Wednesday, January 12, 2011

Hati ini untuk MU....


Tiada kata seindah ungkapan ALHAMDULIAH ketika ini bila terasa Minda begitu tenang..hati begitu damai walau kerja dihambat waktu yang semkain sempit ruangnya, walau terlalau panjang TO DO LIST saban hari...semakin menjelang $) an semkain banyak yang perlu dicatatkan sebagai TO DO LIST dek kerana banyak perkara bisa membuatkan kita lupa smatelahan faktor usia yang semakin SENJA. Namun ternyata KETENANGAN hati dan kedamaian MINDA mampu melihat semua itu sebagai step step yang perlu dilakukan..cuma ATURANNYA kena betul untuk memudahkan diri sendiri.

Nyenayknya TIDUR semalam, nerve tudur masih terasa hingga pagi ini tapi tidaklah sampai mengantuk mungkin kerana tindakan hebat B Complex yang diambil ketika breakfast. Tidur semalam lena dengan XENEX prescribed by the Doctor bila terasa nerve cannot stop thinking and tired. Nyaman rasanya bila bangun pagi terus sarapan pagi di NILAI HOTEL terasa seronok dengan pembacaan NEUROTIC personality chapter pada buku The Art of Getting Along with People. Saat saat begini begitu INDAH padaku, pembacaan terasa TERISI, sarapan serba sederhana. Dalam diam diam terasa KEPUASAN DIRI...tidaks anggup untuk melupakan ALHAMDULILAH..terimakasih Allah yang mengilhamkan cara untuk mencari ketenagan sebagai penghuni ruang HATI.

Minda Tenang dan hati damai meperlihatkan raut wajah yang CERIA. wajah ini perlu terus tersenyum tenang dan menunjukan MINAT pada para pelajar yangs emakin ramai meminati BILIK ISTIMEWA ini...bilik yang menjadi SAKSI cerita cerita suka dan AIRMATA mereka. Wajah ini perlu terus memperlihatkan positive, welcoming dan sepenuhnya attend pada ksiah kisah yang perlbagai. Hati ini perlu ikhlas dengan minat agar mereka merasai mereka didengari dengan penuh empaty dan understanding. Kalau wajah yang datang pada ASALnya KELAT, KELAM, memek muka yang tidak keruan antara senyum paksa dan tahan tangisan...ALHAMDULILAH selepas satu jam perlahan lahan wajah itu kembali kemerahan, mata kembali bercahaya, senyum sudah dari hati ...sayang Kalian semua..dihujung solat kuiringi doa buat mereka KUATKANLAH hati hati mereka ya ALLAH..kerana aku hanya mampu mendengar, mengajak berbincang, berkongsi minda dan rasa hati tapi yang memegang KUNCI hati itu ialah ALLAH.

Aku bahagia dengan tugas ini. walau dalam situasi macamana seklaipun. Begitu MULIA takdir rezeki buatku Kerja yang penuh minat dan PASSION dibayar pula Ringgit setiap hujung bulan, diberi pula pahala yang tidak terhitung oleh Allah, terselit pula ILMU untuk diris endiri dan setiap kali melihat kepincangan dalam KES, setiap kali itulah terserlah keunikan MANUSIA dan terzahir KEKUASAAn yang ESA...Ohhh Tuhan maha kaya dan agungnya zat mu yang diperlihatkan dalam kehidupanku.

Senyum ini kini semkin ada QUALITY. Senyum dari hati, senyum yang mengambarkan I am happy and Ready to serve you..Alhamdulilah rasa ini terlalu MAHAL harganya buat diriku...siapa yang bagi?? semestinya Allah dia tidak LOKEK dan tidak pernah mungkir janji serta ADIL. Aku tidak pernah merasa kemampuan memiliki Qulaity senyum sebegini. Senyum yang sudah release rasa didalam, senyum untuk terus melihat dan melalui hari hari INDAH dengan kerja kerja dan kehidupanku. Mungkin inilah bahagia SEJATI ..bahagia bila kita mampu menetapkan dengan kemas kita hidup kan mati kerana ALLAH..bahagia bila kita menzahirkan apa yang kita lakukan kerana Allah...perkataan kita ..perbuatan kita ..niat kita dan kerja kita.

Allah maha kaya..aku bukanlah sebaik baik mausia tapi aku masih dapat apa yang aku MINTA ..sedikit yang aku sebut ..terlalu banyak yang aLLAH BERIKAN ...BAGAIMANA HARUS AKU MEMBALASNYA KALAU BUKAN UNTUK TERUS MEMBALAS kecintaaN aLLAH INI..TERUS EBRBISIK MEMBESARKANNYA..TERUS MELAKAKAN rindu YANG KENTAL DIHATI...sejurus mata terbua, mengingati KEBESARANNYA, syukur masih bernafas dan menikmati keselesaan air panas ketika mandi, kewangians abun ketika menycikan diri, bersiap untuk menampilkan personaliti yang boleh diterima mereka mereka yang mencari RUANG BERKONGSI. Bergaya sederhana mengambarkan personaliti yang sederhana, Alalh tidak menggalakkan BERLEBIH LEBIHAN.

Aku ingin hidup SERIBU tahun lagi bila meniti hari hari sebgini, hari yang yang dinikmati dengan mengingati Allah. Sebelum membuats esuatu pada esoknya DOA meminta dipermudahkan pada malamnya. Bila berada dalam keadaan tidak PASTI..berbisik diantara waktu solat..mohon petunjuknya..Ya Allah maha SUCI engaku yang menjaga Langit dan Bumi selepas engaku menciptannya..Aku tidak berdaya tapi Aku masih menyediakan KEKUATAN buatku. Aku hanya mampu menjadikan AIRMATAkusebagai saksi..saksi penyerahan HATI ini padamu...Hati ini buat mu Ya Allah..

Hati ini akan terus mengayam buih buih rindu...RINDU YANG ABADI...Aminnnnnnn

Sunday, January 9, 2011

Anugerah KETENANGAN...


Seminggu sudah berlalu Ambang Tahun baru, kini menjenguk ke minggu kedua Tahun 2011. Isnin yang selalunya Terlalu LEMAH buatku..Alhamdulilah, walau badai masih datang sabung menyabung berserta guruh dan kilat, namun Isnin hari ini tiada rasa CUAK dan JEMU yang bertandang. Sesekali aku menarik nafas lega...ku ajak hati mengingati TUJUAN..tujuan kita dijadikan..tujuan kita dihidupkan..tujuan kita dipanjangkan umur..tujuan kita masih diberi peluang rezeki dari pelbagai segi...aku mengajak hati bersyukur..aku mengajak hati melihat sesuatu yang lebih penting..yang tersimpan POTENSI diri ini untuk membuat kerja kerja itu dan hasilnya sering kali hati terisi sebuah rasa TENANG yang panjang sekali lagi Alhamdulilah tuhanku ..kau memberikan aku rasa yang INDAH dihati.

Bila hati TENANG, Kerja menjadi mudah, kosentrasi menjadi hebat, perbincangan ditempat kerja menjadi manis...Alhamdulilah berkat DOA ikhlas yang dipohon padamu ya Allah..dengan penuh rasa naif..hamba ini tidak mampu lakukannya tanpa BANTUAN mu tanpa PINJAMAN sifat sifat CEKAL dan TABAH darimu...pinjamkan aku ya Allah demi meneruskan takdirmu yang sudah TERTULIS. Lega bila melihat, kerja yang paling sukar hampir siap, malah masih bertenanga untuk terus berfikir lagi, banyak sungguh tenaga TUMPU kurniaan Allah ini...Aku berdiri mengadapamu tengahhari ini TEPAT waktu yang diharuskan..dan aku sempat melepaskan rindu melagukan bacaan bacaan INDAH kalammu ya Allah. Sykukur Alhamdulilah.

Aku tidak layak untuk MARAH kerana aku memahami. Aku tidak mapu untuk mengajar kerana dalam pengajaranku ada nilai yang sukar diterima dlm keadaan tertentu. Dalam banyak keadaan baiklah kita BERDIAM DIRI. Dalam semua keadaan biarlah kita dahulukan Ilahi..tuhan yang maha mengerti alam ini ditadbirinya penuh dedikasi ..tersergah malah Unik sekali. Ya aku berjaya singkirkan rasa marah, apalagi MERAJUK..waktu waktu begitu sudah lama berlalu...biarlah aku terus melihat REALITI. Memahami setiap situasi..mendalami setiap batas manusia...dan rasa faham ini CUKUP membuat aku berfikir..apa yang lebih PASTI buatku.

Bukankah hidup ini INDAH. Antara suka dan duka masih ada ruang untuk dipilih walau tidak sepenuhnya. walau kecil ruangnya, kita terima..kita berdikit malah mungkin lama lama kita akan sebati dan ruang kecil akan menjadi besar. Alhamdulilah, masih ada INSAN yang mampu membuat aku senyum, ketawa, rasa TERHARU, Bangga malah terkadang rasa terhutang BUDI yang akhirnya pasti kubawa sampai mati. Mengenang anak anak yang sudah TENANG kehidupan yang TERATUR..hati keibaun ini sudah cukup bertenaga untuk mengatakan pada diri..aku seorang insan yang sangat bertuah. Anak anakku bakal BERJAYA. Jalan kejayaan mereja usah dihalang, atau ditaburi dengan permasalahan yang mereka tidak mampu fikir. Aku disini dan begini kerana ingin terus meberi ruang yang paling bahagia buat mereka, aku yakin Allah memilih aku untuk mengharungi sebuah KELAM yang terkadang difikirkan seakan tidak berpenghujung...Aku adalah aku..semua itu aku harus ketepikan yang penting utamakan sesuatu yang lebih PENTING.

Memang hidup ini INDAH bila kita saling perlu memerlukan, janganlah kita menjadi seperti enau dibelukar, melepaskan duri masing masing, saling perlu mewujudkan keakraban dalam hubungan, janganlah hidup menongkat langit...lihatlah dlm kekurangan kita ada kelebihan org lain, kita perlukan org itu..dalam kekurang org ada keperluan pada kelebihan kita...saling meyandar pasti sangat membahagiakan..Alalh menyukai kita menghargai sesama manusia..membentuk silaturahim yang TEGUH dan bersatu penuh MUAFAKAT...kita berkasih saynag kerana Allah..kita melihata KEAGUNGANNYA dalam keunikan manusia..kerana manusia adalah sebahagian hamba dan makhluk ciptaan Allah..tidakkah kita rasa betapa HEBATnya Allah dan betapa perlunya kita berlindung disebalik TAUFIK dan HIDAYAHNNYA...aminnnnnnnnnnn..tuhankku awasilah GERAK GERIKU SELALU

Friday, January 7, 2011

LEMBARAN BARU...tahun baru 2011


Alhamduliah kupanjatkan rasa syukur. Hari ini 7 January 2011, jam 6.00pm barulah aku berpeluang membuka blog ini untuk meneruskan bait bait tulisan yang lahir dari hati..dalam penghayati perjuangan hidup susah dan senang disediakan Allah yang maha agung. Sememangnya aku seorang hamba yang TIDAK LAYAK untuk berkata tidak dan menolak apa yang sudah TERTULIS untuk aku lalui dan terus menapak.

7 hari jugalah tahun baru sudah dinikmati, 3 hari pertama di rumah Petaling Jaya dan 3 hari seterusnya di rumah BONDA di Cheneh.3 hari pertama, masa penuh dengan kehidupan bersama Nana, segala kelengkapan, segala perancangan terperinci..dan 3 hari itulah jiga menerokai book shop mencari bahan bahan bacaan buat semua...Nana kelihatan begitu seronok bila diberikan tumpuan sepenuhnya pada dia. Kami berpisah seketika sekembali dari menghantarnya ke asrama lagi 2 minggu pasti bertemu lagi dengan izin Allah. Sejurus selepas mengahantar Nana, terus pulang ke Cheneh, kali ini agak berbeza...hati negitu TENANG mungkin kerana mengecapi sebuah keputusan yang BETUL bila melihat anak anak dikelilingi KETENANGAN dalam kehidupan seharian mereka.3 hari kedua ini jugalah permulaan pemantauan persekolahan fayaydh dan hararz dua anak lelaki yang sentiasa berada dihati...sinar matanya berharap bahagia sering terlekat dipanca indera ini. Anak anak begitu membahagiakan...Syukur Alhamdulilah diri ini terpilih untuk merasai nikmat sebegitu...

Hajat dihati untuk seawal 5 January 2011 ingin membuat karangan pertama bagi tahun 2011, arghhh kelembapan INTERNET sangat merimaskan tambahan lagi perhatian lebih fokus pada buku yang dibawa pulang. Terasa kehidupan lebih TERATUR menjejak kaki ke LEMBARAN TAHUN BARU sesudah panjang bermuhasabah diri...menerima KEKURANGAN..terus memohon PELUANG untuk diperbaiki dan dipertingkatkan. Dalam banyak banyak kegembiraanmenjelang tahun baru, satu kegembiraan yang terlekat dihati dan serasa UNGGUL ialah bila berjaya mengajak Hubby MEMBACA.

Ada 5 buku yang dipilihnya dari MPH book store, satu buku 2012 konspirasi Galaktik dipegang nya dengan begitu bersungguh sungguh. Itulah kali pertama seumur hidup dalam usia bersuamikan dia, aku melihat dia begitu TEKUN menghayati pembacaannya hingga AWAl PAGI. Terserlah minda adventurenya pada sesuatu yang berbenyuk fiksyen dan agama...dari kejauhan aku tersenyum PUAS sekurang kurangnya sekarang aku terfikir satu IDEA yang sangat baik dalam usaha usaha untuk mendidik semula MINDA hubbyku. Sudah tentu kami punya banyak masa untuk mebaca setelah anak anak bersekolah diasrama dan kampung. Harapanku sempatlah buku yang dibelinya mampu dihabiskannya sebelum trip seterusnya ke MPH book shop.

Pengaturcaraan hidup baru ditahun 2011 melibatkan JOURNEY kami yang panjang bersama terutama dalam perjalanan pulang kerumah mak untuk menjenguk anak anak, kini aku terfikir, perbualan kami pada ISI ISI buku dan kaitan pada kehidupan sekeliling adalah peluang bersama memperkayakan diri dengan ILMU baru. Aku jarang memilih untuk membaca buku buku yang dibelinya, dan dia juga tidak pernah membeli dan menyentuh buku buku yangs ellau berada ditangan aku. Sehinggalah dia terkejut dan menyokong idea idea yang aku kupas dari buku yanga ku baca dan dia nampak, malah meminta aku untuk menulis semula terutama buat DIA. Terharu aku mendengarnya...moga ini menjadi DOA dan ILHAM. Aku juga dia dan mengiyakan bila peluang dan ruang sedang dipergunakannya untuk berkongsi maklumat maklumat yang dikorek dari bacaannya Alhamdulilah inilah KEJELEKITAN hubungan..terbina semula TRUST pada ASAS yang lebih KUKUH.

Sesungguhnya Allah maha mendengar. Allah masih menyayangi KITA walau kita sering meletakakn dia seakan NO 2 malah terakhir dlm kebanyakan situasi kehidupan. Bila diingatkan terasa MALU pada diri sendiri..terasa betapa sucinya kasih sayang Allah pada kita..dalam kealpaan kita masih diberikan PELUANG untuk merasai KECINTAANNYA. ya Allah begitu agung kasih mu dan aku hampir TERKEDU mengenangkan khilaf masa lalu. Mohonku pada mu ya Allah, bukakanlah PINTU HATI ini untuk terus BERCINTA dengan mu...SETIA dengan CINTAmu...tidak jemu untuk BERBISIK bicara bicara hati KECINTAAN padamu...dalam bisikan Syahdu hati yang INSAF yang merasai kewujudanmu MENOLONG aku..MENENANGKAN aku...MEMPERKASAKAN aku dalam perjuangan untuk terus membahagiakan insan insan tersayang disekelilingku. AMIN ya RAB AMin YA Rabbil Alamin....