Alhamdulilah syukur dipanjatkan atas kurniaan nikmat dan
rahmat sebagai seorang insan biasa. Semoga nikmat dan rahmat ini akan terus
mengelilingi suasana hidup hingga akhir hayat atau lebih baik lagi saban hari
ditambah nikmat berganda. Maha suci Allah tidak pernah mengenepikan hambanya
walau dalam apa jua keadaan Cuma hanya kita terkadang terleka dan terlupa
seakan nikmat itu hasil usaha sendiri. Masya Allah seringkali kita tersasar
dari mengingati Allah pada setiap keadaan.
Jam baru menunjukan hamper 11 pagi, mata hari ini seakan
mengantuk. Aroma kopi memenuhi seluruh ruang kecil bilik tempat kerja, moga
usaha ini terubat. Baru selesai berbual dengan Yati, cerita hati dan perasaan
juga terselit cerita anak anak dan cabaran mereka. Indahnya sebuah persahabatan
yang dititipkan Allah bersamanya kasih sayang dan penghormatan. Alhamdulilah.
Tugasan pertama seawall pagi hari ini lebih bersifai peribadi. Seawal 8.50 pagi
aku sudah tercegat dipejabat P1 untuk menghentikan perkhidmatan dan sekaligus
memulangkan modemnya. Kali pertama sakit, alhmadulilah kali kedua senang
sangat, kaalu kita tidak tempuh sakit, kita belum tentu menghargai sebuah rasa
senang.
Sesekali mata menjeling to do list yang disediakan dari
semalam. Ah Nampak gayanya inilah to do list for the whole week. Dalam kepala
sendiri ada urgent list, bayar installment training, pergi bank rakyat ambik
document, hubungi bhg payroll MSD dan last sekali baru boleh hubungi Rizal
semula. Kerja sendiri dijunjung, kerja pejabat dikelek. Alhamdulilah serasa
hidup penuh bererti dari tidak ada perancangan langsung.
Hari yang baik adalah sinambungan malam yang baik.
Alhamdulilah semalam dihabiskan masa bersisa dengan sebuah commitment bagus
untuk diri sendiri dan masa depan. Group coaching bersama Amy, susan, Patrick, Cecilia,
Andy dan lain lain banyak menfaatnya selain dari kisah kisah kerja mereka,
coach banyak sekali share tools yang boleh digunakan antaranya focus like and
ignore pain. Namun yang paling besar buat aku seakan orang mengantuk diberikan
bantal ialah Project Design. Presentation terakhir itulah yang ditakdirkan aku
terpanggil untuk pergi dan aku temui apa yang aku SANGAT PERLU. Alhamdulilah aku perlu menyiapkannya hari ahad dan
semak pada hari isnin dan kami perlu membawanya pada hari selasa. Perjalanan
pergi balik walau ada sedikit kelewatan, tapi Alhamdulilah aku sangat gembira
dan terasa serene energy flow. Tugasan ini bakal disentuh semula jam 9.00 mlm
ini.
Pagi jadi sangat indah bila kita berpagi dengan aktiviti.
Alhamdulilah pagi ini mama kejutkan Harraz dan ayah, mama gosokan baju sekolah
Harraz, mama basuh dan sidai kain, mama baca buku dan mama turun kerja tepat
pada masanya. Indahnya hidup bila kita gembira dengan aturan time kita, kita
sentiasa on time, kita ada back up plan, kita cipta solusi untuk diri sendiri
dan kita keep moving forward Alhamdulilah. Namun satu kenyataan yang tidak
mampu disangkal oleh hati ini, hati ini rindu rindu pada sebuah keluarga besar
yang pernah aku miliki dulu, keluarga yang didalamnya seisi keturunan Tuan
Syarifah, keluarga yang didalamnya seisi keturunan Ismail Bakar bapa mertua
aku. Semoga Allah menciptakan pertemuan buat kami, terutama buat aku, biarlah hanya
Allah yang tahu apa yang terjadi dan apa yang aku rasa. Aku tidak pernah
mendendami sesiapa cukuplah hanya sekadar MEMBAWA
DIRI untuk MERAWATI HATI SENDIRI.
Teringat perkongsian Jeanet semalam, isu perhubungan. Isu
yang membuatkan aku terasa bahu dan belakang sarat, aku merasai penangungan
Jeanet. Namun aku tidak nafikan hamper semua kita menghadapinya Cuma berbeza
bagaimana kita mengambilnya dan menanganinya. Cadangan yang diutarakan coach
semalam amat tepat buat aku. Kita tidak mampu merubah orang lain, kita ubah
diri kita, kita ubah environment kita, biarkan environment itu perlahan lahan
merubah mereka. Banyak persoalan hidup bukan sehari semalam penentuan
penyelesaiannya. Alhamdulilah aku berada ditrack yang betul, semoga Allah
memberikan aku barakah yang bertali arus. Amin.
Hidup ini indah susunan Allah buat kita. Perjalanan kita inilah
kisah kita, satu ketika dipuja bukan bermakna selamanya, betapa Allah itu adil
dan saksama sifatnya. Walau apa yang aku hadapi, sesukar mana mahupun segembira
mana, namun yang paling aku syukuri Allah sentiasa menjaga gerak geriku, Allah
sentiasa meneydiakan ruang dan keadaan yang memudahkan aku KEMBALI PADANYA. Ya Allah terlalu besar nikmat cinta dan kasih
sayangmu. Aku sangat bersyukur ya Allah menjadi diriku seadanya kerana aku
yakin dan percaya kejadianmu tidak pernah sia sia.
Courage baru bermula lagi, helaian UPSR dikutip dan dipungut
dan malam ini bermula masa istimewa aku dan Harraz, baca bersama, faham
bersama, selesaikan bersama 1 jam semalam. Doubt telah mula timbul bila
risaukan prestasi Harraz, persoalan commitment sangat jelas kerana Harraz
adalah tanggungjawab aku, Alhamdulilah kini effort untuk action dalam progress.
Ya Allah kau permudahkanlah usaha usaha biasa seorang hamba yang biasa ini
untuk mencipta sesuatu yang LUAR BIASA.
Pimpinlah aku pada jalan yang LEBIH
PERLU disisimu, bukan jalan yang sekadar mahu pada nafsuku. Beriakan aku
keyakinan penuh pada PROCESS yang
berlaku. Amin.