Wednesday, December 21, 2011

Terima kasih TEMAN


Hari ini 21 Dec 2011 jam 6.15pm, Aku memilih untuk masuk, duduk dan order makan buat pertama kalinya selepas 2 minggu ditimpa demam dan selera makan mati terus. Bila menyuap Shrimp spagetti Oli terasa sedapnya ..alhamdulilah lantas aku terinagt untuk berkongsi berita ini dengan kwn sms mknku..pak wan " baru terasa Spagetti Oli ni sangat sedapppp...hmmmm kat Manhattan Fish Market".

Dec terkenal dengan bulan yang cuacanya tidak pernah lepas dari hujan dan jam. Demi janji dgn anak anak dan najma, aku keluar office setengah jam lebih awal dan etrus emnuju ke Cineleisure untuk membelikan mereka tiket show..Alvin and The chipmunk 3 jam 8.20mlm. Melihatkan parking yang sangat padat, lantas aku berhajat untuk terus tunggu sehingga mereka datang, dan aku sms kak nonie minta dihantar dan aku sms sani untuk park jauh di Tesco dan aku menunggu dalam Cineleisure. Aku ada banyak masa untuk berfikir, bertenang dan menikmati WAKTU KESEORANGAN. Mungkin selera sudah semakin ada, aku juga sempat meninjau gerais ekeliling, tiada yang berkenan sangat pun dan sempat juga membayar bil maxis yang tertunda lantaran tidak keluar rumah langsung sempena tidak sihat.

Sambil meneruskan makan, aku mencapai tisu dan pen, sesekali melihat sms yang diterima, cepat jugak Pak wan yang terkenal dengan busynya itu membalas. Messagenya cukup memberikan aku rasa TENANG dan aku sempat mengusiknya konon dia seorg yang ramai peminat.hehe. Aku seprti biasa dalam direct ada gurauan, aku tahu message aku akan membuatkan dia rasa gembira. Biar dia gembira petang yang tidak ceria itu dan membawa ke tidur malam nanti. hehe. Aku merasa agak tidaks abar untuk memeluk fayyadh yang 3 hari berada dicamp. Mendengar cerita ceritanya, mengamati process mindanya. Sekejap lagi itu yang pasti dengan Izin Allah.

Hajat untuk menemui kwn kwn masih banyak yang tidak tertunai. Kak Riz, kak Umai. Aku sayang mereka ini termasuk kak nonie. Meningat rasa sayang pada kwn kwn ..aku juga terinagt rasa sayang aku pada Neli. Ahhh kdg kdg kerana sayanglah kita akan lebih TERLUKA. Terluka dan melukai sering ebrlaku dalam hidup, tiada siapa yang terlepas, namun bukan semua memiliki KEKUATAN untuk melupai kelukaan yang diberi dan dibawa oleh orang orang lain dalam hidupnya. Kekuatan untuk MEMADAM luka itu ..itu yang TERBAIK. Teringat aku sharing dari Eita siang tadi...hati aku memuji muji strong betul Eita ni...baik betul pendirian budak ini...moga Allah membantu Eita untuk terus mengahdapi cabaran seorang menantu dan ibu mertua. Aku minta Eita jangan contohi aku..kes kita berbeza. Suami Eita ada kekuatan yang tidak ada pada suami aku..so hargailah dia.

Beg kiriman Maria hampir habis, satu aku reservekan untuk kujadikan kenangan hati buat Ja sepupuku yang bersusah payah membantu dan meyakini aku. Untung ciput tak pa..aku lebih seronok melihat kwn kwn happy. Sinar gembira dimata mereka seolah olah TENAGA buat aku. Satu beg jugak aku hadiahkan pada isteri Zul. Sudah terbayar niat lama yang terdetik. Sebagai tanda terimakasih pada zul, yangs anggup bersama aku dan menyokong aku susah dan senang. Zul banyak back up aku dibelakang. Di office Nilai ini, aku hanya ada zul yang merasai apa yang aku rasai.

Aku ingin nikmati MOMENT yang sedang berlaku...bukan risau berlebihan pada masa depan yang belum pasti, juga bukan untuk mengenagi segala kelukaan yang telah terjadi...sengata aku hanya DOA...DOA yang menghubungkan aku dengan Allah...Allah yang menjaga dan memiliki kunci hati manusia...Allah yang sering memelihara gerak geriku. SEhabis aku menulis, sms terakhir dari pak wan...Alasan dan sebab berbeza, ada tersurat ada tersurat, tapi hakikat tidak boleh dipertikaikan lagi. Sungguh INDAH bahsa orang yang bergelar cendikiawan ini, yang seumur hidupnay dihabiskan dengan Ilmu, kemanusiaan dan kebaktian dalam diam diam kata katanya memberikan aku semamngat, kekuatan dan ketenangan...Terimakasih Pak Wan..Tetima Kasih Teman...ada jodoh dan pertemuan kita BERSUA lagi atas Izin Ilahi.

Monday, December 19, 2011

Nikmat disebalik sakit


Hari ini 19 Disember , lagi sepuluh hari tamatlah perjalanan tahun 2011. Namun hanya hari ini baru aku baerkesempatan untuk meneruskan penulisan yang tertangguh , itupun buat julung kalinya ditaip oleh anakanda kesayangan Kak Nana. Entah mengapa seminggu sekembali dari Korea aku jatuh sakit, hingga hari ini sudah masuk lebih sepuluh hari aku demam yang tidak berhenti dan bergantung pada Parcetamol dan Buren.

Seingat aku, hari kedua di Korea, kaki dan peha aku terasa kebas , sangkaku ini adalah kesan pertukaran cuaca. Rasa itu semakin ketara dari hari ke hari. Sekembali dari Korea, aku hanya sempat dua hari berada di pejabat, hari ketiga aku sudah pergi dapatkan khidmat mengurut tradisional Cina dari tempat urut berdekatan, kalau sebab kepenatan urut bisa mengubati. Pada malamnya aku merasa sedikit kelegaan.Namun semuanya tidak berakhir disitu bila sakit itu berulang keesokannya dan seluruh tubuh mula rasa tidak selesa.Namun ku gagahi kaki dan badan ini meneruskan aktiviti yang sudah dirancangkan walau aku sudah jauh down dari segi perasaan. Pada hari itu, airmata tidak henti keluar dari kelopak mata diikuti satu perasaan sayu dan sedih yang tidak ketentuan, lewat tengahari aku ada temujanji denagn Hera. Pak Wan tak dapat turut serta, masa bersembang dan makan-makan dengan Hera , tubuh aku seakan mmelayang-layang, mata seakan bila-bila sahaja boleh terpejam. Sekembali dari perjumpaan itu, aku ingin meneruskan permintaan anak-anak untuk menjemput mereka di kampung. Memandangkan hati sudah tidak keruan lagi dengan pujuk rayu Harraz, aku lupakan soal tidak selesanya badan, terusku pecut Stream hijau dengan kelajuan 100 km/j menuju ke Teratak Kasih Bonda dalam masa hanya 3 jam 45 minit .

Sesampai di rumah Mak, aku menyambut air mata Harraz yang penuh rindu pada aku ibunya, rasa berbaloi melawan rasa sakit demi dia, selepas itu perlahan-lahan tubuhku semakin tidak bermaya hinggalah keesokan harinya aku meminta Bak untuk memandu pulang ke KL. Tidur terakhirku sebelum kembali ke KL didatangi jelmaan wajah Iwan berjubah dan serban putih bersama pengikut-pengikutnya mengusap belakang rambutku dan berkata ...Ini Kak Ngah aku, aku sayang dia. Sesampai di KL , aku semakin teruk , badan penuh berangin dan sengal-sengal sendi otot serta kepala. Jelas kelihatan bonggol-bonggol di lengan entah apa kena aku sendiri confuse.

Keesokan harinya, dengan kepala yang berat dan sengal-sengal badan aku ke klinik, doktor memberikan aku ubat demam dan tahan sakit serta MC. Sakit terus berulang hingga hari ketiga, ubat sudah hampir habis lalu aku pergi lagi berjumpa doktor. Kali ini Dr menyarankan untuk membuat ujian darah kerana dikhuatiri denggi. Pada malamnya, keputusan diketahui negatif denggi, aku disarankan untuk meneruskan pengambilan ubat demam dan tahan sakit. Tiga hari kemudian , setelah ubat hampir kekeringan aku nekad untuk menemui Dr. Subash. Dalam pengesahan Dr. Subash, confirm aku menghidapi virus infection tapi kes aku agak pelik sebab tubuh tidak bereaksi suhu yang tinggi, agak sukar untuk meneliti kes. Dr memulakan Broad Spectrum Antibiotic yang sangat kuat. Selama lima hari perlu menghabiskannya dan melalui tindak balas badan pada kekuatan antibiotic itu. Kadang-kadang aku hampir pitam. Lima hari antibiotic berlalu, aku masih dengan ubat demam dan tahan sakit. Hari ini kali kedua aku berjumpa Dr. Subash lagi. Demi mencari punca yang lebih jelas dan untuk menyediakan ubatan yang betul, dr menyarankan sekali lagi ujian darah. Kali ini untuk menyiasat kehadiran virus jenis apa.Dr juga termenung dengan keadaan aku, katanya sukar untuk diagnose kerana suhu badan tidak tinggi. Hari ini Dr berkata , kalau ujian nagatif anggaplah tubuh aku sedang adjust untuk kembali normal. Kalau positif, aku akan diberikan rawatan susulan bergantung pada jenis virus. Serta-merta aku terfikir,kalau negatif aku akan dapatkan rawatan tradisional di kampung hujung minggu ini.

Apabila kita diduga dengan sakit, baru kita sedar betapa nikmatnya sihat.Kita tertanya-tanya pada diri kemana dan bagaimana kita menghabiskan tiap minit waktu sihat kita. Untuk perbuatan yang sia-sia, yang tidak memberi manfaat pada org lain dan diri sendiri,timbul kesal dalam hati.Alangkah ruginya kalau waktu sihat itu pasti tidak kembali lagi. Aku pernah teringat bagaimana aku terlalu inginkan waktu rehat untuk bersama anak-anak, waktu aku tidak perlu memikirkan suasana kerja yang sangat membosankan ini. Bila aku cuba mohon secara baik unpaid leave orang tidak layan, agaknya Allah berikan aku full paid leave. sesungguhnya aku berbaik sangka dengan apa yang sedang aku hadapi kini, sesungguhnya Allah Maha Melihat keadaan hambanya, Maha Memahami kesusahan dankeperitan hambanya, Maha Mendengar rintihan hati dan perasaan hambanya dan Allah itu sangat adil sifatnya.Inilah penawar dalam aku mengharungi rasa sakit, dalam aku menghadapi rasa terkilan semoga segalanya adalah aturan dari Allah yang terbaik buat aku. Aku bersujud dengan lafaz Alhamdulillah syukur ke hadrat-Mu Ya Allah dan aku PASRAH dengan takdir ketentuan-Mu kerana Kaulah yang lebih pasti apa yang terbaik buat aku. AMIN.

Wednesday, November 9, 2011

CEria NOvember!


Sudah hampir 2 minggu bulan November, aku baru ada masa untuk meneruskan tulisan hati diruang kesayanganku ini. Hari ini aku sangat SEGAR, 2 insan yang menemani saat saat DOWN aku ialah NElli dan Mai...aku rasa sangat LEGA. Petang semalam sebelum aku keluar untuk acara riadah yang telah disarankan DR Subash Nair, aku sempat melakarkan STEP to be TAKEN...Mai kata One STEP at One TIMe.Alhmadulilah.

Semalam berlalu bagai MIMPI INDAH buat aku bila saat saat begini anak anak ada disisi. Hilang seketika BEBAN HIDUP yang bersarang dikepala. Aku tidak puas memeluk mereka, bercakap cakap, mengusap rambut mereka, menusulkan sesuatu yang aku perlu tahu dalam keadaan santai dan bersahaja. Anank anakku semua merekalah NYAWAKU penyambung HARAPAN hari esok walau sukar bagaimana seka;i pun Demi mereka menjadikan aku berhati hati BERTINDAK.

Sebelum tidur, Harraz berkali kali berkata...mama Harraz harap Harraz tidak bermimpi datang rumah mama ni, Harraz seronok sangat , biasanya bila Hararz buka mata, tak best rupanya Hrraz bermimpi..Harraz tak nak hanya MIMPI. Terselirap darah dan sangat menyentuh hati KEIBUAN aku, ini menanadakan hati anak ini sangat RINDU pada kehidupan kami dulu, kehidupan aku dan mereka, yang terkejar kejar pagi dan petang dan saban hari LELAH dan STRESS terbawa hingga tidur. Aku akur ini adalah petanda RINDU anak anakku..tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat BERMAIN...Harraz paling ketara dari Fayyadh..rindukan bowling, wayang, mc Donald, Tempayaki malah macam macam lagi kalau aku imta buatkan satu senarai apa yang dimahunya...sah sah berjela panjangnya. Semalam adalah Wednesday, Movie day, harga tiket wayang sangat murah, lepas makan malam di JOM CARI MAKAN, kami pergi tenguk wayang. Masa makan Harraz memilih Cantonese Yee Mee...dan masa menonton tak ada cerita lain yang sesuai melainkan Alamak TOYOL...terbahak bahak mereka ketawa..tiada yang lebig gembira bila melihat anak anak kita sangat GEMBIRA.

Alhamdulilah juga, aku mampu mengawal keadaan, mungkin kedatangan mereka juga satu therapy buatku..mengikut nasihat Dr untuk beriadah juga membantu, juga meluahkan pada 2 sahabat tersayang yang sangat memahami aku sangat sangat melegakan. Bila kita agak stabil, barulah kita nampak apa yang kita perlu buat dan KETENANGAN itu datang bagai satu RAHMAT. Tidak mampu aku ceritakan pada semua orang, juga tidak mampu aku mendapatkan persetujuan semua orang, ada kalanya kita terasa kita sudah cukup LETIH untuk hidup kerana ORANG LAIN. ada kalanya juga, kita sangat TAHU apa yang kita MAHU. Seklai lagi aku sedang memperhalusi situasi, aku sedang membuat satu pengamatan yang TAJAM, dan sebagai MANUSIA semestinya walau apa pun KEPUTUSAN yang BAKAl aku LALUI...aku tidak akan MENGHANCURKAN ORANG LAIN...aku akan terus mendokong tapi kali ini position aku tidak lebih dari HANYA KAWAN.

November baru bermula, November juga bermulalah sesuatu yang agak luar biasa dari percaturan dulu, perjalanan ini masih panjang, liku baru jelas kelihatan, semoga Allah tidak membiarkan aku SENDIRIAN, akan dikirikan aku hamba hambanya yang bakal membantuku...semoga Allah melihat dan memerhatikan etiap GERAK GERIKU aminnnn.