Thursday, April 14, 2011

Pinjamkan AKU !!!


Jumaat yang TENANG, sekali lagi aku berkesempatan dipagi yang tenang ini untuk meneruskan blog ini. Aku gembira dan aku bersyukur sedikit sebanyak banyak kebaikan dari penulisan SUARA HATI ini sahabatku Mai telah kembali Alhamdulilah. Rabu malam ketika aku melihat email dari facebook yang menyatakan requestnya dan bersama nota ringkasnya, aku mengurut dada Alhamdulilah dan solat maghribku ketika itu terasa syahdu kerana aku AKUR KEBENARAN pasti terserlah jua.

Tiada Istilah MUSUH dalam hidupku. Bukanlah kerana aku ingin dikatakan terlalu BAIK tapi padaku tiada sebab untuk bermusuh. Aku tidak pernah HAIRAN dengan apa yang orang ADA jauh sekali untuk DENGKI dan IRI HATI, jauh sekali tapi adakalanya aku akan BERUNDUR DIRI bila aku terlalu SAKIT HATI bila aku seakan GIVE UP dan serta merta MENYAMPAH, itulah yang berlaku dengan hubunganku dengan kakak sulungku dan anak anaknya. padaku bila berdepan dengan manusia TAK SEDAR DIRI memang SUKAR dan TERSANGAT SUKAR. Itu pun setelah hampir 30 tahun aku BERSABAR. 30 puluh tahun CUKUP untuk aku menjadi SAKSI mengapa hati ibu aku TERLALU KECEWA..inilah masanya untuk aku Hand OFF setelah segalanya sudah puas aku BERHABIS kebendaan dan perasaan demi menjaga SUASANA dan aku tidak sama seklai akan mencampuri URUSAN HIDUP mereka. KAMI TENANG TANPA DIA!!!

Aku percaya kalau kita tidak bersalah keadaan akan memenangi kita. salah dan betul adalah dua perkara yang JELAS jangan dikelirukan. Kini 2 sahabat telah kembali sahabat yang aku sayang, sahabat yang banyak membuka ruang ruang pengetahuan dan maju diri, Mai dan Kak Umai. Aku amsih teringat bagaimana kak Umai memeluk aku menitiskan air mata maafkan kakak dik katanya bertalu talu. Aku bukanlah barisan rasul jauh sekali tuhan bila seorang yang meminta maaf dengan air mata walau besar mana pun GURISAN yang telah dibuatnya MINDA aku boleh mengarahkan diri untuk aku MELUPAKAN SEGALANYA. Kini agenda kami seseklai menjadi sangat meriah bila bertemu Alhamdulilah kata orang dalam hubungan setelah mesra bergaduh dan berbaik semula hubungan akan jadi LEBIH ERAT aku sudah melalui banyak pengalaman itu semenjak dibangku sekolah lagi. Tiada manusia yang SEMPURNA janganlah kita mengalahkan seorang yang sangat berkuasa menghukum dan melabelkan mereka. Kita sendiri pun bukanlah SEMPURNA sangat masih banyak kelemahan diri, masih banyak yang perlu diperbaiki.

Semalam aku dan hubby berbual panjang ketika menunggu makanan siap dihantar pada kami, aku sempat mengatakan pada hubby semkain lama semakin banyak Allah perlihatkan pada saya bang yang Abang adalah JODOH saya dunia akhirat.Ini adlah satu KEKUATAN buat saya untuk terus memimpin abang. Biarlah saya menjadi kenangan TERINDAH dalam hidup abang..Insya Allah hidup kta semakin sempurna bila terlalu banyak YES dari abang sehingga saya rindu pada perkataan NO dari abang. Senyum suamiku mendengar apa yang aku ucapkan. Dalam hati berkata sinar mata dia terlalu penyayang ..dalam mata dia hanya ada AKU. Syukurlah dia emmahami apa kemeleut yang sedang terjadi antara keluarganya dan Aku. Malah aku pernah berkata kalau abang rasa saya SALAH abang boleh tinggalkan saya dan binalah hidup yang lebih baik. Aku sedia berdepan dengan semua KEMUNGKINAN.

Semalam juga sempat aku membuat panggilan pada anak anak, fayyadh dan Harraz, mendengar suara mereka begitu nyaman sekali mengalahkan segala dendangan indah, mendengar helai tawa mereka kegembiraan bila menerima panggilan mama menjadikan dunia ini terlalu ceria buat aku. Semalam sebelum tidur aku berkata pada hubby, UNIK panggilan AYAH yang digunakan anak anak...AYAHHHHHH bukan AYOHHHH...setiap kali mereka mengucapkannya begitu bermakna kedengarannya ditelinga aku. Saya suka panggilan itu, saya suka cara anak anak menyebutnya, dan bila marah Hararz masih Ayahhhh sekian sekian sekian dengan nada kemarahan..Cuteeeee!!! hehehe. harraz anakku yang sangat expressive, aku sering melihat mindanya dan cara dia berfikir dan seringkali terselit maklumat anak ini terlalu BIJAK,BAIK HATI, PENYAYANG dan BERCITA CITA TINGGI. Alhamdulilah aats kurniaan Alalh yang tidak terhingga ini.

Hari ini jumaat, aku ingatkan diriki untuk menyempurnakan bacaan Surah AL KAHFI...surah yang digalakan dibaca pada hari jumaat surah yang merupakan isi hati AlQuran. Ini sebhg dari amalanku dan inay menambahkan energy dan ketenangan dalam diri. Sudah terngiang ngiang dikepala menjelang harijadiku ke 40 tahun ini aku ingin menhargai insan insan sekeliling yang banyak menjadikan aku hari ini. Aku akan terus menghirup nafas SEGAR anugerah tuhan selagi dizinkan, aku akan terus membahagi kasih sayang yang BANYAK buat mereka yang kena mengena dengaku dan buat mereka yang didalam KESEMPITAN.

Mohonku padamu Tuhan yang mencipta semesta ALAM...pinjamkan aku sedikit lagi MASA..sedikit lagi PELUANG...sedikit lagi HARAPAN...untuk aku sempurnakan tujuan dan keperluan MENGAPA AKU DILAHIRKAN. Bekalkan aku CEKAL bekalkan aku kekuatanmu aminnnn

Thursday, April 7, 2011

Jumaat penuh RINDU



Jumaat kedua untuk bulan April bermula dengan mathurat recitation di Arts programme Office, sesekali bersama rakan seangakatn dengan agenda TUHAN sangat menjadi ubat paling mujarab pada hubungan silaturrahim suruhan tuhan..Alhamdulilah. Teringat Jumaat pertama yang lepas, Sehariian berada dikelas yang sangat penuh dengan INPUT pembelajaran NEURO ACTION dan rindu untuk berada disuasana yang sama lagi. Melihat diary kerja, Jumaat depan sudah dirancnagkan meeting Department semestinya mesti mencari hari untuk menyediakan hand out meeting yang focus kepada aktiviti selepas dan yang telah dirancang. Apa yang terbuat dan apa yang tak sempat dibuat hadapi sajalah kita hanya mampu membuat apa yang TERMAMPU dengan dua tangan kita ini dan semestinya kita masih banyak yang perlu diperbaiki persoalannya bukan senang berfikir seorang diri berbanding kerja kumpulan.

Jumaat ini juga sudah terasa RINDU yang sangat SARAT buat 2 anak bujangku dikampung Fayyadh dan Harraz, aku memang pasti mereka juga sedang merindui ibunya dari corak perbualan, tone dan aksi mereka dan Alhamdulilah rindu ini membuatkan mereka semakin mendengar kata..NO PSP turn to action NO PASP..dan PSP telahs elamat diserahkan untuk letak di rumah PJ, rindu ini juga memahamkan mereka yang mama inginkan yang baik baik saja untuk anak anak. Alhamdulilah berita kedengaran Harraz mendahului kawan kawan sekelasnya dalam prestasi akademik. fayyadh sudah menjadikan Harraz saingan yang sihat...begiru cantik aturan yang telah Allah ciptakan yang diluar dugaan dan perancanagn aku sebagai manusia KERDIL disisi Allah. Kerindaun ini juga menjadikan aku assertive dengan Rosma yang mengajak aku untuk mengikuti seminat perkahwinan dan seksualiti yang pada asalnya aku telah persetujui dalam keadaan tidak tahu tajuk seminar. Alhamdulilah aku berjaya menolak dengan baik dan kami berjanji akan mencari pelaung pada tajuk yang lain berseminar bersama.

Method Neuro Action telah membentuk aku sebagai seorang INSAN yang lagi POSITIVE, Cekal dengan teknik asa perlindungan diri walau dalam apa jua keadaan dan aku tampil kuat, bersahaja dan RENDAH DIRI. Aku menjadi tumpuan Boss dalam meeting mereka mesti menanyakan pandangan aku dan persetujuan aku. Aku tidak pernah bercita cita untuk menjadi CENTRE of ATTENTION walau cili personaliti aku seperti ini seperti mana yang telah diterangkan oleh RON sahabat dalam team Neuro Action. Itulah yang aku tidak setuju dengan manusia yang study personaliti mereka cepat membuat andaian sedan personality itself adalah process becoming. Dunia kaunseling banyak mengajar aku, hati aku sendiri penuh kasih sayang walau dalam perit dan jerih aku diposition pejabat, rumahtangga, keluarga, aku akan terus berjuang disini kerana inilah PASSION yang aku milikki yang melaluinya menjadikan aku lebih BERTENAGA. Aku sudahh berada dalam situasi circulation of energy dan tidak perlu lagi mencari tempat lain, disini sudah sebaik baik tempat dan aku berjanji untuk 10 tahun ini aku ingin membuat perubahan yang sangat PENTING buat CFS sebagai sumbangan PERIBADI aku bukan untuk mencari nama dan jolokan.

Tiada istilah musuh atau kawan, semua mereka adalah penting dalam hidup aku cuma ada yang perlu didahulukan, ada yang perlu diketepikan , ada yang perlu sering dicari, ada yang boleh sering didampingi dan ada yang datang ok tak datang pun tidak mengapa. Itu antara reaksi perlu adakan bersesuaian dengan INTENTION. sam sangat menitik beratkan INTENTION. kalau dalam hadis [un menekankan NIAT.Kini aku lebih tahu berenang dana kalau skill ini mantap sudah pasti aku boleh berenanag dilauatan yang dalam dan luas INSYAALLAH.

Petang Jummat kedua ini aku ingin ciptakan pertemuan penuh RINDU baut anak anakku disana. Aku ingin memeluk mereka aku ingin mencium dahi dan pipi mereka. mereka menjadikan aku sangat penting untuk terus hidup dan GIGIH sebagai seorang wanita, ibu , isteri dan kawan. Aku juga ingin terus menatapi wajah GIGIH ibuku dan wajah TABAH bapakku semangat dan kasih sayang mereka tidak mampu aku cari ditempat lain didunia ini. waktu waktu begini biarlah aku beruasa memberi semampuku satu ruang yang sangat ISTIMEWA buat mereka berdua. Mereka sudah cukup letih untuk terus menerima cabaran yang menyesakkan DADA dan menyemakkan MINDA. Ya ALLAH doa kudusku akan terus kualunkan lembut berbisik padamu...mohon kau peliharalah KEDUA IBUBAPAKU ini dan KETIGA ANAKKU itu dan suamiku Dunia akhirat kerana aku tahu HIDUP ini sangat SINGKAT untuk aku terus menikmati sebahagian NIKMAT mu yang sangat BESAR. Aminnnnnnn

Wednesday, April 6, 2011

Sepohon pokok yang RIMBUN


Ada setengah jam sebelum pukul 5. Lega rasnya bila semuanya masih berada ditahap boleh KAWAL..Alhamdulilah kupanjatkan pada Allah semoga semuanya ada barakah darinya dan barakah itu akan memberi impak ketenagan dihati. Hari ini rabu, rabu adalah hari yang biasanya ada meeting atau programme dengan pelajar tapi masa yang semkain tidak keruan menjadikan perbincangan aku dan zul terpaksa memutuskan meeting dengan pelajar dibuat esok khamis, bolehlah aku bersolat maghrib dimasjid nilai sebelum meeting dan bolehlah aku jadikan agenda yasin sampingan meeting. Alhamdulilah.

Tenaga MINDA terasa lagi banyak, malam ini bolehlah meneruskan pembacaan SUCCESS is NEVER ending and FAILURE is never Final. Buku ini sangat menarik sekali. Malam ini merupakan malam rutin jamming buat Encik Hubby dan kawan kawannya, biasanya 1 atau 2 pagi barulah dia balik harap harap tidur aku tidak terganggu. Aku tidak mahu melepaskan peluang waktu yang ada dari tidak menjenguk DAMIA. Rugi rasanya melihat dia semkain bijak, gebu tanpa disedari...huhuhu jadi malam ini kami bercadang berkampung dirumah Adik fatin dan Adik Linda akan masakan Bee Hoon Goreng..pasti sedapppp tu!! Zamr kemungkinan akan dudk berbincang final touch sebut harga rumah mak..susah jugak zam berjuang..dapat aku rasakan getar suara dan cemas nadanya bila melihat jumlah besar rumah melebihi budget yang tealh diperuntukkan. Semoga Allah memudahkan usaha usaha kami..usaha usaha untuk mak dan bak..mereka mungkin tidak lama lagi biarlah aku satukan mereka yang memahami untuk menjayakan ruang bahagia dan selesa buat mereka dan biarlah aku BERLEBIH demi mak dan bak serta adik adikku.

Tidak sia sia sekali teknik NEURO ACTION yang aku pelajari dan aku praktikkan setiap kali lepas solat dan sudah aku praktikkan pada pelajar dan anakku sendiri. Teknik ini sangat mujarab untuk terus menetukan hala tuju minda kita dan menguatkan seluruh anngota badan menyoong perilaku yang menuju apa yang kita mahukan pada minda. Aku sudah mula lakukan pada encik Hubby dan dia kelihatan terdiam dan terperosok lama, memang akan ada rasa getar pada otak dan latihan kena semain kerap. Apa salahnya kta mencuba sebagai pelbagai ikhtiyar yang disarankan Allah sebelum kita tawakkal. Alalh maha mengetahui dan sedikit pun ilmu Allah tidak sia sia kerana terlalu banyak kebaikannya.

April adalah bulan yang menentu practical yang aku lakukan pada diri sendiri menggunakan teknik ini. Bulan ini juga adalah bulan hari lahirku yang belum ada perancangan lagi. Pasti aku tidak lupakan kawan kawan dan adik adikku. tenguklah bagaimana, kalau boleh raikan serentak lagi bagus, balik berkampung dan pergi Hi tea kat KUANTAN juga berbaloi baloi..kasihs ayang yang hormoni terlalu NIKMAT rasanya..sedih sangat kalau ada hati hati yang sanggup mengkhiantinya.

Aku teringat ujian yang pernah dibuat SAm dalam kelas, Ujian itu membuktikan apa yang kita rasa tidak semestinya BETUL, jadi janganlah kita membawa rasa itu ke minda lalau mengarah seluruh badan untuk bertindak. Ini lah yang berlaku pada sesetengah keadaan, inilah yang biasanya menjadikan seseorang bersifat JUDGEMENTAL. Judgemental adalah sangat menyalahi etika kaunseling kerana dia bersifat opposite dengan konselp UNCONDITIONAL POSITIVE REGARD. namun sedih ramai dikalangan kita terlalu serious dan judging orang, Sam pernah kata , apa yang kita dengar, apa yang kita lihat dan apa yang kita rasa tidak semsestinya BETUL unless kita sudah begitu lama memerhati dan berada dalam situasi yang sama. Apalagi kalau apa yang kita rasa dan dengar itu adalaha dari seseorang yang tidak QUALIFIED dirinya.

Qualified maknanya bukan berdasarkan CERTIFICATE tapi qualified itu lebih menjurus kepada lihat mindanya, cara dia berfikir, keadaan hidupnya..jangan sesekali terpedaya dengan lenggok bahasa yang sangat manis sedangkan hidupnya adalah CERMIN dari hasil mindanya...apalagi kalau hidup itu terang terang SUCK!!!..sedang semua racun itu cukup kemas tersembunyi dalam manisnya hidangan dan hiasan. namun tidak ramai yang mahu berfikir, tidak ramai yang menggunakan akal, malah lebih ramai orang cedik tapi akal tak begiru celik dan hati gelap kalau tidak masakan Kes Anwar Ibrahim sampai sekarang tak sudah sudah.

Aku kerapkali berpesan pada pelajar dan diri sendiri manis bukan bererti GULA..masih banyak disekeliling kita manis menjadi racun dan berpenyakit. Kearna itu kita tidak boleh terburu buru membuat HUKUMAN, mencampuri urusan orang lain yang kita sendiri tidak faham dan jangan mudah terpedaya dengan orang yang meraih SIMPATI, orang steady dia tidak perlukan semua ini...cukup baginya STAND ON THE FIRM GROUND yang bernama KEBENARAN.

Aku akan terus memperjuangkan hidup dengan kuasa minda, namun hati ini akan terus menyayangi apa yang ada disekelilingku, Alalh tidak pernah menjadikan element dalam hidup sia sia tapi cukup kita tahu menggunakannya dan mencari PENGAJARAN disebaliknya. Sujud dan tasbihku hanya buatmu ya ALLAH...tuhan yang memelihara seluruh alam..yang memberikan aku segala kelebihan yang ada dan menyuluh kau atas setiap kekurangan untuk dibetulakan..perkayakan aku dengan kasihs ayangmu kerana aku sangat bersedia untuk menajdi SEPOHON POKOK YANG RIMBUN buat keluargaku yang bersamaku mereka akn terus dilindungi dan dikasihi kami akan terus bersatu keranamu ya Allah. Aminnnnn