Friday, October 12, 2012

Jadi DIRI SENDIRI




Jumaat datang lagi. Hari yang biasanya dialunkan bacaan Al Kahfi. Namun adakalanya Syarie membataskan pencapaian seorang perempuan sebagai satu kelebihan tapi masih boleh digantikan dengan bacaan terjemahan. Jam 3.15 petang baru selesai sessi dengar dengar dan renung renung dengan Kak Nonie. Memang SABAR itu manis sifatnya, kita tidak sama sekali KALAH dengan BERALAH, malah menang dan semakin TENANG. Selalunya waktu waktu begini, rutin bacaan sudah selesai, seperti biasa hari Jumaat sering dirasakans angat pendek kerana banyak aktiviti dan TENAGA BERKURANG. Alhamdulilah setakat ini aku masih berada DALAM WAKTU maknanya aku BERTENANG, kalau melebihi waktu aku perlu RISAU kerana banyak yang perlu dikejar.
Badan terasa agak tidak selesa, mungkin sebab demam masih ada dan semalam terkena hujan tambahan lagi makan tidak betul dan terkejar kejar. Alhamdulilah apa yang dirancang terlaksana dengan baik dengan izin Allah. Bacaan Bimillahilazi La yadurru maasmihi syaiiun wahuwa samiu alim sangat penting untuk memulakan hari, kerja dan perjalanan. Itulah amalan yang aku sering amalkan Cuma bila terjadi sesuatu yang tidak diingini, ianya seakan terlupa untuk membacanya..Maha Kaya Allah. Meneruskan kerja dengan berblog sambil minum air suam untuk mengembalikan kekuatan tubuh dan minda. Kalau ikutkan hati mahu rasanya flat saja diatas katil yang pasti rugi masa dan tenaga.
Diluar hujan mencurah curah, biasalah bila menjengah bulan Oktober, hujan disebelah petang bagai menggila menghilangkan bahang panas bumi dan kekotoran debu kota. Aku suka hujan berbanding cuaca yang sangat panas, tapi dengan cuaca yang sering hujan agak sukar untuk buat sesuatu diluar sana. Semalam aku kehujanan kembali dari ziarah ET sahabat satu university yang sudah 12 hari menemani anaknya di Ward HKL. Aku nekad untuk menemuinya sekaligus melahirkan rasa simpati dan sokongan padanya. Berusaha untuk memulihkan anak yang dilahirkan cacat bukan suatu yang mudah untuk dihadapi. Inilah kemelut didatangkan Allah menguji ET. Alhamdulilah, aku akhirnya boleh pegang Zarif, boleh peluk ET, zarif seorang bayi yang aktif walau banyak kekurangan. Sangat faham bila namanya disebut dan diajak tepuk. Aku akur apa yang ET lalui tidak semudah orang lain. Alhamdulilah dalam seribu sukar dan cabaran semalam, aku berjaya melakukan perkara dalam TOP SENARAI untuk dibuat iaitu melawat kawan dan saudara mara yang sakit selain meraikan majlis yang diundang.
Diawal pagi tadi Kak Umai menghubungi aku melalui sms untuk menemaninya ke meeting puspanita. Dalam kehairanan, aku berfikir sejenak apa jawapan yang perlu diberikan untuk menolak. Pada aku usulnya sangat tidak wajar dan menyusahkan aku. kalau aku pergi pun aku tidak gembira, bila tidak gembira hati merunggut bila merunggut terus JAUH DARI IKHLAS. Aku terus menjawab sambil mencabar diri untuk berani utk berkata TIDAK, terus aku taipkan “Sorry kak, saya tak naklah sebab tak boleh”. Ayat ringkas tapi panjang kalau diminta ELABORATION. Alhamdulilah aku terus rasa bahagia kerana berjaya menolak dengan baik dan hati aku tak kisah apa saja REAKSInya. Diusia usia begini aku seharusnya bijak membawa diri jangan menggalas beban secara tidak sengaja mahupun sengaja. Tenaga kita yang bersisa masih banyak ruang yang lebih penting yang diperlukan. Kita bukan budak budak sanggup buat apa saja untuk social approval dan bukan juga seorang yang NAIF dengan SELF PITY. Hala kita kita tentukan dan hala kita mendokong tujuan yang lebih besar kerana agama dan kerana manusia sejagat, kita tidak ada masa untuk PLEASE PERSONALLY orang orang tertentu. Sampai bila berterusan menjadi BADUT dan support orang yang tidak mahu membina dirinya sendiri. Atas TIKET KAWAN bukan bermakna semuanya KITA PERLU BUATKAN, kita perlu jaga BATASAN DIRI SENDIRI bila berurusan dengan kawan.
Aku sayangkan semua sahabat sahabatku, juga semua yang pernah ada kaitan dalam hidupku tapi bukan bermakna aku perlu ikut semua cakap orang. Alhamdulilah aku mampu fikir, malah aku terus mencari ilmu agar minda aku tidak dipengaruhi dan diperbodohkan oleh orang lain, sebaliknya dari KACA MATA ADIL dan JIWA KASIH SAYANG aku ingin terus berada disisi kawan kawan, keluarga jauh dan dekat untuk member pandangan dan membetulkan cara mereka yang MENYUSAHKAN DIRI SENDIRI. Allah tidak pernah menjadikan mereka itu sia sia, Cuma ada yang datang dalam hidup kita sebagai penyokong dan ada juga sebagai pengajaran, people in or life, some of them can be like TOKEN some are here to give us LESSON. Aku tidak harapkan apa apa selain REDHA dan PASRAH. Namun untuk mereka mereka yang mendokong cirri ciri dalam hidupku, insya Allah akan aku kenang mereka hingga akhir hayat, malah aku akan terus doakan agar mereka dicucuri REZEKI dan RAHMAT yang berterusan.
Yati telefon untuk bertemu lagi. Aku tidak harapkan apa apa dari Yati tapi aku mengatakan YA. Jiwa aki begitu peka pada mereka yang didalam TEKANAN dan perlukan PANDANGAN. Apalagi kalau mereka saudara dan kawan. Aku janji dengan Yati sejurus lepas waktu pejabat kami akan bertemu di Longue One world sambil menilai muzik live band yang baru untuk bulan Oktober disana. Aku bukanlah keen pada muzik, tapi inilah tempat terbaik untuk kami BERTEMU dan BERBINCANG. Nilai sebuah persahabatan bukanlah HARTA dan WANG RINGGIT, bukan juga BUDI yang dipinta dan diserah, tapi sahabat yang baik tidak sanggup membiarkan sahabatnya menangis seorang diri, kebuntuan dan tekanan. Aku bangga bila hanya aku yang tahu BISIKAN HATI MEREKA. Semoga jasa yang sedikit ini akan bertukar menjadi PAHALA disisi ALLAH. Antara sebab seseorang semakin JAUH dengan dirinya, bila tiada seorang pun SETIA MENEMANI DUKAnya. Setiap manusia completely different, hanya kesucian islam dan keihlasan hati yang mampu meletakkan kita sama. Usah cepat labelkan sesama kita, jalan cerita hanya Allah yang tahu. Pintu taubat dan destinasi syurga juga Allah yang tentukan bukan kita selemah lemah manusia seperti kita..
Ya Allah limpahkan aku SEMANGAT yang GIGIH dan KASIH yang SUBUR..Aku ingin jadi DIRI SENDIRI…amin














Wednesday, October 10, 2012

Perancangan kita dan TAKDIR Allah



24 Zulkaedah jam 4.15pm juga merupakan hari kedua MEDAN PERJUANGAN buah hatiku wahida. Semoga Allah membantunya, mama hanya sempat menunaikan solat hajat dimalam pertama dan terus dugaan keuzuran syarie mendatangi diri. Alhamdulilah juga ianya tidak datang lebih awal, memang Allah sudah merancang agar mama sempat solat hajat untuk anak mama. Waktu begini alhamdulilah semua kerja hamper habis, kepala seakan berdenyut kencang bila sedaya upaya menyiapkan report keewangan program untuk membuat tuntutan belanja yang agak banyak  menggunakan wang peribadi. Akhirnya selesai juga, boss pun kelihatan senyum menerima report dimejanya.
Ada satu lagi kerja tertangguh yang disenaraikan tapi serasa sudah tidak mamu lagi untuk memaksa minda ini. Laporan perkembangan bulan ogos. Dengan waktu yang bersisa, aku lebih TENANG dan SENANG untuk menulis blog dan sekejap lagi akan membaca terjemahan surah Ibrahim. Suasana diluar sangat suram dek cuaca yang sering hujan disebelah petang, keadaan ini lebih baik dari panas kering yang dihadapi sebelumnya. Namun dengan keadaan begini tambahan hari pertama menstrual agak mustahil untuk aku meneruskan perancangan menemui Et di Hospital Besar Kuala Lumpur yang sedang berjuang dengan RESAH dan PILU seorang ibu kerana anaknya yang bakal dibedah. Message aku untuk Et ringkas akan menemuinya esok hari kerana insya Allah esok lebih mudah, lagi pun aku ingin memberikan Et sesuatu sebagai kenangan. Moga esok masih ada sebab esok sangat banyak harapan yang terpaksa ditangguhkan dari hari ini, dan belum termasuk sesuatu yang baru difikirkan kemudian.
Pagi tadi sampai lambat sangat dipejabat, aku tidur lewat dan nasib baik tidak boleh solat subuh. Dalam rasa malu aku kuatkan hati untuk menghadapi rasa malu berdepan kawan kawan sebab LAMBAT. Kalau sudah tidur menjelang 3 pagi, sudahlah malam sebelum itu tak tidur mengenangkan anak nak PMR. Setelah sekian lama, semalam aku sangat gembira menghabiskan waktu bersama Li dan Maria. Mereka tetap seperti dahulu, malah dapat aku rasakan mereka terlalu berharap aku membawa anak anak ke rumah mereka dijohor satu hari nanti. Sekembali dari Berjaya Hotel, hubby terus bagi hint bersetuju untuk membawa anak anak ke LEGO LAND. Atas permintaan hubby, aku perlu merahsiakan segalanya memandangkan penat menjawab soalan soalan yang bakal ditanya anak anak saban hari bila mereka terlalu excited. Insya Allah aku akan belikan painting utk along, angah dan adik.  Kami bagaikan keluarga, sebab itu Maria kelihatan sangat gembira bila aku bersama mereka, dan segala  rasa kami boleh bincang bersama secara terbuka. Alhamdulilah semoga Allah terus menjaga silaturahim kami. Kami dinner bersama tanpa hubby di Restaurant Haslam dan tak sangka Li dan Maria sangat gemarkan yong tau foo yang diperkenalkan aku dalam restaurant itu. Aku sempat merakam wajah mereka berdua, sebenarnya dalam diam diam aku rindu untuk lepak dengan mereka bercerita hal hal keluarga sebab kami banyak persamaan dan tahap pemahaman kami sama. Walau penat aku pulang penuh rasa PUAS dan BAHAGIA.
Bulan Oktober sudah masuk minggu kedua, banyak yang perlu aku selesaikan dibulan oktober selain hal hal kerja pejabat, termasuk hal hal rumah dan bisness. Akaun IOPE perlu dikemaskini dan dibentang dalam meeting yang bakal kami adakan raya haji nanti. Termasuk juga pengiraan stock. Rumah juga perlu aku bereskan sebelum anak anak pulang untuk tinggal sekali. Persiapan untuk program staff dan program pelajar dibulan Nov juga perlu diperuntukan masanya. Insya Allah esok dan lusa tertumpu dulu pada 2 report penting. Sabtu tunggu kawan kawan panggil untuk pot luck dan ahad standby untuk visit wahida diasrama. Seterusnya banyak akan tertumpu pada proposal baru dan kemaskini akaun IOPE. Aku perlukan sedikit masa untuk menyiapkan semua sekali.
Kalau ikutkan hati, aku ingin dapatkan painting, so bila waktu waktu boleh jadi tenang dengan painting tapi aku risau juga bila ada kalanya aku jadi begitu OBSESSIVE untuk siapkan kerja kerja painting hingga aku tidak pedulikan langsung kerja kerja lain. Itulah bahayanya aku bila membuat sesuatu yang sangat aku suka. Aku sendiri tidak pernah tahu bahawa aku seorang yang begitu tekun dengan painting. Warna yang perlbagai menjadikan aku seronok keghairahan menyiapakan hasil menjadi matlamat yang begitu menekan. Ianya boleh dijadikan TERAPI DIRI dan HATI. Petang ini, aku akan pulang agak awal, menguruskan sedikit hal hal rumah dan keluar makan temani hubby. Aku boleh mengambil kesempatan untuk meninjau painting atau membeli satu untuk disiapkan. Bawa painting ke pejabat siapkan masa lunch hour atau sebelum mula kerja. Petang sebelum tirai maghrib berlabuh atau malam bila sudah terlalu kusut. Bila menyiapkan painting, ada satu perasaan gembira, tenang dan nyaman dihati.
Sekarang sudah 5.00 petang. Aku perlu teruskan bacaan tarjemahan surah Ibrahim dan bersiap sedia untuk pulang. Kerja kerja bertangguh dirumah perlukan KEMURNIAN HATI untuk menukarkan suasana SURAM kepada CERIA, dari sedikit GELAP kepada BERCAHAYA. Jumaat boleh menulis lagi disini. Insya Allah.
Sebaik baik PERANCANGAN ialah apa yang diberikan Allah dalam TAKDIRNYA.






Wednesday, October 3, 2012

DUGAAN ada dimana mana: Cerita solat dan hand beg




Jam 3 30 petang 17 Zulkaedah 2012 hari Rabu iaitu hari terakhir untuk berpenat penat dengan kerja kerja program, hingga jam ini sarat kepala ditujah idea yang pelbagai dan selesai kerja kerja utama, barulah boleh diketengahkan untuk diulas dalam bentuk tulisan. Alhamdulilah sesungguhnya idea juga sebahagian PINTU PINTU REZEKI. Pertama kali dalam hidup, aku mencatatkan idea idea yang datang mengganggu ketika seang buat kerja kerja laporan projek dengan menulisnya dikertas kertas STICKY NOTES, satu idea satu note dan aku pastekan pada dairy kerja betul betul pada tarikh ianya keluar. Kata orang bila kita TENANG idea akan senang BERTANDANG menjengah lubuk fikiran, sebab itulah orang tenang boleh mencapai PRODUCTIVITI TINGGI. Yang dahsyatnya bila sedang kita menulis idea pertama, sejurus terkeluar idea kedua dan ketiga…masya Allah maha kaya tuhan yang sangat PEMURAH dan PENYAYANG.
Kita hidup dan lalui pelabagi situasi. Situasi lepas dan situasi sekarang, terkadang berulang dan terkadang situasi baru. Untuk orang yang suka mencipta pengalaman dan meluaskan penerokaannya pasti mendapat banyak ulangan situasi dan mampu membuat perbandingan yang dinamik. Menyebut pasal perbandingan, aku teringat dua situasi di masjid yang aku alami yang aku labelkan sebagai CABARAN ADA DIMANA MANA. Menunaikan solat terawih semestinya menjadi keseronokan setiap kali datangnya bulan Ramadhan untuk mereka yang mengerti kebesarannya dan untuk mereka yang sudah ditabiyahkan begitu. Seingat masa kecil dulu, solat Terawikh yang meriahnya hanyalah sebab kuih kuih yang pelbagai dihidangkan lepas solat, dan masa pergi solatlah peluang bertemu kawan kawan pada malam hari selain waktu sekolah.
Menjejak nikmat Ramadhan dan seruan terawikh tahun ini, aku masih mampu untuk mengadakan ruang ke masjid beramai ramai dalam bentuk program jejak Terawikh. Alhamdulilah Masjid Wilayah antara masjid pilihan kami kerana berada disana serasa seakan berdiri di Baitullah serta merta hati merasa sayu dan diri terasa kerdil lantas suara hati mendoakan pada Allah..sampaikan kaki ini dirumahmu satu hari nanti Ya Allah. Seperti biasa, acara berbuka yang sederhana, solat Maghrib dan seterusnya sambung untuk jamuan makan beramai dan kembali ke medan solat bila amsuk waktu Isyak. Diwaktu Isyak, aku duduk disebelah seorang perempuan muda, hati aku memuji, muda muda suka datang masjid bukan macam aku dulu. Bila tiba masa solat, orang sebelah meletakkan beg tangannya didepan seperti juga orang orang lain. Selesai solat Isyak sebaik member salam, adik disebelah terus mengapai begnya dan diletak diribanya sambil tangan tangan halusnya seakan mengelus ngelus beg tersebut. Pandangan mata aku tergangu aku perhati gelagat adik disebelah aku dan barulah aku perasan. Oooo BEG LV rupanya. Aku kembali menruskan kosentrasi wirid dan doaku. Seterusnya kami mendirikan solat terawikh sebanyak 8 rakaat, masya Allah setiap kali selepas memberi sala, adik tersebut mengulangi perbuatannya meriba begnya dan mengelus ngelus, menilik dan mengenggam. Rasa ingin ketawa dalam hati juga ada namun aku tahan dan cuba katakan pada diri jangan pedulikan dia.
Dalam perjalanan pulang aku terfikir, agaknya suka sangat dia dengan begnya, mungkin beg baru atau mungkin baru dapat hadiah bagai bermimpi. Agaknya apa doanya bila sujud didepan beg yang tidak sabar untuk diribanya. Sememangnya aku tiada jawapan pasti melainkan TANGGAPAN POSITIF mungkin dia baru balik kerja sebab itu bawa hand beg ke masjid dan kebetulan dapat beg baru yang sangat disukainya. Isu sebenar yang bermain dikepala aku sebenarnya KITA DATANG MASJID DENGAN TUJUAN BAIK masih diduga dengan situasi yang boleh menimbulkan SUARA HATI negatif, cebikan dan tanggapan negative. Alhamdulilah hingga hari ini aku terinagt situasi ini dan aku tidak jadikan ianya bahan ketawa sesama rakan sebaliknya aku mencari mengapa dalam USAHA USAHA KEBAIKAN kita terus berjumpa dengan insiden insiden MENCABAR kalau bukan ianya hanyalah UJIAN SEMATA MATA. Masjid tempat baik, dihadiri orang baik baik, niat kita baik, datang untuk ibadat namun perjalanan kita pasti ada dugaan juga. BAIK dan BERTUJUAN BAIK bukan bermakna tidak diduga, sebaliknya bagaimana kita menukar TEKANAN MENJADI TANGGA KEIMANAN. Ini baru masjid di Kuala Lumpur belum lagi Mekah Kota Suci Allah, semoga dugaan sebegini terus tidak menjadi KUDIS pada aku dan Allah terus mendidik aku dengan situasi situasi yang MEMATANGKAN DIRI.
ALHAMDULILAH sesungguhnya Allah maha mengetahui segala ISI HATI.