Thursday, July 4, 2013

Persiapan Ramadhan Kareem


Alhamdulilah syukur pada Allah atas segala nikmat kurniaannya, tiada sebaik baik ucapan sebagai rasa terima kasih kerana masih bernafas menikmati kehidupan, masih berpeluang membaiki kesilapan dan masih banyak ruang untuk menyediakan bekalan yang lebih baik menuju ke kampong akhirat sana. Subhana Allah maha suci Allah yang terlalu agung dan menyayangi hambanya, ruang kasih sayang yang diberikan Allah itu adakah kita menggunakan sepenuhnya atau kita hanya sia siakan saja. Moga kita terpilih sebagai insan yang dibawah peliharaannya selalu.
Syabaan sudah berada dipenghujungnya, takut takut sudah tidak ada masa , takut takut juga kematian menjemput tiba tiba, mungkin ini kali terakhir menulis untuk Syabaan bulan diberikan nikmat ibadat sebagai persediaan Ramadhan Kareem. Alhamdulilah, dua minggu ini hati sudah mengetuk ngetuk akal, mempersoalkan persiapan diri dan keluarga menjelang Ramadhan kareem. Alhamdulilah juga, seawal 20 Syabaan, hasrat di hati sudah jelas, kami hanya ingin meraih redha Allah sepanjang ramadhan ini, kami ingin merebut sebanyak banyak peluang menghambakan diri pada Allah, kami hanya ingin menjadikan bulan ini sebagai bulan Mujahadah kami. Alhamdulilah, hati kecil yang naïf ini sudah membuat keputusan, meletakan spiritual dan ibadat sebagai keutamaan, subhana Allah suami dan anak anak sangat senang dipimpin. Terima kasih Allah.
Alhamdulilah, atas keizinan dan perancangan Allah, pagi ini seawal pukul 6 surah Kahfi sudah dialunkan, memohon penjagaan sepanjang minggu dari Allah, seawall 7.50 pagi solat Dhuha sudah didirikan, memohon dipermudahkan dan dperluaskan rezeki, ya Allah hamba ini hanya meminta darimu, hamba ini masih banyak tanggungjawab yang perlu ditunaikan, hamba ini bersedia untuk mengikuti jejak jejak insan yang engkau beri petunjuk, pimpinlah aku ya Allah, Perkuatkan jiwa dan hatiku untuk menjayakan tugasan hidup ini demi keranamu. Alhamdulilah, rezeki Allah yang agung semakin ketara rasanya jatuh keriba ini, terasa kerdilnya diri sedang masih banyak bertaburan dosa ini bagai pasir di pantai. Subhana Allah, aku terpaku dan terkedu dengan nikmatmu. Alhamdulilah, entah dari mana kekuatan dan idea, kami sekeluarga begitu bahagia mengunjungi masjidmu, bahagianya hatiku ya Allah bila melihat anak dan suami berjalan menuju ke masjid, kami berjemaah, maghrib dan isyak, dan kami akan teruskan hingga selepas Ramadhan Kareem dan aku namakan ini THE JOURNEY OF LOVE.
Aku tidak mampu untuk membilang nikmatmu yang terlalu banyak ini, tidak terbilang rasanya, terlalu kerdil diri ini untuk melihat hikmah kasih sayangmu. Aku tidak layak untuk mempersoalkannya dan aku tidak layak untuk demand selebihnya kerana apa yang ada sudah lebih dari sempurna ya Allah. Idea idea penulisan semakin banyak terlahir, pertemuan demi pertemuan dengan insan hebat yang menyokong perkembangan kerjayaku, kami sudah kemas kembali bersatu dengan penuh kasih sayang, subhana Allah inilah seagung agung rezekimu buat insan kerdil ini ya Allah. Alhamdulilah, selepas tinta kasih bonda, kni langkah ingin terus mengorak maju untuk Duhai Hati dan BAHAGIA yang aku cari.
Ramadhan Kareem bakal menjelma, persoalan demi persoalan sudah mengetuk minda. Apa persiapan diri? Persiapan anak anak? Suami? Keluarga kami? Mereka adalah tanggungjawabku bakal ditanya setiap inci persoalan satu hari nanti. Solat, Quran, Zikir, Solat fardhu berjemaah, Quran target khatam sepanjang Ramadhan, sahur bersama, berbuka di masjid demi mendahulukan solat Jemaah. Mohonku pada Allah moga solat subuh pun aku sempat mengimarahkan masjid. Segala aktiviti malam di luar dibatalkan. Hidup ini ada tujuan, dan sebaik baik tujuan ialah tujuan yang sejajar dengan tujuan kita diciptakan. List perancangan Ramadhan sudah kemas tercatat di telefon, Cuma list menu berbuka yang simple belum dibuat, pakaian anak anak akan dibeli hujung minggu ini, agar tidak menganggu ibadat puasa. Kami tidak akan mengunjungi ruang ruang begitu kerana sayangkan masa setiap jam, minit dan saat yang mencukupkan bilangan 30 hari sebulan dibulan Ramadhan Kareem.

Ya Allah Permudahkan hasrat dan impian kami untuk Ramadhan kareem..Amin

Thursday, June 27, 2013

Penambah NILAI


Alhamdulilah Hari ini 18 Syabaan, sudah semakin hampir kedatangan Ramadhan Kareem buat semua umat Islam di muka bumi ini. Subhana Allah indahnya kasih sayangmu, saban waktu disediakan buat kami TALI penghubung agar kami tidak sentiasa leka dek KEMILAU CAHAYA SEMENTARA dunia. Alhamdulilah, hari ini PERJALANAN INDAH dilalui dengan penuh tabah hati, walau ada banyak kekurangan yang perlu diperbetulkan di sana sini. Alhamdulilah, setiap ruang yang perlu diperbetulakan itu diperlihatkan dengan jelas dipandangan MATA HATI.
3 hari berkurung di rumah akibat JERUBU, tapi untuk aku Allah menitipkan sesuatu lebih terkesan dari kesan jerubu itu sendiri. Peluang tinggal dengan anak anak di rumah dan malamnya suami di sisi mengajak aku melihat jika kita memilih untuk bahagia, bahagialah kita, dan jalan bahagia ialah hanya jalan yang selari dengan kehendak dan ketentuan Allah, jalanilah dengan tabah. Kami tidur bersama, kami menonton bersama, kami bermain bersama, kami makan bersama dan semalam, kenangan hubby bermain guitar dan anak anak menyanyi riang tercetusnya idea ‘inilah BAHAGIA yang aku cari’. Sekian lama ku mencari tajuk yang sesuai untuk siapkan tulisan yang diminta Jana, coach conscious creation aku, Alhamdulilah, bukan satu tulisan berjaya aku siapakan malah satu malam sambil duduk berbual dengan anak anak dan hubby, aku boleh siapkan 3, mungkin semalam aku menjadi begitu banyak idea. Yang penting, aku sudah faham bagaimana cara mengahsilkan idea untuk ditulis dengan tajuk itu..subhana Allah, besarnya anugerahmu, Alhamdulilah moga kurnioaan ini menajdikan hatiku dan hati hati insan yang aku sayang semakin dekat dengan mu. Amin.
5 hari meninggalkan pejabat termasuk 2 hari sabtu dan ahad, menjadikan hati ini begitu rindu untuk duduk di meja yang berdepan dengan pelbagai tulisan, plan dan cetusan idea ini bersama sebuah computer. Agak terkial kial pagi ini merangka to do list, Alhamdulilah, aku kembali di track list harian, zikir harian, bacaan harian dan tulsian blog harian.  Aha untuk hari ini, ada element PENAMBAH BAIK NILAI, ‘ Happy to be EARLY and to leave LATE’. Hari ini aku mulakan element ini dan aku gembira melakukannya, pulang agak lewat setiap hari, datang lebih awal dengan gembira, namun tabung integrity with the soul tetap di depan mata. Untuk pagi ini, aku sudah bayar RM 2 kerana sampai office jam 9 pagi. Integrity of the soul juga akan menerima duit RM 5 untuk setiap MC dan EL, dibenarkan tanpa payment hanya Annual Leave dan attending Course. Alhamdulilah, ini system buat diriku sendiri, kalau ianya menjadikan aku gembira dan terbukti membawa perubahan besar.
Aha, hari ini juga kelas tarian di petang hari bakal diteruskan, tak buat tarian juga terbayar RM 2 dan jogging di waktu pagi juga perlu dalam 20 minit. Tabung integrity juga menelan duit jika terkejut lewat untuk solat subuh dan terbabas sebarang timing solat berserta bacaan Qurannya. Alhamdulilah, ini juga akan dipraktiskan menjelang minggu mingu akhir Syabaan. Tulisan positif juga perlu diletakkan sebagai adding value pada aktiviti. Kita manusia biasa, untuk merubah orang lain adalah mustahil, keculai dengan merubah diri kita, dan menarik mereka untuk membudayakannya.

Mohonku pada Allah semoga usaha usaha ini dipermudahkannya. Amin

Wednesday, June 12, 2013

Penawar Syaaban



Alhamdulilah syukur pada Allah atas nikmat hidup yang dilimpahkannya pada kita, sebagai mana sumpah Allah DEMI MASA, Alhamdulilah aku betul betul terpana melihat betapa begitu PENTING masa dan kepenggunaanya dalam kehidupan. Demi masa yang terus berlalu,hari ini sudah 4 Syaaban, dan hari ini sudah masuk puasa Syaaban yang ke 3 aku jayakan. Maha suci Allah yang mengurniakan KUDRAT dan IRADAT yang tidak terjangkau akalku untuk melalui semua ini, maha pengasih Allah memilih aku menjadikan puasa Syaaban seakan SEBUAH KEMESTIAN, bayangkanlah bila aku tidak berpuasa terasa kepala ini bagai berdenyut denyut sakitnya, terbukti ibadat Allah begitu TINGGI PENAWAR nya.
Subhana Allah terasa diri bagai dipeluk seseorang yang dikasihi, terasa begitu indah dan nikmat perasaan bila dikasihi Allah, terasa begitu teruja dengan penemuan penemuan rawatan dan peluang oleh Allah, Subhana Allah seakan menitis air mataku mengenangkannya. Nikmatnya ibadatmu ya Allah, nikmatnya imanmu, nikmatnya pengabdian diri padamu, aku ingin terus berbisik padamu, betapa aku syukur dan kagum dengan kasih sayangmu. Betapa semakin bayak pintu pintu terbuka buatku satu persatu, terima kasih ya Allah, terasa begitu kerdil aku, terasa begitu insaf di hatiku, betapa begitu sayu dan sangat terharu.
Jadual kerja sungguh padat dengan pengisian bila pelajar baru sudah mula membanjiri university ini. Syaaban tidak mungkin dibairkan begitu saja, walau 3 session ceramah, walau akal seakan terasa tidak mampu berceramah, di masa yang sama berpuasa, bimbang takut kering mulut dan dahaga, tambahan lagi cuaca panas, Ya Allah kuasamu mengatasi segalanya, aku berjaya melaluinya, aku berjaya puasa pada hari pertama. Hari ke dua, aku memilih untuk tidak berpuasa, sepanjang hari bertugas di meja sahaja namun kepala berdenyut denyut badan terasa sengal dan sakit sakit. Berbanding bila aku puasa terasa seakan ada pelindung sejuk pada badan, kepala ringan, hati begitu tenang dan jiwa lapang dan minda begitu terisi. Alhamdulilah, aku cuba untuk memahami apa maksud semua ini, apa system badan ini yang sudah engkau sediakan ya Allah. Aku dipilih olehmu untuk berpuasa, Subhana Allah…Subhana Allah..Subhana Allah.
Bacaan Quran semakin teratur, setiap hari 6 surah wajib sekali solat waktu dan solat sunat dhuha, Alhamdulilah, kini bacaan dengan terjemahan sudah mencapai Surah Al Hajj yang dalam rancangan akan tamat hari ini, permudahkannya ya Allah. Malam nanti akan mula surah baru, dan esok hari jumaat, pasti diserikan diri dengan Al Kahfi. Solat solat sunat sudah mula diimarahkan semula, sebelum solat subuh, aku dirikan solat sunat subuh dengan izinmu, bersama surah Alamtarkaifa dan Alam Nashrah..subhana Allah nikmatnya, malah jam 4 pagi tadi, aku seakan dikejutkan untuk Qiyamulail tapi mungkin aku belum begitu tegap dan kuat lagi, aku akan terus meminta dipermudahkan, ditolong dan diberikan kekuatan untuk merebut peluang ini ya Allah, peluang untuk bercinta dengan mu melalui ibadah ibadahmu. Amin.
Subhana Allah pagi ini sesudah solat dhuha, emak menelefon dan berbual panjang, emak seakan bercerita, aku mendengar, dan menusukkan agenda agenda ibadah dan kekuatan diri, kesian mak, teringat semalam, aku bermohon pada Allah dalam sujudku, ya Allah berikan nikmat beribadat ini juga pada ibu dan bapaku ya Allah, anak anaku, suamiku, adik beradikku. Subhana Allah pagi ini aku terdengar emak membuat pengakuan, entah mengapa pagi ini mak terkenangkan angah, berlinang air mata mak, mak berdoa pada angah, kau murahkan rezeki anakku itu, kami semua bersandar padanya. Aku tidak berdaya untuk menahan air mata lagi, sungguh aku terasa benar, untuk mengubah orang lain, pertama kita perlu merubah diri sendiri.Ayat terakhirku bila emak hampir meletakkan telefon, “mak jaga diri ya, mengadu dengan Allah, kuatkan ibadat walau sukar dan penat macam mana sekalipun. Kita hanya menumpang di sini mak”, aku ingin terus mengucap scrip ini pada mak sebelum aku tukar scrip bila mak sudah tiada nanti.
Subhana Allah Maha suci Allah juga, selepas talk pagi ini aku diketemukan dengan Asiah, seorang staff yang sebelum ini agak begitu dingin dengan aku, aku tidak tahu mengapa, dan aku bingung mengingatkannya. Hari ini, dengan senyum dan salam aku memulakan menegurnya, dan kami berbual seketika, terasa getar ikatan silaturahim yang kuat antara kami, malah di akhir bicara dia sempat memebrikan aku semangat dan kami sempat berjanji untuk saling isi mengisi program bagi keperluan pelajar. Secara langsung, aku ada tugas di mahallah khadijah sebanyak 8 kali disetiap 8 hisbah. Subhana Allah semoga Allah permudahkan usaha usaha PENUH KERELAAN ini.
Satu persatu Allah perlihatkan, satu persatu Allah mengatur temu janji aku pada RUANG DAN PELUANG, tinggal lagi bila tiba masanya, hanya Allah saja yang tahu bila masanya, setakat ini sesuatu yang tidak diduga sudah terjadi, aku terbuka luas ruang berdamping dengan Dato Rahim dan Dean, entah apa lagi projek besar selepas ini, syukur Alhamdulilah, aku tidak kekeringan idea malah seakan waktu yang sesuai untuk aku MENABUR BAKTI DAN TERUS MEMBERI. Subhana Allah betapa aku melihat begitu banyak peluang bila kita lakukan sesuatu MORE WITH LESS dalam hidup ini. Masih ada dua peluang yang dalam penantian untuk perlaksanaan, Stress management programme dengan Nas dan Project di IQKL. Aku perlu bermohon satu persatu pada Allah diberikan buah fikiran, ketetapan masa dan ruang untuk terus meraih KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT secara berterusan.
Subhana Allah, aku terus tersenyum sendiri mengenangkan berbuat baik pada Allah berjuta kebaikan lain menyusul untuk kita, sedang berbuat baik dengan manusia BELUM PASTI apa balasannya. Semoga Allah terus mengawasi gerak geriku dan semoga Allah membuka hatiku untuk melihat apa yang aku PERLU bukan apa yang aku MAHU. Amin ya rabbal Alamin.