Wednesday, January 9, 2013

RUANG dan PELUANG




Alhamdulilah puji pujian bagi Allah syukur atas nikmat dan rahmatnya hingga kini berdiri disini dan mampu melakukan apa yang dihajati. Sungguh besar nikmat ini, semoga Allah terus membesarkan peluang dan usaha usaha seterusnya. Segalanya menajdi sungguh mudah dengan peranan DOA pada Allah. Hari ini hamper 10 hari berpagi. Satu budaya yang agak asing, namun Alhamdulilah Allah permudahkan untuk aku melaluinya dan merasai nikmatnya. Masa terasa panjang, hidup terasa penuh terisi dan bermakna. Seawal 5.30 pagi tangan tangan ini sudah berbakti walau pada anak sendiri, kalau semalam tangan ini menggoreng nasi, hari ini tangan ini membuat sandwich tuna. Alhamdulilah aku berpeluang melakukannya dan aku sangat menghargai peluang dari Allah ini, kita akan lebih merasa bahagia bila kita suka dan sanggup membahagiakan orang lain.
Sebagaimana banyak rezeki dibelanjakan, tidak akan sama banyaknya rezeki yang datang. Kita saja yang tidak menyedari hakikat itu. Pagi ini sempat makan sandwich bersama kak Nonie, selang 2 jam, kak Umai datang membawa seikat kangkung dari kebun Abg Zainal. Allah Huakbar, rezeki banyak bila kita berpagi. Kami sama sama berjanji untuk pergi menziarahi kawan yang sedang berduka meratapi kehilangan ibu tercinta. Melihat seronoknya Kak nonie makan sandwich sambil memuji muji sedap, aku sepintas teringakt kat Mak dikampung, beginilah seronoknya Mak bila sesekali dimanjai anak anak dengan air tangan sendiri. Insya Allah akan aku lakukan pada Mak nanti.

Allah saban waktu memperlihatkan pada aku PELUANG merata rata. Peluang paling besar untuk aku ialah peluang untuk berubah kea rah yang lebih baik saban hari. Aku yakin semenjak dulu peluang juga adalah bentuk rezeki dari  Allah. 2013 terlalu banyak perubahan dari segala sudut, aku mulakannya dengan MINDA. Minda yang positive, minda yang terasuh dan yang paling penting minda yang mendahulukan KETUHANAN. Aku bahagia begini, segala terasa sangat tersusun sempurna dengan izin Allah.

Semalam separuh hari menghabiskan Behavioral interview untuk executives. Alhamdulilah aku gembira berpeluang melaluinya. Teringat aku satu ketika dulu aku pernah berdoa pada Allah mohon agar diberikan peluang untuk diperlihatakan bahawa kami diketepikan bukan bermakna kami tidak bagus dalam tugasan. Alhamdulilah aku secara optimis megenalkan diri aku penuh tulus dan telus untuk memahamkan mereka siapa dan apa yang aku harapkan pada organisasi. Menjadi seorang kaunselor ialah takdir besar dari Allah buat aku. Profession ini sudah banyak merubah hidup aku kearah yang lebih baik. Sama sekali tidak aku ketepikan hanya kerana kerenah orang orang sekeliling sedang tugas belum selesai, masih banyak yang bermain diminda untuk dilaksanakan. Mohon aku pada Allah yang maha mendengar, banyakanlah idea ideaku untuk aku mencipta modul yang sangat bagus yang mampu merubah cara fikir seseorang dan sekaligus merubah perbuatan dan cara hidup mereka. Aku ingin mengendalikan bangkel diri secara master trainer dengan percuma sebagai khidmat bakti dunia dan akhiratku.

Hari ini golongan cerdik pandai berlumba lumba mencari duit. Harga sebuah kebaikan sudah beribu nilainya sedang mereka yang betul betul mahu berubah tidak semestinya berpeluang untuk membayar. Aku tidak pernah bermimpi untuk terkenal tapi aku berimpian untuk terus menyentuh hati hati insane yang ingin menawan dunia dan akhirat dengan sentuhan hati yang penuh kasih sayang.
Ya Allah berilah aku RUANG dan PELUANG berterusan dari mu. Jayakan impianku, permudahkan urusan hidupku. Amin.

Monday, January 7, 2013

Cahaya PENGAJARAN DIRI




Alhamdulilah 9.30am barulah aku memulakan ketukan jejari dikeyboard ini sebagai langkah permulaan pagi selasa masuk minggu ke dua 2013. Seawal 7 pagi aku sudah clock in dipejabat selepas menghantar Harraz ke sekolah tetapi meyambung tidur kembali kerana mata terasa sangat mengantuk mungkin kerana kesan Piriton dan Salbutamol yang diambil sebelum tidur. Bila jam menunjjukan pukul 8 pagi, aku bergegas keluar untuk segelas Nescafe dan sepiring Bee Hoon goreng bagi mengalas perut. Alhamdulilah hidup ini penuh nikmat, kita yang perlu bijak merancang mengggunakan nikmat Allah dan mensyukurinya, segalanya datang dari Allah, sedikit pun tiada kuasa kita sendiri.
Ada 3 tajuk utama sudah dilistkan untuk menunggu peluang ditulis. Semalam terlalu kesuntukan masa, hanya mampu draft outline utk tajuk ketiga. Hari ini hati terpanggil untuk menulisnya. Hari ini hari ke dua Harraz bersekolah agama, bermakna hari kedua juga aku memberikan training untuk Harraz menguruskan dirinya dari sek kebangsaan ke sekolah agama. Semua anak anak tidak sama sifatnya, Alhamdulilah bila anak anak mendengar kata dan menerima pakai setiap tunjuk ajar kita.
Untuk sehingga 8 hari ditahun baru 2013. Aku sudah melakukan satu kesilapan besar dengan Harraz dan diriku sendiri. Kesilapan ini berlaku bila aku kembali tanpa sedar mengulangi HIGH EXPECTATION on others. Aku meletakkan harapan yang terlalu tinggi dan sempurna pada Harraz yang baru baru berada di tahun 5 dan banyak diselesakan oleh neneknya. Aku sangat sangat silap, dan aku kesal dengan diri aku sendiri. Hanya aku bersyukur kerana aku mampu melihat disebalik kejadian ini.
Kejadian bermula bila aku menyuruh Harraz melakukan sesuatu membantu kerja kerja rumah yang ketika itu aku berhempas pulas kepenatan. Aku jelaskan arahan ternyata Harraz tidak mampu melakukannya dan tidak pula ingin bertanya semula. Masa yang diambil sangat lama dan aku sudah mula naik angin satu badan. Aku mula menjadi risau dan tertekan, how the way dia respond pada pembelajaran didalam kelas. Aku marahkan Harraz, terkeluar dari mulut aku, How you choose to be stupid you, benda sesenang ini pun tak boleh buat?. Aku terlupa yang Harraz sangat sensitive dengan perkataan stupid dan aku pula bila terlalu marah, mulut terus keluar saja perkataan sedemikian.
Seketika bila sausana sudah reda, namun harraz masih menangis dan membatukan diri. Aku memujuk Harraz dan mengakui kesilapan diri. Harraz agak susah untuk terima sehingga aku menerangkan apa yang terjadi pada aku dan cuba memahami kenapa dia tidak faham apa yang telah diarahkan padanya. Dalam perbincangan ini barulah aku nampak sebenarnya dari kaca mata dan situasi seorang budak. Harraz sangat suka membawa emosinya berpanjangan, ketika aku menyuruhnya dia sedang risau perihal buku matematiknya yang tidak ada, dimana homeworknya perlu disiapkan dan bagaimana harus menghadap gurunya. Memang terkeluar dari mulutnya ‘susah susah sangat Harraz tak perlu ke sekolah’. Aku tidak menangkap maksud Harraz, rupanya dia sudah membuat solusi sendiri pada kesusahan hatinya. Bila Harraz begini, apa saja percakapan atau arahan sudah tidak masuk sepenuhnya dikepalanya. Dia hanya mennagkap satu perkataan dari arahan ‘Harraz tolong ambil tali yang macam Riben yang tersangkut dibelakang baju Melayu Harraz dipintu Almari’. Yang Harraz fokus hanya Tali, baju Melayu dan Almari. Beberapa kali aku bertanya semula masa dia mencari itu namun sedikit pun dia tidak bertanya atau mengakui bahawa dia tidak faham sebaliknya terus mencari dengan 3 perkataan tersebut. Dia menyusahkan dirinya sendiri untuk terus mencari apa yang diminta. Poor Harraz !
Pengalaman ini betul betul menyedarkan aku, settlekan emosi peribadi bila berdepan dengan anak anak yang mereka sendiri memiliki emosi peribadi yang tidak tersettle. Emosi aku ketika itu memang tidak stabil bila aku sangat tertekan dengan rasa penat dan sakit yang masih sering menjengah diri. Tambahan lagi ketika itu, aku baru sehari uzur dengan darah yang sangat banyak. Semua itu bukanlah alasan dan belajar untuk  tidak terus dijadikan alasan. Bukan kanak kanak yang perlu memahami kita tapi kita yang perlu fahami dunia kanak kanak dan kenaifan mereka. Bila aku kembali reda, aku sangat merasa bersalah dengan Harraz dan beberapa kali aku memeluknya sambil meminta maaf, maafkan mama sayang, mama silap, mama terlepas, mama sudah terlalu lemah untuk mengawal diri, mama ada tekanan lain, ini bukan mama yang sebenarnya. Sehari selepas kejadian, rasa bersalah terus menghantui diri, dikala aku mengambilnya dari sekolah, aku menyebut sekali lagi sambil mengusap pipinya yang cembung itu, dengan pantas Harraz menjawab, ‘ Itu cerita semalamlah mama, kita terus lupakan’. Alhamdulilah Harraz berjaya adapt kelukaan hatinya.
Mendalami pengalaman ini aku terfikir satu idea, don’t easily expect on everything. Before expect try to understand others situation first, then you can estimate the expectation look like. Over expectation will lead to highly frustration and in some situation, it will destroy you and the relationship that you have. Always remember that not all people can easily erase the hurt that he or she gets in their life. How to do? Always remember to get consent from someone that you deal with. This consent is respect, put her or she as important to you by anchoring her or him first, such as calling her or him with a sweet name and low tone of voice. Don’t give plain instruction as he is your servent. When you asking someone to do something especially men, always remember to put it in the simple way to understand and as concise as you can. The way men thinking is different from a women. 3 considered maximum instruction in a simple form. Then give him time to do it. This is very important as before you delegate the job, please try to understand the capability of the people you deal with, and please train and educate him slowly as from the small task to the bigger one.
Pengalaman ini telah membuka pintu ilmu secara peribadi, selama ini apa yang aku baca dan apa yang aku pelajari sering terlupa untuk menggunakannya. Bila terjadi satu satu crisis, jangan takut untuk meminta maaf walau sekalipun kita tidak bersalah. Bila masih ada ruang perbincangan, bermakna masih terbuka hubungan sihat dan harmoni. Manusia memang sering berbuat salah, tiada manusia sempurna didunia ini, namun menyedari kesalahan dan mempelajari liku dan tauladannya sangat baik untuk membina diri dan hubungan dimasa akan datang. Berbincang sangat digalakan lebih lebih lagi sesama insan yang positive nilainya, tidak guna berargue dengan orang negative, yang akhirnya menghumban kita untuk duduk dilevel yang sama dengan mereka.
Alhamdulilah ya Allah dalam setiap suka dan duka, ada nur ilmu yang sejati..pilihlah kami untuk terus menyedari. Amin.


Thursday, January 3, 2013

Tentang RINDU




Alhamdulilah, pagi Jumaat pertama untuk Tahun baru 2013, terasa tenang dan damai bila tugasan hidup dunia dan akhirat dilaksanakan sebagaimana dirancang. Akhirat untuk akhirat dan dunia untuk akhirat. Hanya Allah yang layak menilai dan sebaik baik manusia mereka hanya mampu melihat secara luaran saja. Sedang Allah mengetahui segala lintasan isi hati. Pagi ini terlintas diminda ini untuk menulis kenangan semalam TENTANG RINDU.

Ah persoalan rindu untuk wanita diusia aku akhir akhir ini sudah menjadi terlalu enteng. Alhamdulilah, aku mampu memahami rasanya dan kesannya. Rindu sering datang bersama air mata atau nyanyian sayu perlahan. Rindu begitu dekat dengan rasa sedih. Rindu untuk bertemu dan rindu kerana terpisah. Rindunya Harraz pada abangnya fayyadh dapat aku rasakan. Dua hari ini aku melihat kesuraman wajah Harraz. Mulut Harraz seakan terkunci, hinggalah semalam ketika mengadap makan malam, harraz mengeluarkan air matanya dan menangis sedu sedan dek rindukan fayyadh dan kakaknya.

Terlalu banyak kenangan manis kami mama” Harraz berkata dengan suara bergetar. Suara yang terkandung sebuah perasaan yang sakit. Sebagai ibu, apa lagi berjawatan begini, aku sangat faham dan kes kes begini sudah sebati Cuma bila berdepan anak sendiri hati ini bagai tersentap. Tanganku mengusap lembut bahu Harraz, aku dekatkan pipi kami..”sabarlah sayang, kita berpisah untuk kebaikan, abang dan kakak pergi berjuang, kita berpisah untuk bertemu semula”. “Kami terlalu bahagia bersama mama, kami banyak permainan bersama” tegas harraz lagi. “Mama tahu, sebab tu bila Harraz main dengan fayyadh mama tak kacau sebab tengah enjoy happy”. Kami meneruskan malam malam hanya bila aku katakan pada Harraz, “Alhamdulilah setiap Sabtu kita masih boleh jumpa fayyadh”. “Esok dah Sabtu”. Seakan memujuknya.
Harraz dan Fayyadh dua beradik yang sangat rapat. Umur mereka agak dekat dan mereka sering bersama. Si adik sanggup buat apa saja untuk diterima bermian dan berkawan dengan si abang. Kadang kadang ada kelibat cemburu dari adik bila abang memiliki kawan baik yang lain. Mereka juga kadang kadang bertiga, tapi bukan semua benda berkongsi kerana kakak perempuan. Mereka rapat kerana berkongsi ketawa dan bahagia, mereka juga berkongsi tekanan bila sama sama kena marah. Sebab Harraz begitu dan sebab Fayyadh begitulah menjadikan mereka akrab.Harraz sanggup habiskan duitnya untuk berkongsi gula gula sedan fayyadh simpan saja semua duitnya kerana fayyadh memilih untuk mendengar cakap mama duit perlu disimpan. Harraz tak kisah berbelanja untuk orang orang yang dia sayang, Fayyadh pula hanya membenarkan menggunakan duitnya dlm simpanan bila ada keperluan sebagaimana dia terkejut melihat bayaran studynya yang mahal terus dia bercadang “ Ambik je duit simpanan Fayyadh”. Fayyadh agak berkira dalam banyak perkara tapi tidak terlalu kedekut dan sangat penyayang pada adiknya cara tersendiri.
Hakikat rindu memnag tidak boleh kita sangkal. Bila tiba tiba kita menjalani hidup diluar kebiasaan dan dimasa yang sama kita kehilangan seseorang yang rapat disisi. Cuma bagaimana mengendalikan rindu atau apa apa perasaan bergantung pada diri seseorang. Rindu menjadi lebih sarat bila kita meletakkan isu perasaan penting dan utama. Kenyataan diri Harraz menunjukan Harraz seorang feeling oriented dan Fayyadh mind oriented. Harraz  sebiji nature perangai aku ibunya. Suka berkorban, sukakan accompany. Dia akan banyak tenaga bila dikelilingi orang orang yang dia sayang. Fayyadh kuat dalamannya, Harraz agak fragile dan berorientasikan keseronokan dan Fayyadh lebih cenderung pada keperluan.
Sekarang merupakan waktu waktu permulaan dizone baru yang luar selesa. Harraz sedang berjuang dengan dirinya. Insya Allah lama lama dia pasti kembali normal. Sebagai ibu, aku perlu pastikan masanya terisi penuh, dia sebahagian pengerak jadual kerjaku dirumah, ambil itu ini dan hantar itu ini. Semalam Harraz sudah melalui sebahagian jadual yang dibuat. 10.30pm perlu dengan buku cerita diatas katil. Masa untuk TV sambil bantu mama lipat kain atau sidai kain, 9.30pm hingga 10.30pm. kami solat dan mengaji bersama selepas makan malam. Bila aku memasak simple harraz yang bantu tumbukan bawang atau keluarkan barang dari fridge. Aku perlu melibatkannya agak dia terbiasa dan agak kepalanya sibuk.
Keletah anak anak sangat menghiburkan. Mereka bagaikan cermin kita dan pasangan kita. Melihat Harraz dan fayyadh bagai melihat aku dan hubby, ada sebahagian disana dan sebahagian disini. Namun seperti yang aku percaya, jati diri terbentuk 60 percent pada nurture iaitu didikan, pendedahan dan persekitarannya dan selebihnya nature, trait sebenar pada diri. Alhamdulilah pengalaman sendiri, pembacaan, ilmu yang diterima sedikit sebanyak membantu proses aku mendidik anak anak dan membina rumah tangga walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Yang paling penting, Allah sentiasa memberikan peluang dan ruang buat hambanya, jangan berhenti berharap dengan Allah, beramal seolah saat kematian itu sudah terlalu dekat. Doa adalah sebaik baik senjata buat kita orang Islam.
MASIH ADA RINDU dan akan terus simpan rindu dihati buat mereka mereka yang pernah hadir dalam hidup ini tak kira kehadiran mereka sebagai hadiah atau sebagai pengajaran. Di kesempatan ruang terasing ini, aku sibuk membina diri, keimanan dan kehidupan biarlah mereka sibuk berkata kata suatu hari kata kata mereka akan memakan diri mereka sendiri. Alhamdulilah nikmat Allah terlalu banyak dan pelbagai. Ya Allah jauhi kami dari menjadi hama hambamu yang sering menzalimi diri sendiri…Aminnnn.