Bismillahirahma ni rahim, dengan nama Allah yang maha
pengasih dan penyayang. Sementara menunggu waktu rehat untuk makan bersama kak
Nonie dengan air tangannya, dalam rasa yang penuh getaran gembira, ingin
disiapkan tulisan ini. Rasa gembira ini diiringi rasa syukur yang tidak
berbelah bagi, laluan ini sudah dirancang Allah, kita hanya melaluinya, dan
paling terharu aku melihat air mata kak nonie untuk aku, ya Allah ampunkan
dosaku atas rasa tidak puas hati satu ketika dulu padanya, kini dia kembali
dalam hidupku sebagai kawan sekerja penuh rasa ikhlas dan kasih sayang.
Aku tidak pernah terduga hari ini bakal jadi begitu indah, indah
kerana Allah seakan memperlihatkan hasil sebuah KESABARAN. Aku memang sangat yakin bila setiap kali aku memujuk
diri sendiri dengan tekanan yang dihadapi saban waktu dan hari, yakin bahawa
semua ini adalah dugaan sebelum sesuatu yang besar Allah bakal anugerahkan buat
aku. Alhamdulilah alhamdulilah alhamdulilah ya Allah atas nikmatmu. Tidak
pernah aku terduga bila TRUE PURPOSE menggantikan boss dalam meeting menemukan
aku dengan seorang insan yang berpangkat jauh lebih tinggi tapi begitu
menghargai kelebihan aku. Sekilas kami duduk berdepan dalam meeting boleh terasa
getar gelombang synergy.
Jam menunjukan pukul 4 petang, hari ini terasa begitu cepat
bergerak. Selesai meeting, short discussion dengan kak Nonie, telefon
discussion dengan Syamil dan terjumpa pulak kawan satu UIA, yang sudah bergelar
Prof Madya Nordin, what a small world rasanya setiap kali pusing pusing
bersahabat terjumpa orang orang yang satu ketika dulu berkongsi pengalaman
belajar ditempat yang sama. Ahhh sedar tak sedar sudah hampir jam 3 petang,
kewajipan pada Allah harus ditunaikan segera sekaligus diiringi bacaan surah Ad
Dukhan. Alhamdulilah, kiranya keberanian aku hari ini, melihat scenario telatah
manusia cukup untuk aku katakana NO AT ALL buat mereka. Hadir tidak
menguntungkan, hilang juga tidak bersisa dengan rasa senang hati aku padamkan
no talian mereka. Biarlah aku memilih untuk berkata TIDAK pada diri sendiri dan
mereka. Untuk apa membina ruang yang tidak menyokong my TRUE PURPOSE.
Menyebut tentang TRUE PURPOSE, aku sedaya upaya cuba untuk
membina system diri yang sejajar dengan true purpose yang sudah Allah berikan
disebalik istimewanya aku sebagai seorang insan. Kiranya jika semua ini mampu
aku terokai, aku akan membina ruang lingkup true purpose yang luas. Antaranya,
Counseling Coaching, Interior Designing, Travelling, Planning activities,
Writing, Reading, Adding Knowledge and value, Cooking, Gardening, Spiritual
catalyst. Ada 10 activities yang aku tetapkan buat aku dan setiap kali aku
melakukannya aku seakan membina true purpose yang akan memberikan banyak
kebaikan kepada orang orang sekeliling. True purpose akan membawa lebih barakah
dari Allah dan mengerakan alam sekeliling untuk react sebagaimana react dari
seekor lebah yang tugasnya pada asalnya hanya mengambil madu pada bunga yang
sudah ditakdirkan Allah. Dek kerana ianya true purpose, barakah itu berkembang
biak hingga tanpa sedar ianya berperanan mendebungakan bunga bunga dan
menghasilkan kelangsungan pertumbuhan pokok pokok yang memberikan symbol kebaikan
yang banyak. Perkara perkara ini bila dilakukan bukan saja memberikan aku
sebuah ketenangan, tetapi dimasa yang sama memberikan nafas segar kepada mereka
yang hampir dengan aku. Itulah aplikasi konsep true purpose.
Counseling dan coaching adalah kerja rasmiku, untuk diri
saban waktu terluang aku pasti adding value dari segala aspek. Begitu juga,
jadual pembacaan dan ibadat yang konstant. Pengalaman harian akan dikutip
bersesuaian dengan konsep coaching dan diolah dalam bentuk penulisan harian.
Perancangan dibuat harian, mingguan, bulanan dan tahunan.Kerja kerja rumah
sebagai isteri dan ibu diserapkan dalam cooking, interior designing dan gardening.
Yang terakhirnya, travelling menjadi subject self therapy dan business at the
same time, kemahiran berkomunikasi, bersahabat, coaching dan travel akan
terkumpul bersama dalam project Lady Trip, trip murah free and easy untuk kaum
wanita. Seharian semalam perkara perkara ini berlegar dalam fikiran aku.
Sekiranya semuanya dibuat mengikut flow kehidupan, aku sebenarnya sudah
terbiasa melibatkan diri dalam scope true purpose yang sangat luas. Bayangkanlah
GETARAN BARAKAH yang bakal berlaku. Ya
Allah lebarkanlah pintu pintu rezekimu buat aku….Amin amin amin.
Aku akan terus MELAKAR
IMPIAN ….indahnya hidup bila memilih untuk terus membina dan mengatasi,
dari mengikut arus tangan, mulut, mata dan minda orang lain, apalagi mereka
yang tidak mampu membina dirinya sendiri dan mereka mereka yang jauh dari SEBUAH KEIKHLASAN.