Monday, March 4, 2013

Agung HIKMAH dan RAHMAT Allah




Alhamdulilah, NAFAS MASIH BERSISA bermakna RUANG USAHA masih banyak. Ya Allah kau perlihatkan padaku satu persatu. Hambamu ini terlalu naïf terlalu cetek, terlalu tidak berdaya tanpa HIDAYAH dan PETUNJUKMU. Hari ini 5 March 2013, hari pertama dalam bulan March yang mengizinkan aku meneruskan tulisan diblog ini. Pagi yang HENING penuh DAMAI walau bukan sedikit KEMELUT PERASAAN sedang berlaku. Semuanya menjadi TERKAWAL dengan izin Allah selepas aku berusaha BERMOHON padanya Semalam, pagi ini dan terus yakini hati melalui zikir zikir harian ku yang juga berkebetulan hari ini YA RASHID, maha PEMBERI PETUNJUK, semoga aku mendapat banyak PETUNJUK dari Allah kerana inilah sebaik baik petunjuk buat aku hambanya.
Hari ini hari ke 2, hubby mula tinggal di Shah Alam. Semenjak Ahad yang lepas, dengan BERAT HATI aku melepaskannya pergi, KERANA TERPAKSA dan kerana inilah JALAN TERBAIK buat Kami berdua. Air mata dan sedu sedan aku mengiringi KEPUTUSAN SUKAR ini, kalau berat mata memandang dan sarat telinga mendengar, berat lagi bahu yang memikulnya. Hanya aku TAHU apa yang terjadi dan hanya aku tahu apa yang aku MAHU, dan hanya aku yang BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN bila tidak boleh bersandarkan keputusan dari orang yang TIDAK WARAS fikirannya. Apakan inilah jawapan Allah pada setiap doa doaku, Ya Allah peliharalah Suami dan anak anakku. Doa yang aku sering bisikan didalam hati setiap kali SUJUD TERAKHIRKU. Aku mohon kekuatan dari Allah untuk mengharungi detik detik KEMELUT ini. Ya Allah PERMUDAHKANLAH URUSAN HATI DAN PERASAAN INI.
Tiada apa yang kurang dengan KETIADAANNYA, Cuma terasa LENGGANG. Jadual kehidupan berjalan seperti biasa, seawal 5.30 pagi bangun dengan ucapan Allah Hu Akbar dan doa Alhamdulilahilazi Ahyana Ba’da Amatana wailai Nushur diikuti zikir setaip sepuluh kali Subha Na Allah, Alhamdulilah dan Allahu Akbar dan membasuh Muka dengan Bsimillahi Rahmani Rahim untuk melepaskan SIMPULAN SYAITAN yang pertama ketika tidur. Harraz dikejutkan, Alhamdulilah anak bongsu ini tidak pernah berperangai ketika bangun pagi. Segera dia mandi dan bersiap sambil menanti mamanya siap untuk kami BERSOLAT SUBUH BERSAMA. Seawal 6.30 pagi kami menutup pintu rumah dengan Bismillahi Tawakkal tu Alai Allah 3 kali dan meneruskan La Haula walaquwwata Illah Billahi berjalan menuju ke kereta. Sambil memanaskan enjin kereta, habislah bacaan fatihah, 4 Qul,  ayat kerusi dan diakhiri Bismillahi Lazzi La ya Durru Maasmihi Syaiuun. Meneruskan perjalanan kami dengan Bsimillah 6 sebanyak sepuluh kali dan Zikir harian Imam Al Ghazali hinggalah sampai ke destinasi pertama Sekolah Harraz. Duit saku diberikan secukupnya, bersama sebuah CIUMAN KASIH SAYANG dan BISIKAN AZIMAT, “belajar betul betul ya sayang..Mama sayangkan Harraz dunia akhirat” terus Harraz mencium tangan ibu ini memohon RESTU BERJUANG.
Seawal 7 pagi pasti sudah CLOCK IN attendance harian di pejabat. Memulakan hari dengan Surah Al Waqiah seakan sudah sebati dan terasa kekok meninggalkannya. Sehabis Surah Al Waqiah, memulakan SOLAT DHUHA memohon agar Allah membukakan semua PINTU PINTU REZEKI dan mengurniakan rezeki yang melimpah ruah untuk melancarkan lagi USAHA USAHA IBADAT dan KEBAKTIAN. Kalau tidak berpuasa yang selalunya pada Isnin dan Khamis, terus keluar untuk mengambil tenaga melalui SARAPAN PAGI  sesambil membaca MANZIL. Alhamdulilah, rasa kecewa dengan sikap kawan kawan sekeliling menjadikan aku lebih MENGHARGAI WAKTU SENDIRIAN penuh PENGISIAN SPIRITUAL, kalau tidak kerana TERLALU KECEWA RASA ini sudah pasti aku tidak MENGORAK PERJALANAN LEBIH CEMERLANG sebegini. Benarlah dalam setiap DUKA dan KESUSAHAN ada KEMUDAHAN dan TERSEMBUNYI ANUGERAH HIKMAH. Bergantung pada kita menilai dan cara mengambilnya.
Ditakdirkan berkerja sebagai COUNSELOR PELAJAR banyak mendekatkan diri dengan insan insan BERPOTENSI tapi  diduga dengan pelbagai dugaan. Melalui kes demi kes saban hari, semakin BANYAK BUKTI yang menerpa kotak fikiran bahawa manusia diuji hanya kembali untuk diperlihatkan KEKUATAN dan MENDAPAT RUANG ISTIMEWA BERSAMA ALLAH. Aku memberikan sepenuh jiwa dan raga pada PROFESSION ini, malah setiap renungan dan sinaran mata para pelajar kekal kemas dalam hati sebagai isyarat ‘ I need you as someone for me, help me and guide me’. Semoga Allah terus memudahkan kerja kerjaku dan menghitung semuanya diakhirat nanti sebagai  saham saham terbesar milik peribadiku. Alhamdulilah, semakin ramai pelajar membuat temu janji, semakin bahagia rasa dihati. Aku memiliki kasih sayang yang melimpah ruah, dan kasih sayang ini terus SUBUR UNTUK DIKONGSI dengan orang orang yang memerlukannya. Terima kasih kepada INSAN INSAN ISTIMEWA yang pernah mencurahkan BAKTI TIDAK TERBALAS dalam hidup ini, kerana BAKTI BAKTI mereka TERLALU MANIS dan HARUM dengan KASIH SAYANG…Mak, Bak, Ummi, Arwah Nenda, Arwah Azman, Linda, Iwan dan Fatin. Walau aku dilupakan selama mana dan sebanyak mana , aku sesekali TIDAK AKAN MELUPAKAN KALIAN.
Tiada yang lebih indah dalam kehidupan seharian bila pelan kerja pejabat dan peribadi  SELESAI SEPENUHNYA atau sekurang kurangnya ada ruang penyelesaian dengan seseorang. Waktu pulang, seusai solat Asar berserta bacaan Surah Assajadah, kami dua beranak meneruskan perjalanan pulang selama setengah Jam itu dengan meneruskan Bismillah enam dan Zikir Harian. Kerja kerja rumah sebagai seorang IBU diteruskan termasuk menemani anak makan, belajar dan sama sama menonton sambil menyiapkan kain kain baju. Kami sama sama berada dipembaringan setelah selesai bacaan Alfatihah, 4 Qul dan ayat Kursi dan disapukan keseluruh tubuh dan dibaca Zikir Subha na Allah, Alhamdulilah, Allahu Akbar dan La ila haillalah 33 kali. Sekali lagi ciuman selamat malam untuk Harraz dengan bisikan MAMA SAYANG HARRAZ semoga lena tidurnya dan mendapat tenaga yang cukup untuk esok hari. Selalunya mama meneruskan JUADAH MINDA sehingga mata terlelap sendiri.
Ya Allah jika BEGINI TAKDIR KAMI, aku REDHA ya Allah kerana aku yakin RAHSIA HIKMAH DAN RAHMATMU terlalu besar dan agung.
Alhadmulilah syukur pada Allah.


Tuesday, February 26, 2013

Rehat dan Rawat




Alhamdulilah, syukur pada Allah yang memberikan banyak RUANG dan PELUANG. Walaupun hari ini diduga dengan masalah kesihatan, Alahmdulilah takdir Allah juga sudah memutuskan yang langkah kaki ini tetap menuju ke pejabat untuk settlekan hal hal kecil yang termampu. Alhamdulilah, aku bangga dengan kurnia Allah ini. Ternyata kalau kita seorang yang bertanggungjawab, tidak akan timbul rasa berat dan runggutan menghadapi situasi begini. Terima kasih Allah kerana terus memberikan aku RUANG dan PELUANG.

Badan SERAM SEJUK, kepala BERDENYUT DENYUT, telinga bagai berdesing desing seakan ada bunyi bunyian yang nyaring, sendi sendi bagai menggigil, dengan takdir Allah aku kuat menghadapinya walau semenjak keluar dari bilik Dr tadi, satu ubat pun belum ditelan dan alhamdulilah masih boleh bertahan. Insya Allah sampai di rumah petang nanti, barulah boleh RAWAT DAN REHAT.

Dua hari diminggu ini tak banyak yang boleh dibuat selain session yang berterusan. Tenaga agak terhad. Alhamdulilah ianya masih bersisa, yang penting  SEDIKIT TAPI BERKESAN. Hari ini dalam demam demam, pelajar yang bernama Liyana datang. Aku sangat faham situasi Liyana, biarlah aku membantunya secara peribadi. Apa yang aku keuarkan tidak seberapa berbanding sengsara yang ditanggung hamba Allah ini dalam hidupnya. Sekurang kurangnya Liyana merasa masih ada yang sayang walau tiada ikatan darah dan keluargaan. Moga Liyana mampu menarik nafas lega. Aku sayangkan POTENSI DIRI Liyana. Aku bersedia menjadi sesorang yang dekat dgn Liyana. Semoga Allah membantunya.

Semalam juga berdepan dengan pelajar yang cute bernama Izzah. Izzah sangat pandai tapi tenggelam dalam rasa rendah diri yang sangat tebal. Walau berjaya mendapat 10 A, Izzah gagal dalam interview untuk sambung belajar ke luar Negara. Izzah sangat kecewa dengan diri sendiri. Aku melihat terlalu banyak KUNCI YANG KUAT dalam kepala Izzah. Kami perlu banyak masa dengan pertemuan, untuk merubah Izzah perlu membuka KUNCI KUNCI YANG KEMAS itu terlebih dahulu. Semoga Allah memudahkan kerja kerjaku dengan Izzah, semoga dalam waktu terbatas ini, Izzah akan terus berani mengorak langkah dengan sokongan aku. Alhamdulilah terima kasih Allah, bagaimana harus aku ketepikan RUANG DAN PELUANG ini, sedang inilah sebaik baiknya yang Allah sediakan buat aku. Menemui mereka membuat aku RASA BAHAGIA DAN BERTENAGA.

Kesalahan besar yang aku sering buat ialah BERHARAP. Bukan mudah untuk keluar dari dunia sering berharap. Sebaik baik pengharapan hanyalah HARAPAN PADA ALLAH. Berharap pada manusia hanya menemukan kita dengan RASA KECEWA yang dalam. Tidak berharap menjadi benteng pelajaranku pada diri. Orang yang terus berharap dan tidak belajar dari kesilapan ialah ORANG YANG BODOH. Aku ingin fikir sebaliknya, iaitu berharap pada Allah adalah pasti walau teruk macam mana sekalipun pasti ada HIKMAH TERSENDIRI.

Aku perlukan REHAT DAN RAWAT…seseklai menjenguk tulisan diwall FB dari bekas bekas pelajar membuatkan aku TERSENYUM SENDIRIAN..indahnya hidup ditakdirkan bertemu dan berurusan dengan mereka. Peliharalah bekas pelajar pelajarku ya Allah. Ameen.

Wednesday, February 20, 2013

16th Anniversary : Rezeki JODOH




21 February 2013 adalah tarikh KERAMAT dalam hidupku. Alhamdulilah hari ini aku masih diberikan peluang oleh Allah melaluinya sebagai ISTERI SANI. 16 tahun yang lalu, pada tarikh inilah jam 2 petang kami sah sebagai SUAMI ISTERI. Hari ini aku abadikan sekelumit rasa bahagia atas peluang ini di FB..ALHAMDULILAH 21 Feb 2013 genap 16 tahun REZEKI JODOH ini...segala susah senang, ketawa gembira, sedu sedan, sudah kita lalui bersama ..Terima kasih Allah kerana DIA MASIH DISISI..semoga kami bersama terus GAGAH meniti UJIAN dan DUGAAN..Amin ...tuntut dinner kat THE SHIP mlm ni cik hubby Khamsani Ismail.
Rezeki, Ajal, Jodoh pertemuan dan Kelahiran sepenuhnya ditangan Allah. Aku merasai kehebatan itu. Bukan sedikit cabaran rumahtangga yang aku lalui namun kalau sudah jodoh, pasti tidak kemana. Sesekali mengimbau masa lalu yang semakin jauh aku tinggalkan, kesakitan kekecewaan, lemas dengan air mata dan sebuah perasaan tertekan yang tidak berketepian. Akhirnya Allah menarik aku ketepi dan memperlihatkan aku pengkalan yang KEKAL ABADI. Terima kasih Allah, terima aksih kerana memilih aku untuk melalui semua ini.
Seimbsa lalu bila dikenang kembali, aku seakan berada diruang yang sudah tidak cukup udara untuk bernafas. Aku lemparkan jauh jauh harapan bila kelihatannya seolah aku STUCK di tengah tengah jalan. Seingat aku segalanya beransur kembali selepas aku jatuh sakit pada NOV 2011 selepas seminggu kembali dari Seoul Korea dan antara idea terbesar yang pernah diputuskan selama disana, aku dan dia sudah BERAKHIR.
Siapalah yang tahu, kita merancang sesuatu yang kita fikirkan BAIK dan PERLU, sedang Allah terus menyediakan jalan cerita yang PENUH RAHSIA ditangannya sahaja dan diluar jangkauan akal kita. Siapalah kita sebenarnya untuk tidak bermohon pada Allah sepenuh hati siang dan malam. Pengalaman sakit itu menjadikan aku TERFIKIR, mengapa aku sakit begini tiba tiba, dalam tempuh itu, Hubbylah yang setia menemani aku disisi. Menjawab soalan dalam diri, aku temui jawapannya sendiri, AKU SANGAT JAUH DENGAN ALLAH. Di kala umat Islam solat dan bacaan Yasin di tahun baru, aku meriah berlibur di Myong Dong. Semasa disana lagi, hati aku mengecam diri sendiri, apa aku buat ni?..apa aku buat ni?.
Alhamdulilah menyedari JARAK SEMAKIN BANYAK, aku gagahkan diri dalam sakit mencari penawar melalui bacaan Al Quran, baca dan baca dan terus baca disetiap waktu. Akhamdulilah 5 bulan aku melihat hasilnya, aku didorongkan seorang teman untuk berjumpa seseorang. Alhamdulilah selepas sessi rawatan ini aku semakin sihat dan KESIHATAN YANG BAIK itu aku menfaatkan dalam menggandakan ibadat dan doa doaku menjelang Bulan REJAB.
Rejab, Syabaan dan Ramadhan kami menjadi TETAMU yang menghidupkan bulan bulan itu, Nisfu Syabaan aku bertemu seorang Guru agama dari Indonesia, bagai luruh segala isi hati bila mendengar mutiara mutiara indah dari mulutnya selama 3 jam hinggalah pada Nuzul Quran, aku diberikan peluang oleh Allah Ke Jakarta bersama Mai, mengikuti pengajian Tuan Guru yang dipanggil Bapak dan buat pertama kalinya aku keluar melangkah tenaga, masa,  wang dan ketepikan keselesaan kerana MENCARI REDHA ALLAH. Segalanya bermula disitu, aku melihat diri, aku melihat kegagalan, kekecewaan, sakit hati, conflict yang datang daalm hidup ini semuanya sudah ditakdirkan dalam hidup aku oleh Allah. Kita tidak mampu merubah semuanya, sebaliknya untuk KUAT mengharungi semuanya, MINTALAH DARI ALLAH.
Semenjak aku kecewa dalam rumahtangga, aku gegang rasa kecewa, aku tidur dengan kecewa, kecewa menjadi iklim yang tidak berubah disekelilingku walau dengans iapa aku berada dan walau dimana aku berada, akhirnya buat pertama kalinya ditahun 2012, kami menyambut Hari Raya penuh bermakna bila akhirnya, aku benar benar SUJUD DAN MENCIUM TANGAN hubby penuh ikhlas dihari raya. Malah, hati aku sudah berdetik untuk kembali berhari raya dipangkuan keluarga Hubby. Semenjak itu, cuaca disekelilingku berubah, tiba tiba kami terasa kosong dan tidak sabar untuk hidup bersama anak anak kembali.
Segalanya bagai SUSUNAN PLOT yang sangat hebat dari Allah. Bila anak anak kembali kepangkuan kami Nov 2012, satu persatu kami dihujani berita gembira, gembira dengan kejayaan anak anak, Fayyadh mendapat 4A 1B dan Kakak mendapat 9A, seterusnya, bergugusan berita gembira menjengah pintu hidup kami, bila kakak mendapat tawaran ke KISAS dan Fayyadh dengan mudahnya memasuki IQKL. Dua pintu KETENANGAN BESAR menjadi milik kami, Kakak saban hari mengutip mutiara di BUMI WAKAFAN dan Fayyadh saban Malam mengadap BICARA ILAHI. Tenang sungguh tenang dengan hadiah hadiah yang besar dari Allah ini. Allah memberi terlalu wahal aku baru sedikit berubah, baru sedikit memberi hak Allah, bagaimana harus aku nyatakan syukur atas semua anugerahnya itu, kerana itulah, terlalu indah rasanya bila sepanjang perjalanan dari sekolah kakak pulan kerumah, kami singgah untuk bersedekah, sekolah yang jaraknya 1 jam 30 minit dari rumah itu kami melepasi  30 buah masjid dikdua belah jalan. Alhamdulilah. Sempena untuk bermohon terus rahmat dan barakah Allah, kami adakan kenduri kesyukuran seekor kambing selamat ditumbangkan dan tidak mampu untuk digambarkan dengan kata kata bila melihat 30 lelaki berkumpul dalam saf diruang tamu TERATAK KASIH BONDA untuk bersolat Hajat. Hajatku dan hajat kami sekeluarga, semoga anak anak terus dipermudahkan Allah dalam perjuangan dan semoga segalanya selamat dan berkat.
Sehingga hari ini, hari demi hari kami lalui penuh rasa bahagia, kami semakin GAGAH berdiri untuk melawan arus kehidupan yang didatangkan Allah khas buat kami mencari KEKERDILAN DIRI dan terus BERSUJUD SEBAGAI HAMBANYA. Alhamdulilah syukurku padamu ya Allah, kerana kasih sayangmu yang tidak pernah putus, kerana kasih sayangmu yang luhur dan ranum sifatnya, segala kasih sayang dalam kehidupan kini seakan kembali dengan penuh warna buatku. Bagaimana harus aku nafikan untuk tidak menyintai dia sedang jelas KAU CIPTAKAN DIA KHAS BUAT AKU. Ya Allah barakahlah hubungan jodoh kami, jadikan ia gelangang untuk kami merubah diri dan mencapai tahap INSAN KAMIL disisimu..Amin ya Rabbal Alamin.