Monday, April 9, 2012

RAHMAT disebalik KABUT

Alhamdulilah segala puji bagi Allah tuhan yang memelihara seluruh Alam dan perangcang terbaik kehidupan insan dimuka bumi ini. Allah menjadikan adanya siang dan malam, untuk manusia berusaha mencari kehidupan dan malamnya untuk manusia berehat, atas nikamat nikmat dikirimnya juga ujian yang pelbagai bentuk untuk melihat sejauh mana teguhnya usaha manusia membina iman dan beringat atas tujuan dilahirkan keatas muka bumi ini. Alhamdulilah kalau kita terpanggil untuk beringat dan Alhamdulilah jika kita dikelilingi oleh orang orang yang menyuruh kita beringat serta ruang ruang dugaan itu sendiri sudah cukup besar untuk dijadikan hamparan supaya kita terus beringat. Pagi ini INDAH, ada gerimis yang membawa kedinginan dan menghilangkan kabus asap kota pada udara dan ada sinar matahari dhuha yang sering mengingatkan aku tentang nikmatnya peluang solat dhuha yang harus direbut dicelah kesibukan. Sinat matahari dhuha itu adalah gambaran sinar harapan yang memberitahu aku jangan berhenti berharap dengan bantuan Allah selagi ada sinar mentari selagi ada denyut nafas ini. Hari ini 10 April, bulan April sudah berganjak ke hari kesepuluh, sudah 3 hari salah satu tarikh penting dibulan April untuk terus aku ingat, ulang tahun pemergian nenda tercinta dan ulang tahun adik lelaki bongsuku wan. Wan perlukan dompet, aku terfikir untuk memberikannya dompet tapi adik linda terlebih dulu actionnya oklah moga ada waktu terluang aku akan carikan dia beg sandang untuk dia gunakan pergi kerja. Alhamdulilah adikku ini sudah dapat kerja tetap dan tinggal dengan keluarga. Aku sering berpesan pada mak, jangan terlalu kasari dia, jiwanya fragile dan perlukan sokongan yang kuat, namun sifat menghormati orang sekeliling dan mengambil berat hal anak anak buah dalam linkungan usaha yang termampu olehnya membuatkan aku sayang padanya. Lagi pun kami adik beradik, ada juga nilai unconditional love tu dari tuhan kena pulak dia tidak menyakitkan hati dan tahu bersyukur dan berterima kasih. Aku sering merayu padanya tolong jaga hati mak dan bak, dalam usia sebegitu senja mak dan bak tidak layak lagi untuk menangani kegagalan kita dalam menghadapi situasi hidup jangan kerana kebodohan dan kejahilan kita ibu bapa kita jadi mangsa. Itu sudah KEJAM namanya. Pagi gerimis yang sedikit sesak memberikan aku ruang tersendiri, dalam kesesakan lalu lintas, sempatlah aku memulakan hari dengan Alwaqiah surah pendek yang besar fadhilatnya yang menjadi amalan para nabi dan rasul dan tergolong dalam surah surah pilihan. Alhamdulilah dalam sukar ada ruang dan peluang, memang betul hidup ini bergantung pada minda dan iman kita untuk mentadbirnya, kalau minda positif dibekal pulak iman dihati, insya Allah ilham ilham kebaikan akan terus datang perbagai rupa termasuk bentuk bentuk rezeki yang perlbagai menjadikan hidup ini BARAKAH. Hari ini sengaja memilih CafĂ© Aisyah untuk breakfast, sekadar membina kelainan dan kepelbagaian. Bila tiada kawan, pilihan untuk menumpukan pada aktiviti dan fikiran tentang diri sendiri dan perancanagn menjadi pilihan. Masa itu ibarat emas, setiap detiknya biarlah menjadikan kita menggunakan fungsi akal dan minda sepenuhnya kearah tujuan yang terancang. Sambil menikmati Nescafe tarik dan maggi goreng dan sosej, aku pantas membelek mutiara kata yang berkenan dihati diiphone, “ Tidak lurus KEIMANAN seseorang kecuali HATINYA lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus LIDAHnya”. Aku berkenan betul dengan kenyataan ini, kalau kita 5 kali solat dengan takbir Allah Hu Akbar, hidup kerana Allah, hidup untuk membina Iman janganlah pulak diketepikan peranan LIDAH. Aku juga berpesan pada diri sendiri, jangan sesenangnya mengatakan dan melebelkan seseorang terlalu banyak cerita sebenar yang kita tidak tahu. Apalagi kalau orang tiada Iman, lidah adalah senjata yang paling tajam kerana itulah FITNAH itu besar kecamannya disisi Allah. Lesson for the day, aku kongsi di FB, Fb ruang untuk aku membina persahabatan. Untuk aku FB lah ruang persahabatn, FB lah ruang rezeki. Orang yang datang dalam hidup kita membawa rezeki, ada juga orang yang datang dalam hidup kita membawa BALA. Pandai pandailah memilih antara KACA dengan PERMATA kerana sinar kedua duanya seakan sama dan boleh mengelirukan. Skill yang berpaksi pada perasaan syok sendiri tidak cukup digunakan untuk mengenali nilai kaca dalam persahabatn. Mulut manis bergula juga bisa menjadi racun pula. Alhamdulilah, setakat ini Allah menemukan aku dengan insan insan yang memberikan aku hati mereka, kepercayaan, harapan dan kesetiaan. Mereka inilah menjadi team bisness yang sedang berkembang dan akan berkembang. Aku akan terus percaya two heads is always better than one. IOPE aku usahakan dengan Li dan Maria, alhamdulilah bonusnya sudah kami rasai, malah sering juga kehabisan stock. Aku buat proposal lady trip atas usul gergaji 2 mata, untuk win the follower at the same time untuk memudahkan pengambilan stock dikorea. Kini aku sudah berbincang destinasi lain pula untuk lady trip, India degan kak Ima dan Europe dengan Mai, Cuma destinasi Indonesai belum lagi diutarakan pada pak wan. Aku melihat bagaimana kawan yang postif mampu dibina sesuatu yang positif dan menguntungkan kedua dua pihak. Dan pagi ini pula aku diganggu dengan satu panggilan telefon yang membuka lagi satu ruang baru yang aku tunggu tunggu selama ini iaitu property venture. Aku percaya , Allah kalau sudah menentukan rezeki pada seseorang, maka dititipkannya jalan jalan yang membawa rezeki itu. Moga semua idea ini menjadi circle yang bermakna buat aku dan idea Bonda Botique tetap bisness yang akan aku buat untuk Izan adik iparku sebagaiman perbincanagn aku dengan hubby. Aku teringat posting aku semalam, “seseorang yang CEKAL dan BERKEYAKINAN TINGGI tidak akan tersentuh apa lagi rebah dengan hal remeh temeh yang sengaja atau sebaliknya malah dia hanya akan menumpukan kearah PENCAPAIAN MATLAMAT dengan lebih gigih”. Matlamat yang saban hari sibuk aku bina ialah matlamat SPIRITUAL. Hanya Allah yang akan terus menjaga kita, tidak perlulah meminta minta dengan orang lain. Aku memilih untuk serve orang lain tapi akan terus gigih meminta dengan Allah, apalagi kalau Allah memberikan aku nilai sesuatu TERLEBIH LEBIH. Betul kata kata yang pernah aku dengar, kalau kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga yang lain lain untuk kita, dan keimanan hanya dicapai dengan hati yang lurus. Hati yang lurus hanya jika lidah kita lurus. Aku tidak dapat bayangkan bagaimana seorang sahabat boleh mengkhianati sahabatnya dengan membuka aibnya, sedang mereka bersahabat, boleh terus bertanya, aku tidak dapat bayangkan bagaimana senangnya mereka memilih , melempar dan membuang sahabat begitu saja, sedang sahabat sahabat itu telah menolongnya, aku tidak faham bagaimana hidup hanya mengharap bantuan orang lain akhirnya sanggup mengeluarkan kata kata pelbagai tomahan pada orang yang sudah berkorban jiwa raga, masa dan harta benda buatnya. Seorang kawan yang lain menjawab, satu je jawapannya za…manusia tidak akan mampu membalas kebaikan manusia lain. Sebab kebaikan itu hanya Allah yang membalasnya. Seorang lagi sahabat berpesan, kalau nak kenal seseorang, bagaimana ia senang membuka aib orang depan kita begitu juga senangnya dia membuka aib kita depan orang lain. Aku berterima kasih pada 2 sahabat ini yang sudah mengalami dengan orang yang sama. Sifat manusia yang pada awalnya bagaikan kusyen empuk buat kita, caranya membuatkan kita rasa seolah selamat dan tertarik untuk berkongsi, sifat itu juga menjadikan kita berfikir dialah sahabat yang kita cari dan akan kemas kita letakkan dlm circle selamat kita rupanya menggunakan perkongsian kita sebagai nilaian tersendirinya dan bahan untuk puzzlenya yang tersendiri tercipta dimindanya. Ya Allah aku menggangkat kedua tangan ini bermohon kau bukakan hati hati mereka serta mata hati mereka agar mampu berfikir sejenak jangan merasa selesa seolah olah Allah itu tuhan mereka saja dan mereka bebas membuat apa saja konon mereka orang baik baik. Wanauzubilah. Padaku biarlah si Luncai terjun dengan labu labunya, aku serahkan urusan mereka pada Allah, aku teruskan menjaga diruang yang tersedia ada untuk mengumpulkan tenaga dan tumpuan pada hidup aku sendiri. Apa yang telah aku lakukan sudah lama aku ikhlaskan, dan apa yang mereka buat sudah lama aku maafkan, cukuplah Allah menyediakan hukuman buat mereka sepertimana tertulis dalam kalam mulianya, aku hanya manusia biasa tidak layak untuk menghukum orang, tidak layak untuk berjuang pada perbuatan yang sia sia yang akhirnya membawa kerugian pada diri sendiri.Dunia ini sempit saja, apa yang kita perkatakan dan perbualkan satu hari dengan izin Allah akan sampai juga ketelinga kita. Terus hati berkata, ah tidak berubah ubah mereka ini, hidup mereka ceria dengan sessi mengata itu dan ini pada sesuatu yang tak pasti. Nun disudut hati sebenrnya aku bersyukur, untuk diberikan peluang disebalik kemelut ini, peluang untuk aku sisihkan diri dengan orang yang sia sia untuk kita bina hubungan, orang yang jika kita disampingnya tak habis habis cerita pasal orang, orang yang depan kita seakan simpati dengan kita, belakang kita seolah bertepuk tangan. Inilah dunia, didalamnya dihuni oleh pelbagai makhluk, disamping makhluk yang menjadikan alam ini selamat dan tempat terbaik, ada juga makhluk perosak yang tidak sedar dan tak sempat kaji kesan perbuatan diri sendiri. Mereka ini sebenarnya MENZALIMI DIRI SENDIRI. Alhamdulilah Allah memisahkan aku dengan mereka, Alhamdulilah Allah mengekalkan aku dengan mereka mereka yang banyak membina dan mengintai resepi kejayaan dalam hidup. Ya Allah kau bahagiakan hati hati yang pernah membahagiakan aku, kau sayangilah hati hati yang sayangi aku, kau temukan kami semula pada ruang dan liku yang ada dan kau tinggikan marabat keimanan mereka. Amin ya Rabbal Alamin.

Friday, April 6, 2012

KETENANGAN dan AIR MATA BAHAGIA

Alhamdulilah aku bertemu hari Jumaat lagi, hari Jumaat yang menyegarkan walau aku tidak terbangun awal sebagaimana yang dirancangkan. Teringat pesan ustaz Azhar, semua kehendak atas kita, kalau kita mahu dan kalau kita usaha kita boleh dapat, Usaha semalam lebih dari biasa, bacaan Al Mulk sebelum tidur dan penuh doa doa sebelum terlelap akhirnya terbabas juga. Ini satu cabaran bukan mudah buat aku terutama bila tubuh agak tidak sihat begini. Senjata hari Jumaat sudah aku buat sekali iaitu bacaan surah Al Kahfi selepas solat maghrib semalam, kalau Berjaya 3 kali langkah nikmatnya. Aku cuba mencari masa tengah hari ini selepas menghantar COD customer dan skip lunch dengan adik adik. Biasanya kalau melintas Damansara, paling seronok aku selalu lunch dengan adik adik tapi hari ni rasa sayang pulak dengan masa. Sambil balik ambik alamat client dan Mela Clear..baik aku solat zuhur dan baca lagi Al Kahfi. Insya Allah kalau Allah mengizinkan, aku akan baca skali lagi dalam pukul 6 ptg selepas mandi sebelum ke Masjid. Hari ini aku ingin berjemaah di Masjid seorang diri kerana hubby kerja kalau tidak dia hanya ikut saja jadual seharian aku. Alhamdulilah. Semalam kami menonton ceramah Ustaz Azhar bersama sama. Rakaman Ceramah perdana negeri Kelantan. Apa yang menyentuh hati dengan 1.30 jam ceramah itu disamping kagum melihat kecekapan ustaz menjawab soalan Fekah penonton, ialah satu kenyataan kita angkat takbir 5 kali sehari Allah Hu Akbar, menyata dan mengakui Allah maha besar…kita membesarkan Kuasa yang ada pada Allah ..mengakaui dengan sungguh sungguh tapi dalam penghayatan hidup kita seharian kita tidak pun menuju pada Allah. Kita tersinggung, terasa , nak marah, tak puas hati dengan hal hal berkaitan pangkat, perhatian, kebendaan, hubungan manusia, Allah hu Akbar sudah entah kemana pergi. Di akhir ceramah, ibarat belati tikam dihati pada kata kata ustaz, kita datang dari Allah papa kedana malah dari sehina hina air mani sahaja, kita juga pasti akan kembali pada Allah bila bila masa juga dalam keadaan papa kedana tak kira siapa kita dan apa pangkat kita walau berapa banyak harta kita, apa yang kita ada hari ini semuanya sementara. Belanjakn harta kita pada Jalan mengeakkan ugama Allah. Ingatlah Agama Allah semakin ditekan hari ini, pilihlah jalan untuk bersama ulamak, ulamak adalah warisatul anbiya’. Hampir menitis air mata aku. Sehingga aku melepakan mata, aku tertanya pada diri sejauhmana peranana yang aku sumbangkan pada Agama Allah. Alhamdulilah cerama ini sudah membuka lagi minda dan mata hati aku. Alhamdulilah untuk tempoh seminggu dua ini dalam aku sekejap Ok sekejap sakit aku cuba sedaya upaya untuk mempelbagaikan aktiviti ibadat bersama hubby dan bila jumpa anak anak, aku dan anak anak berserta mak dan bak. Kami akan ke masjid, makan bersama dirumah dengan lauk yang dibeli lebih awal dan nasi yang dimasak lebih awal, aku tidak betah lagi untuk terconggok menunggu dikedai sedang masa berlalu begitu saja melainkan ada appointment untuk berbincang hal hal bisness atau programme. Masa masa yang ada byk untuk mengaji quran, membaca, mengemas dan mendengar ceramah. Alhamdulilah kami bukan lagi penonton TV yang setia. Kalau ada cerita best dan terbaru kat pawagam baru aku rancang untuk pergi dengan sesiapa bergantung jenis cerita. Itu pun sebulan hanya sekali dua.Aku suka kehidupanku sekarang, terasa dalam hati aman dan tenteram, semalam terdetik dihati untuk senyap senyap menabung untuk ke rumah Allah. Ya Allah kau permudahkan dan menjayakan hasrat aku untuk mengenepikan RM500 sebulan sebagai usaha kecilku untuk ke rumahmu. Aku ingin berada disana 45 hari, aku ingin menikmati KECINTAAN yang penuh dari mu ya Allah. Kita manusia banyak kekurangan, tida manusia yang sempurna hatta seorang ustaz sekali pun, namun kita perlu berusaha mendekatkan diri dengan Allah saban waktu apalagi terkadang terjadi musibah yang silih berganti tak lain dan tak bukan hanya untuk mendekatkan lagi kita dengan Allah. Usah mengharap kebaikan dan kasih manusia, selama mereka bergelar manusia selama itulah luka dan dilukai terjadi, mereka yang aku temui sepanjang jalan ke arah kebaikan dan agama Allah, mereka ini adalah sebahagian dari rezeki tuhan …rezeki dengan pertemuan. Aku tidak sabar untuk melayan kerenah anak anak dan anak anak angkatku yang akan turut serta dalam prgramme kem tahfiz AlQuran Bulan Mei ini…mereka ialah fayyadh, harraz, Apik, Atik dan Aiman Najmi. Terimkasih tuhan kerana menyediakan aku ruang ruang untuk mencipta kebaikan menegakkan agamamu. Insya Allahaku akan terus berdoa untuk memohon semoga diperbanyakan lagi peluang kebaikan dan keperluan kepada tenaga dan wang ringgit ku demi kesucian agamamu ya Allah. Alhamdulilah atas setiap detik ketenangan dan air mata bahagia yang tercipta. Amin ya rabbul Alamin.

Monday, April 2, 2012

ALHAMDULILAH.....


ALHAMDULILAH ucapan yang sering melintas diminda setiap kali aku pegang keyboard dan memulakan barisan pertama penulisan diblog ini, tiada lain tempat untuk aku berterimakasih selain pada Allah, tuhan yang bijak mengatur seluruh ala mini termasuklah kehidupanku sendiri. Cuma aku yang masih tercari cari KEMANISAN yang masih tersembunyi lantaran akal terlalu cetek untuk menduga maksud aturan Allah yang terlalu dalam dan besar hikmahnya. Alhamduliah untuk saat ini, minit ini, jam ini, hari, minggu dan bulan. Kini April sudah meniti hari.
April bulan kelahiranku, Cuma hari yang selalu aku raikan bukanlah hari kelahiran aku sebenar. Aku bukan Taurus tapi aku Aries. Namun 2 bintang ini sangat synonym dengan karektor aku. Kalau sebut pasal bintang, aku pasti teringatkan kak Noni dia agak mahir dgn psychology bintang sedap mendengar coletehnya tentang kelebihan dan kekurangan orang berbintang sekian sekian. Waktu pejabat aku sedaya upaya focus, minda aku sekarang terlalu sarat dengan idea dan perlu dikeluarkan pada kertas dan perlu didelegate pada orang2 orang tertentu. Selagi aku tidak keluarkan selagi itu badan jadi berat kerana mindaku SARAT. Ini juga bentuk REZEKI dari Allah, orang lain bukan senang nak cipta idea, aku memang sudah sedia ada, bila masuk saja perbincangan spontan ianya TERKELUAR.
Alhamdulilah, sabtu malam aku seakan terpanggil untuk call kak Ima sekadar bertanya khabar. Dekat satu jam kami berbual akhirnya menghasilkan business venture yang sangat baik. Kak Ima setuju dengan idea aku . Insya Allah kalau ditakdirkan rezeki kami berdua, aku dan kak Ima akan sama sama menerajui LADY TRIP ke India. Pengikut sudah ada, Cuma destinasi perlu dipelbagaikan. Aku tidak boleh hanya Nampak KOREA. Kawan2 yang pergi Korea juga berminat untuk pergi ketempat lain. So untuk kali ini entah mengapa seakan ada daya luar yang menolak aku pada kak Ima dan destinasi India pun keluar. Aku dan kak Ima memang minda business, kak Ima banyak tarikan tapi kurang startegi, bila aku letupkan cadangan, dia menjerit kecil kesukaan. Core business kak Ima ialah Insurance.
The same proposal juga aku terfikir untuk dikemukan pada Pak Wan. Kenapa Pak Wan?..Pak wan sangat arif dengan INDONESIA. Ini satu kelebihan, aku dan pak wan boleh bekerjasama, he trust me as a person dari cara dia communicate dengan aku. Aku pulak ingin menggunakan semua yang dia tahu tentang Indonesia, urusan client dan marketing aku yang buat. Rasanya dengan Pak wan boleh buat usul 50 50 untung. Dengan kak Ima pun mungkin 50 50 jugak. Dalam waktu terekat ini aku perlu aturkan pertemuan dengan Kak Ima dan Pak Wan solely untuk business discussion. Penyakit aku sekarang bila sebut business terus segar, terus terpelanting semua sakit2 kepala, mual dan boring. Terus rasa nyaman dan seakan dipuncak dunia. Entah apalah rezeki yang bakal Allah turunkan buat aku. Saban hari aku perlu pertingkatkan usaha usaha ibadat dan kebaikan serta kesabaran. Allah tetap bersama aku siang dan malam.
Alhamdulilah semalam aku putuskan untuk menghantar kak Nana balik ke hostel bersama hubby. Untuk pertama kali dalam hidup akhir akhir ini aku melalui perjalanan yang tenang dgn hubby, sepanjang jalan aku Qada’ bacaan surah pilihan yang tidak sempat, Ai Waqiah, Addukhan, Almulk dan Assajadah dan dalam perjalanan pulang aku mengalunkan mathurat. Kami berhenti di2 buah masjid, masjid Simpang Lima dan masjid Huda. Sebelum tidur, bacaan Arrahman dan Almulk cukup menenangkan hati dan memberikan aku tidur yang lena selepas membaca sebuah article dalam Women Weekly. Alhamdulilah atas kesukaran dan kepayahan yang aku tempuh dalam hubungan suami isteri, adik beradik, saudara mara dan persahabatan akhirnya aku akur mereka semua manusia biasa bukanlah tempat yang HAK untuk aku dambakan, sebaliknya JALAN ALLAH akan lebih besar dan luas untuk menerima aku. Allah lebih sayangkan aku dari mereka mereka semua.

Ya Allah kini bulan April tiba, bermulakan angka lebih 1 dari umurku yang dulu, aku ingin hidup sebagai hambamu yang sedar diri, sedar potensi dan Merasai penuh KECINTAAN pada ilahi. Pilihlah aku ya Allah, gerakan hati dan langkahku hanya untuk kebaikan akhiratku. Amin

Ya Allah…
Aku sering mendamba cahaya kasihmu
Cahaya itu menenangkanku
Aku sering mendamba CINTA agungmu
CINTA itu sangat menjaga aku sebagai hambamu
Aku sering Mendamba PETUNJUKmu
Petunjuk itu bakal menambah KEIMANANku
Ya Allah matikan aku dalam IMAN
Kuatkan aku untuk terus BERJUANG
Demi menegakkan KEBENARAN
Mengukuhan KEBENARAN agamamu
Membuktikan KEKAMILAN ciptaanmu
Supaya mereka juga akan TERUS SUJUD
Memohon PERLINDUNGAN dan KASIH SAYANGmu