Wednesday, October 3, 2012

DUGAAN ada dimana mana: Cerita solat dan hand beg




Jam 3 30 petang 17 Zulkaedah 2012 hari Rabu iaitu hari terakhir untuk berpenat penat dengan kerja kerja program, hingga jam ini sarat kepala ditujah idea yang pelbagai dan selesai kerja kerja utama, barulah boleh diketengahkan untuk diulas dalam bentuk tulisan. Alhamdulilah sesungguhnya idea juga sebahagian PINTU PINTU REZEKI. Pertama kali dalam hidup, aku mencatatkan idea idea yang datang mengganggu ketika seang buat kerja kerja laporan projek dengan menulisnya dikertas kertas STICKY NOTES, satu idea satu note dan aku pastekan pada dairy kerja betul betul pada tarikh ianya keluar. Kata orang bila kita TENANG idea akan senang BERTANDANG menjengah lubuk fikiran, sebab itulah orang tenang boleh mencapai PRODUCTIVITI TINGGI. Yang dahsyatnya bila sedang kita menulis idea pertama, sejurus terkeluar idea kedua dan ketiga…masya Allah maha kaya tuhan yang sangat PEMURAH dan PENYAYANG.
Kita hidup dan lalui pelabagi situasi. Situasi lepas dan situasi sekarang, terkadang berulang dan terkadang situasi baru. Untuk orang yang suka mencipta pengalaman dan meluaskan penerokaannya pasti mendapat banyak ulangan situasi dan mampu membuat perbandingan yang dinamik. Menyebut pasal perbandingan, aku teringat dua situasi di masjid yang aku alami yang aku labelkan sebagai CABARAN ADA DIMANA MANA. Menunaikan solat terawih semestinya menjadi keseronokan setiap kali datangnya bulan Ramadhan untuk mereka yang mengerti kebesarannya dan untuk mereka yang sudah ditabiyahkan begitu. Seingat masa kecil dulu, solat Terawikh yang meriahnya hanyalah sebab kuih kuih yang pelbagai dihidangkan lepas solat, dan masa pergi solatlah peluang bertemu kawan kawan pada malam hari selain waktu sekolah.
Menjejak nikmat Ramadhan dan seruan terawikh tahun ini, aku masih mampu untuk mengadakan ruang ke masjid beramai ramai dalam bentuk program jejak Terawikh. Alhamdulilah Masjid Wilayah antara masjid pilihan kami kerana berada disana serasa seakan berdiri di Baitullah serta merta hati merasa sayu dan diri terasa kerdil lantas suara hati mendoakan pada Allah..sampaikan kaki ini dirumahmu satu hari nanti Ya Allah. Seperti biasa, acara berbuka yang sederhana, solat Maghrib dan seterusnya sambung untuk jamuan makan beramai dan kembali ke medan solat bila amsuk waktu Isyak. Diwaktu Isyak, aku duduk disebelah seorang perempuan muda, hati aku memuji, muda muda suka datang masjid bukan macam aku dulu. Bila tiba masa solat, orang sebelah meletakkan beg tangannya didepan seperti juga orang orang lain. Selesai solat Isyak sebaik member salam, adik disebelah terus mengapai begnya dan diletak diribanya sambil tangan tangan halusnya seakan mengelus ngelus beg tersebut. Pandangan mata aku tergangu aku perhati gelagat adik disebelah aku dan barulah aku perasan. Oooo BEG LV rupanya. Aku kembali menruskan kosentrasi wirid dan doaku. Seterusnya kami mendirikan solat terawikh sebanyak 8 rakaat, masya Allah setiap kali selepas memberi sala, adik tersebut mengulangi perbuatannya meriba begnya dan mengelus ngelus, menilik dan mengenggam. Rasa ingin ketawa dalam hati juga ada namun aku tahan dan cuba katakan pada diri jangan pedulikan dia.
Dalam perjalanan pulang aku terfikir, agaknya suka sangat dia dengan begnya, mungkin beg baru atau mungkin baru dapat hadiah bagai bermimpi. Agaknya apa doanya bila sujud didepan beg yang tidak sabar untuk diribanya. Sememangnya aku tiada jawapan pasti melainkan TANGGAPAN POSITIF mungkin dia baru balik kerja sebab itu bawa hand beg ke masjid dan kebetulan dapat beg baru yang sangat disukainya. Isu sebenar yang bermain dikepala aku sebenarnya KITA DATANG MASJID DENGAN TUJUAN BAIK masih diduga dengan situasi yang boleh menimbulkan SUARA HATI negatif, cebikan dan tanggapan negative. Alhamdulilah hingga hari ini aku terinagt situasi ini dan aku tidak jadikan ianya bahan ketawa sesama rakan sebaliknya aku mencari mengapa dalam USAHA USAHA KEBAIKAN kita terus berjumpa dengan insiden insiden MENCABAR kalau bukan ianya hanyalah UJIAN SEMATA MATA. Masjid tempat baik, dihadiri orang baik baik, niat kita baik, datang untuk ibadat namun perjalanan kita pasti ada dugaan juga. BAIK dan BERTUJUAN BAIK bukan bermakna tidak diduga, sebaliknya bagaimana kita menukar TEKANAN MENJADI TANGGA KEIMANAN. Ini baru masjid di Kuala Lumpur belum lagi Mekah Kota Suci Allah, semoga dugaan sebegini terus tidak menjadi KUDIS pada aku dan Allah terus mendidik aku dengan situasi situasi yang MEMATANGKAN DIRI.
ALHAMDULILAH sesungguhnya Allah maha mengetahui segala ISI HATI.






Tuesday, October 2, 2012

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul



16 Zulkaedah 2012 hari Selasa. Hari ini rasa hari seperti biasa biasa saja, Alhamdulilah lebih sihat dari semalam kesan pengambilan pred dan piriton sebelum tidur. Alhamdulilah juga sudah hamper selesai kesemua kesibukan dengan program yang tinggal hanya siri terakhir program Stress Management Clinic yang dikendalikan oleh Dini bekas pelajar yang kini sudah mencipta nama sebagai trainer yang hebat. Alhamdulilah sambil berbakti sambil menimba maklumat terkini dan peluang untuk menambah ilmu selain berkesempatan bertukar tukar fikiran dan menguatkan lagi CIRCLE POSITIVE yang dibina. Insya Allah Rabun anti Dini datang lagi meenuhi undangan ke 2 untuk pelajar di PJ dan aku sempat memesannya untuk membawa tudung Fareda.
Kiranya hari ini aku rancang untuk berkerja sambil berehat kerana esok kali terakhir untuk se mini aku pulang menjelang 1 pagi. Tenaga tua yang masih bersisa ini sudah tidak seperti dulu lagi walau semangat semakin tinggi. Aku sengaja melengah lengahkan diri keluar dari rumah pagi tadi dan tepat 9.30 pagi baru aku masuk bersama sebungkus nasi lemak ayam. Perut terasa sangat lapar, tanpa segan silu aku tegur boss dibiliknya dan sempat boss sound..eh ingat you dah tak datang hari ni?..kenapa lambat..ahhh boss buat buat tanya atau cabar aku untuk datang awal walau pulang rumah sehari sebelumnya menjelang jam 1 pagi kerana program. Aku hidu kehendak boss, ya dia bukan seperti boss yang lain sebelum ini, yang hanya mementingkan kerja, bagaimana terpulang pada kita. Soal datang lambat tidak timbul selagi kerja jalan dan tidak melanggar temu janji dengan pelajar. Aku pun perlu bangun dari tidur, lain orang lain cara dan garapan harapan mereka malah berbeza juga cara mentadbir hidup dan persekitaran kerja. She is kind and not bossy but she uphold that discipline is discipline, no matter how and what. Positivenya, aku perlu TUKAR CARA dan KELUAR DARI COMFORT ZONE. Anggaplah dengan berbosskan dia, Allah memberikan aku peluang untuk menjadi yang lebih baik bukan untuk mengambil perhatiannya sebaliknya untuk memenuhi clause INTEGRITY . Insya Allah mulai hari ini minda. Perasaan, keinginan dan tingkahlaku perlu berpusat pada matlamat dan tujuan ini. Allah tidak pernah mengatur sesuatu SIA SIA.
Alhamdulilah sudah 2 hari aku memulakan rutin seharian dengan bacaan tetap Akhlak Rasulullah dan hadis penting dan baru aku sharekan diFB sebagai penambah peringatan buat diri sendiri dan pemangkin fikiran orang lain, insya Allah ada PAHALA KEBAIKAN yang Allah sediakan lebih lebih lagi bila hati aku jauh sekali dengan RIAK dan TAKABBUR. Hari ini hadis yang dikongsi ialah perihal perbuatan umat umat terdahulu yang menjadi budaya masyarakat hari ini dan salah satunya SALING BERHASAD DENGKI. Alhamdulilah hati aku BEBAS dari penyakit ini sedari dulu. Dalam satu hadi lain selepas itu yang dikongsi ialah KEBENARAN BERHASAD DENGKI atas dua situasi. Pertama dengki dengan seseorang yang mahir dalam bacaan dan fahami Al Quran dan dia mengamalkannya malam dan siang dan kedua, dengki dengan mereka yang dikurniakan Allah harta yang banyak dan mereka MENGINFAKKAN harta itu siang dan malam. Allahu Akbar betapa Allah itu menggalakkan kita berbuat sesuatu untuk KEBAIKAN kita disana bukan menzalimi diri sendiri. Insya Allah saban hari inilah keterikatan aku dengan FB selain sebagai ruang mudah untuk aku hubungi speaker program dan ruang maklumat bisness walau aku memang sudah tiada masa lagi untuk CHAT di FB melayan customer bertanya itu dan ini tentang IOPE.
Zuhur dan Asar waktu bekerja adalah peluang yang baik untuk TERAPI AZAN dan TERAPI SOLAT. Kalau berjaya melakukan sekurang kurangnya 2 kali sehari sudah cukup sebagai benteng diri. Insya Allah setiap petang khamis boleh berbudaya ke masjid untuk jemaah dan kuliyah maghrib sekaligus tunai solat Isyak. Kalau boleh setiap malam Khamis dan Jumaat khas untuk pergi Masjid. Sebaik baik solat ialah solat berjemaah dan dibuat diawal waktu. Seorang kawan berkongsi semalam, solat subuh dan Asar sangat penting dibuat diawal waktu kerana 2 solat ini betul betul memilki aura yang kuat melawan ancaman gelombang syaitan. Patutlah dua solat ini paling susah untuk dilaksanakan sebab dua solat ini yang berkait rapat dengan tidur, satu tidur malam dan satu tidur siang.
Malam ini ada sedikit waktu untuk diri sendiri untuk menyiapkan segala yang tertangguh, sudah semestinya aku merebut peluang membaca buku yang masih panas dibeli. Banyak perancangan belum dilakarkan step dan bila mula projeknya terutama ubah suai rumah, aku ingin jadikan rumahku mini library dan research centre yang sangat santai untuk mengubah idea dari minda dan untuk minda siang dan malam. Alhamdulilah Iope berjalan seperti biasa walau tidak selumayan dulu, banyak yang aku simpulkan dari pengalaman business ini, business partnership bukan senang untuk dikendalikan, kita tidak tahu hati manusia berapa lama berpegang dan proactive dengan apa yang dirancang yang pasti segalanya sekarang seakan menyerah segalanya pada aku. Aku akan terus membina hubungan aku, client dan Iope kerana aku juga meneruskan agenda Lady trip walau kecil kecilan kali ini Aziz akan join sekali dan contact Aziz direct dari korea, lagi mudah dan berinformasi. Seperti yang pernah aku katakan dulu, buat kerja suka suka, gembirakan hati orang sambil mengenali erti sebenar kehidupan, insya Allah dicelah celahnya ada peluang rezeki yang pelbagai. Aku ingin terus menjadi seorang yang POSITIVE dan PROACTIVE.
Mala mini aku akan ke rumah Mar bersama order Iope, dan esok aku perlu poskan order yatt, ini dua client setia aku. Aku juga ada agenda lady trip dengan mereka sepatutnya Autumn tapi kami tukarkan Spring. Kalau dapat 10 orang satu group, insya Allah mudah dan lumayan. Dari pengalaman ini aku akan kembangkan lagi idea dengan Aziz. Kenapa Aziz sebab dia dynamic, people approach dan dia tak ada commitment lain selain aku ingin bantu dia bina tapak, kalau aku hanya setakat ini sekurang kurangnya aku dapat melihat Aziz lebih berjaya satu hari nanti. Leader is always be there to inspire others. Kadang kadang kita melihat banyak KEMANISAN dan PELUANG dalam hidup, namun ada kalanya kita terancam dengan persekitaran dan orang disekeliling kita, kerana itu PILIHLAH untuk tampil membaiki diri, membaiki orang lain, menjauhi yang buruk dan berusaha mencari yang baik. Doa pada Allah yang tidak pernah putus akan MEMUDAHKAN semuanya. Insya Allah.







Tuesday, September 25, 2012

TENANG dalam GUNDAH




Alhamdulilah LEGA HATI seorang ibu bila mendengar suara anaknya, semalaman menahan rasa gusar didalam hati bila mendengar anak sakit, apakan daya keinginan untuk berada disampingnya terpaksa diketepikan buat sementara memandangkan programme tengah berlangsung. Agak mustahil untuk minggu ini untuk mendahulukan benda lain selain apa yang rancang, semoga Allah tidak menduga aku dengan ujian yang tidak mampu dipikul oleh hati yang masih lemah ini. Doa sebagai ibu moga anakku kembali pulih seperti biasa dari serangan asthma. Sebentar tadi aku sempat memintanya mengatakan pada diri…Yad sudah semakin sihat. Begitu besar hutang budiku pada mak. Mak mengantikan tempat aku malah lebih baik dikala dugaan hidup berat melanda diri. Semoga Allah mengurniakan rahmat buat mak dunia akhirat dan semoga Allah izinkan aku membalas jasa keikhlasan mak terhadap anak anak dan cucu cucunya.
Pagi ini SURAM. Cuaca pun Suram. Hujan turun agak lebat namun kerja kerja  pelajarku perlu disokong macam biasa. Aku perlu ketawa dengan mereka macam biasa. Aku perlu teruskan senyuman dan penghargaan macam biasa. Urusan hati yang GUNDAH GULANA aku serahkan pada Allah. Doa didalam hati berserta zikir tidak putus putus. Hari ini insya Allah aku berkesempatan mengunjungi Masjid seperti sedia kala. Aku akan berdoa khas untuk Fayyadh, semga Allah memberikan fayyadh kesihatan yang baik semula. Semoga Fayyadh terus diizinkan tuhan untuk mengembirakan kami didunia ini dan semoga Fayyadh terpilih untuk berbakti kepada dunia. Gambar gambarnya semasa kecil dahulu menjadikan aku terasa dekat dengan dirinya. Minggu lepas dari Isnin hingga khamis kami tinggal berdua, dia menjadi teman setiaku ke sana sini menyediakan hal hal kerja dan programme. Aku tetap terkilan tiada disisinya dikala dia sakit kerana aku tahu KEHADIRAN IBU SATU PENAWAR.
Untung kita masih ada IBU. Untung juga kerana kita berpeluang menjadi IBU. Alangkah ruginya orang orang yang tidak meletakkan KEUTAMAAN pada ibu mereka, malah betapa malang orang orang yang menafikan HAK DAN KEISTIMEWAAN ibu, dan aku hilang hormat orang yang mendurhakai ibu mereka. Kisah hidup aku banyak mengaitkan aku dengan Ibu, walau ibuku bukanw anita sempurna namun dia CUKUP ISTIMEWA dan kerananya aku banyak mengecap rasa BAHAGIA dan PENUH SYUKUR. Ibuku yang aku panggil mak walau dalam banyak perkara kami selalu berbeza pendapat, aku sebagai anak, aku mendahuluinya, aku ACCEPT dan ADAPT dengannya, aku FOKUS rasa bahagia yang terbina dan bukan masalah kecil yang banyak. Alhamdulilah, bersama mak aku mengahayati TARBIYYAH diri secara simbolik Allah datangkan padaku, Alhamdulilah juga aku MAMPU SABAR dengan KERENAH mak malah melayani kerenahnya MENAMBAH LAGI RASA IHSAN DAN KASIH SAYANG.
Mata kiri ini terus bergerak, entah untuk siapa aku akan menangis kali ini. Petanda petanda sebegini kdg kdg terjadi pada aku Cuma cuba untuk tidak mempercayainya secara serius. Aku perlu TERUS TABAH hadapi kemungkinan yang tiba kerana terkadang diluar kemampuan dan keupayaan diri sebagai seorang hamba. Menyedari hakikat itu, aku terus berdoa hanya DOA BOLEH MERUBAH TAKDIR, doa kudus dari sekeping hati yang suci dan berharap HANYA PADA ALLAH. Ya Allah peliharalah anak anakku, semoga semuanya terus baik baik belaka.
Program berterusan dari minggu lepas minggu ini dan minggu depan. SEMANGAT MASIH KUAT Cuma badan yang seakan tidak larat. Minda remaja, tapi badan 40an beginilah jadinya. Alhamdulilah, ada orang minda 40an badan baru 30an. Sedari awal semua bertolak tolak untuk mencuba. Insya Allah aku ingin mencuba segala usaha yang ada dan peluang yang tergolek selagi belum 55. Masih ada 15 tahun jika diizinkan tuhan. Aku juga berazam 15 tahun ini ingin aku kendalikan sebaiknya. Rugi kalau kita sia siakan, masa lalu sudah banyak sia sia, janganlah masa depan juga menjadi mangsa keadan dan perasaan. MINDA perlu diberikan PERANAN UTAMA.
Semalam mata lelap jam 2 pagi, pukul 8 sudah ada di pejabat, petang ini pukul 5.30 perlu drive ke Kampus Gombak, program talk malam ini habis pukul 11 malam dan mungkin pukul 1 pagi baru berada dirumah semula. Kerja kerja rumah banyak bertangguh. Insya Allah esok petang baru agak lega, namun dihati sudah berbisik untuk membawa pelajar perempuan yang bertungkus lumus buat kerja untuk makan malam di Vichudda. Makan Nasi dan Tom Yam. Ini keikhlasan hatiku sendiri sebagai tanda terima kasih atas sumbangan mereka dan kesangupan dan deikasi yang tidak berbelah bagi. Kalau tidak jadi appointment dengan yati, awal sedikit akan berada dirumah. Insya Allah Jumaat aku bercuti untuk uruskan wahida, namun aku akan datang untuk breakfast dgn kak Riz dan program talk Al Liqa’ oleh Rektor. Selepas itu barulah pemanduan seorang diri ke Simpang Lima demi kasih terhadap seorang anak. Sesungguhnya tiada yang MUDAH DIDUNIA ini. Allah datangkan CABARAN PELBAGAI BENTUK untuk menguatkan hambanya. Segala kesulitan sama ada berjaya atau tidak diatasi anggaplah sebagai INVESTMENT yang keuntungannya tanpa sedar kita perolehi BERBENTUK ILMU DAN KEMAHIRAN. Namun tidak dinafikan, Allah terus menyelit lebih dari 2 element itu Cuma kita yang agak lambat mencari nilainya.
Setiap saat masa yang dilalui, halakan kearah tujuan baik membina kehidupan, jiwa, minda, pengalaman, diri dan KEIMANAN. Walau ianya terkadang sebuah KESALAHAN dan KESILAPAN. Justeru itu hargailah MASA SEKARANG, dan rancanglah MASA DEPAN penuh harapan berlandaskan pengajaran dari HARI SEMALAM. Allah sangat mengasihi hambanya dan Hanya Allah sebaik baik TEMPAT BERSERAH.

Ampunkan doaku ya ALLAH…selamatkan anak anakku ..dan permudahkan perjuangan hidupku….Amin ya rabbal Alamain