Monday, September 12, 2011

Pulanglahhhhhhh


Hari ini Syawal pertama aku berpuasa..hari ini juga adalah 14 syawal. Sudah hampir separuh bulan Sywalam berlalu aku NEKAD untuk memulakan PUASA GANTI DAN SUNAT kerana nikmat dan barakahnya Syawal. Syawal bulan CERIA..bulan Raya..bulan kegemilangan..rugi rasanya kalau tidak menikmati Puasa 6 dibulan Syawal walau begitu Terik cuaca, begitu hangat udara dan begitu tidak stabil kesihatan diri, Alhamdulilah bila kita MEMILIH untuk melakukannya nescaya kita MAMPU menyelesaikannya..Amin.

Begitu PANTAS masa berlalu samatelahan lagi jadual dan kehidupan yang PENUH pengisian. Banyak yang tidak TERKEJAR dan banyak juga yang masih kemas dlm katogery IMPIAN. Alhamdulilah anjakan berlaku walau momentumnya tidaklah BESAR sangat, cukup jelas terbukti kita belajar BERUBAH dari KEBIASAAN. Pejam celik Ramadhan sudah berlalu, Bulan yang penuh pahala untuk dikutip dan dinikmati, bulan yang membuang satu cabang NAFSU dlm hidup kita, Aku begitu merindui ramadhan, moga Ramadhan seterusnya masih mampu dinikmati, dan syawal dirai sehebat hebatnya demi mebearkan KECERIAAN yang dipinta oleh ALLAH.

HAri ini kenalah bersedia untuk BERBUKA, perbincanagn dgn pelajar juga sudah sempurna, aku perlu disciplinkan diri untuk tidak HAIRAn dgn undanagn Jamuan Raya. Fokus dikepala juga semakin TAJAm, Bisness semakin MANTAp. dalam tempoh 2 bulan MODAL sudah terbayar, dan seronok melayan pelanggan jauh dan dekat. Lagi seronok mendapat kenalan BARU dan tidak kurang juga seronok sahabat lama juga mula bertapak semakin hampir kembali. Tiada apa yang perlu dirahsiakan bila seorang kawan biasa mintak dikongsikan sebuah IDEA BISNESS.

Dalam kita melihat KEPELUAN DIRI, kita sebenarnya melihat KEPERLUAN ORANG LAIN. Apa yang kita perlukan juga diperluakn oleh orang lain, kalau kita suka dengan satu satu eprkara mesti ada orang lain juga suka dan teramat INGIN memilikinya. Aku tidak menyangka semenjak datangnya Syawal Rezeki bisness kami semkain BERHASIL. dalam tempuh 2 minggu, product habis terjual, aku adn Maria tercungap cungap kekeringan product sekrg, semakin banyak penunjung baru dan repeat orders.

Kini kami sudah ada 5 agent, dan kemungkinan 2 sole distributor, satu yang sangat mengejutkan bila kawan lama mintak dikongsikan IDEA , CARA dan akan serious aklau KEYAKINAN ada...Secara jujur dia meminta..za tolonglah bimbing aku dalam bisness, aku dah tak nak fikir kerja yang sama sampai 10 tahun akan datang. TERHARU aku mendengarnya, aku bukanlah pandais angat, tapi aku YAKIN apa yang aku FIKIR< RASA < FAHAM DAN TAHU sangat ebrguna buat dia. Atas 4 perkara iinilah akan aku KONGSIKAN bersama dalam acara berkopi nanti dalam minggu ini. Terimakasih Dian kerana sanggup mencari aku, taajub dengan apa yang aku plan dan ingin terus mengekori jejak langkah company kami dan bersedia menajdi company pelapis atau sole distributor..Alahmdulilah. Long way to go...kita akan susuri jalan jalan ini bersama.

Akan aku beritahu Dian...rupanya CONTACT sangat penting. tanpa Contact kerja kita tidaka akn menajdi mudah..kita kena mempunyai ruang CONTACt yang LUAS..kena suka dihubungi dan menghubungi..rasa bebas dan lepas bila berada dalam kelompok yang bergelar MANUSIA. kerana rasa BEBAS denagn manusialah menajdikan aku BERANI untuk Ke Korea hanya kerana seorang yang aku panggil ADIK LI.

Aku juga perlu memastikan Dian faham, TEAM. Working with team is more interesting dari working alone. two heads is better than one, banyak kerja bleh dilakukan dengan TEAM kerana banyak idea mengahsilkan kerja yang lagi kemas. Ada orang kata kalau nak buat bisness kena BIDANG kita, aku tidak bersetuju, bisness adalah suatau yang kita nampak peluang walau bukan pada BIDANG kita. Aku bidang kaunseling tidak ekna mengena dengan SKIN CARE tapi peluang yang aku jumpa pada PRODUCT dan TEAM menjadikan semua unsur field atau tidak field itu sudah tidak penting. Aku work togetehr dn Amrai dan Li yang handal dalam bidang Skin care dan LI dalam bidang Komputer.

Aku juga YAkin seperti mana aku begitu juga DIAN...kita percaya dulu baru kita share..kita share kerana bagus..Business cum sharing..kita buanlah SOLELY business sepertimana product product yang sudah banyak dimalaysia. Kekuatan product abrulah menyusul sebagai agend penyokong. Niat utama kita berkongsi sambil bebrisness jauh seklai menipu orang, ruang bisness pada kita bukan untuk menipu tapi untuk membina hubungan jangka panjang.

Aku juga akan berkongsi MILTON MODEL pada Dian...Milton model menajdikan minda kita lebih fokus dgn apa yang kita mahu dan berperanan banyak dalam mengenal pasti PELUANG disekeliling kita. Aku seronok melalui proses 2 ini semua..siang dan amalm aku panajtkan doa pada Allah permudahkan urusanku..jayakan hala tuju kami..beriakn kami sedikit dari kekayaan mu yang BESAR itu ya Allah..satukan hati hati kami untuk menyayangi TEAM lebih dari menyayangi MATERIAL...semoga MISI DAN VISI kami TERCAPAI...nun disudut hati , aku doakan semoga PARTNERKU Maria dan Li selamat sampai ke Chingmuro Korea dalam penerbangan 7 jam air asia...aku teruja dengan eprsahabatn mereka, aksihs ayang mereka dan yang paling penting KEPERCAYAAN yang tidak berbelah bagi dari mereka dengan CASH FLOW yang banyak dalam akaun aku. Aku berjanji akan aku PEGANG dan hormati kepercayaan ini..inilah ahdiah yang berharga buatku...rupa rupanay Allah itu sangat Maha mendengar dan melihat..dia mendengar doa doa ku..kesengsaraaan ku. hiba tangisku..kelu dan diam dalam paksaanku bila aku dikhianati banyak pihak selama ini, rupanya aku dibalas dgn satu puncak kepercayaan TERTINGGI dalam persahabatan..amin. Serasa Maria dan Li bagai adik sendiri...cuma tidak diakndung oleh ibu yangs ama dan tidak ditarbiyahkan oleh bapak yang sama..back ground aku dan Li lebih kurang...tapi kami berdua amat bertuah memiliki insan BERNAMA MARIA yang sangat dekat dgn kami...Manusia yang Berhati MALAIKAT! memang sukar dicari...we are mutually support each other for all GOOD....

Raya tahun ini sangat CERIA walau tidak lengkap..Ceria dgn kehadiran LI dan Maria..serta kunjungan YEN NE LUM...tidak lengkap kerana hati kecilku sangat RINDUKAN Along kakakku.....aku tidak KERUAN dipagi syawal kerana RINDU itu...tapi apakan daya, berpisah mungkin lebih mengajar kamu untuk mengerti ERTI KAMI SEMUA buat kamu.


Semoga dirimu Sihat Long!!..kalau kita tidak bertemu lagi didunia ini..akhirat nanti aku tetap adikkmu dan kau tetap kakak ku...walau apa pun...bagaimana pun disudut hatiku...PULANGLAHHHHHH....itu belum lagi disudut hati mak dan Bak....

Monday, August 8, 2011

Aku PILIHANMU!


Alhamdulilah kupanjatkan syukur pada Allah kerana masih mampu menikmati pagi INDAH yang penuh dgn agenda ini. Sesungguhnya KAYA seseorang itu lebih penting bila dia menperkayakan dirinya dengan PELUANg PELUANG yang terlalu banyak dan dalam kumpulan peluang peluang itu ada yang TIDAK DATANG BERKALI KALI. Pagi yang Indah walau sedikit terlewat lantaran KEPENATAN kerja kerja pembungkusan semalam. jam 2 pagi barulah boleh berbaring dikatil dan merasai NIKMATNYA tidur.

Semalam yang terlalau INDAH tersimpan dalam MEMORI ini. Berbuka dengan TENANG dinyonya Briyani curve Damansara. Nasi Briyani kambing dgn iringan Acar buah dan timun, Puding Sago, popia yang cute dan teh O Halia. Tenang berdua dgn hubby berbuka setelah menunggu diruang menunggu MPH yang tersergam pelbagai santapan MINDA. Kukuatkan HATI kali ini tidak boleh membeli kerana perlu dihabiskan bacaan yang sedia ada. Sejuk hati melihat hubby begitu khusyuk dgn bacaan informative ISREAL yang diminatinya. Hingga tak sedar waktu berbuka sudah sangat hampir. kami berbuka dengan penuh TENANG sambil bercerita perkara yang MERIHATKAN MINDA teruatma perkembangan business IOPE. Alhamdulilah.

Tepat 8 malam, kami bergegas kekereta untuk terus menuju ke masjid Mutiara Damansara. Alhamdulilah selesai solat penuh ketenagan ruang LUAS terhampar itu bacaan Alquran terus dialunkan sementara menunggu masuknya waktu Isyak. Solat Isyak berjemaah dan Solat terawikh 8 reakaat seklai solat sunat awwabin hinggalah jam menunjukan TEPAT 10 malam. Terlihat message dari Fuzie...za saya dah sampai di BISTRO. pantas kujawab I am coming...solat baru habis!.Hubby meninggalkan aku di Bistro untuk pertemuan dan perbincanagn dengan Fuzie, sahabat satu universiti yang sudah terpisah hampir 15 tahun. walau pun kami tidak rapat tapi almost saban hari bertegur sapa ketika bertembung dibilik air atau dewan makan. Fuzie seorang yang VOGUE dimata aku!.

Sesampai di Bistro, kami berpelukan terasa kemas peluakan sahabat yang laam tidak bersua. Aku pesan Kopi O panas dan mineral water, mata meleret pada anaka anak Fuzie yang besar besar dan Cantik..wajah KACUKAN lah katakan. fuzie memnag tidak sabar untuk mencuba PRODUCT IOPE yang aku perkenalkan. Mendengar aktiviti sehariannya sebagai GURU YOGA dan TARIAN...alamak hati aku terasa seakan satu PELUANG BESAR bersama FUZIE..Alhamdulilah..Allah yang mengatur rezeki dan peluang kami. hampir satu jam setengah berbual, text message dari hubby memberikan aku isyarat untuk minta diri memmandangkan kerja kerja amsih banyak dirumah. Seklai lagi kami berpelukaan dan Fuzie berjanji untuk SERIOUS melihat FEEDBACK dan menegembangkan PRODUCT ini. Aku yakin dgn Fuzie apalagi pengalamannya dalam De Belle sudah disatu tahap yang tinggi.

Sesampai dirumah,kami singgah dikopitiam, aku menemani hubby SUPPER..aku hanya memesan segelas fresh Oren. selesai jam sudah menunjukan hampir 12 tengah malam. barulah aku memulakan kerja kerja pembungkusan. Aku meraih sepenuh perhatian dan ketekunan terhadap kerja kerja BISNESS ini kerana aku TERFIKIR aku perlu ada satu platform bisness untuk masa depan. Aku tidak pernah terfikir dari dunia kausneling akan bertukar ke dunia KOSMETIK...terasa Janggal paad diriku tetapi disebalik Kosmetik itu..itulah dunia sebenar yang aku cari...DUNIA Bisness...business sambil berkongsi...bisness berasaskan KEBENARAN dan kekuatan Silaturahim. Life is just begin for me. Di usia begini pengalaman menempuh kesukaran sudah menjadi PERISAI diri..aku sudah TAKUT untuk bergerak ke hadapan...aku sudah mahir SENSOR Peluang disekeliling...dan aku gembira bertemu dgn setiap lapisan manusia...Alhamdulilah...setiap hari aku BERDOA semoga apa yang aku CITA CITAKAN untuk diriku yang bakal kuberikan pada orang lain ini dimakbul TUHAN...ya Allah sesungguhnya PERJALANAN HIDUP yang telah kau aturkan TERLALU MANIS SIFATNYA...terlalu MISTERI tidak terjangkau dek akal manusia...betapa besar maarifatmu ya Allah...di sejadah yang yang lembut berselimut kain putih aku berteleku membesarkan zat mu...Subhana Allah..Alhamdulilah..Allahu Akbar...

Alhamduliah ya Allah..kerana aku PILIHANMU!


Alhamdulilah...


Alhamdulilah masih bernafas walau ada sedikit rasa tidak SELESA pada tubuh badan..kaki begitu BERAT..tangan begitu sukar diangkat..namun hati begitu RIANG menguruskan stock dan order customer. Kali ke2 mengambil order dirumah Pilot Air Asia.

Alhamdulilah juga aku sudah begitu wajar bebricara dengan Tuhan dilewat dinahari sebelum mengejutkan ahli keluarga bersahur. Saban hari sahur begitu meriah. geli hati meliahat telatah anak anak dan anak saudara, nasi dan ulam buatku tidak kira masa walau disubuh hari...Nikmatnya. Setelah kali pertama menunaikan solat HAJAT 2 hari lepas...aku mengadu domba semuanya pada Allah..segala yang tersekat segala yang TERKILAN biarlah Alalh yang mendengarnya...sekali gus aku meyampaikan HASRAT dihati kalaulah Alalh itu mengizinkan kalaulah Allah itu memnag menciptakan laluan buatku begitu.

Alhamdulilah melihat rumah disiapan terakhir. Sudah 2 hari juga aku membelikan juadah berbuka buat pekerja yang menyiapakn kerja kerja akhir dibilik air utama dan diberanda depan rumah. Ada sedikit bayaran yang masih TERTUNDA..setakat ini ada keyakinan ada sebuah pertolongan yang tidak disangka sangka..aku ingin berihat seketika dari tekanan keewangan sebelum memulakan projek DRY KITCHEN mak yang abakl emmuatkan koleksi koleksi pinggang mangkuk ku...Alhamdulilah...Seronok sedekah kan mereka juadah berbuka yang kita sendiri geram melihatnya tapi MULUT TIDAK LALU..sepuluh ringgit seorg macam macam sudah boleh dapatkan dari air minuman dan nasi hinggalah kuih muih dan rojak. Pasti berselera mereak makan..terkenang aku saat saat begini ada yang lebih malang etrpaksa meninggalkan anak isteri demi ekhidupan yang lebih baik..alhamdulilah sedikit sumbanganku buat mereka.

Aku sangat bahagia melihat Mak..menari nari laju didapur barunya...teringat jugak aku pada air tangan BONDA ..blog yang merakamakna masakan mak...rasakanya aku perlu kemaskini semula blog tersebut..Insya Allah..selepas raya barulah aku boleh sempurnakan ...mungkin seklai gus dengan teratak kasih bonda..tidak lagi 2 blog yang berbeza...alhamdulilah. malam ini aku bakal menemui Fuzie Miller..akwanku yang sekain alma tidak kutemui..Fuzie satu satunya kawan yang begitu penyokong bisness skin care IOPE aku dan aku akan merakamkan setiap pertemuan dengan belaiu kerana belaiu seorg yang VOGUE untuk dilantik sebagai MODEL product secara serious...Insya Allah.

kiriman demi kiriman aku siapakn..seronok menyediakan sesuatu yang kita nampak untuk hidup dan masa depan...tidaks abar menungggu Mria dan Li pulang untuk agenda perbincanagn bisness dengan lebih mendalam...semoga rezeki ini sangat sempurna pemebrian TUHAN buat kami demi anak anak dan ibu bapa kami. Aku sangat bercita cita untuk tinggal berdekatan dengan Mak disaat saat begini...satu hari nanti aku lah yang sepenuhnya bakal emngambil alih tugas dan kehidupan mak...sering bersama mak menguruskannya...aku bahagia bila melihat mak boleh dapat apa saja yang dia mahu..dan aku bertambah bahagia meliahat anak anakku begitu menghormati dan menyayangi mak...semoga Allah memberikan ruang beribadah yang sangat sempurna buat mak tahun ini sempena ramadan kerana mak tidak eprlu lagi susah hati dengan duit belanja makan...duit raya...hiasan rumah..kini mak mungkin tidak pernah mnyangka dia disanjungi anaknya...dihargai oleh insan insan yang selamam ini dia berkorban penuh kepenatan dan susah payah...hari ini mak begitu TENANG dan SENANg disebuah istana kasih sayang...

malam nanti aku bakal mengadu lagi...menagdu pada Allah tenatng nasib diri...mengadu pada Allah untuk izin menguatkan hati..menerima takdir kehidupan walau sakit didalam...aku tahu aku tidak mampu menegluarkan selumbar dihati BONDAku...tapi biarlah aku sering menyanyi menghiburkan hatinya...hanya itu yang kami mampu...terkadang kasih sayang tidak boleh dipamirkan...tidak boleh disentuh hanya kemas tersimpan dalam lipatan hati...lewat petang ramadahan ke9 yang MULIA ini barulah pertama kali aku bakal berbuka BERDUA dengan sang PENCINTA yang Alalh cipatakn buatku...setia dia menunggu kepulanganku dari pejabat..yang pasti hari ini kami bakal berlabuh diMAk cik Briyani damansara CURVE..dan abakal berjemaah diamsjid MUTIARA Damansara...

Ya Allah aku syukuri atas kehidupan dan rezeki mu yang engkau limpahkan buatku SABAN WAKTU...amin