Tuesday, January 24, 2012

Mereka CAHAYAKU!!



Berehat seketika sambil meluahkan coretan hati disini sebelum keluar utk quick lunch dan solat zuhur berjemaah dimasjid kolej Islam yang hanya selang 30 langkah dari tempat duduk ini. Ahhh sejak aku berpindah di PJ, aku sayang waktu lunch untuk dibazirkan dengan borak yang tidak berfaedah, kalau ada yang teringin sangat untuk bertemu, aku luangkan masa breakfast saja. Zuhur dan Asar menajdi waktu terindah buat aku dimasjid kolej islam. Alhamdulilah.

hari ini Rabu, 3 hari aku bersantai dirumah dengan anak anak, menghayati kehidupan sederhana yang aku cipta, alhamdulilah hajat dihati wahida untuk buku buku kerja terlaksana lebih rm200 dihabiskan untuk buku buku aku dan wahida, namun aku tidak pernah menyesal, inilah salah satu kepuasan yang tiada tandingnya bagi aku. Pada asalnya aku merancang untuk balik kampung, menikmati air tangan bonda seperti selalu, memandangkan aku tidak mahu memandu lebih jauh ke kuala Terengganu, tidak bersedia untuk mengikuti planning orang lain dan aku lebih terasa untuk memiliki waktu waktu bersendirian dengan anak anak. Aku tak tahu mengapa akhir akhir ini aku ingin lakukan semua ini. Aku cuba trace mana mana hotel yang available dicherating, nampak gayanya Chinese new year sangat meriah dna kami hanya surrunder dirumah. Aku mulalah mencipta masaakn simple utk anak anak menikmati selain programme jalan jalan ke tempat berdekatan sekembali dari out station di Morib.

Pagi Isnin, aku merancang untuk membawa anak anak ke camaron Highlands, lama tidak kesitu semenjak anak anak besar, aku hanya ada kenangan dengan anak anak dan aku ingin memastikan mereka puas hati bersama aku ibu mereka. Selepas makan tengahhari lauk ayam amsak merah yang licin kesedapan, kami beransur bertolak malangnya dipertengahan jalan, aku perasan something wrong dgn tayar kereta, aghhh tayar pancit lagi, kami berpusing pusing mencari workshop yang buka. memang susah dimusim perayaan cina begini, nampak sangat kehidupan dan ekonomi kami bergantung pada orang orang CINA..adussssss. Ada sesuatu yang buat aku sarat terfikir, aku bukan kisah sangat soal tidak jadi ke cameron Highland, tapi yang sarat aku fikrkan mengapa semuanya dimonipoly oleh bangsa Cina. Kami sekadar singgah makan petang di SUBWAY selepas mundar mandir mencari workshop tayar. Mungkin ada hikmahnya...Allah lebih tahu mengapa kami tidak boleh pergi ke Camaron Highland, tidak mengapa waktu masih ada selagi nyawa dikandung badan.

Hari ke 2, aku masakan anak anak SIAKAP STIM. Begitu berselera sekali harraz, fayaydh dan wahida makan. Inilah saats aat so lovely menjadi seorang ibu, ada satu rasa puas melihat anak anak dan hubby makan. Penat kita terus jadi hilang. Aku seronok mengurus rumah tangga akhir akhir ini, merancang hidup yangs angat simple disamping hubby dan anak anak walau ada waktunya hati seakan terbakar kesakitan lantaran sikap hubby yang tidak pernah berubah. pagi ini ketika berbincang dgn kak nonie pun, kak nonie bersetuju dengan pendapat aku, kita tak mampu ubah hidup orang, kita hanya mampu buat yang terbaik yang kita inginkan dan Allah izinkan pada hidup kita, perbualan aku dgn kak nonie pagi ini memperlihatkan aku bahawa BUKAN AKU SEORANG yang menanggung BEBAN DERITA...hampir semua perempuan berkahwin ada derita tersendiri agaknya. Alangkah bertuahnya sesetengah kwn kwn yang sebaliknya...memang betul REZEKI, AJAL, KELAHIRAN, dan JODOH itu sepenuhnya takdir yang sudah tertulis buat kita, gunalah sebesar KEBIJKASAAN yang ada dan carilah SEBANYAK BANYAK ILMU untuk mengatasinya. Alhamdulilah aku ternampak point ini pagi ini. dan poin ini akan membuatkan aku akrab dgn solat malam, Quran dan buku...Moga Allah terus membantuku.

Waktu waktu bersendirian begini mengingatkan aku pada adik beradik dan kaum keluarga ku, mungkin mereka begitu gembira walau tanpa aku, sejak bila aku menjadi bahan kegembiraan mereka?..aku hanya berusaha dan sanggup memberi demi menyempurna kehidupan yang ada seisinya, tapi aku tidak boleh selamanya INTERFERE bila ada waktunya aku TIDAK MAMPU. Saat begini juga aku rindukan Ummi, mungkin ummi berkata aku sudah berubah..dan aku perlu mengiyakan..ya aku memilih untuk berubah kerana TIADA SIAPA TAHU SAKIT DAN LUKA yang aku alami. Ada ketika nya aku sudah tidak mahu lagi ebrkongsi pada hati hati yang kejam...hati hati yang bukan mendengar dengan kasih sayang...tapi hati hati yang BERTEPUK SORAK keseronokan. Sekali ini aku bernekad, aku hanya ada Allah dihati yang maha mendengar dan memahami, yang sering jaga tanpa tidur yang tidak pernah ALPA...aku hanya ingin mengadu padanya memohon hidayah, memohon perlindungan dan kasih sayang.Tempat aku hanya disitu bertafakur memohon sambil mengalukan bisikan CINTAKU pada Allah.

Alhamdulilah, aku merasai nikmatnya...nimmat bila kita memberikan habis habisan pada orang lain dan kita memilih untuk hidup sederhana, berdikit, bersakit...sangat nikmat rupanya, tiada apa dengan harta dunia ini, yang aku kejar sebenarnya KETENANGAN. ungkin aku semakin hampir dipintu PENGABDIAN..pagi tadi aku terjaga 4.30 pagi, aku perlukan sedikit lagi kekuatan dan memperkemaskan lagi bacaan dan hafalan sebelum menjadi penghuni malam yang tidak pernah jemu bermunajat pada penciptanya.

Ya Allah...aku sedang dan akan terus diduga, sesuai dengan kemampuanku, walau ada kalanya aku SARAT TERBEBAN, walau ada kalanya aku sangat tidak mampu, namun aku tahu aku tetap TERPILIH oleh mu. Tiada lain yang mampu melengkapkan persiapan diri ini melainkan..sekukuh mana pegangan CINTA dn KASIH antara aku dan kebesaran mu..Ya Allah aku ingin terus mendaki sambil terus menyapu air mata ini, sambil terus menkaji takdir hidup insan disekeliling aku. Ya Allah barislah aku sebagai insan yang bakal menuju jannahmu...berilah aku peluang untuk membaiki diri..membetulkan keadaan ..menikmati kehidupan dan nikmatmu...terimaksih tuhan atas kiriman zuriat zutiatku yang begitu mentaati mu..yang menrasai kebesaran dan kewujudan mu..merekalah harta hartaku ya Allah...

Lihatlah kehidupan, dalam sengsara ada kemanisan, dalam derita ada TURNING POINT!. Allah begitu ADIL pada hambanya cuma kdg kdg tidak etrjangkau dek akal kita yang pendek...ya Allah rahmatilah hubby dan anak anakku...sabarkan mereka sebagaimana kau sabarkan hati aku melalui semua ini. walau pagi ini tiada salam mesra dari anak anakku, nun dikejauhan hati ini tetap berdoa buat mereka...doa doa yang specific untuk kejayaan mereka dunia dan akhirat..jadikan lah mereka anak anak yang soleh dan solehah yang bakal memberikan aku cukup cahaya dialam barzakh aminnnnn

Thursday, January 19, 2012

PELUANG!!...Cari dan Cipta....


Pagi Jumaat yang MULIA menegjutkan aku seawal 5.30pagi..Alhamdulilah aku boleh terbangun seawal itu dikejutkan oleh Sub Conscious sendiri. Aku mundar mandir dan teruskan berbaring untuk menanti waktu yang sesuai untuk bersiap kepejabat. Seawal air mengenakan badan, sewaktu itu tearas pagi ini INDAH dan SEGAR dan minda pun jadi tenang. Aku bersiap ke Pejabat dengan rasa seronok.

Melihatkan kereta di block oleh kereta lain pun langsung tidak memberikan riak marah dan kesal, perlahan aku berfikir how to move the car sambil mengingatkan diri, aku perlu buat sendiri tiada siapa yang bakal membantu aku. Kereta pertama kutolak, kereta ke2 barulah boleh keluar sedikit, dan aku terpaksa berhenti sekejap untuk menolak kereta ke3, dan dalam aku terkial kial datanglah pengawal berseragam biru membantu. Alhamdulilah ucap hatiku...dan aku berlalu sambil menagnkat tangan tanda terimakasih pada pengawal Myanmar itu.Sesekali rutin aku boleh jadi begini bila aku mengambil parking berbumbung.

Perjalanan ke pejabat juga sangat lancar, dingin suasana menambah lagi tenangnya hati, dan telefon berdering dari customer yang berhajat untuk mengambil COD pada hari ahad. Ahhh pagi pagi rezeki sudah masuk, sedari semalam pun banyak mesej notifikasi payment masuk dari customer. Rezeki dari Allah, agaknya bila kita ikhlas ianya menjadi lagi laju dan cepat..Alhamdulilah. Aku bergegas masuk ke pejabat mengelak terkena gerimis pagi yang nyaman. Terus melaporkan kedatangan pada PC dan belum sempat membuka email sebagaimana rutin harian, zul ingatkan aku utk ke LH A ada Programme bulanan Al Liqa bersama Dato Rektor. Lalu kucapai buku nota, fon dan beg duit bersama sebatang pen. Al Liqa'sanagt bagus padaku...selepas ini ada kesinambungan yang bakal dibentangkan oleh TOP MANAGEMENT university.

Sudah hampir 20 hari aku dipejabat Petaling Jaya ini, bermakna juga sudah 20 hari aku merasai hubungan SURFACE anatar aku dan kwn kwn seangkatan. Aku rasa aku perlu memberi sebagaimana diminta tidak perlu lebih ..tidak perlu menjadi terlalu PEMURAH hingga menggangu prinsip orang lain. Aku perlu berlagak blurr dan dunggu, lembab kerana aku tahu itu yang diharapkan dan disukai orang orang tertentu. Tidak mengapa. Memnag betul bila masuk kandang lembu perlu bijak berdebah macam lembu. Aku tidak mahu dilihat dengan tangkas dan penuh idea baru...itu aku perlu sangat berhati hati..Alhamduliah aku sudah ada saduran lain. Disini hanyalah my second choice, aku belajar menjadi follower, menari rentak tarian mereka yang penuh gemalai. Kalau aku mahu All Out...bukan disini tempatnya...aku sudah belajar banyak dari pemerhatian,pengalaman termasuk juga kesilapan.

Alhamdulilah tiada rasa sedih, tiada rasa terasing, time makan aku hanya keluar sendiri, time solat aku menuju ke masjid, bila ada kwn kwn cari aku tidak akan tolak, kalau ada kepentingan, barulah aku keluar mencari kwn kwn. Mereka penting bagi aku sepenting masa aku sendiri...time flies!! Anak anak dirumah, makan apa mereka, ah sejap lagi mama balik...waktu bersama mereka sangat bermakna bagi aku. Serasa aku tidak mahu lepas dari pelukan mereka. Terasa disitu ada satu rasa yang sangat nyaman...terimakasih tuhan atas anugerah keajaiban zuriat ini. Aku sudah menyiapkan TO DO LIST dan things to pack untuk keluar ke Morib nanti.


Sesekali aku tidak akan lupakan BUKU dan Buku catatan ..apa saja terfikir akan aku catat. Anggaplah OUT STATION kali ini peluang untuk aku BERSAMA ANAK ANAK!!. Peluang perlu dicari dan dicipta!!

Wednesday, January 18, 2012

Mohon RAHMAT!



2012 seakan memeperlihatkan pada aku agenda writing yang semakin menjadi keutamaan, semua ini kerana gara gara bilik aku berdepan dengan bilik boss, bila boss tidak galakan online samaada FB atau yahoo messanger, maknanya aku hanya boleh menerima inbox message dan membalas seketika tidak langsung berpeluang berchating sambil berniaga nasib baiklah masih ada pengikut setia sebagai new customer mahupun sebagai repeat order. Tak kisahlah apa pun...janji aku pandai bawa diri..janji aku pandai membina skill diri saban hari...satu hari pasti kerja kerja menulis ini sudah menjadi sebati.

Pagi ini Temptation utk breakfast roti canai, tiada siapa dalam minda cuma tak kisah jumpa siapa pun. Aku tidak pernah specific siapa kawan aku apgi tengahari dan petang.Sapa sapa pun boleh dan mampu mendatangkan ILHAM. Insya Allah. Suddenly bila aku duduk saja dikerusi hitam yang empuk ini, Ja call...kak za jom breakfast, rasa nak makan roti canailah...ohhhh taste kita sama pagi ni..jommm..no problem balas ku segera. Pagi ini Ja membuat pahala dalam hidupnya dengan membayarkan makanan dan minuman aku. kami berbual sekitar hal hal kekeluargaan dan adik beradik kebetulan Ja kenal dan berkawan juga dengan Fatin dan Linda.

Dalam aku merenung kerja kerja yang perlu dibuat, dalam aku melayani kehadiran pelajar yang kadang kadang kusut masai mukanya, aku sempat menghubungi 2 kumpulan yang bakal ke Seoul April dan Mei nanti. Alhamdulilah nampak macam daat 3 group, aku buat kerja kerja ni suka suka je sambil menimba pengalaman, kalau dapat rezeki dan makin ramai nak pergi lagi bagus, cuma nanti bila Li dah balik kena bincang how to bring them there atau bayar pada kwn kwn Li kat sana utk bawak mereka ikut as stated in the tentative.Li mesti ada buah fikiran yang lebiah baik kdg kdg. Aku buat je dan aku tak boleh sexpect sgt sempurna dan aku perlu bersedia terima kritikan kwn kwn nanti, ahhh best jugak slowly buat travel agent dah kaki berjalan sakan..ni belum lagi geng geng luar, geng pak wan dan Hera...destinasi aku fokus seoul sebab sambil menyelam sambil minum air...serampang banyak mata, atau satu pancing banyak umpan dan banyak target tangkapan. Alhamdulilah mudah mudah disini ada rezeki terselit sapa tahu.

Dirumah ada Fayaydh dan Harraz, mereka kembali kesini dengan hubby sempena Cuti Raya Cina. Sempat aku berpesan melalaui corong telefon, breakfast, munum air milo, mandi, buat homework then boleh buat apa saja. Tang sebuat boleh buat apa saja tu siilangi ketawa mengengkek fayaydh..tercuit hati aku mendengarnya, seronok dengar tawa budak budak, ahhh mama tahu, nak main game spiderman lah tu...ya lah jawabnya..tahu tak pa...Anak anak Allah kurniakan tak susah jaga, mungkin sebab Allah tahu aku dah banyak susah, susah yang tidak berketepian dan bila aku membaca nota berkenaan stress dan depression aku rasa dekat sangat dengan diri aku. Ada ketikanya aku seakan idak mampu menghadapinya lagi. tapi Allah kata jangan berputus asa belum penuh lagi sujud ku disepertiga malam pada yang Esa, belum penuh lagi rahmat dan limpahan kasih Allah pada aku jadi aku tidak boleh berputus asa atau cepat buat telahan.

Tahun ini tahun anak anak EXAM besar, fayyadh UPSR dan wahida PMR, they deserved PEACEFUL situation, aku perlu pastikan itu semua. aku perlu jalani hidup agak berbeza dari org lain, moga Allah membantu aku untuk mencari jawapan dan keredhaannya...dalam Islam bukan hidup atas dunia sebagai muktamad, akhirat masih ada. Apa yang dibuat atas dunia penentu kehidupan diakhirat nanti. Agama Islam satu satunya agama yang luas harapan, yang memeberi ruang buat manusia kembali pada tuhan walau lambat walau berdikit, walau tidak sempurna, kerana Allah begitu maha pengasih dan penyayang pada hambanya.

Hari ini ada satu RASA yang tidak selesa. Seawal pagi perasaan itu datang, mungkin juga seawal kelmarin, satu perasaan EMPTY pada hubungan aku dan hubby. Perasaan EMPTY ini terus berulang ulang, kalau bukan kawan air penawara ustaz, aku makin sukar menghadapinya. Aku tak pasti petanda apakah semua ini, aku perlu bersabar dan banyak memohon petunjuk, aku yakin orang lain tidak akan berfikir utk aku, aku perlu fikir, rasa dan mencari jawapa sendiri dari Allah taala. Kalau aku menunggu org melakukannya utk aku, akhirnya aku akan jatuh tersungkur dalam derita yang tidak bertepian, aku perlu kuat, aku perlu lebih banyak munajat pada Allah, Allah yang mengetahui dan berkuasa diatas hati manusia. Ya Allah cekalkan hati aku. temukan aku dengan penawarmu ya Karim agar hati ini PASTI, agar kaki ini KEMAS berpijak BUMI. tiada lain yang aku harapankan rahmatmu dalam setiap situasi yang bakal aku tempuhi. Aminnnnnn