Thursday, February 16, 2012

Maafkanlah KESALAHANKU.


Jam pukul 2pm, sayup kedengaran suara tegas dari masjid berdekatan penakanan isu minggu ini pada khutbah Jumaat yang membawa peringatan buat kaum lelaki. Alangkah bertuahnya kalau perempuan juga boleh turut serta.Perut agak kekenyangan, nasi berlauk daging masak lemak, udang goreng, tampe goreng dan kerabu mangga melupakan aku sekejap akan nikmatnya air tangan Bonda. Bila perut kenyang mata dan badan menjadi agak berat.Situasi begini tiada apa y6ang lebih layak dilakukan selain meneruskan pena disini, sekurang2nya aku tidak melayani rasa mengantuk dan rasa malas yang sedang mula menguasai diri. Mujurlah ruang sempit bilik pejabat ini treansparent, jadi sukar untuk aku tumbang seperti mana aku sering tumbang dirumah.

Semalam aku berharap Chew menghantar jubah yang aku minta dia alter, hingga pukul 10 mlm chew tidak kunjung tiba, kalau aku telefon pasti tergesa gesa Chew buat kerja. selepas pukul 10 semlm aku berhenti berharap, aku mula meninjau baju mana hendak dipakai keesokannya, aku cukup malas memakai baju kurung pada hari jumaat sebab hari jumaat tidak panjang waktu kerjanya. Aku sudah memilih untuk berjinak jinak dengan pemakaian jubah, ada 4 pasang, 3 perlu dialter dan satu dibuat khas oleh chew. Entah bila siapnya tak pastilah, positivenya chew sibuk agaknya. Atau Chew nak siap kan semua sekali sebab sudah termalu dengan aku...tak kisahlah..aku pun silap, aku patut bagi dia masa..mana boleh paksa paksa orang..nak semua cepat..jahit sendirilah!! hari ini pakailah aku baju kurung moden bunga oren itu pun sebab tudung oren sudah dipakai semalam untuk tugas diGombak.

Sekejap lagi, aku perlu teruskan bacaan ayat ke 50 surah Al Kahfi, bacaan Addukhan dan solat Zuhur dan kembali melakukan tugas tugas termampu sebelum waktu pejabat habis. Hari ini sekali lagi pulang menumpang kereta kak Nonie. Bila lah stream kembali ke sini, aku begitu malas melalui Long Journey sekarang melainkan ada anak anak. kalau ada mereka dapatlah aku tugaskan Fayyadh meneruskan pembacaan 50 Mukmin Sejati. Aku akan berikan fayyadh satu hadiah bila selesai bacaan buku itu. Perlahan lahan aku menjadi ASNIZA yang baru. Aku tidak pernah terfikir sebegini dramatik transformation. Alhamdulilah syukur kupanjatkan pada Allah. Memang benar, kalau Allah berkehendakkan sesuatu, sesuatu pasti terjadi dengan cepatnya, aku masih terpinga pinga dan dimasa yang sama juga aku merasa menyesal dalam banyak perkara terutama menyesal kerana kenapa sedari dulu tidak aku terfikir begini, berusaha begini, menikmati begini. Alhamdulilah 2012 cukup memulakan aku penghayati pemerkasaan iman, aku bahagia bila tiap kali solat ada AIR MATA. Aku juga sangat bahagia bila tiap kali waktu solat, ada surah surah mengiringi, aku juga sangat bahagia, aku sudah hampir dipertengahan AlQuran Seawal pertengahan February untuk bacaan waktu Zuhur dan Asar. Bila habis Quran kecik kenangan Ustaz Rashidy itu, aku akan bertukar ke Quran hadiah dari pentadbiran UIA. Aku sayang koleksi Quran2ku, Koleksi telekungku, koleksi buku bukuku. Ahhh sememangnya aku ini seorang COLLECTOR...setiap barang ada sentimental valuenya tersendiri tapi sekurang2nya ada kelainan sejak 2012 menjelma, aku suka kumpul buku isu agama malah aku berusaha memahaminya dengan anak anak, tidak lah setakat handbeg, brooch, tudung, perfume, fabric, candle. Aku ingin membaca nilai personality disebalik seorang COLLECTOR seperti aku.

Dalam usaha berkemas buku 2 minggu lepas, terjumpa 2 buku yang sama, bila keghairahan membeli buku hingga lupa buka mana yang sudah ada, sebab masih banyak buku yang belum dibaca. Alamak ada buku lebih...rezeki siapa ini?? cepat hati ku bertanya dan cepat jugak hati aku teringat pada seseorang. Tiba tiba aku teringatkan Razif, Razif pelajar dari Serawak yang sangat banyak berkongsi dengan aku. Aku seakan begitu faham hati dan dirinya. Diam diam aku sering berdoa untuk dia malah mengingati Razif membawa aku mengingati Adi dan Afiq, nasib anak anak yatim yang kehilangan ayah dikala tengah seronok bermanja. Maha kaya takdir Allah itu, aku sering berharap Razif akan rapat dengan aku dan keluarga, menjadi idola buat Adi dan Afiq juga buat anak anakku Harraz dan Fayyadh. Semalam, buku itu sudah bertukar tangan, hati aku puas makan dan berbincang dengan razif semalam, dan yang paling puas, dia menerima sebhg kecik hartaku yang berharga...semoga dimenafaatkannya hingga hujung nyawa. Ya Allah kau peliharakan lah dia...kau jayakanlah dia..kau permudahkan usaha usahanya ...semoga hubungan kami panjang bersama. Melihat Razif seakan aku melihat harapan yang besar. Walau dia bukan darah dagingku, aku akan iringi doa setiap hari buatnya sebagaimana aku doakan untuk anak anakku. Manisnya pertemuan ini dan aku hargai kepercayaan Razif pada aku dan aku sentiasa ingin menenangkan dan mengembirakannya. Ya Allah kau pertemukan kami selalu agar aku bisa menyumbang pada keperkasaanya untuk berbakti pada agama dan negara.

Jumaat hari ini kiranya aku raikan dengan lebih bererti, jumaat yang meriah dengan 3 kali bacaan alkahfi, seawal semalam, sebelum tidur dan tengah hari ini bersambung sambung. yasin sudah menjadi amalan wajib lepas maghrib. Alhamdulilah, Allah semakin memudahkan semuanya malah aku seakan baru dilahirkan semula. Ada satu kenyataan yang aku kongsi dengan Razif semalam, aku beritahu razif, aku rasa aku tidak hidup lama, tiba tiba segalanya bertukar wajah dan segalanya aku rasa seakan sudah tidak sempat lagi. Aku rasa KEMATIAN itu seakan sangat dekat dengan aku. Aku melihat air mata Razif untuk aku...kami sama sama terdiam seketika.Aku juga berjanji didepan Razif aku akan melakukan semua yang terbaik sebelum mata ini TERPEJAM. Tiada lagi kemarahan, tiada lagi DESAKAN, tiada lagi PEMBAZIRAN...aku hanya ingin menikmati hidup SEMANISNYA dan SEBAIKNYA menjelang hari hari terakhir aku dibumi Allah ini.

Kepada yang sempat berkongsi sedikit atau banyak atau mungkin segalanya dengan aku...MAAFKANLAH KESALAHANKU.

Tuesday, February 14, 2012

KEUTUHAN DIRI.


Semalam aku tidak menulis disini, bukan tiada kesempatan tapi sekadar memecahkan rutin kebiasaan. Alhamdulilah berheni sehari menjadikan idea berganda. Alhamdulilah juga hari ini aku berjaya puasa...puasa sunat yang pertama untuk tahun 2012. Sedari awal January ingin aku memulakannya tapi sering bertangguh ...aku sendiri hairan kenapa aku menangguhkannya hinggakan selera makan sangat tinggi dan berat badan juga semakin meningkat. Hari ini 58kg selama ini berat aku paling pun hanya 55kg.

Pagi ini agenda hari tidak seperti biasa, aku seakan tidak berdaya untuk bangun aku perlu dapatkan doktor sebelum penyakit semakin serious, bukan saja sakit malah kerisauan melanda diri. Aku siapkan diri lepas terjaga lebih pukul 10 pagi, hati teringatkan office kerana hanya aku yang ada bila 2 rakan sekerja bercuti. Office sudah menjadi tanggungjawabku. Aku berisap cepat untuk menemui Dr Subash Nair dan merancang sebaik selesai aku terus mengambil teksi kepejabat. Di Clinic, lama kami berbincang, dr membuat ujian diabetis utk aku memandangkan aku sering menggigil bila kelaparan, ternyata aku seorang yang kurang gula dalam tubuh. Dr juga membekalkan ubatan yang perlu utk 14 hari tanpa anti biotik sebab aku tak mahu lagi makan anti biotik.

Hampir 11.45pagi aku tiba di pejabat aku tidak rasa bersalah bla aku ada MC, cuma aku tidak memilih untuk berihat dirumah kerana banyak kerja dan banyak pelajar yang perlukan rujukan segera di pejabat kami. Ubat ubatan hanya malam yang boleh dimabil memandangkan aku puasa hari ini. Aku perlu mengatur jadual berpuasa dan jadual jogging untuk seminggu disamping jadual surah surah bacaan Quran. Aku ingin membina hidup yang lebih bermakna kerana aku hargai ruang kesihatan dan kemampuan yang diberi oleh Allah. Sesambil aku berehat dipejabat hari ini, banyak yang boleh dirancangkan utk diri sendiri.

Dalam seminggu kita ada 7 hari, puasa sunat disarankan isnin dan khamis. Untuk aktiviti puasa aku, aku memilih Isnin, Rabu dan Jumaat. Khamis terpaksa aku korbankan kerana pada hari khamis sering banya perjumpaan dengan kawan diwaktu lunch dan breakfast, seperti pagi esok aku rancang untuk breakfast dengan hubby dicampus gombak dan lunch dengan Razif pelajarku. Petang aku hanya perlukan burger ayam MC Donald untuk dinner. Hari ini untuk berbuka, aku ada buah buahan dan Oats dengan sambal bilis goreng dengan cili api. Semoga berjaya perancanagn hari ini, esok dan seterusnya, dihujung minggu ingin kepasar untuk agenda masakan dengan wahida. Aku akan kembali berpuasa pada Jumaat dan Isnin.

Pada hari hari yang tidak berpuasa seperti hari selasa, khamis, sabtu dan ahad, aku perlu memperuntukkan masa untuk aktiviti riadah. Pagi sabtu dan ahad jalan jalan jogging dengan wahida dan terus singgah breakfast dimana mana atau balik breakfast dirumah. Boleh kepasar dan boleh late lunch. Malam boleh keluar jalan jalan book shop. perancangan weekend dengan wahida. lama tidak kepasar taman tun, serasa teringin melihat wajah pasar taman tun minggu ini. Bolehlah masak beriya sikit untuk 2 hari sabtu dan ahad khas buat wahida yang sangat rindukan air tangan bondanya ini. Ya Allah jayakan hasrat yang penuh ikhlas seorang ibu daif seperti aku ini.

Bila badan menjadi berat, itu tanda tanda awal musibah physical bukan saja kemalsan bakal melanda diri, malah akan senang dapat penyakit dan kerja jadi bertangguh. Ini bukan ciri orang bahagia dan berjaya, ini ciri ciri orang yang tidak fikirkan masa depan malah tidak menfaatkan kehiduppan dan tidak berusaha untuk mengumpul tenaga untuk membantu orang lain disekelilingnya. Ya Allah sisihkan aku dari menjadi orang yang naif, yang hanya bergantung pada rang untuk keselesaan, kegembiraan dan kejayaan, sebaliknya jadikanlah aku insan yang sempurna, mengakui keesaan tuhannya, sering berdoa untuk sejahtera, berusaha keras untuk success dan mampu membantu orang orang yang lemah disekelilingku. semuanya ada jalannya yang betul disisimu ya Allah, aku mohon padamu, panjangkan usiaku, sihatkan tubuh badanku, hadirkan nafas nafas bertenaga buatku, tajanmkan mindaku dan murahkan rezekiku untuk aku membina keutuhan diri bagi melaksanakan perintahmu.

Amin ya rabbal Alamin

Sunday, February 12, 2012

Betulkan yang lama...BIna yang Baru.


10.30 pagi Isnin, pertama kalinya aku tiba dipejabat pukul 7 pagi. Alhamdulilah disebalik desakan ada banyak peluang, kalau tidak mungkin agak liat segalanya untuk dimulakan. Seawal 7 pagi juga kaki ini melangkah kemasjid terlebih dahulu, untung pejabat sangat dekat dengan entrance masjid, sekali lagi terbentang sebuah peluang. Pagi ini, surah Qiyamah dan surah Alhadid menjadi bacaanku...membaca surah ini membuatkan aku teringat kat Maizon...pasti dia gembira kalau dia mengetahui aku terus amalkan apa yang dipesannya. Bukan senang mendapat kawan seperti maizon yang sering berpesan dgn ayat ayat Quran tanpa jemu. Alhamdulilah atas rezeki persahabatan ini. Sesudah bacaan Quran, aku terus solat Dhuha 4 rakaat dengan 2 salam. Maka tercatat dalam sejarah hidupku. Allah memudahkan apa yang aku inginkan.

Rasa bergaya bila mengenakan sutera Itali biru dan bertudung warna cream serta berkasut cream high heel. Itulah gaya aku, kalau aku bergaya, kerja aku pasti agak tersusun, gaya bukan untuk menunjuk2 tapi sekadar menzahirkan dalaman. Inilah character dalaman yang dizahirkan. Menuju breakfast sendirian, dan bila hampir siap barulah dijengah kawan2 kawan. Sempat bertanya khabar mereka dan keluarga. Bila selesai terus menuju kebilik untuk menyambung tugas seterusnya. Ada 10 TO DO LIST utk hari ini termasuk perbincangan serious dengan Mdm Zi...harap harap diberkan kesempatan oleh Allah.

Sebelum tidur semalam, aku membaca sebuah buku, siap satu chapter, buku yang bagus dan membuatkan aku terus terfikir sampai terlelap. Chapter pertama berpesan, kita bina kehidupan untuk diri sendiri, jangan untuk orang lain. Kita define haluan yang kita mahu bukan membina defination yang dibuat orang lain. Aku pejamkan mata cuba berfikir tentang aku, apa aku mahu, apa yang aku ada dan apa yang ingin aku adakan lagi. Siapa aku secara kasarnya ialah aku orang ISLAM. Yang percayakan Allah dan bersaksi hanya Allah tuhan yang satu dan nabi muhammad itu pesuruhnya. hanya kitab yang satu iaitu AlQuran dan takdir buruk dan baik sudah tertulis dan perjalananku hari ini menuju hari Qiyamat yang pasti. Membina kendiri dan percaya sepenuhnya pada diri sendiri bukan pilihan aku sebaliknya aku hanya percaya apa yang aku inginkan BOLEH bila Allah izinkan. Berilah hak Allah sebagai tuan terlebih dahulu sebelum kita meminta hak kita sebagai seorang hambanya.

Anugerah TERHEBAT dari Allah kepada manusia ialah AKAL. Akal yang membezakan manusia dengan haiwan. Akal yang boleh mengolahkan hidup manusia menjadi lebih baik kerana dengan akal manusia akan BERFIKIR. Allah juga memberikan manusia HATI. Dalam hati ada rasa yang dikuasai nafsu dan iman. Pertarungan keduanya hanya boleh dimenangi sepenuhnya hanya kalau AKAL diisi dengan ILMU. Jadilah hati yang TERDIDIK. kalau hati tidak terdidik...persaan yang lahir masih banyak yang mengelirukan. kdg kdg kita terkeliru dengan NAFSU. maklumat dari hati perlu dihantar pada akal terlebih dahulu untuk difikirkan kerana tidak semua yang dirasai pada hati itu BETUL. Untuk berfikir dengan betul perlu ada ILMU, perlu ada ketenangan dan sebaik baik ILMU dan KETENANGAN itu hanya boleh dicapai dengan SOLAT dan bacaan QURAN.Dalam NLP. kawal diri itu dipanggil Controlling your STATE. Dalam melalui kemelut kehidupan hari ini, saya tidak PERCAYA jalan terbaik untuk contol state dengan melompat, aktiviti bercampur gaul atau bercuti. Islam ada senjata yang lebih HEBAT untuk control STATE iaitu solat berjemaah, solat fardhu, solat sunat, zikir, ayat ayat Quran terutama ayat ayat yang diamalkan rasululah ketika dalam kesedihan seperti surat Al Kauthar.

Kawalan STATE perlu dimulakan dengan aspek spiritual. Agama Islam adalah agama yang sangat sempurna bersamanya diturunkan kalam Allah yang INDAH dan sudah dijanjikan siapa yang beramal dan bermunajat pasti diperkenankan Allah dijanjikan KETENANGAN. Dalam Islam juga sudah termaktub mind setting yang HEBAT untuk pengganutnya melalui rukun IMAN dan Rukun Islam. MInd setting ini merupakan misi dan visi kita sebagai orang Islam dan misi misi lain hanya menjadi perkara yang KURANG UTAMA. Klaau minda ini dibina oleh semua orang Islam maka tidak timbul istilah kekecewaan dan lebih malang kalau kekecewaan itu berlaku pada dasar KEDUNIAAN yang melalaikan.Dengan 2 perkara ini, yang lain hanya menyusul sebagai aktiviti positive melalui aspek Physical, Education, sosial, mental dan Emotion. Setiap aspek aspek ini akan didetailkan suatu hari nanti.

Aku juga terkilan dengan diri sendiri dari segi aspek physical. Sedari kecil aku tidak didedahkan dengan aktiviti physical, bila disahkan pengidap asthma, kedua ibu bapa lagilah melarang aku dari beraktiviti physical. Sukan pertama yang aku sertai hanya cucuk benang dalam jarum, aku masih ingat setiap kali pesta sukan sekolah, mak akan pegi jumpa guru dan memberitahu keadaan aku. Masa tu aku pun suka sebab tak payah penat penat. dalam minda akus edari kecil sudah tertanam sukan dan aktiviti physical itu memenatkan. bayangkanlah diambang 40an barulah aku tahu menagpa ada waktunya aku mudah colapse in term of tenaga bila emosi aku colapse, ianya kerana aku tidak ada circle of energy. Aku ibarat batery murah yang cepat Kong! Controlling STATE juga kena dilakukan dengan physical aktiviti, tubuh tidak akan mudah weak bila emosi weak kalau cukup energy. Malah dengan keupayaan Physical mampu mengalihkan tumpuan emosi dan mental. kata Dr Subash, 45 minit sekali dan hanya 3 kali seminggu. Ambillah 15 minit sehari diwaktu pagi untu melompat. Aku minat music, kalaulah aku boleh dapatkan pakej berbaloi untuk senaman atau tarian bersama muzik...ahhh kena dapatkan maklumat yan nee.

Sesungguhnya kalau kita sayangkan dan hargai hidup, sebagai tanda terimakasih pada Allah, sebagai tanda syukur dan Alhamdulilah, kita perlu menjaga, memelihara jasad, roh dan jiwa kerana kalau salah satunya sudah ditarik nikmatnya banyak keterbatasan sudah berlaku dan kita juga mungkin bakal menyusahkan orang lain.

Alhamdulilah...aku bersyukur hari ini masih bernafas, masih boleh bergerak, masih boleh memilih, masih menjadi pakar rujuk...dan yang paling aku syukuri, aku semakin maju menggapai REDHA ...saban hari semakin luas konsepnya.


Doaku pada Allah moga belum terlambat untuk aku membetulkan keadaan dan membina sesuatu yang baru lebih bermakna...aminnn