Sunday, June 12, 2011

Catatan Perjalanan Ke Korea 1



Baru habis waktu rehat yang hanya berlasa perut dengan keropok, goreng pisang dan mushroom goreng, cukuplah kerana terasa terlalu malas dan sayangkan waktu untuk ke canteen. Bila makan bersama kawan kenalah banyak mendengar lagi terkadang waktu makan pun jadi terhilang selera dek kerana bahan bahan yang agak sensitive dikongsikan kawan kawan. Sementara menunggu appoinment seterusnya tengah hari ini, tangan laju membelek tajuk tajuk penulisan yang telah dibuat diiphone. Aku mesti habiskan penulisan Korea ini bisik hati kecil ku. Sebagai catatan pertama perjalanan ke Korea, aku memilih catatan pertama yang dibuat beberapa minit sebelum kapal terbang meluncur menuju ke Incheon airport.

Aku tidak pernah terduga akan melalui perjalanan seorang diri seklai lagi untuk tempuh waktu separyh dari perjalanan udara yang terdahulu iaitu 7 jam. Inilah takdir dan cabaran yang aku gagahkan hati untuk menyahutnya apalagi hubby tidak pernah menghalang malah menggalakkan selagi aku mampu mencari sesuatu yang amat bermakna. hati aku sedikit getir mengenagkan aku keseorangan kenegara yang tidak berbahasa Inggeris ini walau disana Adik Li anak neighbour mak menunggu aku.

Perasaan bercampur baur, gembira, cemas, getir, resah serba sedikit, aku tenangkan diri beberapa kali, keresahan lagi bertambah bila melalui 2 jam waktu pejabat kerana aku mengelak untuk memohon cuti pada hari tersebut. Resah semakin menekan diri bila aku tidak berjaya membuat supersize luggage, dan aku terpaksa membayar 75 ringgit kerana pada asalnya aku tidak apply luggage untuk kesana dan tambahan luggage sekembali dari Korea memandangkan aku seorang diri bukan lagi 40 luggage bersama nelli.

Seimbas aku terkenang, percutian ini dirancang aku dan Nelli atas sebab sebab bisness cum leisure. dalam tempuh setahun dari tarikh booking, bermacam macam terjadi termasuk nelli sudah mendirikan rumah tangga dan Nelli ada lasan tersendiri yang kuat untuk pergi. Aku tidak suka menghukum malah aku menghormati pendirian Nelli walau kalau aku ditempat dia aku tidak akan mengecewakan seseorang yang bernama sahabat seperti mana pernah berlaku sewaktu aku trip ke Surabaya dgn Rosma dalam demam demam aku gagahkan diri demi Rosma aku teramat pasti akan hajat Rosma untuk berdua duaan dengan aku. benarlah kata orang, kita hanya mampu merancang, Allah yang lebih tahu dan lebih bijak mengatur, Alhamdulilah aku amat berlapang dada walau TIADA NELLI disisi.

Semua urusan selesai dalam tempoh satu jam sebelum boarding time termasuk 5 list penting yang perlu disipakan diairport termasuk currency exchange. Braulah aku mampu mengambil nafas lega dan minum kopi bersama hubby yang sedari tadi setia menemani aku, sambil menikmati coffee dia sempat merakankan wajah wajah aku sebelum berlepas, suami mana yang tak sayang isteri, aku tahu setiap kali aku perlu berjauhan dengan dia, aku dapat rasakan dia begitu keberatan melepaskan aku pergi, dan kami berpisah diboarding pass line dengan satu BIG HUG aku buatnya dan dia berbisik ketelinga ketika menciumi pipiku..I love you za.. dan aku meberikan lambaian terakhir sepintas lalu sambil meluru laju untuk checking.Aku menahan rasa sedih memandang mata hubby selepas mendengar ucapan keramat itu.Diwaktu yangs ama telinga aku menagkap siulan berirama sedih dari seorang jejaka, aku tidak pasti ini adalah kebetulan atau dia sengaja menyiulkan begitu kerana perasan situasi aku.

Sejurus aku masuk ke perut kapal terbang dan mencari tempat duduk, aku terpandang tempat duduk kosong yang sepaptutnya ada Nelli, kalau Nelli ada...bisik hatiku..kalau nelli ada pasti ketawa terdekah dekah kami berdua..pasti perjalanan ini lagi seronok..nelli oh nelli semoga sekarang dirimu sedang beruli bahagia dan aku lebih lebih lagi menumpang bahagia itu. Untuk mengatasi rasa keseorangan itu, aku menulis apa yang terlintas pada perasaan menggunakan iphone, sehinggalah seorang pramugari datang menghampiriku dan berkata NO Phone Madam! oops sorry ucapku sambil terus memadamkan talianku. dan terasa kapal terbang sedang bergerak perlahan lahan meninggalkan Kuala Lumpur.

Selepas 7 jam, Aku tiba di Incheon Air port, aku hanya mengikuti line line yang dilalui oleh semua orang dan Alhamdulilah laluan check in immigresen begitu mudah dan aku kebagasi claim untuk mengambil luggageku dan menolak troli keluar melalui kastam dgn hati yang agak cuak kerana ada kiriman Li dan Maria yang aku tidak pasti perlu dideclare atau tidak, dan hampir 1 jam menunggu barulah aku menemui Li yang terlebih dahulu menghubungi hubbyku. Kami pulang kerumah dan motel yang sudah ditempahnya menggunakan TRAIN, kali pertama aku melihat pasarana KOREA yang begitu canggih dan aku berihat keletihan selepas minum kopi dan berbual mesra dengan isteri Li yang baru aku kenali bersama kawannya. Aku juga bersyukur berjaya melaui rasa gusar bila menunggu Li begitu lama dan usaha usaha menelefonnya tidak berjaya dan gagal berhubung dengan counter counter talian disekeliling gate kerana masalah BAHASA. Korea adalah antara negara yang mementingkan bahasa sendiri dan komunikasi dgn orang orang Korea dgn bahasa inggeris ibarat Ayam bercakap dengan Itik..Alhamdulilah aku tunaikan solat isyak jamak taakhir, solat sunat dan bacaan yasin sebelum tidur dimotel yang unik dan cukup selesa buatku.

Catatan bersambung pada diperjalanan ke 2

Monday, June 6, 2011

wajah wajah Kesayangan HAMBA


Ada sedikit waktu yang tertinggal sebelum session pukul 2 petang menjengah bilik ini. Semenjak semester baru dibuka, bilik ini begitu hangat menjadi tumpuan pelajar, pelajar langsung tidak merasa segan mau pun malu untuk berurusan dengan aku..aduhai bahagianya senang untuk aku berurusan dengan mereka. Untuk waktu yang singkat ini, ada bainya aku menggunakan salah satu catatan yang dibuat diiphone ketika menunggu anakku wahida di KL sentral 2 minggu yang lepas.

Suasana bising dan hingar bingar membingitkan teling. Aku tidak begitu petah untuk selalu berada disituasi ini, tapi inilah sebhg kehidupanku satu ketika dulu, sawal tingkatan satu, aku sering sendirian mencari eknderaan awam untuk pulang ke asrama walau ayah berkereta sendiri. Kali ini kali ketiga selepas aku kesini mengambil Rin dan mengahntar Shahrin pelajarku, klai ini aku datang dengan penuh rindu, rindu untuk melihat reaksi wajah anak kesayanganku ini yang bakal menjejakkan kainya buat kali pertama mengembara bersama kawan kawan dalam sessi lawatan sambil belajar ke HadYAi thailand.

sambil menunggu, seimbas lalu aku terkenag pelbagai riak wajah pertama dalam proses tumbesaran anakku ini, satu satunya anak perempuanku yang bagiku sangat ISTIMEWA..dia memiliki bakat SENI yang besar seperti ayahnya dan begitu ADVENTURE dan INGIN MAJU seperti mamanya..Alhamdulilah atas kiriman Amanah Allah ini yang begitu membahagiakan. Masih aku teringat, bagaimana RIAK WAJAH pertama Nana ketika dia sudah boleh melangkah berjalan setapak 2 tapak, girang dalam ketakutan. Bila langkah seterusnya dia berteriak kegembiraan, aku hampir menangis melihat kemajuannya itu sebab sebelum itu aku terasa mengapa anak En Khair dah boleh berlari..hehe. masih segar diruang mataku, raik wajah pertamanya ketika melangkah kealam persekolahan seawal 4 tahun, ada gembira dan malu hinggakan bila dia bersama kawan langsung tidak berplaing pada mamanya, dia sangat bangga dengan kawan kawannya, aku masih teringat setiap pagi senyuman bangga walau mengantuk kerana ghairah untuk kesekolah demi kawan kawan.

Seketika aku juga terimbas, wajah pertamanya BERTUDUNG ..innocence dan selebet ketika kali pertama dia ditinggalkan kesekolah agama di section 14. wajah selebet itu penuh risau bila mama terlambat mengambil waktu tengah hari.wajah Kerisauan anakku ini masih segar dalam ingatanku, risaunya dia bila memasuki darjah satu bersama kawan kawan lepas seminggu wajah ini bertukar wajah yang sangat gembira setiap hari bila pulang dari sekolah sambil mengucapkan selamat tinggal kepada kawan kawannya. wajah TENANG penuh anggun sempat menjelma diruang mataku ketika anakku ini pertama kali naik stage untuk merangkul kedudukan teratas dikelasnya mengatasi anak anak cina dan elit seksyen 14, aku tumpang bangga walau ketika itu hanya tuhan yang tahu satu tanda tanya sudah banyak bermain dalam fikiranku tentang suasana perkahwinanku dan suami.

sama sekali aku tidak akan lupa wajah penuh ketakuatan Nana buat pertama kali kedatangan PERIOD seawal darjah 4, dari riak lentuk bahasa badannya aku dapat membaca anakku ini sudah semakin matang dan aku dan dia sudah banyak berkongsi suka duka dan air mata. Sejarah juga telah melkarkan dalam hidupku, wajah pertama Nana menagis tanda bahagia bila dia diumumkan salah seorang pelajar cemerlang UPSR dalam teriakan tangsian yang kuat dan limpahan air matanya sempat dia berkata INI SEMUA BUAT MAMA...bagaimana harus aku katakan bukan sedikit NIKMAT ALLAH buat insan seperti aku. Besar malah terlalu besar rasanya. Wajah yang masih tidak lekang dari pandangan mata ini, bila kali pertama aku hadiahkan dia peluang menaiki AIR ASIA ke Serawak, aku melihat wajah bangganya penuh purnama kali pertama dan hingga kini terbina satu dimensi hobi buatnya MENGGEMBARA.

Ketika aku masih menunggu, aku masih berteka teki bagaimanlah riak pertama wajah anakku ini melalaui pengalaman untuk ke HAD YAI ini, adakah excitednya mengatasi riak kepenatan kerana seminggu bergelumang dengan buku dan nota, dan ketika telefon berbunyi memberitahuku dia sudah tiba lantas aku dan hubby bergegas ke terinal menunggu dari ruang makan Dunkin Donut itu, yaaaa dari kejauhan aku terlihat wajah yang penuh senyuman lebar tapi ada riak kepenatan namun mata penuh sinar. Aku memleuk dia dan terasa tangannya sejuk dia menggengam kemas kamera kesayangan yang aku bekalkan. kami sempat bergambar dan aku berbisik ENJOY your self sayang..lihatlah dunia kerana ini sebahbian BUKTI kebesaran Allah. $ hari berlalu, aku menunggu kepulangan Nana tapi klai ini sedikit pun tidak terduga, Nana pulang dengan wajah yang penuh SUGUL dan BENGKAK matanya, puas aku bertanya dia tidak berhenti henti menangis ..seketika dia mengambil nafas lalu berkata..MAAFKAN KAKAK MAMA..KAKAK SUDAH HILANGKAN KAMERA MAMA...tersentap aku seketika..kuakui bukan dia tidak kesal tapi aku pun terlupa berpesan padanya untuk EXTRA CARE and CAREFUL of HER OWN FRIENDS...aku menghubungi Bak untuk meminta solat hajat agar hati insan yang berkenaan TERASA untuk MEMULANGKANNYA semula...kita berserahlah..ada rezeki adalah..kalau tak ada anggaplah mungkin ada yang lebih baik Allah akan sediakan atau tkarannya ialah sebuah LESSON yang betul betul menyentap hati anakku itu...belajar berhati hati dan menghargai ..cukuplan LESSON itu selama lama nya TERSEMAT dihatinya dan menemani proses kematangan yang bakal dilauinya dari masa kesemasa..

Sayang anakku sayang..Raut wajah kalian tidak pernah LEKANG dari kanta pengelihatan Mama walau dalam PEJAM dan JAGA...

Tuesday, May 17, 2011

Tenaga Semakin BANYAK!!


Tengah malam ini tiba tiba terasa SUNYI menjenguk hati. Lantas terbuka Lap top hubby diatas meja dan sepantas melihat document lama yang tersimpan dan ada yang perlu dideletekan dan ada yang masih perlu dilihat dari masa kesemasa. Sedang tangan pantas click lantas terclick gambar yang tertulis dengan nama Alya anak saudara kesayanganku dan terlihat gambar arwah adikku Azman. Lama aku merenung wajah itu, wajah terakhirnya, wajah yang teramat kurindu dan sempat aku berkata kata didalam hati dan sesekali terlafaz dibibir...Dik! pantas masa berlalu Alya dah pandai berlari..afiq semakin matured..Adi masih terus menyebut abahnya...cahaya kesedihan dimata Izan semakin bertukar Sinar...segalanya atas kuasa Allah dik...sebagaimana cepat adk pergi mengadap ilahi..secepat itulah Allah perlihatkanperubahan disekeliling kami. semadilah dengan aman disana dik...setiap khamis mlm jumaat rindu dihati ini akan terus mengikat lafaz bacaan penawar yasin pengikat silaturahim kita dunia akhirat sayang...

Dalam ketidak sedaran beberapa titik jernih mengaburi pandangan mataku. Aku menangis, aku menyapu air mata...dan aku menyambung berkata kata pada gambar man..tanpa Man..angah terus meneruskan hajat man..man nak mak selesa kan?..arghhhh...beginilah hidup aturan tuhan ..sedih dan sakit terkadang menjadi PULLING factor menguatkan lagi WILL POWER kita bila kita memilih untuk terus melangkah dengan positif. Selain dari nikmat kasih sayang anak, bitter sweet cinta anugerah jodoh tuhan dari suami, kasih dunia akhirat ibu bapa, kasih adik beradik seakan tidak lekang dari hati. Aku tidak mampu mengenepikan mereka, aku tidak mampu lena dengan membiarkan kesengaraan menimpa mereka KECUALI bila mereka selamanya TERUS MEMBEBANKAN KAMI tanpa terfikir untuk menghentikan sikap keterlaluan yang berulang semenjak dulu.

Hari ini sedari pagi aku begitu sibuk. Padat 12 jam dengan TO DO LIST bermula dengan VISIT WAHIDA dan berakhir dengan Reading time selama 1 jam setengan di white coffee. dalam kesibukan yang terancang itu, aku sempat berkejar dalam hujan untuk menunaikan temujanji dgn Yatt...sahabat yang mengajak aku berbincang usul parenting dalam penulisan Home maker. Seronok bertemu yatt yang sudah lebih 15 tahun tidak berjumpa. Anugerah kekayaan dan rezeki perkahwinannya melimpah ruah tapi dia sedikit pun tidak berubah malah sikap humblenya dan suami menjadikan aku seedikit pun tidak KEKOK berbincang dengannya. Kami berbincang selama hampir 3 jam sambil bertanya khabar diri, keluarga, kehidupan dan kawan kawan yang lain. Alhamduliah rezeki persahabatan, perkongsian minda dan Contact untuk projek community ..3 dalam 1 Allah temukan buat aku..Alhamduliah..tidak sia sia merempuh hujan dan pemanduan SESAK dan tidak sia sia juga keluardari zone selesa kali ini untuk memandu sendirian meredah IOI Mall puchong.

Dalam menuju agenda utama hari ini dengan yatt, aku juga merancang agenda utama melawat wahida bersama adik adikku kerana kebetulan hubby ON DUTY. Wahida bakal memulakan misi lawatan sambil belajar ke Hadyai Thailand, terasa KURANG sebagai seorang ibu SIBUK seperti aku kalau tidak MEMILIH untuk ADA WAKT untk dia, anak perempuan kesayangan aku. Ku gengam nota yang tertulis...tentative programme....ubat ubatan PCM dan Piriton..kad pengenalan wahida dan makanan kegemarannya terutama CHIPSMORE. Pelukan kemas kami serta ciuman rindu aku buatnya terubat bila melihat senyum dan sinar mata anak ini...anak yang sangat GIGIH dan sedang TEKUN berjuang untuk masa depannya...Aku sebagai IBU ..nun disudut hati begitu BANGGA dan sangat bahagia melihat perkembangannya...apakah ini RETURN yang aku dapat..Ya Allah kau permudahkan perjuangan anakku ini..bisik hati kecilku dikala mataku menhantar wahida berjalan menuju ke asrama. kami sempat berbual dan berbincang sambil bergambar selama 1 jam. Aku sermpat berbisik ketelinganya...Enjoy your trip..dont forget to jot down your moment..then you will appreciate it when it comes to a good lesson for life one day..dia senyum manis sekali...dan GOOD LUCK your exam!. Kami meluncur laju menuju ke Spa di Kota Damansara.

Spa Sole to soul ini adalah milik seorang kawan India yang aku panggil Lynda. pada asalnya dia mengendalikan prasanti Spa didepan rumahku dan aku sudah membeli pakej murah yang ditawarkannya dulu. Lynda seorang HR manager yang HEBAT ..Skill PRnya very well dan marketing plannya begitu Smart. Lynda pernah merancang untuk meminta aku menjadi associate kaunselor ditempatnya. Kami masih merancang untuk memberikan clinet dispanya terutama mereka yang datang kerana STRESS dgn situasi perkahwinan dan kehidupan. Atas persoalan itulah aku dan Lynda menjadi rapat. hari ini kunjungan aku bersama adik beradikku tanpa bertemu Lynda. dia sedang sibuk mengendalikan setting baru diPangkor. spa barunya begitu elegent dan mendamaikan. 3 jam kami disana ntuk pakej sauna, Lulur dan traditional massage. senyum puas dari wajah adik adik ..Linda dan fatin membuatkan aku terasa perkongsian ini lebih manis dari rawatan Spa itu sendiri. Power contact menjadikan semuanya Murah dan nikmat berganda bila semuanya dikongsi. Hidup lebih CERIA dan hubungan kasih sayang lebih BERMAKNA. Thanks Lynda...we planned to have some follow up session at your place!

9 malam barulah aku sedari pagi perut belum diisi dengan begitu sempurna. Lantas aku emgacapi buku dan NOTE untuk meluangkan waktu makan malam SEORANG yang BERMAKNA bersama satu topik bacaan dan a thinking about tomorrow TO DO LIST again. selepas menikmati makan malam dan short reading on power of attitude, ada 30 TO DO LIST yang sempat difikirkan..ALHAMDULIAH...

Kita dianugerahkan 24 jam sehari tidak lebih dan tidak kurang, banyak kita merancang, banyaklah yang mampu kita laksanakan tanpa perancangan jangka panjang dan jangka pendek kita seakan tidak buat apa apa. apalagi bila TERKADANG ribut kehidupan melanda diri, usah dibuai diri dengan mainan perasaan yang terkadang memeprlihatkan kita seakan DUNIA INI TERLALU SEMPIT...sedang Allah menghidupkan kita bersama limpahan rahmat dan rezeki, susurlah mencari hala liku rahmat itu yang terkadang semuanya begitu HAMPIR dengan kita...Alhamdulilah..SubhanaAllah..Allah hu Akbar!!!

Tiba tiba terasa TENAGA SEMAKIN BANYAK!! :))