Tuesday, May 14, 2013

Hari yang BAIK bermula malam yang INDAH



Melihat barisan ruang ruang tulisan berbaris peristiwa yang perlu dilakarkan, ah hari ini hati lebih terpanggil untuk menulis cerita hari ini. Cerita simple sebuah kehidupan semalam dan hari ini. Cerita yang mengajar aku erti progress, cerita yang menjadikan sayap tekun semakin berlabuh dan sabar semakin bersarang dihati. Setinggi tinggi rasa syukur hanya layak diberi pada Allah tuhan yang menjaga seluruh alam termasuk diri ini.
Gembira bukan bermakna hidup tiada masalah. Berduka pula bukan bermakna hidup kita sudah tidak ada lagi ruang bahagia. Begitulah lemahnya kita, bila melihat dengan rasa kita hanya merasakan rasa itu seakan sebuah kebenaran, sedang seringkali rasa yang kita besar besarkan hingga tertutup ruang pengelihatan dan deria lain. Hari ini aku begitu faham erti sebuah Progress, bila hidup kita memilih untuk sebuah COURAGE, kita rasakan element doubt ditemani commitment dan seterusnya action dijalankan. Alhamdulilah.
Hari ini bermula dari semalam. Semalam yang aku rencanakan dengan izin Allah, semalam yang menjadikan aku berbeza dari niza yang sebelumnya. Alhamdulilah. Sakit semalam adalah sebuah kerihatan dari Allah, aku bersahaja ke klinik menyatakan sakit dan keperluan ubat tertentu sahaja, hasilnya bil hanya RM30, dan sekembali dari klinik terus menjemput Harraz pulang dari sekolah. Melihat wajah Harraz bila ditanya tentang ujian matematiknya ada rasa bersalah terdetik pada diri aku. Ah aku belum mulakan lagi, mengajar anak sendiri..bila ni?. Rasa ini terus terpahat bersama sebagai doubt and commitment aku. Setiap kali tenguk wajah Harraz tiap kali itulah aku diselubung rasa bersalah. Alhamdulilah inilah rasa yang bukan senang untuk diada adakan.
Waktu petang kami menonton bersama selepas makan tengah hari yang begitu berselera untuk Harraz. Dua cerita aku pilih dari Astro first, sudah terlalu lama aku tidak menonton, cerita Inggeris jarang mengecewakan berbanding cerita melayu. Sebuah rasa indah sebati hinggap dalam sanubari bila aku berbaring disisi Harraz, kami hilangkan risau bersama, kami seronok bersama. Alhamdulilah Allah anugerahkan aku rasa seronok jadi ibu, rasa seronok disayangi anak anak, rasa seronok ada waktu bersama mereka. Sebelah malam kami keluar makan malam bersama, dan aku terpanggil untuk majukan persoalan termination dikaunter P1 di Giza Damansara.
Makanan yang lazat dipesan Harraz langsung tidak mengusik hatiku, selera yang tiada atau kesan tidak sihat pada diri. Aku agak bimbang tentang status P1 aku, lalu aku suarakan pada hubby, “ kalau tidak mampu disciplinkan diri buat bayaran tak payah pakai je” mungkin inilah breaktrough buat aku bila aku berjaya menyatakan tanpa rasa marah atau geram inilah Telling TRUTH with compassion. Alhamdulilah mesej itu sampai dan Hubby kata untuk selesaikan terus walau perlu bayar beribu. Aku habiskan Jus Nenas sepuasnya. Cerita p1 disambung esok hari dan aku perlu merancang untuk ke ibu pejabat p1.
Cerita Inggeris yang dibeli, kami tonton bersama, aku tahu cerita action memang kesukaan hubby. Selesai menonton Harraz tunaikan solat isyak sendirian, dan hubby seakan mencari sesuatu. Hubby mencari iphonenya. Aku sudah ingatkan banyak kali, “saya bukan tak suka share, tapi kalau hilang sayang”. Ternyata apa yang aku cakap tidak jauh dari apa yang terjadi. Dia seakan panic dan tak tentu arah, “last time saya ingat you tenguk fon di Restaurant, we both tenguk fon”. Hubby senyap menghilangkan diri, aku agak dia terus pecut kembali ke Restaurant. Alhamdulilah fon dijumpai, nasib baik, harganya bukan ratus malah ribuan, contact dan information didalam fon lebih bernilai lagi. Sekali lagi aku perlu telling truth with compassion, kali ini pasti work sebab dia tengah mengalaminya “bukan persoalan kedekut atau tak percayakan you. Soalnya tak nak rugi”. Akhirnya dia memilih untuk menukarkan sim card ke telefon lama. Peaceeeeeeeeee J
Perkara yang kita sangat suka kadang kadang jarang kita berpeluang melakukannya. Alhamdulilah semalam aku berpeluang. Banyak clarification berlaku dalam situasi yang bersahaja dan tidak tegang, malah sesekali kami ketawa terbahak bahak bersama. Aku seakan tidak percaya mampu melalui semua ini. Banyak yang kami leraikan, satu pesanan ikhlasku buat hubby, “mintalah dengan Allah selalu, minta dengan jelas minta segala dengan penuh keikhlasan, mintalah jalan dan petunjuk, kita terkadang tidak cukup kuat untuk meninggalkan segala yang kita ada kerana kita sangat jahil dan takut dengan diri sendiri”. “Istiqamah dalam usaha saya bangga dengan usaha usaha abang, quran besar harga berates, Cuma abang perlu selewat mana pun setiada masa bagaimana pun yasin sekali sehari dan almulk sekali sehari perlu”. Kami tidur dalam ketenangan. Alhamdulilah.


Friday, May 10, 2013

REJAB bermula hari ini



Mei sudah datang menjengah pintu kehidupan. Malah hari ini sudah 2 Mei, semalam 1 Mei merupakan cuti umum untuk orang Malaysia yang berkerja, dikesempatan itu juga, kami sekeluarga memenuhi undangan adik Fatin bagi meraikan ulangtahun ke pertama Daim Qhasif. Alhamdulilah bahagianya ada keluarga, bahagianya mengharungi hidup dengan kedatangan dua insan baru dari syurga ini, Mia Qistina dan Daim Qhasif.
Daim Qhasif nama indahnya aku yang berikan. Panggilan manja untuk dia Aeim. Dia agak tidak rapat dengan aku, sebab sesekali jumpa aku lepaskan geram sehabis mungkin memeluk dan menciumnya bertubi tubi. Cara itu dia melihat aku rimas dan sering mengelak. Faktor masa aku mengurus hidup kini dengan hubby, anak anak, kerjaya, belajar, business dan community service sangat mustahil untuk aku sering mengadakan pertemuan demi pertemuan. In sha Allah seeprti anak aank saudara lain, pasti satu hari aku menjadi ibu saudara ditempat teratas dimata mereka, jangan risau bila kita sedang berusaha membina PERKASA DIRI.
Anak saudara bagiku bagai anak sendiri atau mungkin lebih istimewa, sebab itulah kakak sering melahirkan rasa cemburunya bila aku bersama mereka. Aku rapat dengan anak anak saudara dan aku cuba sedaya upaya untuk marah kerana biarlah aku menjadi tempat mereka mengadu. Untuk mereka aku tidak langsung meletakkan standard. Anak sendiri pula berbeza, aku memang impose standard, anak kita acuan kita katakana, dan bila terlebih , kemarahan amsih bisa menyinggahi dalam hubungan. Sekarang aku sudah memahirkan diri sebagai ganti kemarahan, telling TRUTH with COMPASSION, iaitu kita cakap direct tapi jaga intonasi dan emosi. Alhamdulilah niat dihati hanya untuk menyampaikan ilmu Allah, membetulkan keadaan dan khas untuk anak anak, untuk mendidik dengan lebih berkesan.
Sambung
Tulisan ini bersambung hari ini 10 May 2013 jam 3.30 petang. Seakan kesibukan beransur surut untuk hari ini, namun masih ada untuk hari hari seterusnya. Alhamdulilah kesibukan satu kesukaan buatku dan selepas balik dari course, kesibukan bagai satu budaya hidup sihat dan cabaran membina kekuatan dalaman diri. Syukur sangat sangat. Kita tidak akan merasa untuk terkejar dan sibuk kalau kita tidak ada komitment, kesibukan kita itulah action. Kita tidak aka nada komitment kalau kita tidak bertanggungjawab sepenuhnya pada setiap doubt, upset dan mistake yang berlaku dalam hidup kita. Disinilah letaknya COURAGE. Alhamdulilah aku mengalaminya setiap hari kini, dan akus emakin mencabar diri hari demi hari.
Sebagai sambungan tulisan diatas, semalam sekali lagi aku courage untuk menemui adik adik dan anak anak saudara. Apalagi aku baru balik dari Kota Jogjakarta. 3 hari disana bersama kak nonie, Alhamdulilah ingatan pada anak anak saudara, adik adik dan rindunya aku pada sikenit dua orang itu menjadi pemangkin pada komitment aku. sekembali dari dari kerja semalam dan bacaan yasin menyambut Rejab, kami tiga beranak kerumah adik. Gelagat mia dan Aeim sungguh menghiburkan. Setiap seorang begitu teruja dengan souvenir yang aku bawa pulang. 3 jam masa bersama, ketawa puas puas saling kena mengena satu sama lain. Barulah akhirnya terdengar satu puzzle yang memberi jawapan pada situasi aku di Jogjakarta.
Pagi ini selepas bacaan Kahfi separuh, selepas menyiap kerja 3 perkara, hati terpanggil untuk menyambung perbualan telefon dengan mak. Aku pasti aku akan menangis sebab tujuanku untuk mengucapkan SELAMAT HARI IBU. Alhamdulilah, walau dengan nada teresak esak yang melegakan, aku teruskan uacapan pada mak dan aku luahkan rasa terkilan. Mak jangan buat macam ni lagi pada saya. Jangan buat saya rasa terkilan, jangan etragak agak untuk berbincang dengan saya, jangan tolak ruang persahabatan seorang anak dengan ibu yang sekian lama saya bina. Kedengaran mak seakan serba salah. Aku mengaku dengan mak aku seorang yang lurus, aku bukanlah mampu membaca semua gerak geri orang apa lagi bila aku sibuk. Aku appreciate orang bagi tahu dan berterus terang. Sempat aku katakana pada mak jangan buat saya macam ni lagi mak, tak guna saya ada apa yang saya ada, tak guna saya enjoy sedang ibu saya bersedih. Alhamdulilah ada satu rasa lega dan lonjokan rasa hebat bila aku lepaskan semua rasa itu. Mak tidak tahu, I love all her troubles. Bila kenyataan ini aku akui pada diri aku menajdi sangat tenang. Allah memilih aku menjadi seorang anak yang sangat menjaga hati ibunya dan aku yakin anak anakku pasti melakukan aku cara yang sama. Selepas mengambil Harraz, aku bank in duit untuk mak, dan aku mintak Harraz bercakap memberitahu mak melalui talian. Secara tidak langsung aku dan Harraz berkongsi tanggungjawab.
Alhamdulilah, kekuatan hati  dan jiwa semakin terasa. Minda semakin terbuka, saban hari aku melihat indahnya cahaya, saban hari aku terpaku kemilau kasih sayang, saban hari aku mengecapi nikmatnya cinta Allah, saban hari aku bernafas dalam hembusan perjuangan. Sebaik baik perjuangan mulakan dengan perjuangan dalam diri sendiri.

Semoga Allah memberikan aku masa lagi untuk meneruskan luahan demi luahan hati berbisik pada telinga sendiri. Asar sudah semakin kedengaran, bacaan Kahfi kali kedua perlu diteruskan sebelum keluar acara makan makan bersama pelajar keraan menghargai sebuah permulaan perjuangan. Semoga rezeki diberkati dan beri Allah lebih banyak lagi, nikmatnya hidup berbakti sesungguhnya tidak terperi.
Rejab bermula hari ini J

Wednesday, April 24, 2013

Rezeki tidak pernah SUDAH





Alhamdulilah Syukur pada Allah atas nikmat rezeki luasnya yang melimpah ruah. Betapa bertuahnya aku sebagai seorang insan yang bernama makhluk berdiri  sebegitu istimewa dengan limpahan nikmat dan kasih sayangnya. Alangkah rugi mereka mereka yang mengenepikan nikmatnya dalam hidup ini. Diam tak diam hari ini sudah 24 April 2013, bermakna sudah 42 tahun 3 hari usiaku dimuka bumi ini. Semakin hari semakin pendek waktu, semakin kurang tenaga. Semakin banyak kerja. Mana mungkin kalau tidak dapatkan satu system hidup yang betul, kita akan tenang dan bertenaga seperti masa masa muda. Alhamdulilah rezeki luas sering menjengah diri ini.
Hari jadi hanya setahun sekali, syukur pada Allah tahun ini aku masih berkesempatan menikmati hari lahir yang ke 42 dalam suasana yang tidak disangka sangka sekali lagi. Kalau tahun lepas aku dalam training water confident, 40 kawan yang mengaminkan doa ustaz buat aku, bukankah itu rezeki namanya, dan tahun ini, menemui insan hebat seperti Dominique adalah hadiah besar dari Allah, aku menyambut hari lahir dikelilingi suasana penuh cinta dan kasih sayang sesama manusia. Siapalah boleh menduga, pertemuan biasa aku, Saba, Sawiah dan Nor akhirnya terikat dengan programme Money and You sebuah programme exclusive membina minda kekayaan diri dan harta. Ya Allah sesungguhnya doa doaku sering engkau penuhi. Terima kasih Allah.
Alhamdulilah, pagi 21 April, pagi yang membuatkan dua pipiku kemerahan dek ombakan bahagia. Pada malamnya aku sudah berpesan pada hubby untuk bawakan anak anak kecuali kakak yang berada di asrama. Kami minum pagi bersama di Holiday Villa Subang Jaya. Walau aku sangat mengantuk kerana tidur jam 6 pagi, namun aku cukup gembira pagi hari pertambahan umur, aku dikelilingi insan insan yang mengambarkan simbolik TANGGUNGJAWAB dalam kehidupan. Asas money and you ialah tanggung jawab, kita rancang hidup kita kerana kita bertanggung jawab pada hidup kita. Sebelum kita bertanggung jawab pada orang lain, kita terlebih dulu bertanggungjawab pada diri sendiri. Terlalu banyak element element baru yang aku pelajari untuk menyokong rasa tanggung jawab, tak kurang juga sessi  melengkapkan diri dengan forgive and forget dan Letting Go.
Tidak mampu aku ceritakan betapa bangga, bahagia, bersemangat, seronok, dan oenuh syukur rasa dihati bila aku berada ditengah tengah mereka yang bertanggung jawab pada planet bumi ini. Aku dipilih Allah, aku melihat air mata Saba dan Sawiah bila aku memeluk mereka mengucapkan terima aksih kerana melihat potensi aku. Aku juga melihat dalam imbasan separuh sedar, kanak kanak 5 tahun yang berbaju donny and marie warna peach,  berseluar putih dan berambut pendek itu berlari keseorangan ditengah tengah lalang dan pokok kecil, hatiku terasa sunyik melihat gadis kecil itu, dan itulah aku, aku gelarkan diriku lonely Niza. Sebagai menerima nasib diri kerana memahami up set itulah ruang terbukanya peluang, aku yang kini hamper begitu gembira berlari mendapatkan Lonely Niza, aku mendukungnya, memusingkan badannya, begitu riang Lonely Niza ketawa. Kami seakan mengalami waktu indah bersama. Kini baru aku sedar, apa kekurangan didasar hati yang tidak settle dan aku bawa dalam hidup hingga hari ini. Alhamdulilah, aku terpilih untuk melihat semua itu, alhamdulilah sokongan dasarku semakin mantap, alhamdulilah banyak keajaiban berlaku dan alhamdulilah ini semua sempena Hari jadi yang ke 42 tahun aku.
Kilat diluar sabung menyabung, aku terpaksa berhenti untuk memberi laluan masa pada tugasan seterusnya. Sesungguhnya insan bahagia dalah mereka yang bahagia hatinya, hati yang bahagia tidak cukup dengan redha, sebaliknya kemaafan pada diri sendiri adalah permulaan langkah untuk cipta bahagia dalam diri.
Terima kasih Allah atas rezeki mu yang tidak pernah sudah.
Amin