Monday, December 19, 2011

Nikmat disebalik sakit


Hari ini 19 Disember , lagi sepuluh hari tamatlah perjalanan tahun 2011. Namun hanya hari ini baru aku baerkesempatan untuk meneruskan penulisan yang tertangguh , itupun buat julung kalinya ditaip oleh anakanda kesayangan Kak Nana. Entah mengapa seminggu sekembali dari Korea aku jatuh sakit, hingga hari ini sudah masuk lebih sepuluh hari aku demam yang tidak berhenti dan bergantung pada Parcetamol dan Buren.

Seingat aku, hari kedua di Korea, kaki dan peha aku terasa kebas , sangkaku ini adalah kesan pertukaran cuaca. Rasa itu semakin ketara dari hari ke hari. Sekembali dari Korea, aku hanya sempat dua hari berada di pejabat, hari ketiga aku sudah pergi dapatkan khidmat mengurut tradisional Cina dari tempat urut berdekatan, kalau sebab kepenatan urut bisa mengubati. Pada malamnya aku merasa sedikit kelegaan.Namun semuanya tidak berakhir disitu bila sakit itu berulang keesokannya dan seluruh tubuh mula rasa tidak selesa.Namun ku gagahi kaki dan badan ini meneruskan aktiviti yang sudah dirancangkan walau aku sudah jauh down dari segi perasaan. Pada hari itu, airmata tidak henti keluar dari kelopak mata diikuti satu perasaan sayu dan sedih yang tidak ketentuan, lewat tengahari aku ada temujanji denagn Hera. Pak Wan tak dapat turut serta, masa bersembang dan makan-makan dengan Hera , tubuh aku seakan mmelayang-layang, mata seakan bila-bila sahaja boleh terpejam. Sekembali dari perjumpaan itu, aku ingin meneruskan permintaan anak-anak untuk menjemput mereka di kampung. Memandangkan hati sudah tidak keruan lagi dengan pujuk rayu Harraz, aku lupakan soal tidak selesanya badan, terusku pecut Stream hijau dengan kelajuan 100 km/j menuju ke Teratak Kasih Bonda dalam masa hanya 3 jam 45 minit .

Sesampai di rumah Mak, aku menyambut air mata Harraz yang penuh rindu pada aku ibunya, rasa berbaloi melawan rasa sakit demi dia, selepas itu perlahan-lahan tubuhku semakin tidak bermaya hinggalah keesokan harinya aku meminta Bak untuk memandu pulang ke KL. Tidur terakhirku sebelum kembali ke KL didatangi jelmaan wajah Iwan berjubah dan serban putih bersama pengikut-pengikutnya mengusap belakang rambutku dan berkata ...Ini Kak Ngah aku, aku sayang dia. Sesampai di KL , aku semakin teruk , badan penuh berangin dan sengal-sengal sendi otot serta kepala. Jelas kelihatan bonggol-bonggol di lengan entah apa kena aku sendiri confuse.

Keesokan harinya, dengan kepala yang berat dan sengal-sengal badan aku ke klinik, doktor memberikan aku ubat demam dan tahan sakit serta MC. Sakit terus berulang hingga hari ketiga, ubat sudah hampir habis lalu aku pergi lagi berjumpa doktor. Kali ini Dr menyarankan untuk membuat ujian darah kerana dikhuatiri denggi. Pada malamnya, keputusan diketahui negatif denggi, aku disarankan untuk meneruskan pengambilan ubat demam dan tahan sakit. Tiga hari kemudian , setelah ubat hampir kekeringan aku nekad untuk menemui Dr. Subash. Dalam pengesahan Dr. Subash, confirm aku menghidapi virus infection tapi kes aku agak pelik sebab tubuh tidak bereaksi suhu yang tinggi, agak sukar untuk meneliti kes. Dr memulakan Broad Spectrum Antibiotic yang sangat kuat. Selama lima hari perlu menghabiskannya dan melalui tindak balas badan pada kekuatan antibiotic itu. Kadang-kadang aku hampir pitam. Lima hari antibiotic berlalu, aku masih dengan ubat demam dan tahan sakit. Hari ini kali kedua aku berjumpa Dr. Subash lagi. Demi mencari punca yang lebih jelas dan untuk menyediakan ubatan yang betul, dr menyarankan sekali lagi ujian darah. Kali ini untuk menyiasat kehadiran virus jenis apa.Dr juga termenung dengan keadaan aku, katanya sukar untuk diagnose kerana suhu badan tidak tinggi. Hari ini Dr berkata , kalau ujian nagatif anggaplah tubuh aku sedang adjust untuk kembali normal. Kalau positif, aku akan diberikan rawatan susulan bergantung pada jenis virus. Serta-merta aku terfikir,kalau negatif aku akan dapatkan rawatan tradisional di kampung hujung minggu ini.

Apabila kita diduga dengan sakit, baru kita sedar betapa nikmatnya sihat.Kita tertanya-tanya pada diri kemana dan bagaimana kita menghabiskan tiap minit waktu sihat kita. Untuk perbuatan yang sia-sia, yang tidak memberi manfaat pada org lain dan diri sendiri,timbul kesal dalam hati.Alangkah ruginya kalau waktu sihat itu pasti tidak kembali lagi. Aku pernah teringat bagaimana aku terlalu inginkan waktu rehat untuk bersama anak-anak, waktu aku tidak perlu memikirkan suasana kerja yang sangat membosankan ini. Bila aku cuba mohon secara baik unpaid leave orang tidak layan, agaknya Allah berikan aku full paid leave. sesungguhnya aku berbaik sangka dengan apa yang sedang aku hadapi kini, sesungguhnya Allah Maha Melihat keadaan hambanya, Maha Memahami kesusahan dankeperitan hambanya, Maha Mendengar rintihan hati dan perasaan hambanya dan Allah itu sangat adil sifatnya.Inilah penawar dalam aku mengharungi rasa sakit, dalam aku menghadapi rasa terkilan semoga segalanya adalah aturan dari Allah yang terbaik buat aku. Aku bersujud dengan lafaz Alhamdulillah syukur ke hadrat-Mu Ya Allah dan aku PASRAH dengan takdir ketentuan-Mu kerana Kaulah yang lebih pasti apa yang terbaik buat aku. AMIN.

Wednesday, November 9, 2011

CEria NOvember!


Sudah hampir 2 minggu bulan November, aku baru ada masa untuk meneruskan tulisan hati diruang kesayanganku ini. Hari ini aku sangat SEGAR, 2 insan yang menemani saat saat DOWN aku ialah NElli dan Mai...aku rasa sangat LEGA. Petang semalam sebelum aku keluar untuk acara riadah yang telah disarankan DR Subash Nair, aku sempat melakarkan STEP to be TAKEN...Mai kata One STEP at One TIMe.Alhmadulilah.

Semalam berlalu bagai MIMPI INDAH buat aku bila saat saat begini anak anak ada disisi. Hilang seketika BEBAN HIDUP yang bersarang dikepala. Aku tidak puas memeluk mereka, bercakap cakap, mengusap rambut mereka, menusulkan sesuatu yang aku perlu tahu dalam keadaan santai dan bersahaja. Anank anakku semua merekalah NYAWAKU penyambung HARAPAN hari esok walau sukar bagaimana seka;i pun Demi mereka menjadikan aku berhati hati BERTINDAK.

Sebelum tidur, Harraz berkali kali berkata...mama Harraz harap Harraz tidak bermimpi datang rumah mama ni, Harraz seronok sangat , biasanya bila Hararz buka mata, tak best rupanya Hrraz bermimpi..Harraz tak nak hanya MIMPI. Terselirap darah dan sangat menyentuh hati KEIBUAN aku, ini menanadakan hati anak ini sangat RINDU pada kehidupan kami dulu, kehidupan aku dan mereka, yang terkejar kejar pagi dan petang dan saban hari LELAH dan STRESS terbawa hingga tidur. Aku akur ini adalah petanda RINDU anak anakku..tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat BERMAIN...Harraz paling ketara dari Fayyadh..rindukan bowling, wayang, mc Donald, Tempayaki malah macam macam lagi kalau aku imta buatkan satu senarai apa yang dimahunya...sah sah berjela panjangnya. Semalam adalah Wednesday, Movie day, harga tiket wayang sangat murah, lepas makan malam di JOM CARI MAKAN, kami pergi tenguk wayang. Masa makan Harraz memilih Cantonese Yee Mee...dan masa menonton tak ada cerita lain yang sesuai melainkan Alamak TOYOL...terbahak bahak mereka ketawa..tiada yang lebig gembira bila melihat anak anak kita sangat GEMBIRA.

Alhamdulilah juga, aku mampu mengawal keadaan, mungkin kedatangan mereka juga satu therapy buatku..mengikut nasihat Dr untuk beriadah juga membantu, juga meluahkan pada 2 sahabat tersayang yang sangat memahami aku sangat sangat melegakan. Bila kita agak stabil, barulah kita nampak apa yang kita perlu buat dan KETENANGAN itu datang bagai satu RAHMAT. Tidak mampu aku ceritakan pada semua orang, juga tidak mampu aku mendapatkan persetujuan semua orang, ada kalanya kita terasa kita sudah cukup LETIH untuk hidup kerana ORANG LAIN. ada kalanya juga, kita sangat TAHU apa yang kita MAHU. Seklai lagi aku sedang memperhalusi situasi, aku sedang membuat satu pengamatan yang TAJAM, dan sebagai MANUSIA semestinya walau apa pun KEPUTUSAN yang BAKAl aku LALUI...aku tidak akan MENGHANCURKAN ORANG LAIN...aku akan terus mendokong tapi kali ini position aku tidak lebih dari HANYA KAWAN.

November baru bermula, November juga bermulalah sesuatu yang agak luar biasa dari percaturan dulu, perjalanan ini masih panjang, liku baru jelas kelihatan, semoga Allah tidak membiarkan aku SENDIRIAN, akan dikirikan aku hamba hambanya yang bakal membantuku...semoga Allah melihat dan memerhatikan etiap GERAK GERIKU aminnnn.

Monday, October 31, 2011

Simply SAIGON...suka dan duka


31 Oktober, hari terakhir bulan oktober jatuh pada hari isnin. hari yang aku mulakan detik dipejabat dengan mesej dari BOSS, hantar report minggu ni seklai dengan yang lepas, huuuh aku sudah menajdi semkain LIAT dgn ekrja kerja Universiti. Melihat paad kalender Oktober, aku tersangat sibuk, 30 hari bagiku hanya 2 minggu, mungkin kerana sangat penuh agendanya sana sini. Alhamdulilah. Aku suka dgn kesibukan dan kau terasa menjelang hujung Oktober seakan ada sesuatu yang baru bakal datang dalam hidupku.

Sebagai menghargai hari terakhir Oktober, aku perlu siapakan penulisan blog ini hari ini dengan agenda yang amsih panas di minda. Simply saigon, cerita suka dan Duka. Sekali lagi cerita ini berkisah perjalanan aku ke Ho Chi Min City. Aku pada asalnya terasa BERAT HATi untuk turut serta kerana banyak faktor. Antaranya, aku amsih baru keluar dengan adik adikku ke Medan Indonesia, dimasa yang sama, duit bakal banyak kegunaan sempena raya Qurban sama telahan lagi bukan senang tinggal offline selamam 4 hari dgn keadaan bisness tengah KENCANG. kerana itulah aku tidak memebritahu berita keeprgian ini pada MARIA DAN LI, kerana aku tengah ebrkira kira utk begging kak Nonie ..what about if I am not going.

Petang rabu, aku menghemburkan persoalan What about is=f I am not going..it is better let go RM250 on tiket price, spontan kak nonie menjawab dgn kuatnya..aku tak kisah aku dah biasa tapi aku sempat tangkap pandangan matanya yang sangat KECEWA. Melihat itu, aku terus berkata pada hati, aku kena pergi dan kepala aku terumbang ambing fikirkan order dan posatge yang banyak saban hari dan aku perlu fikirkan sedikit startegy dan 2 partner ku itu perlu diberitahu. Petang itu juga aku menemani kak noni dan Ita menukar matawang USD dan dalam ahti ku masih terasa LIAT.

Aku siapakn order sambil ebrfikir dan etrus ebrfikir, dimasa yang sama tak putus putus sms kak nonie bertanya why why why..of not going?..then aku jawab it si a matter of terasa taks eronok lari dari kommmitment business dan bakal. meninggalkan kerisauan pada partner yang jauh tu. kak nonie tidak memaksa, dia juga tidak memujuk tapi aku kuatkan hati dan terus buat keputusan GOING IS GOING...adjust dan alter anything possible. Then esoknya aku khabarkan pada 2 partner ku itu. maria tidak ada halanagan cuma kami bincang apa cara terbaik dan etrmudah dan tak dapat dielakan kami terpaksa meminta bantuan hubbyku Sani. Perkara penting yang perlu aku settle kan ilaha kemaskini order terkini dan buat application international roaming pada telefon. Khamis itu datang juga, pagi nya semua order telah siap, aku sangat emngantuk sebab lewat lelapkan mata, sempat contact semua customer of the day utk buat payment, dan futire customer yg buat order tapi belum buat payment beritahu awal awal bakal buat postage on monday. Tenghari itu bergeraklah aku ke air port dan sempat singgah menukar wang RM620 utk USD 200...cukuplah tu bisik hati kecilku. International Roaming for post paid call is not as easy as pre paid, they need RM 300 as the deposit since my post paid account is just newly activate. Arghhh money again kata hati ku. so Just forget it...dlm hati berharap NO order in this two three days.

Kami sampai di HO Chi MIn City dalam pulul 6 ptg, setelah checek in di hotel yang just 5 minit walk ke Ben Than Market ..destinasi kesukaan wanita termasuk aku..hehehe. pada mlm nya aku berjalan jalan ke sekitar Ben Than dan fokus aku pada makanan laut yang direbus dan pulut gaul kelapa yang ditumbuk. memang lidah aku ni suka merasa mcm mcm kalau halal, rasa teringin meluap luap, org lain sibuk tgok baju dan seluar... aku tenguk makanan. sebelum balik ke bilik, aku dgn kak noni membeli segala jenis buah buah yang menkagumkan pandangan mata itu untuk dirasai..adakah semua yang INDAH itu sedap?..bisik hatiku. kami lepak lepak sambil makan buah ramai ramai..arghhh ada sedap ada tak sedap...bergantung jugak pada cita rasa agaknya. Aku suka cicah asamnya dan jambu batu merah.

Keesokannya lepas breaksfast dihotel yangs imple, kami meninjau lagi kali ni barlah aku beriya sedikit membeli brg brg keinginan sendiri dan pesanan kwn kwn, Ada 2 org yang menunggu kepulanganku utk kain kain chiffon dan sutera vietnam. pada petangnya, kami pergi emncari tailor, aku tahankan hati jgn TERGODA, aku perlu budget Nov nak travel lagi, memnag butik cantik style dan periang tuannya yang bernama HAPPY itu menarik perhatian kami, aku yakin jahitannya skillful. Petangnya akukeluar mkn dgn kak noni di Halal Vietnam...mahal jugak tapi boleh lepas gian nak makan masakan vietnam, sebelah malamnya bila semua ekluar, aku up dates message di Fb dan terasa nak makan lagi, lalau aku pergi makan nasi Lemak dan teh tarik kat kedai ustazah BASHIROH. Muslim Champa yang sangat berjaya dalam bisnessnya. balik bilik aku tidur penuh lena sampai tak sedap bila kak noni balik.

Keesokannya, hari ke 3, seawal pukul 10 kami sudah keluar erwang rewang. terjumpa pemanndu ebca yang sangat mahir berbahasa inggeris dan offer kami utk ke LOCAL MARKET. Aku dan kak nonie sama sama ADVENTURE TYPE, apa lagi...kami etringin nak tahu how much differ this Local market with Ben Than market. maka pergilah kami, aku bukan main lagi seronok dapat naik beca kecil pusing bandar saigon itu. sesampai di Local Market, mereka sanggup tunggu, kami mengambil 2 jam utk melihats ana sini, emmang betul byk barang murah malahs angat murah, tuly for LOCAL, mereka tak reti langsung USD dan bahasa Inggeris. Bila selesai aku sgt kesian paad mereka dan berhajat utk memberikan wang RM5 pada mereka. Bila sampai didepan hoteal agak jauh, tiba tiba suara pemandu beca itu menjadi sgt garang dan dia menengking aku meminta wang dan dia merampas semua dollar dan Dong yang aku ada, nasib baiklah tak banyak, dan akus angat risau kalaud ia merampas kamera dan beg duit aku yang banyak kad itu. aku emnggigil , patutlah laju benar mengayuh meninggalakan beca kak nonie, aku melintas 2 jalan besar dengan mata berpinar pinar kerana sangat panik. sesampai dihotel ,a aku terus ke pintu belakang hotel takut kalau kak nonie dihantar ke sana mungkin pemandunya baik orgnya. pun kak nonie tidak kelihatan, lalau aku ekmbali ke pintu depan hotel dan adri jauh aku lihat kak nonie termengah mengah berjalan melintas jalan besar menuju ke hotel dari tempat yang sama aku diturunkan. Kak nonie terus ebrtanya padaku, kenapa za bayar dia banyaks angat 60 USD, bukans aya bayar kak dia rampas duit saya, semua duit saya dah habis, saya ingat hanya 50 ribu dong. kami naik ke bilik dgn BERENG dan kak nonie menyumpah nyumpah. AKu cuba tenangkan hati, mana nak ekruk duit, nak pinjam org lain pun nak pakai duit, kebulur tu tidak lah sebab makanan ringan ada dan breakfast ada. pada mlmnya aku tidak amhu keluar dan aku hanya menyediakan OATS utk makan malam. barulah aku rasa perasaan TERHIMPIT DAN TERTEKAN, aku cuba bersabar dan aku tidak boleh kecewa dgn kwn kwn even tidak boleh juga menyusahkan mereka. Bila kak nonie balik, dia bertanya, za buat apa? aku dgn selamba jawab, sedang eblajar jadi org yang sangat MISKIN no money no other choice of FOOD just ..org miskin kena makan OATS..kah kah kah..aku gelak..kak nonie kata jgn ckp mcm tu kejap algi kita pergi mkn nasi lemak akak bayar katanya.

sedapnya nasi lemak BERGANDA bila kita sangat tak ada duit, kalau kat malaysia pagi pun aku tak plih ansi lemak, alau aku tak diperas ugut mlm ni aku mkn kat HALAL SAIGON..hehe. Alhamdulilah, aku mampu etmpuhi perasaan itu, sikit pun air mata tak keluar, dah cukup TUA for CRYING, aku sabar je dan REDHA je, pasti ada jalan hati tidak putus BERBISIK seakan yakin dgn pertolongan Allah. Mungkin kwn kwn yang lain perasan mengapa kak nonie bayar makanan za. kami janji ini rahsia kami..hehe malamnya aku tak dpt tidur, aku tgok movie demi movie hinggalah jam 3 pagi. Keesokannya, aku mengambil sarapan yang sangat banyak termasuk telur. kak nonie tanya, za kata tak makan telur, aku jawab, now kena makan kak, at least got variety food, tak suka jadi suka. hehe kesian adik aku katanya...rilex lah..saya rilex je..saya boleh hadapi, cuma saya mintak tolong nak tumpang naik teksi on your pay.hehe dont worry kata kak nonie.

Kami berjalan jalan semasa berjalan jalan itu lah aku teringat aku amsih ada 25 Australian Dollar terselit dlm wallet, dlm hati aku berkata no wonder semlm tapak tanagn kanan aku sangat gatal, dari mana nak dtg duit dlm keadaan mcm ni, rupa nya inis emua hanay UJIAN buat aku. Aku etrus boleh emnukar dit dan adpatlan 500 ribu dong boleh beli satu lagi blouse bermanik dan aku bayar teksi bagi pihak aku dan kak noni dan aku top up bayarkan souvenir markonah bagi pihak aku dan kak nonie. tak mengapa kalau duit aku terlebih aku halalkan, kak nonie dah bayar teksi datang, hubbynya dah ambik aku dan dia dia air port, kak nonie top up duit makan aku dlm flight dan belikan aku dinner kat air port. Sesungguhnya PERSAHABATAN itu menjadi SANGAT MANIS bila dias anggup bersama kita dikala kita TERSUNGGUR dalam UJIAN dan DUGAAN. Simply Saigon penuh suka dan duka buatku, akan aku hargai setiap inci pertemuan dan setiap liku dugaan kerana desebaliknya terselit HIKMAH yang solely Allah datangkan untuk aku.

Kepada kak nonie dan kawan kawan yang turut serta dalam Simply Saigon...ada jodoh dan rezeki kita bersama lagi..buat kak nonie..4 hari bersama dalam pahit dugaan amsih banyak kedengaran BERDEKAH DEKAH TAWA yang menceriakan PERSAHABATAN KITA. Moga Allah menyayangi kamu kak sebagaimana sayangnya kamu pada aku amin amin amin