Wednesday, June 27, 2012

Rasa BERTUHAN




Bismillahi Rahmanirahim, dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang. Alhamdulilah syukur kehadrat Allah tuhan yang maha agung yang mentadbir sekelian alam dengan penuh hikmah dan limpahan nikmat buat hambanya tidak terhitung. Masa terus berlalu, saat menjadi minit, minit bertukar jam dan jam membentuk hari siang dan malam, kini kita sudah memasuki 7 Syaaban. Alhamdulilah masih bernafas, Alhamdulilah masih berpeluang, Alhamdulilah menyedari perincian tanggunjawab dalam hidup, tanggungjawab pada Allah dan tanggungjawab pada sesame manusia. Alhamdulilah, seawal pagi bertemu peluang untuk lebih menikmati Syabaan melalui emil yang dikirimkan seorang rakan. Semoga Allah mengurniakannya banyak pahala kebaikan atas usaha sedikit tapi sangat bermakna yang telah dilakukannya. Amin.
Mata terpandang, hati berkata, lantas minda terus mengarahkan tangan untuk mencatat. Inilah rezeki Allah pagi ini, rezeki dalam bentuk Ilmu yang harus diamalkan. Ilmu walau tidak kelihatan kesannya hari ini, tapi inilah yang bakal menerangi hari hari gelap kita di alam barzakh. Lengkaplah perancangan zikir untuk terus mengabadikan hati dan diri pada Allah. Memang zikir sangat memberi kesan pada hati. Tambahan zikir dari Imam Ghazali untuk harian sebanyak 1000 kali, bersama 2 asmul husna dalam waktu kerja dan kini waktu zuhur yang khusus selepas solat zuhur, 100 kali Suhana Rabbiayal a’la dan 100 kali Subahana Allah walhamdulilah wala ilaha illah Wa Allahu Akbar, Wa la haula wala kuwwata Illah billahi aliyi Azim. Serta tambahan waktu pagi dan petang, selepas solat subuh dan Asar 100 kali, Allahu akbar, Astgharfirullahal Azim wa atubu ilaihi dan selawat pada jungjungan nabi Muhamamd SAW, Allahumma solli Alai Saiyidina Muhammad, waala Ali sayyidina Muhammad. Kini lengkaplah amalan zikirku.
Separuh kerja berat yang berupa sepenuhnya sessi kaunseling sudah dilaksanakan, makan tengah hari pun sudah dan solat zuhur berjemaah, bacaan Quran dan zikir zuhur pun sudah. Alhamdulilah terasa bertenaga semula untuk meneruskan 3 jam lagi menggunakan sepenuh tenaga minda dan badan. Temujanji untuk mala mini dengan Dr Rashidi telah dibuat, tepat jam 9 mlm kami akan bertemu untuk sessi rawatan seterusnya, badan masih terasa lemah dan kepala sekejap senak sekejap ok, mata terasa kabur pengelihatan, aku akan terus bersabar dengan dugaan ini sedaya mungkin, insya Allah semua ini tidak akan lama dan pasti akan berakhir juga, aku ingin kembali cergas dan tangkas mengendalikan kerja kerja untuk kehidupan Cuma kali ini arah kerja kerjaku akan menyokong kepada KEREDHAAN ALLAH.
Aku percaya setiap dugaan dan ujian ada kemanisan tersendiri yang menjadi intipati buat kehidupan dunia dan akhirat, aku berbaik sangka dengan Allah, aku percaya dan terus yakin hanya pada Allah sepenuhnya kuasa pemulihan diri dan kehidupan. Jalan jalan lain hanyalah seketika sifatnya samatelahan lagi ianya hanya ciptaan manusia dan kebanyakannya dari minda dan budaya fikrah orang barat. Alhamdulilah hari ini juga bermula coaching buat client lebih menekankan aspek spiritual, kerja agak mudah bila mereka sudah ada asas yang kukuh, Cuma membina quality dan mencipta tarbiyah diri yang bersifat consistant untuk meletakkan iman dan cahaya petunjuk Allah kekal didalam hati. Dalam pertemuan ke 2 nanti, akan disemak bersama draft target spiritual yang diberi sebagai assignment. Insya Allah kalau dia keinginan dan kesungguhan dia akan boleh lakukan hasil dari brainstorming tadi. Aku tidak mahu mendengar secara detail dan akar umbi kisah kisah yang mengiris hati client, dikhuatiri akan menghasilkan gema yang lebih besar diminda mereka dan sukar untuk switch off kembali. Cukup sekadar memahami, saya ada masalah dengan diri saya..masalahnya, bila bermula, apa rasa dan apa hajat dihati client. Kalau mereka sudah memilih untuk berubah, kita perlu identifykan apa target perubahan yang diharapkan. Alhamdulilah aku suka kerja kerja sebegini dan aku boleh lakukan degngan baik walau keadaan kesihatan masih ditahap sangat lemah.
Berita gembira buat diri tengah hari ini, aku sudah tamat surah Al Maidah. Al Maidah bermaksud hidangan, diakhirnya baru terjumpa kaitan nama surah dengan tujuan surah, rupanya Al maidah itu dirujuk pada hidangan dari langit. Inilah permintaan yang berupa cabaran dari pengikut nabi Isa untuk membuktikan kebenarannya dan kebenaran Allah membawa turun hidangan dari langit, lalu Nabi Allah Isa berdoa dan turunlah makanan itu, tapi ternyata mereka hanya mempersendakannya dan mengatakan semua itu sebagai sihir yang hebat, sedang Allah sudah berjanji pada nabi isa, jika diturutkan permintaan mereka dan sebaliknya mereka tidak beriman, maka kemurkaan Allah itu sangat dahsyat dan sudah tiada penolongnya. Sedari dulu, dalam menegakkkan agama Allah nabi dan rasul kita bertembung dengan kedegilan manusia. Doalah agar kita terus menjadi mereka yang PATUH dan bukan BUTA HATI.
Esok 8 Syaaban, jatuh hari khamis, Insya Allah dengan rela hati dan penuh kesanggupan aku akan teruskan puasa sunat khamis dan sunat Syaaban. Kita hanya sedikit berjuang dengan diri sendiri, sedang nabi dan rasul serta para ulamak berjuang dengan musuh musuh Allah yang terang dan nyata. Mengapa kita terus untuk memilih SERONOK sedang ianya hanya budaya pengikut pengikut syaitan, sebaliknya sebaik baik nikmat ialah NIKMAT KEIMANAN dan RASA BERTUHAN.
Ya Allah pilihlah aku untuk terus mengecapi NIKMAT KEIMANANMU dan RASA BERTUHAN penuh redha dan ikhlas hati terhadapmu. Amin ya Rabbal Alamin.




Sunday, June 24, 2012

ZIKIR bantu FIKIR



LA HAU LAWALA QUWWATA ILLAH BILLAHI ALI LILAZIM, lafaz zikir untuk hari Isnin mengikut amalan Imam Ghazali itulah PILIHAN bagi permulaan hariku Alhamdulilah. Insya Allah perlu mencapai 1000x untuk hari ini. Hari ini 5 Syabaan sudah berlalu, Syabaan pertama ditulis tapi masih belum diuploadkan. Alhamdulilah untuk Syaaban 1 dan 5 aku selamat berpuasa merebut pahala dan perhatian Allah beserta berusaha bersusah payah demi mengembangkan syriat Allah untuk makhluknya dimuka bumi ini.
Sekarang 10.30 pagi isnin, ditempat kerja yang memboringkan tanpa ikatan teamship, aku terasa terkontang kanting, namun apakan daya inilah cara kerja mereka yang harus aku COPE. Agar sukar bagi aku dengan keadaan tiada minat, keseorangan tambahan pula factor kesihatan akhir akhir ini yang begitu menekan diri. Insya Allah aku akan mencuba sedaya mungkin walau perlahan flownya, walau apa pun bakal komen dan kondem yang diterima. Anggaplah itulah aku yang ingin dilihat dimata mereka.
Dalam hidup ini, tidak ramai yang ingin menghargai orang lain, tidak ramai yang ingin support orang lain, dan tidak ramai yang ingin membantu orang lain apa lagi tidak ramai yang ingin LEAD orang lain. Justeru kalau jiwa kita suka membantu, suka menghargai, suka support orang keliling, Alhamdulilah kita adalah lain dari yang lain. Setakat ini, aku belum merasa jemu walau pelbagai reaksi aku terima selama aku menjadi AKU disisi orang orang disekelilingku. Sebagai manusia biasa, aku akui GETIR rasa yang tercipta, namun aku ingat, bisikan syaitan dan jin sentiasa menyesatkan manusia. Walau apa pun yang pernah aku terima, walau apa pun cerita disebaliknya, aku tetap menjadi AKU. Aku harus berani mengambil risiko dan berdepan dengan apa saja cabaran kerja dan hidup.
Benar, jangan harapkan BAHAGIA datang dari orang lain. Berbahagialah dengan cara kita sendiri. Walau muka orang masam mencuka penuh prejudice, kita tetap senyum paling manis buat mereka, yang melihat dan  mengetahui isi hati kita ialah Allah bukan mereka. Insya Allah sebaik senyum sudah tertulis balasan baik dibuku peribadi kita. Belum lagi ganjaran pada perbuatan yang diniatkan, dan belum lagi perbiatan yang dilakukan yang berupa KEBAIKAN untuk orang lain. Indah jika kita memilih hidup bertuhan. Bahagia adalah selama mana kita mampu menikmati peluang BERTUHAN, mampu berzikir, bersolat, berpuasa, bersedekah, berbuat baik dan pelabagai perkara demi kerana Allah dan untuk tujuan mengembangkan lagi syiar agamanya sekurang kurangnya pada diri sendiri.
Alhamdulilah dengan bantuan zikir As maul Husna Almuhyii Al Mumit, minda seakan bercambah dan ligat, aku boleh focus 1 jam untuk melihat secara kasar Career Counseling, career development dan alhamdulilah terciptalah Career Advice programme. Alhamdulilah jangan putus asa dengan Allah, jangan rasa sedih bila sekeliling kita seakan tidak seperti yang kita harapkan, lihatlah the bright side keadaan, kalau kita busy dengan kwn dan team, kita seakan lupa ada juga cara bersendirian penuh zikir akan lebih mendatangkan ilham. Kerja sendiri, mengorek maklumat, berfikir, menyusun dan baru mengadap bos bila semuanya kemas dan setiap perkara sediakan reason mengapa dan berikan ruang andai bos ingin menambah baikkan lagi sebagai sentuhannya as a bos, kita teriam dengan hati dan minda terbuka. Alhamdulilah.
Sebagai manusia biasa, kita sering BUNTU bila apa ada tidak seeprti yang diharapkan, kita sering menjadikan kisah orang lain sebagai kisah terbaik, cerita hidup orang lain sebagai cerita terbaik, bila pengkisahan kita agak berbeza, kita mula merasa jauh dari peluang baik dan bahagia. Kita juga sering merasa sedih dan jauh hati bila dipulaukan, kita juga rasa bungkam bila apa yang dicakapkan lain pula diterjemahkan dan dihebahkan, begitulah siapa manusia disekeliling kita yang Allah ingin tunjukan pada kita. Senyum pada semua tapi jangan PERCAYA, berbuat baik pada semua tapi jangan berharap sepenuh hati pada mereka. kita akan terus memeluk mereka bila berkesempatan penuh kasih sayang, tapi jangan ingat pelukan kita itu mampu mengunci mulut mereka dari terus mencerca kita. Biarlah mereka dengan cara mereka, kita terus tunduk pada kehendak Allah, kalau rasa gusar, usah ulang pertemuan, takut tidak mampu berbuat baik yang sepatutnya, kalau terserempak dimana mana, merekalah tetamu kita, kita sambung silaturahim kerana Allah walau mereka memutuskan untuk PUTUSKANNYA. Kita buat kerana Allah, pengadilnya Allah yang ESA, usah berharap pada manusia manusia yang lemah disekeliling kita.
BERGANTUNGLAH hanya pada Allah dan terus berbuat baik pada semua dan hargai mereka mereka yang BERBUAT BAIK pada kita selama nyawa dikandung badan. Kasih dihati yang pernah TERCIPTA akan kekal dibawa mati.

Wednesday, June 20, 2012

Tinta Kasih Bonda: Aku Hanya Ada ALLAH




Rabu menjadi hari terakhir Rejab untuk tahun 2012 ini, Alhamdulilah aku bersyukur pada Allah bulan Rejab ini dibukakan lembaran baru untuk aku usahakan dalam hidup demi Allah. Alhamdulilah apa yang aku harap harapkan menjadi kenyataan dengan situasi yang berupa peluang tanpa sedar. Allah sungguh maha mengetahui dan sebaik baik perancang. Esok bermulalah 1 Syaaban, Insya Allah aku ingin menyambut syahdu Syabaan dengan Puasa gurindam ibadah yang tidak putus putus. Alhamdulilah.
Petang ini insya Allah tamatlah Juz ke 3 dalam surah Al Imran. Alhamdulilah sejak aku mulakan pembacaan Quran dengan terjemahan terasa seakan tidak mahu berhenti membaca kerana asyik dengan cerita cerita dan  pengajaran didalamnya yang sungguh menyentuh hati. Dalam bacaan tengah hari tadi yang terlansung hingga 2.15 petang, mata aku tertangkap pada ayat yang berkali kali diawal surah Al Imran yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah memberikan rezeki pada sesiapa saja tanpa hisab”. Betapa Allah itu berkuasa penuh untuk memberi, aku berulang ulang membaca ayat itu dan terasa agungnya Allah yang kaya dan berkuasa. Semestinya kalau kita inginkan sesuatu haruslah meminta dengan rendah hati dan tidak mudah putus asa. Allah maha mengetahui bila dan bagaimana untuk diberi dan sesungguhnya rezeki Allah itu maha luas bukan hanya wang ringgit dan harta benda seperti mana nilaian dimata manusia.
Hari ini juga Alhamdulilah aku Berjaya menemui Ustaz Ali untuk usaha pemulihan diriku. Ustaz bekalan 2 botol air jampi untuk minum dan mandi tanpa putus, ustaz juga berpesan untuk kuatkan diri dengan amalan ibadat yang kuat termasuk mathurat dan solat malam. Banyak soalan soalan yang keluar dari mulut pelajar yang menemani aku jumpa ustaz, semuanya aku jawab baik, kita tak perlu tahu apa dan mengapa tentang dugaan sakit begini, kita terus berusaha. Keliling kita ada macam macam manusia semuanya kita tidak pasti dengan akal dan hati mereka. Kita anggap saja ini dugaan disebaliknya Allah ciptakan peluang untuk kita lebih tekun membaiki dan memperkasa diri. Hidup bukan hanya didunia, malah dunia hanya tempat persinggahan sementara tiada apa yang harus direbutkan, semua pun aakn kita tinggalkan bila bila masa saja. Alhamdulilah atas nikmat kasih sayang melalui dugaan ini ya Allah.
Hari ini tiada bezanya dengan semalam, aku masih perlukan percatemol untuk mengurangi rasa sakit dikepala ini. Cuma seketika bila berada dimasjid, aku bebas dari seluruh rasa sakit. Seluruh jasad dan nafas terasa segar dan nikmat. Ini menjadikan aku perlu membudayakan solat dimasjid, masjid tempat yang plaing melegakan kepala dan seluruh badanku. Untuk tempuh ini, aku diamkan diri dan aku menolak sebarang temu janji kerana aku tidak mampu mengasak minda yang sedang lemah ini. Aku hanya menerima pelajar yang datang waktu pejabat. Alhamdulilah, tidaklah sampai semakin teruk dengan melayani mereka. Alhamdulilah juga hari ini aku mulakan hari dengan Mathurat sejurus selepas solat subuh. Keadaan menajdikan aku terpaksa menjadikan mathurat bacaan 2 kali sehari. Semoga bacaan ini menjadi hafalan biasa lidahku. Amin
Aku tidak sabar menunggu 6 July. Ianya berlaku dibulan Syaaban, pertemuan dengan guru agama dari Indonesia. Alhamdulilah rezeki yang paling manis dari Allah untuk aku. Tiada siapa menduga, dari sebuah persahabatan yang jujur, tanpa sebarang penghukuman, akhirnya sahabat inilah yang membawa sesuatu yang bermakna dalam hidup aku. Semoga kami bersahabat hingga akhir hayat, semoga kami sama sama mendukung syariat Allah dalam hidup dan hubungan. Semua ini menambahkan lagi sayang aku pada insan yang bernama sahabat ini. Ya Allah kau panjangkan umurnya untuk kebaktian, kau murahkan rezekinya, kau sempurnakan amalan amalannya. Manusia hanya mampu menilai dari luaran penuh kedaifan, sedang Allah lebih mengetahui dan Allah memiliki rahmat yang mampu diberikan kepada sesiapa saja. Sahabatku ini sudah menerima sebhg rahmat Allah. Alhamdulilah. Dia sahabatku Mai.
Sesungguhnya hidup kita ada takdir buat kita. Sudah tertulis diarash sana apa yang bakal kita lalui sepanjang hidup. Kita mampu membina kehendak sebanyak mungkin tetapi bukan semua kehendak kita sejajar dengan perancangan yang Allah tetapkan. Hidup kita sebagai manusia Nampak sama tetapi hakikatnya berbeza. Situasi kita dicipta khas oleh Allah buat kita sebagai medan struggle dan sebaik baik tempat meminta dan kembali ialah pada Allah saja. Alhamdulilah diusia 41, aku dan hubby sudah menjadi masjid tempat gembira kami. Sudah menjadikan amalan berjemaah sebagai buadaya kami. Inilah sesuatu yang pernah bermain diminda aku 15 tahun yang lalu. Bila Allah bagi aku jodoh, bila aku redha dengan jodoh ini, Allah redha dengan aku dan diberikan apa yang aku hajatkan yang hamper lenyap dari kotak fikiran. Masya Allah maha kaya Allah itu. Aku tidak menduga, aku terpilih sebagai insan yang diberikan pasangan yang harmoni kemasjid pada petang hari sebagai ruang rehat minda dan jiwa. Kami memimpin tangan anak anak kami turut serta. Aku bertambah sayang pada hubby bila setiap cadangan dan ajakanku tidak pernah ditolak. Malah dia juga bersedia untuk turut  ke masjid diwaktu subuh hari. Tapi ACTIONNYA kena aku yang MULAKAN. Semalam kami sama sama melayani Mia sambil makan malam. Tidak pasti lagi pada malam ini, Mia menambahkan kegembiraan kami. Ya Allah kau bukakan pintu rezeki mu buat Mia, lebarkan pintu itu sekaligus terkandung rezeki hidayahmu agar dia menjadi anak yang solehah buat adikku Fatin.
Aku suka membina harapan. Harapan pada diri sendiri dan harapan pada orang lain. Harapan itu menjadi doa bila kita tuju kepada Allah kerana kita faham bergantung pada Allah untuk menjadikannya kenyataan atau tidak, namun sebagai hamba kita wajib memintanya supaya menjadi nyata. Aku tidak pernah meminta yang buruk buruk pada orang lain walau pun pada seseorang yang memusuhi aku. Tidak pernah sama sekali, aku tidak tergamak untuk mengucapkan dan menuturkan sesuatu yang buruk buruk. Walau hancur bagaimana pun hati aku, walau buruk bagaimana pun kesan yang aku Nampak, aku lebih suka berdiam diri dan mencari iktiyar sendiri untuk belajar menerima. Banyak persoalan hidup ini diluar CONTROL kita termasuk persepsi orang lain. Kita terus berbaik sangka dan menerima walau hati terluka semoga satu hari yang INDAH, Allah membuka hijab itu. Allah mengembalikan hati hati yang pernah sebati dengan hati hatiku. Allah memeprlihatkan kebenaran kepada mereka semua begitu juga aku. Aku bukanlah manusia yang sangat sempurna, tetapi aku akur dengan kritikan dan teguran, aku suka berbincang dan aku hargai setiap budi yang dibuat orang lain sepanjang hidup ini. Budi baik kita bawa dan kenang sampai mati, kejahatan dan kekejaman orang lain kita lupakan dan maafkan mereka, kalau perlu berundur supaya kedaan tidak menjadi begitu tegang. Aku tidak harap apa apa lagi kerana aku yakin HARAPAN MANUSIA HANYA TERLETAK DITANGAN ALLAH.
Ya Allah, selepas semuanya jauh dari diriku, aku melihat kekosongan sebenar untukaku hanya mengakui AKU HANYA ADA ALLAH.
Aku ingin terus dekat dan rapat mencari dan terus mencari nikmat nikmatmu yang tersembunyi. Permudahkan usaha usahaku ya Allah. Amin