdulilah juga, seawal 20 Syabaan, hasrat di hati sudah jelas, kami hanya ingin meraih redha Allah sepanjang ramadhan ini, kami ingin merebut sebanyak banyak peluang menghambakan diri pada Allah, kami hanya ingin menjadikan bulan ini sebagai bulan Mujahadah kami. Alhamdulilah, hati kecil yang naïf ini sudah membuat keputusan, meletakan spiritual dan ibadat sebagai keutamaan, subhana Allah suami dan anak anak sangat senang dipimpin. Terima kasih Allah.
Alhamdulilah, atas keizinan dan perancangan Allah, pagi ini seawal pukul 6 surah Kahfi sudah dialunkan, memohon penjagaan sepanjang minggu dari Allah, seawall 7.50 pagi solat Dhuha sudah didirikan, memohon dipermudahkan dan dperluaskan rezeki, ya Allah hamba ini hanya meminta darimu, hamba ini masih banyak tanggungjawab yang perlu ditunaikan, hamba ini bersedia untuk mengikuti jejak jejak insan yang engkau beri petunjuk, pimpinlah aku ya Allah, Perkuatkan jiwa dan hatiku untuk menjayakan tugasan hidup ini demi keranamu. Alhamdulilah, rezeki Allah yang agung semakin ketara rasanya jatuh keriba ini, terasa kerdilnya diri sedang masih banyak bertaburan dosa ini bagai pasir di pantai. Subhana Allah, aku terpaku dan terkedu dengan nikmatmu. Alhamdulilah, entah dari mana kekuatan dan idea, kami sekeluarga begitu bahagia mengunjungi masjidmu, bahagianya hatiku ya Allah bila melihat anak dan suami berjalan menuju ke masjid, kami berjemaah, maghrib dan isyak, dan kami akan teruskan hingga selepas Ramadhan Kareem dan aku namakan ini THE JOURNEY OF LOVE.
Aku tidak mampu untuk membilang nikmatmu yang terlalu banyak ini, tidak terbilang rasanya, terlalu kerdil diri ini untuk melihat hikmah kasih sayangmu. Aku tidak layak untuk mempersoalkannya dan aku tidak layak untuk demand selebihnya kerana apa yang ada sudah lebih dari sempurna ya Allah. Idea idea penulisan semakin banyak terlahir, pertemuan demi pertemuan dengan insan hebat yang menyokong perkembangan kerjayaku, kami sudah kemas kembali bersatu dengan penuh kasih sayang, subhana Allah inilah seagung agung rezekimu buat insan kerdil ini ya Allah. Alhamdulilah, selepas tinta kasih bonda, kni langkah ingin terus mengorak maju untuk Duhai Hati dan BAHAGIA yang aku cari.
Ramadhan Kareem bakal menjelma, persoalan demi persoalan sudah mengetuk minda. Apa persiapan diri? Persiapan anak anak? Suami? Keluarga kami? Mereka adalah tanggungjawabku bakal ditanya setiap inci persoalan satu hari nanti. Solat, Quran, Zikir, Solat fardhu berjemaah, Quran target khatam sepanjang Ramadhan, sahur bersama, berbuka di masjid demi mendahulukan solat Jemaah. Mohonku pada Allah moga solat subuh pun aku sempat mengimarahkan masjid. Segala aktiviti malam di luar dibatalkan. Hidup ini ada tujuan, dan sebaik baik tujuan ialah tujuan yang sejajar dengan tujuan kita diciptakan. List perancangan Ramadhan sudah kemas tercatat di telefon, Cuma list menu berbuka yang simple belum dibuat, pakaian anak anak akan dibeli hujung minggu ini, agar tidak menganggu ibadat puasa. Kami tidak akan mengunjungi ruang ruang begitu kerana sayangkan masa setiap jam, minit dan saat yang mencukupkan bilangan 30 hari sebulan dibulan Ramadhan Kareem.

Ya Allah Permudahkan hasrat dan impian kami untuk Ramadhan kareem..Amin

Thursday, June 27, 2013

Penambah NILAI


Alhamdulilah Hari ini 18 Syabaan, sudah semakin hampir kedatangan Ramadhan Kareem buat semua umat Islam di muka bumi ini. Subhana Allah indahnya kasih sayangmu, saban waktu disediakan buat kami TALI penghubung agar kami tidak sentiasa leka dek KEMILAU CAHAYA SEMENTARA dunia. Alhamdulilah, hari ini PERJALANAN INDAH dilalui dengan penuh tabah hati, walau ada banyak kekurangan yang perlu diperbetulkan di sana sini. Alhamdulilah, setiap ruang yang perlu diperbetulakan itu diperlihatkan dengan jelas dipandangan MATA HATI.
3 hari berkurung di rumah akibat JERUBU, tapi untuk aku Allah menitipkan sesuatu lebih terkesan dari kesan jerubu itu sendiri. Peluang tinggal dengan anak anak di rumah dan malamnya suami di sisi mengajak aku melihat jika kita memilih untuk bahagia, bahagialah kita, dan jalan bahagia ialah hanya jalan yang selari dengan kehendak dan ketentuan Allah, jalanilah dengan tabah. Kami tidur bersama, kami menonton bersama, kami bermain bersama, kami makan bersama dan semalam, kenangan hubby bermain guitar dan anak anak menyanyi riang tercetusnya idea ‘inilah BAHAGIA yang aku cari’. Sekian lama ku mencari tajuk yang sesuai untuk siapkan tulisan yang diminta Jana, coach conscious creation aku, Alhamdulilah, bukan satu tulisan berjaya aku siapakan malah satu malam sambil duduk berbual dengan anak anak dan hubby, aku boleh siapkan 3, mungkin semalam aku menjadi begitu banyak idea. Yang penting, aku sudah faham bagaimana cara mengahsilkan idea untuk ditulis dengan tajuk itu..subhana Allah, besarnya anugerahmu, Alhamdulilah moga kurnioaan ini menajdikan hatiku dan hati hati insan yang aku sayang semakin dekat dengan mu. Amin.
5 hari meninggalkan pejabat termasuk 2 hari sabtu dan ahad, menjadikan hati ini begitu rindu untuk duduk di meja yang berdepan dengan pelbagai tulisan, plan dan cetusan idea ini bersama sebuah computer. Agak terkial kial pagi ini merangka to do list, Alhamdulilah, aku kembali di track list harian, zikir harian, bacaan harian dan tulsian blog harian.  Aha untuk hari ini, ada element PENAMBAH BAIK NILAI, ‘ Happy to be EARLY and to leave LATE’. Hari ini aku mulakan element ini dan aku gembira melakukannya, pulang agak lewat setiap hari, datang lebih awal dengan gembira, namun tabung integrity with the soul tetap di depan mata. Untuk pagi ini, aku sudah bayar RM 2 kerana sampai office jam 9 pagi. Integrity of the soul juga akan menerima duit RM 5 untuk setiap MC dan EL, dibenarkan tanpa payment hanya Annual Leave dan attending Course. Alhamdulilah, ini system buat diriku sendiri, kalau ianya menjadikan aku gembira dan terbukti membawa perubahan besar.
Aha, hari ini juga kelas tarian di petang hari bakal diteruskan, tak buat tarian juga terbayar RM 2 dan jogging di waktu pagi juga perlu dalam 20 minit. Tabung integrity juga menelan duit jika terkejut lewat untuk solat subuh dan terbabas sebarang timing solat berserta bacaan Qurannya. Alhamdulilah, ini juga akan dipraktiskan menjelang minggu mingu akhir Syabaan. Tulisan positif juga perlu diletakkan sebagai adding value pada aktiviti. Kita manusia biasa, untuk merubah orang lain adalah mustahil, keculai dengan merubah diri kita, dan menarik mereka untuk membudayakannya.

Mohonku pada Allah semoga usaha usaha ini dipermudahkannya. Amin