Monday, January 9, 2012

Tiba tiba....TERDUGA


Monday minggu ke2 January 2012. Masih terasa SEGAR dan bayangan IMPIAN yang ditulis masih terpampang diminda dan mengheret jasad ini untuk mengrealisasikannya. Alhamdulilah.

Namun langit tidak selalu cerah, dalam keghairahan bermatlamatkan spriritual dan ketuhanan pun amsih sempat kita dihalang dan diganggu gugat. hari hari terakhir minggu lepas dilalaui penuh rasa PANAS yang tidak tentu arah hinggakan ada bisikan melekehkan usaha usaha solat. Aku tidak perasan apa yang TERJADI hinggalah terasa kepala seakan tidak mampu berfikir, persaaan bercampur baur penuh kemarahan, sakit hati tidak menentu dan TERSANGAT hingga tidak mampu memandang hubby dan tidak mampu duduk disebelahnya seperti biasa. Hinggalah seorang teman berkata..kak za..kak za ni lain mcm saja.

Masih aku tidak hiraukan. dalam hati hanya tertanya tanay mengapa aku terseksa begini..mengapa Allah takd engard engar doa aku. Cuma satu yang membuat aku sedikit happy bila terpaksa bertemu client dan menerangkan pada mereka perihal product. Lewat petang sabtu, aku terpaksa mengikut fatin pulang ke rumah mak. Gembira kerana aku tidak rancang untuk pulang. walau melalaui perjalanan panjang yang bercampur baur. Bila membaca mesej hubby, aku tidak sedar aku menangis. Dalam minggu pertama January aku yakin...ucapan maaf yang bertalu talu dari aku ITU BENAR. penagakuan aku terhadap mungkin kelalaian yang terlalu banayk terhadap dia ...ITU BENAR! Berkali kali aku katakan padanya I BITED MY OWN TONGUE ABANG!. tapi yang datang sekarang aku tidak pasti, mengapa lebih teruk rasa aku REJECT dia ..dan tidak mampu untuk berdepan dengannya lagi.

Ah pulang kerumah mak tidak pernah TIDAK GEMBIRA. Bau ikan tongkol rebus yang aku pesan melalui fatin sudah menyucuk nyucuk hidung. Aku makan tanpa apndang kiri kanan lagi sambil berbual dgn mak. Mak sentiasa hebat dimataku..apa pun mak inginkan pasti tersenarai lemas dalam impain URGENT aku!. Lepas makan, aku sengkak, semakin lama perut semakain tidak dapat dikawal lagi..seakan belon. dan aku tidak boleh bernafas. Ini bukanlah kali pertama, semua ini berlaku pada mulanya pada 31 Dec dirumah Izan. dan ianya berulang ulang. mak memanggil aku untuk melumurkan ubat...ahhhh masih terasa sejuk tanagn mak mengusap eprutku walau aku bakal 41 tahun..alangkah untung nya masih ada mak...alangkah ruginya org yang mengenepikan mak dan alangkah malangnya orang yang sudah kehilangan mak dan tidak pernah sempat melalui semua suasana seperti itu. mak jadi emnagntuk dan menguap beberapa kali, lalu dipanggilnya bak. Sejurus bak mengibaskan sejadah kebelakang aku dengan ayat ayat suci alquran, sejurus itulah aku rasa SERIAU dan seakan ingin bertempik..namun aku tahan. Aku tidak boleh kalah dan ebnarkan dia menguasai diri aku. Aku dapat rasakan bak mengeletar bertarung dengan bacaan bacaannya, badan bak merah pijar..bak berpeluh peluh dan aku lega sedikit. Mak ambikkan air dan bak membaca ayat ayat suci pada air dan abgi aku minum. Bak kata dalam badan aku ada iblis entah dari mana dan sangat kuat. barulah aku ceritakan pada bak apa yang aku lalui seminggu sebelum aku pulang.

Alahmdulilah malam itu aku tidur lena. paginya selepas breakfast juga akus ambung tidur, hampir seminggu aku tidak tidur lena, hanya lelap menejlang 3 atau 4 pagi. akli terakhir lelap pukul 2 pagi dan sentiasa hajat utk pergi masjid terbantut. Allahhu akbar..sukarnya mencari kebaikan disisimu..tapi aku akn terus berusaha selagi daya. Petang aku mengajak bak , mak dan anak anak ke pekan. membeli brg brg bilik air dan makan makan. bak bekalkan aku minyak ubay JASOLIN. untuk dilumur sebelum tidur. Pulang kerumah, tidak kusangka ateh menawarkan diri untuk membawa aku pulang ke KL Selesai masalah aku dengan kereta. Dalam perjalanan banyak yang aku bualkan dengan Iwan etrmasuk dia terpanggil untuk berzikir dan solat untuk aku dan rumah. Seawal aku sudah agak ok, aku terus hubungi hubby ceriatkan apa yang terjadi...malamnya hubby pulang. Tidak lagi terasa BAHANG yang panas antara kami. ya Allah teruk rupanya bila ruang hidup kita didalangi SIHIR MANUSIA.

Pagi ini Alalh menemukan aku dengan peluang rezeki. Rezeki menemui ustaz Ali Tuah. lalau aku beli 3 mineral water dan mengajak Ja menemani aku. Aku terasa seperti lumpuh bila ustaz membacakan ayat ayat sambil memeganng bahu aku. Aku tidak suka untuk menghebahkan semua ini, cukuplah ustaz , aku dan Ja... Aku akan turuti apa pesan ustaz, cara minum, mandi dan baca...dan sebaik habis air jampi itu, aku akan follow up dgn ustaz. Kali ini Allah telah takdirkan pada aku, Ja berjasa untuk hidup aku. Thank you Ja...moga Allah membalas jasa baik ja...semoga ukkhuwah kita diberkati...terimakasih teman kerana sanggup disaat TERSEPIT begini...dirimus anggup berada disisi. Ya Allah kau rahmatilah sahabatku Fanizar Ramli...sayangi dia lebih dari aku meyanyanginya ya Allah. Aku ingin terus melangkah melaksanakan GARAPAN IMPIAN 2012.

Wednesday, January 4, 2012

syukur PERTAMA


Alhamdulilah...tiada kata semulia kata syukur yang perlu aku keluarkan dari hati. Pagi ini hari pertama kerja untuk tahun 2012, hari pertama juga untuk kembali kerja dgn kwn kwn diPJ. walau permulaan yang menegcewakan kerana hajat kami untuk solat subuh berjemaah dimasjid tidak kesampaian, nmaun sedikit pun tidak mengancam detik detik perjalanan hari yang seterusnya.

Rezeki pertemuan pertama january ini dengan sahabatku Ja...lama aku tidak breakfast dgn dia...orangnya amsih seperti dulu cuma tutur bicaranya semkain matang. Aku gembira utk dia..dan aku dapat rasakan nilai nilai hormatnya dia terhadap aku. Awal pagi dia sudah bertelefon mencari aku untuk breakfast...Sempat ebrsembang serba sedikit yang membantu memnatapkan ISTIQAMAH utk terus bekerja bersama rakan rakan disini. Kamis ama sama setuju yang penting KERJA..yang lain lain tu tak payah lah diambik kira sangat.

Sekembali kepejabat yang amsih berlonggok2 kotak, aku buat apa yang termampu sambil berbual dgn boss aku. Aku bersalam dan memeluknya sambil mengucap MAAF. Maaf sedikit sebanyak aku melahirkan rasa tidak puas hati aku dalam tindakan aku. Kalaulah dia perasan. tapid ia tidak pernah CONFRONT. Panjang kami berbual seklai gus aku hanya beritahu apa yang ebrlaku yang benar benar buat aku terfikir dan mengalamai agenda baru dalam hidup. Sedkit sebnayak kenyataan ini membawa perubahan yang SEJATI pada diriku. Kak Ani bersetujud alam banyak perkara..memang ebtul sakit kdg kdg membuat kita terfikir diri kita...tersempit juga membuat kita tercari cari mengapa kita. Aku duji..aku dilalui sebegitu..kalaus emuanya hanya untuk membaikan aku disisi Allah ..aku redha dgn hati gembira...Aminnn

Alhamdulilah..perancanagn SPIRITUAL paling banyak aku gariskan untuk tahun baru ini. Dari daily hinggalah Yearly...matlmata utamaku tahun ini memnag SPIRITUal...dan aku tidak perlu ebrteman untuk melaksanakannya. Waktu lunch akus endirian kemasjid..makan tengahrai dan etrus ke ruang solat wanita membuka Quran dan meneruskan bacaan Albaqarah yang masih bersisa..terasa nyaman singgah dihati dan aku hanya berhenti bila azan zohor berkumadang. Sempatlak aku tunaikan solat sunatrawatib sebelum berjemaah zuhur. Alhamdulilah..kalau lah ahri hari ketenagan ini mampu aku adakan..fikiran kau pasti lebih tajam..matlamat hidupku pasti lebih jelas dan tutur bicaraku psti elbih teratur..s.emoga aku etrpilih oleh Allah sebagai insan pilihan utk menikmati semua itu...

Sekembali kepejabat, lancar seklai aku menulis. Perancanagn 2012 secara writing dan terperinci..mencakupi semua aspek. Inilah yang akan menjadi guideline aku...dan alangkah gembiranya bila semuanya berjaya dilalui dengan sempurna. Aku perlu bersabar dan menikmati hidup...mungkin banyak lagi yang sedang menantiku. Dalam aku merancang, tiba tiba shanti menelfonku untuk tujuan appoinmentku di CURVE. Shanti ingin mengadakan satu sessi bual dengan aku..aku sangat etruja enath apa yang ebrsarang didada shanti. Semoga walau tidak banyak..sedikit aku dapat membantunya. Solat zuhur sudah, kini aku menunggu waktu untuk solat Asar, hubby telah sampai ke masjid dan aku akan menyusul...tiada yang lebih bahagia bila kita berusaha mengimarahkan rumah rumah Allah...pilihlah aku ya Allah untuk menajdi tetamumu satu hari nanti bersama insan yang aku cinta..dan bersama insan yang kau kirimkan dalam hidupku...Aminnnn

Tuesday, January 3, 2012

LEMBARAN BARU 2012


Alhamdulilah...pertamanya kupanjatkan DOA rasa syukur pada Allah taala, hari ini aku mampu melalui 3 Januray 2012 dengan bertenaga, sihat dan masih kuat untuk melawan rasa sakit yang masih sengal sengal dibadan. Alhamdulilah aku masih bernafas, aku amsih bersemangat, Alhamdulilah aku amsih dikelilingi anak anak tercinta, suami, ibu bapa yang penyayang dan adik adik yang memahami...sungguh rasa bertuah terpipil oleh Allah untuk terus bernafas hari ini...hari pertama aku menulis untuk LEMBARAN BARU 2012.

Menjelang tahun baru, hatiku seakan nekad bila saja badan merasa mcm spring kembali kenyal bertenaga selepas mengambil jamu cina yang diberi mak. Aku nekad untuk menhabiskan hari terakhir 2011 dan hari pertama 2012 dengan anak anak saudaraku Apik, Adi dan Alya. dari bangi, aku bergegas pulang petang jumaat, pertemuan singkat cukup menhilangkan RINDU dihati pada mereka semua...ubi rebus Ummi mengusik dikalbu..ubi rebus tanda sayang ummi pada aku kata mak...ahhh terkilan tak sempat cucuk duit untuk diberikan pada ummi...ummi sentiasa dalam hati aku...cuma aku tidak boleh mengambilnya dari jagaan anak anaknya sesuka hati dan untuk aku seklai dgn anak anaknya dlm tempuh yang panjang sudah menjadi agak CUAK.
kami pulan ke Kemaman lewat dinahari sampai. Aku tidur sepuasnya untuk bekalan tenaga ke terengganu.

Memandu kereta dgn ditemani mak dan anak anak adalah nikmat paling besar pada aku. Aku boleh menyorot perasaan mak dalam dalam..aku bahagiakan mak..ada waktunya aku betulkan cara mak berfikir. Mak yangs angat sempurna pada aku kerana apa yang ada pada mak tidak ada pada aku. Amk begitu rajin tarap tertinggi dalam hal melayan anak cucu makan dan minum..mak adlah quessn dapur yang terhebat..mana aku akan cari ganti mak kalau mak sudah tiada lagi...kerana itulah aku ingin menimati sebanyak mungkin masa bersama mak. maks angat gembira atas idea untuk bertemu adi dan Apik..sambil memeulangkan baju baju apik, aku juga berhajat utk pulankan separuh wang yang aku pinjam daria dik iparku dulu sebagai modal bisness. Alhamdulilah. Gembiranya Alya menerima tetamu sangat terselah..sicilik itu semkin cerdik lagaknya.

Inilah waktu yang aku ada..agak free, aku tidak mahu habiskan hanya melihat persekitaran cheneh, aku perlu meyentuh rambut anak anak yatim itu..kalau tidaks ekarang bila lagi?..menjelang january 2012 kemungkinan aku semakin sibuk, itu yang aku dapat agak. Aku perlu bijak merancang dan mengatur sepanjang 2 minggu pertama dan kdg kdg appoinment tidak tertolak. Aku seronok dihimpit kes kes pelbagai dari mereka yang tidak lekang merujuk pada aku...uni saja yang aku mampu lakukan untuk mereka dikala mereka tersempit. Selebihnya biarlah Allah yang tentukan.

Menjelang 2012, aku minta anak anak dan anak saudara menegluarkan kertas untuk menulis impian dan perlaksanaan 2012, Alhamdulilah mudah bagi kakak, fayyadh dan harraz tapi kesian apik. Apik rasa sukar untuk mengali sesuatu dalam mindanya. Aku merasa bersalah dgn apik..mujurlah aku sedar sekrg, aku perlu rancang apik juga meneyrtai kam bistari anak anak supaya mindanya terbuka. kalau bukan aku membantunya siapa lagi...aku tidak mahu apik tercicir..aku tidak mahu apik kerugian..apik dana dika diknya inilah harta terbaik adikku..yang perlu aku bentuk membantu ibunya. matmalat mereka semuanya menekankan pencapaian akademik untuk tahun2012 dan perlaksanaan spiritual. Alhamdulilah. bantulah aku ya Allah untuk sering ingat memberi bantuan buat mereka.

Melihat keghairahan anak anak dengan barang barang baru untuk kesekolah membuatkan kita bangga sebagai ibu nya. bangga sebab kita mampu menyediakannya sebagai sokongan dgn perjuangan mereka. Semalam akus empat ebrpesan pada abang dana dik..pertama jaga solat..solat 5 waktu..sepanjang cuti alhamdulilah semua menjaga solat. Abang berulang ulang meneybut UPSR 5A..aku minta dia minta dalam solat..dan jgn lupa usaha 2 jam sehari matematik... bak dan mak sangat berjasa pada aku...seluruh hidup ini aku ingin kongsi dengan emreka berdua kerana kerana mereka hidupku menjdi mudah dan rezekiku semkain bertambah..Alhamdulilah.

yang terakhir petang tadi meliahat keceriaan nana keasrama. Ahh nana mama hampir lupa nana juga masih perlukan sokongan mama sebelum berjuang. Bila mamam hantar nana kesekolah mata nana bersinar sinar..bila mama memeluk dan berbisik...apa akak nak dlm hati minta pada Allah ya sayang..Allah maha mendengar..mama akan doakan kakak setiapd etik...moga Alalh bantu kakak untuk mama...kami tidak menangis..hati nana cekal..dia kenal ibunya..cuma aku terkdg tak kenal dia..sebab dia banyak version ayahnya...bit introvert. Dua minggu lagi jumpa nana semula..aku hanay perlu memotivasikan dia tidak perlu menjagarnya subjek..sekolah apsti meneydiakan kelas tambahan yang banyak buat top 10..ya Allah..satu eprmintaan pertama aku darimu untuk tahun 2012..berilah anaku ini berjaya mencapai 9A1 dalam PMRnya dan fayyadh 5A dalam UPSRnya. Itu permintaan pertama aku untuk tahun 2012. Amin amin ya rabbal Alamin.

Ini barulah tiba giliranku...untuk bertanya pada diri apa yang aku mahu pada tahun 2012 selain dari yang pertama tadi kejayaan anak anakku....inilah IMPIAN 2012 yang sempat aku imbas dari minggu terakhir 2011.

1. Perlaksanaan SPIRITUAL yang lebih mantap...Solat subuh berjemaah dimasjid dgn hubby, solat maghrib dan isyak dimasjid dan solat zuhur dan asar dimasjid walau berseorangan. bawa anak anak bila mereka ada bersama.

2. Menyertai jemaah usrah...friday dgn Azimah Shurfa, Weekend dimasjid berdekatan, follow Prof Muhaya dan Ustaz Idrus, Bulanan dgn team tertentu dan setahun 2 kali dgn tok guru Mai.

3. Pelbagaikan kegiatan khidmat masyarakat...bersama kwn atau seorg diri atau dgn saudara mara.ingin meneyrtai group anak ustaz fadil bla berpeluang.

4. Merancang ruang perniagaan yang lebih luas..mahu adad 3 corak bisness..Kembangkan IOPE..mula perlahan lahan Trip...mula perlahan lahan Bonda collection dan kumpul resepi mak dalam satu medium blog sebagai tapak bisness makanan.

5. Attending Course..thru University atau sendiri..pelbagai course untuk bina diri dan contacts. At least 1 sebulan.

6. Melawat saudara mara dan sahabat handai yang lebih susah hidupnya sambil bersedekah.

7. Lebih contactable dan mudah menyediakan ruang buat pelajar ebrbincang..bekas pelajar...kwn kwn dlm kesempitan dan saudara mara yamg sedang mencari arah..juga ruang dgn pakar pakar dan link link bisness...kalau bukan untuk senidri ..at least bantu market org lain.

8. Bawa anak anak dan anak anak zan bercuti 2 kali setahun, hantar apik dan anak anak ke kamp 2 kali setahun.

9. Bawa mak dan bak pergi UMRAH

10. Ibadat Qurban seekor lembu...jemput semua kaum keluarga dan penduduk cheneh berdekatan..amin amin amin...


Ya Allah...malam ini aku tanam IMPIAn...walau sebaik mana [un IMPIAN ku...ketentuan mu lebih ebrmakna buat kami..aku aku ya Allah...dalam hati berbunga bunga pada MY V Kuning...rezeki ku sudah etrtulis ditanganmu ya Allah..pelbagai ebntuk penuh nikmat...aku ingin terus BERBAGI BAGI rezeki kerana aku tahu itu adalah unjuranmu ya Allah...bukakanlah pintu rezekiku seluas lautan..permudahkan yang sukar..percepatkan yang lambat..perjelaskan yang sukar..begitu nikmat hidup dibawah peliharaan mu...Aku ingin lindungi insan insan yang aku sayang..insan insan yang memerlukan..insan insan ynag menuntut ilmu..insan insan yang malang...CEKALKAN hatiku ya Allah...SIHATKAN TUBUH BADANKU...Aminnnnnn