
1.30 pagi, menjelang hari hari terakhir 2011, aku membelek blog melihat tulisan yang lepas lepas, diam diam sudah 4 tahun aku menulis blog.semakin lama semakin kurang tulisan aku. Itu buktinya semakin lama semakin sibuk dan semakin banyak yang perlu aku utamakan dalam aktiviti seharian walau idea tidak pernah kering. Aku berharap tahun baru kesempatan semakin banyak untuk aku garapkan buat tatapan insan insan tersayang dimasa akan datang.
Dikala ini, semua ahli keluarga sudah tidur, malam ini kami dinner diluar bersama acik sekeluarga kerana meraikan mak dan bak. mak sempat meyambar hand beg baru persis handbeg acik..ternyata jiwa mak seakan jiwa acik. tidak hairanlah mak dan acik begitu kuat chemistrynya. sekembali dari makan makan, mak pening pening dan macam nak demam, aku bekalkan mak ubat dan suruh mak tidur selepas menyapukan cream percubaan ke muka mak. mak dah jadi bahan uji kaji cream siput kami hehe. Nana sangat sibuk mengemas beg ke asramanya, anak aku bakal menduduki tingakatan 3 tahun depan, tingkat ke 2 penentu masa depannya. sekaligus bakal menjadi salah satu IMPIAN dalam senarai impian 2012 aku. Mudah mudahan dipermudahkan Alalh untuk mencapainya.
Sesekali berdesus desus kedengaran pernafasan mak tidur, letih sangat agaknya mak, tapi yang apsti dia gembira dapat memilki handbeg impian dari duit saguhati org org felda. Ni lah masanya mak nak merasa, sedari dulu asyik penuhi kehendak anak anak saja termasuk kehendak aku.Sumpah beg mak sangat cantik, aku pun berkenan, tatse adika ku hebat, taste muda belia, taste seorg yang eligent, moden dan kotemporari..inilah kali pertama aku begitu berkenaan dgn pilihan mak dan linda, biasanya aku pandang gitu gitu saja, aku ada taste tersendiri hehe, memandangkan koleksi beg beg aku sudah ditahap MEMBAZIR, aku perlu kuatkan hati dan jiwa...ENOUGH IS ENOUGH!!
Kedatangan bak petang tadi terus menyambut mesra dan ceria tentang ahsrat untuk ke Bangi bertemu muka dengan keluarga disebelah Ummi. Mak berkali kali kata, Niza yang cadangkan, sambil dia pergi kerja. Esok hari terakhir aku ke pejabat di Nilai, esok adalah penutup tirai segala kenangan pahit dan manis diNilai. Aku terlalu ingin berpindah segera ke PJ, sudah terlalu penat, sudah terjeruk rasa sunyi dan terpinggir dari kwn kwn, sudah kehilangan track kerja yang betul akibat tiada keterikatan supervision. Boss main lepas tangan saja, mcm lah aku superwoman atau malaikat. Sudah terasa bayang bayang seakan ingin saja RESIGN atau UNPAID leave. Unpaid leave memang ditolak awal awal lagi tanpa alasan yang munasabah.Pelbagai cara aku creatifkan cara aku mengatasi masalah aku di Nilai, termasuklah dunia networking, travelling dan business.
Kiranya aku berjaya Alhamdulilah, aku membawa pulang ke PJ dengan 2 proposal business yang sudah berlangsung dan dlm pengamatan business ke 3. ja kata diversify!! aku tak belajar bisness tapi aku buat je apa aku fikir perlu dan peluang. Mungkin itu satu anugerah tuhan, moga semakin hari Allah menajamkan bakat yang semakin terserlah ini.ja berpesan pada aku untuk buat satu master plan business, dan lihat jalinan keterikatannya satu persatu. ja faham apa yang ebrmain dalam kepala aku, ja secara tidak langsung menjadi pakar rujuk. Aku seseklai tidaka kan mencari org lain untuk panel account dlm bisness aku...Suaniza sepupu aku sebaik baik calon. Alhamdulilah.
Esok, aku pasti gembira melihat aksih kembai bertaut demi sebuah kehormatan keluarga, kalau ikutkan banyak hati terluka, sukar untuk terus bersua lagi, namun mengalah bukan bermakna kita salah, megalah demi Allah, mungkin tidak cukup dengan sifat mengalah aku, aku perlu nasihatkan mak dan bak dan rancang agar mereka mengalah. Usah dipanas dan dipanjang panjang lagi ceriat cerita lama. cuma aku kesian pada adik linda, dia lagi sukar untuk menghadapinya. Agaknya inilah anatara tugas Allah sudah gariskan dalam job scope aku sebagai insan didunia ini, aku perlu kuatkan hati tahankan jiwa, lihat kesan akhirnya bukan perasaan semata, yang lepas biarlah lepas, walau berkali kita sudah minta maaf, walau kita sebenarnya REACTION bukan ACTION. Apakan daya, sedikit dikalangan kita memahami dan positive, selebihnya lebih suka menyucuk dan menyimbahkan lagi minyak pada bara, hingga meninggalkan bekas yang terlalu dalam lukanya. Aku hanya manusia biasa, aku buat salah aku juga biasa raeksi secara salah, tapi aku boleh maaf org lain dan aku juga cepat meminta maaf dari org lain. Selebihnya biarlah Allah yang menentukan kerana Allah yang memegang kunci hati manusia, aku hanya mampu TERUS BERDOA pada yang ESA...memohon KEESAANNYA membawa sebuah MIRACLE. Amin