...kasih sayang itu ibarat setitis embun dipagi hari..menyegarkan minda ...mendamaikan rasa...meyakinkan hati...menyelamatkan jiwa...mampu menghambat sebuah resah yang bertandan...Kasih sayang bonda membawa ke syurga...
Friday, April 6, 2012
KETENANGAN dan AIR MATA BAHAGIA
Alhamdulilah aku bertemu hari Jumaat lagi, hari Jumaat yang menyegarkan walau aku tidak terbangun awal sebagaimana yang dirancangkan. Teringat pesan ustaz Azhar, semua kehendak atas kita, kalau kita mahu dan kalau kita usaha kita boleh dapat, Usaha semalam lebih dari biasa, bacaan Al Mulk sebelum tidur dan penuh doa doa sebelum terlelap akhirnya terbabas juga. Ini satu cabaran bukan mudah buat aku terutama bila tubuh agak tidak sihat begini.
Senjata hari Jumaat sudah aku buat sekali iaitu bacaan surah Al Kahfi selepas solat maghrib semalam, kalau Berjaya 3 kali langkah nikmatnya. Aku cuba mencari masa tengah hari ini selepas menghantar COD customer dan skip lunch dengan adik adik. Biasanya kalau melintas Damansara, paling seronok aku selalu lunch dengan adik adik tapi hari ni rasa sayang pulak dengan masa. Sambil balik ambik alamat client dan Mela Clear..baik aku solat zuhur dan baca lagi Al Kahfi. Insya Allah kalau Allah mengizinkan, aku akan baca skali lagi dalam pukul 6 ptg selepas mandi sebelum ke Masjid. Hari ini aku ingin berjemaah di Masjid seorang diri kerana hubby kerja kalau tidak dia hanya ikut saja jadual seharian aku. Alhamdulilah.
Semalam kami menonton ceramah Ustaz Azhar bersama sama. Rakaman Ceramah perdana negeri Kelantan. Apa yang menyentuh hati dengan 1.30 jam ceramah itu disamping kagum melihat kecekapan ustaz menjawab soalan Fekah penonton, ialah satu kenyataan kita angkat takbir 5 kali sehari Allah Hu Akbar, menyata dan mengakui Allah maha besar…kita membesarkan Kuasa yang ada pada Allah ..mengakaui dengan sungguh sungguh tapi dalam penghayatan hidup kita seharian kita tidak pun menuju pada Allah. Kita tersinggung, terasa , nak marah, tak puas hati dengan hal hal berkaitan pangkat, perhatian, kebendaan, hubungan manusia, Allah hu Akbar sudah entah kemana pergi. Di akhir ceramah, ibarat belati tikam dihati pada kata kata ustaz, kita datang dari Allah papa kedana malah dari sehina hina air mani sahaja, kita juga pasti akan kembali pada Allah bila bila masa juga dalam keadaan papa kedana tak kira siapa kita dan apa pangkat kita walau berapa banyak harta kita, apa yang kita ada hari ini semuanya sementara. Belanjakn harta kita pada Jalan mengeakkan ugama Allah. Ingatlah Agama Allah semakin ditekan hari ini, pilihlah jalan untuk bersama ulamak, ulamak adalah warisatul anbiya’. Hampir menitis air mata aku. Sehingga aku melepakan mata, aku tertanya pada diri sejauhmana peranana yang aku sumbangkan pada Agama Allah. Alhamdulilah cerama ini sudah membuka lagi minda dan mata hati aku.
Alhamdulilah untuk tempoh seminggu dua ini dalam aku sekejap Ok sekejap sakit aku cuba sedaya upaya untuk mempelbagaikan aktiviti ibadat bersama hubby dan bila jumpa anak anak, aku dan anak anak berserta mak dan bak. Kami akan ke masjid, makan bersama dirumah dengan lauk yang dibeli lebih awal dan nasi yang dimasak lebih awal, aku tidak betah lagi untuk terconggok menunggu dikedai sedang masa berlalu begitu saja melainkan ada appointment untuk berbincang hal hal bisness atau programme. Masa masa yang ada byk untuk mengaji quran, membaca, mengemas dan mendengar ceramah. Alhamdulilah kami bukan lagi penonton TV yang setia. Kalau ada cerita best dan terbaru kat pawagam baru aku rancang untuk pergi dengan sesiapa bergantung jenis cerita. Itu pun sebulan hanya sekali dua.Aku suka kehidupanku sekarang, terasa dalam hati aman dan tenteram, semalam terdetik dihati untuk senyap senyap menabung untuk ke rumah Allah. Ya Allah kau permudahkan dan menjayakan hasrat aku untuk mengenepikan RM500 sebulan sebagai usaha kecilku untuk ke rumahmu. Aku ingin berada disana 45 hari, aku ingin menikmati KECINTAAN yang penuh dari mu ya Allah.
Kita manusia banyak kekurangan, tida manusia yang sempurna hatta seorang ustaz sekali pun, namun kita perlu berusaha mendekatkan diri dengan Allah saban waktu apalagi terkadang terjadi musibah yang silih berganti tak lain dan tak bukan hanya untuk mendekatkan lagi kita dengan Allah. Usah mengharap kebaikan dan kasih manusia, selama mereka bergelar manusia selama itulah luka dan dilukai terjadi, mereka yang aku temui sepanjang jalan ke arah kebaikan dan agama Allah, mereka ini adalah sebahagian dari rezeki tuhan …rezeki dengan pertemuan. Aku tidak sabar untuk melayan kerenah anak anak dan anak anak angkatku yang akan turut serta dalam prgramme kem tahfiz AlQuran Bulan Mei ini…mereka ialah fayyadh, harraz, Apik, Atik dan Aiman Najmi. Terimkasih tuhan kerana menyediakan aku ruang ruang untuk mencipta kebaikan menegakkan agamamu.
Insya Allahaku akan terus berdoa untuk memohon semoga diperbanyakan lagi peluang kebaikan dan keperluan kepada tenaga dan wang ringgit ku demi kesucian agamamu ya Allah. Alhamdulilah atas setiap detik ketenangan dan air mata bahagia yang tercipta. Amin ya rabbul Alamin.
Monday, April 2, 2012
ALHAMDULILAH.....

ALHAMDULILAH ucapan yang sering melintas diminda setiap kali aku pegang keyboard dan memulakan barisan pertama penulisan diblog ini, tiada lain tempat untuk aku berterimakasih selain pada Allah, tuhan yang bijak mengatur seluruh ala mini termasuklah kehidupanku sendiri. Cuma aku yang masih tercari cari KEMANISAN yang masih tersembunyi lantaran akal terlalu cetek untuk menduga maksud aturan Allah yang terlalu dalam dan besar hikmahnya. Alhamduliah untuk saat ini, minit ini, jam ini, hari, minggu dan bulan. Kini April sudah meniti hari.
April bulan kelahiranku, Cuma hari yang selalu aku raikan bukanlah hari kelahiran aku sebenar. Aku bukan Taurus tapi aku Aries. Namun 2 bintang ini sangat synonym dengan karektor aku. Kalau sebut pasal bintang, aku pasti teringatkan kak Noni dia agak mahir dgn psychology bintang sedap mendengar coletehnya tentang kelebihan dan kekurangan orang berbintang sekian sekian. Waktu pejabat aku sedaya upaya focus, minda aku sekarang terlalu sarat dengan idea dan perlu dikeluarkan pada kertas dan perlu didelegate pada orang2 orang tertentu. Selagi aku tidak keluarkan selagi itu badan jadi berat kerana mindaku SARAT. Ini juga bentuk REZEKI dari Allah, orang lain bukan senang nak cipta idea, aku memang sudah sedia ada, bila masuk saja perbincangan spontan ianya TERKELUAR.
Alhamdulilah, sabtu malam aku seakan terpanggil untuk call kak Ima sekadar bertanya khabar. Dekat satu jam kami berbual akhirnya menghasilkan business venture yang sangat baik. Kak Ima setuju dengan idea aku . Insya Allah kalau ditakdirkan rezeki kami berdua, aku dan kak Ima akan sama sama menerajui LADY TRIP ke India. Pengikut sudah ada, Cuma destinasi perlu dipelbagaikan. Aku tidak boleh hanya Nampak KOREA. Kawan2 yang pergi Korea juga berminat untuk pergi ketempat lain. So untuk kali ini entah mengapa seakan ada daya luar yang menolak aku pada kak Ima dan destinasi India pun keluar. Aku dan kak Ima memang minda business, kak Ima banyak tarikan tapi kurang startegi, bila aku letupkan cadangan, dia menjerit kecil kesukaan. Core business kak Ima ialah Insurance.
The same proposal juga aku terfikir untuk dikemukan pada Pak Wan. Kenapa Pak Wan?..Pak wan sangat arif dengan INDONESIA. Ini satu kelebihan, aku dan pak wan boleh bekerjasama, he trust me as a person dari cara dia communicate dengan aku. Aku pulak ingin menggunakan semua yang dia tahu tentang Indonesia, urusan client dan marketing aku yang buat. Rasanya dengan Pak wan boleh buat usul 50 50 untung. Dengan kak Ima pun mungkin 50 50 jugak. Dalam waktu terekat ini aku perlu aturkan pertemuan dengan Kak Ima dan Pak Wan solely untuk business discussion. Penyakit aku sekarang bila sebut business terus segar, terus terpelanting semua sakit2 kepala, mual dan boring. Terus rasa nyaman dan seakan dipuncak dunia. Entah apalah rezeki yang bakal Allah turunkan buat aku. Saban hari aku perlu pertingkatkan usaha usaha ibadat dan kebaikan serta kesabaran. Allah tetap bersama aku siang dan malam.
Alhamdulilah semalam aku putuskan untuk menghantar kak Nana balik ke hostel bersama hubby. Untuk pertama kali dalam hidup akhir akhir ini aku melalui perjalanan yang tenang dgn hubby, sepanjang jalan aku Qada’ bacaan surah pilihan yang tidak sempat, Ai Waqiah, Addukhan, Almulk dan Assajadah dan dalam perjalanan pulang aku mengalunkan mathurat. Kami berhenti di2 buah masjid, masjid Simpang Lima dan masjid Huda. Sebelum tidur, bacaan Arrahman dan Almulk cukup menenangkan hati dan memberikan aku tidur yang lena selepas membaca sebuah article dalam Women Weekly. Alhamdulilah atas kesukaran dan kepayahan yang aku tempuh dalam hubungan suami isteri, adik beradik, saudara mara dan persahabatan akhirnya aku akur mereka semua manusia biasa bukanlah tempat yang HAK untuk aku dambakan, sebaliknya JALAN ALLAH akan lebih besar dan luas untuk menerima aku. Allah lebih sayangkan aku dari mereka mereka semua.
Ya Allah kini bulan April tiba, bermulakan angka lebih 1 dari umurku yang dulu, aku ingin hidup sebagai hambamu yang sedar diri, sedar potensi dan Merasai penuh KECINTAAN pada ilahi. Pilihlah aku ya Allah, gerakan hati dan langkahku hanya untuk kebaikan akhiratku. Amin
Ya Allah…
Aku sering mendamba cahaya kasihmu
Cahaya itu menenangkanku
Aku sering mendamba CINTA agungmu
CINTA itu sangat menjaga aku sebagai hambamu
Aku sering Mendamba PETUNJUKmu
Petunjuk itu bakal menambah KEIMANANku
Ya Allah matikan aku dalam IMAN
Kuatkan aku untuk terus BERJUANG
Demi menegakkan KEBENARAN
Mengukuhan KEBENARAN agamamu
Membuktikan KEKAMILAN ciptaanmu
Supaya mereka juga akan TERUS SUJUD
Memohon PERLINDUNGAN dan KASIH SAYANGmu
Saturday, March 31, 2012
Insan LUAR BIASA

Hari in hari TERAKHIR dibulan March 2012. hanya kerana kebetulan menemani Kak nana buat assignment, sempatlah aku berblog seketika. Seminggu ini agak sibuk dan berterabur, langsung tiada masa untuk mengunjungi blog atau menulis diiphone terlbih dahulu. Alhamdulilah atas kesibukan Kak Nana hari ini aku berpeluang sementara menunggu waktu Asar untuk solat Asar dan bacaan Surah Al Rahman.
Banyak rancangan GAGAL semenjak semalam bila petang semalam aku menerima sms dari Pak Wan untuk menghulur baju Hard Rock Cafe Jakarta. Aku doa dalam hati mintak mintaklah pukul 9 mlm keatas, aku ingin meneruskan kuliyah maghrib yang memperdengarkan tafsir surah Al Kahfi yang sememnagnya selama ini aku tercari cari. Dalam 20 minit berlalu, aku kgusyuk mendengar cerita Nabi Khaidir dan nabi Musa, tiba tiba mesej berbunyi,"Kita jumpa di Starbuck kat The Mall dlm pukul 9" alamak the mall tu kat KL, kalau aku tak bersiap sekarang tak sempat, lalau aku dan kak nana terus keluar dari masjid untuk pulang bersiap. KL macam biasa malam hari pun jem, dalam 9.40 baru aku sampai di the mall, sempatlah aku minum minum dan berborak dengan Pak Wan sambil mendapatkan baju yang aku tunggu itu. What a nice choice and great taste...dia memilih warna hitan yang ada bling bling...saiznya cukup padan dengan aku. Aku pulang penuh rasa gembira tambahan lagi berborak isu politik negara dengan pemandu teksi melayu yang baik hati. Alhamdulilah aku selamat, kalau bukan kerana BAJU tu aku tak pergi kalau setakat jumpa aku tak pergi tapi disebabkan aku sudah termalu kerana membatalkan trip ke Medan at a very last minute. kita tidak boleh mungkir janji, tapi atas ketentuan tak jadi itu aku sangat gembira. Aku tertidur dalam hati menyanyi nyanyi kecil, badan pun terasa segar bila bangun apa lagi selepas 1 jam senaman pada petang semlm, cuma kaki terasa sakit2 sebab sudah lama tidak exrecise.
Alhamdulilah pagi ini, minda yang segar ini membawa aku pada penghayatan bacaan bahan bahan psychology dengan penuh focua. The art of getting along with people...aku suka buku ni dan aku suka spent time dgn anak dikedai buku dan dipagi hari sambil breakfast...kami ambil masa 3 jam disitu sebelum keluar meneruskan TO DO LIST dan pulang tepat jam 12 tengah hari. Flu melanda diri, ini gara gara tidur lewat de kesan coffee lattee yang diorder oleh pak wan. Aku terjaga pun agak lewat ...hampir terjerait sebab ingatkan hari kerja...Ya Allah...ampunkan aku lantaran tidak sedar ketika dalam tidur yang nyenyak itu. Aku tunai solat zuhur agak lewat hari ini dan terus keluar makan tengah hari, bacaan al dukhan belum terbuat lagi...aku sedang merangka waktu yang sesuai utk bacaan mathurat...kalau boleh 2 kalis ehari..atau at least sekali sehari...semoga ada peluang untuk memulakan semula bacaan mathurat itu...banyak kekuatan mathurat yang tidak boleh diketepikan. ya tuhanku pilihlah aku sebagai hamba mu yang berkesempatan menikmati sepenuhnya hari hari dalam linkungan kasih sayang dan kehebatna mukjizat kalam kalam mu.Aminnn
Untuk semlm hari dan hari esok, aku sah siapkan guideline plan to do sebab otak akus emakin hari semkain tidak mampu meletakkan seua benda, kena tulis baru agak tersusun, dan biasalah ada beberapa pengubahsuaian last minit hanya kerana memebri laluan kepada hak dan keperluan insan insan yang terlibat dalam hidup aku. Seperti petang ini tak ada dlm plan list, tapi dek kepeningan kak nana utk menyiapkan homeworknya, agenda padang digantikan dengan internet. kalau tak aku perlu kepadang menyambung aktiviti semalam, dan terus ke masjid untuk solat maghrib dan isyak berjemaah dan sekaligus mengikuti kuliah tafsir anjuran pihak masjid. hanya Allah yang tahu, bagaimna bahgianya hati bila jiwa terisi, nilah ubat sebenar yang aku temui, inilah jawapan yang Allah sediakan atas apa yang aku alami, dan aku percaya Allah lebih menyayani aku lebih dari orang lain menyayangi aku, kerana itu aku lebih bersedia untuk berkoraban kerana Allah, mendahulukan syriat dan menegakan kewajipan dalam beragama dari teori teori kehidupan yang diperdengarkan hasil kajian manusia. Alhamduliah, sedikit sebanyak cerita semalam sudah aku ketepikan dan LUPAKAN TERUS. Aku berpesan pada diri JANGAN PANDANG BELAKANG lagi..terus tuju kedepan, aku sudah menyerahkan pada ALLAH atas segala yang terjadi dan tasa apa yang TERKESAN, atas segala CEMUHAn yang dilemparkan...mereka semua manusia biasa...yang CEPAT MELATAH..teringat kata kata JA...Insya Allah kak za SYURGA untuk insan insan LUAR BIASA.
Alhamdulilah aku sering dikirmkan Allah kawan kawan SEJATI yang penuh memberi penghayatan rasa atas apa yang aku ALAMI..ya Allah kau muliakanlah mereka kerana mereka pernah MEMBAHAGIAKAN aku..aminnnn
Subscribe to:
Posts (Atom)
