Monday, November 29, 2010

Mereka Tidak aku Pinggirkan!!!


Haha first time tulis blog di Cyber cafe ditemani suami yang memang hantu cyber game.Hari ini hari terakhir bulan November 2010, aku sedikit pun tida menduga yang hari ini adalah takdir EL buat aku. Sudah banyak EL bulan ini ...sudah banyak janji yang terpaksa dimungkiri lantaran pekara perkara mendatang tidak terduga.

Khamis dan Jumaat sebagai mana dirancang, aku mengambil cuti tahunan untuk membawa anak anak saudara belibur dan sekaligus menyambut hari lahir Nana dan Harraz. Sudah banyak hari penangguhan. Kesian mereka...mama dan ayah sangat sibuk dan planning demi planning berlalu. Khamis kami breakfast beramai ramai di Jasima, Akus eronok melihat Alya menadah tangan membaca doa makan walau buah butir bacaannya tidak kedengaran. Selepas makanan dihidang, dengarlah pekikan Alya meminta maknan disuapkan kemulutnya. Sesekali aku membulatkan mata mengsiyaratkan padanya aku MARAH...please manners ..haha dan Alya segera controlkan dirinya...adik iparku Izan tersenyum melihat gelahat aku dan anak anaknya.

Lepas Zuhur hari Khamis, aku mendapatkan 2 buah teksi, kami ke SWISS GARDEN Hotel. Anak anakku dan anak anak saudara ..anak arwah Azman sangat gembira. bagiku semua hotel hotel dan swimming pool tiada ertinya tanpa mereka. Sesuadah berehat seketika, kami turun ke Swimmin Pool, acara mandi manda yang ditunggu tunggu oleh budak budak itu semua. Aku mengambil majalah management dan mula membaca, melihatkan Poolnya yang kecil aku tidak berselera untuk turut serta berenang dengan budak budak itu. sesekali aku membantu Iza, mengambil alih tugas menjaga Alya...wahhh Alya macam orang besar..eksyen nak mandi di kolam dewasa..terkedek kedek dia berlari meloloskan peganagn kami menuju ke kolamd ewasa..meminta kami melatakkannya separas bahu dengan air kolam dan sabli tersenyum mengekek ngekek..hehe..ada sinar gembira dimata kanak aknak ini..cantik matanya..kalaulah arwah masih hidup..pasti dia tersenyum bangga melihat gelagat anak anaknya.

Selesai budak budak mandi Kolam, aku orderkan mereka nasi goreng berkongsi kerana kami bakal makan malam sempena birthaday Harraz dan kakak Nana. lantas aku berpesan pada Izan ..aku perlukan 2 jam untuk SPA. Aku menuju ke Samrasa spa untuk Body Wrapping,Milk Bath dan Traditional Masasge. Berbalaoi memang berbaloi..terasa lega dari sengal sengal angin badan...aku betul betul berpuas hati dan selesai tepat 2 jam, aku naik semula ke bilik dalam keadaan segar dan wangi. Kalaulah tiada Alya, aku pasti mengajak Izan bersama, aku tahu izan lebih memerlukan urutan, rendaman dan gosokan ketenangan, semulalah ya dik...bukan duit yang menjadi halangan tapi Alya tidak boleh berpisah dan ditinggalkan dengan budak budak itu. Angah janji next year kalau angah diberikan rezeki yang banyak...sebahagia rezeki dan kegembiraan itu adalah untuk Izan dan anak anak. hidup lebih bahagia jika kita tidak terlalu BERKIRA.

Suamiku datang tepat pada masanya san mebawa sebiji kek yang dikirim, kami menyanyi beramai ramai ..lagu happy Birthday..Alya begitu TERUJA seolah olah itulah birthdaynya. Nana dan Harraz menyuapkan kek kemulut aku dan ayahnya..tanda kasih dan sayang..begitulah anak anak..mereka membutuhkan suasana happy dan tenteram, usah dikusutkan fikiran mereka dengan persoalan yang mereka tidak mampu untuk faham. Sekali lagi suamiku memilih untuk makan didalam bilik hotel sahaja..in room sservices..malas untuk keluar ke restaurant.Masing masing order dan kebanyakannya memilih nasi goreng kampung dan seafood.Kami makan bersama, nasib baik bilik itu agak besar buat kami semua. tepat pukul 11 malam aku ada janji dengan sahabat lama yang kebetulan berkursus disitu BUSHRA AHMAD.Aku sempat menghantar suamiku ketangga parking kereta, demi mereka, suamiku kata za happylah dengan mereka, abang stay kat rumah...esok abang kena kerja..lagi pun jimat kita tidak payah ambil dua bilik...ohhhh thank you dear...thank you very much!!!!

15 tahun aku tidak menatap wajah ini, wajah yang tidak berubah cuma kelihatan ada nilai kematangan...Bushro terlebih dahulu menjerit didalam lift bila melihat aku..Zaaaaaaaaaa terus dia memeluk aku..aku kaget dan cuba control didepan kwn kwnnya..haha. kami mengambil satu sudut dilobby, mengorder 2 cappucino..berebut siapa yang nak belanja..macam macam isu dan cerita. Aku bangga sahabatku ini sudah hampir berada dimercu teratas. namaun sedikit pun tidak kelihatan riak angkuh dan sobong pada wajah, perawakan dan kata katanya. Aku bertambah bangga. kami plan untuk pergi jalan jalan dan selalu lepak bersama..aku pun boleh menyumbang serb sedikit untuk perkembangan skill aku atas undangannya. sedar tidaks edar..kami sama sama rasa mengantuk dan jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Berpisahlah aku dan Bushro tanpa mengambil sebarang gambar dek terlalu banyak cerita kami sama sama TERLUPA.

Segelas capucino membuatkan aku hanya mampu melelepkan mata menjelang pukul 6 pagi selepas solat subuh. Aku terpaku di FB membaca posting posting kwn kwn dan meletakkan posting aku tentang cerita pertemuan dengan Bushro. Akhirnya DK online dan kami chat beberapa perkara...dia pasti ingin menghilangkan boringnya dan aku tidak boleh tidur...kami sama sama bersetuju untuk cuba tidur menjelang 5 pagi. dan aku offkan FB..dan cuba berbaring. seseklai aku terdengar Alya mennagis minta susu. ALya..Alya..Alya...geramnya melihat wajah yang mungil ini...aku merenung Alya hinggalah waktu subuh tiba....

JUMAAT yang SURAM wajahnya bila aku tidak cukup tidur..dan semua anak anak bangaun lewat dan aku mengarahkan mereka hanya mandi di bath tube tidak kekolam renang. Riuh rendah bilik air bila satu bath tub berkongsi 4 jejaka muda itu...biarlah anak aku berkongsi ..berkongsi ramai wahal mereka hanya berdua...berkongsi suka dengans epupunya yang sudah ketiadaan bapa...aku ingin anak anak menikmati nilai sebuah perkongsian. Pukul 12 tengahrai kami menjangkakan waktu terbaik untuk check out...again late breakfast untuk anak anak...adalah lebihan kek semalam di FRIDGE...ada yang berminat dan tak kurang juga mendengus untuk ke restaurant..hehe. Untuk tidak menempuh trafik jam menuju kerumah, kami perlu mengambil teksis egera selepas check out...tepat 12.30 tengahri kami sampai dan terus singgah di kopitiam bersebelahan rumah. Semua tidak sabar untuk makan dan mereka makan begitu berselera...pulang kerumah semuanya bergelimpangan tidur termasuk aku dek kerana tidak cukup tidur. Pukul 3.45pm aku dikejutkan text DK yang sudah berjanji untuk teh tarik sambil berbincang plan setting clinic. Aku cepat cepat siapkan diri dan menuju ke Jasima Kota Damansara. Perbincangan kali ini agak serious...DK meminta izin aku untuk turun ke Genting bagi perbincangan untuk mendapatkan arah hala dan expectation budget. Aku kata OK you go and tablekan in our next meeting...dia komplen aku lambat bertindak. Aku tidak pasti aku memang LAMBAT ke atau dia yang terlalu IDEALISTIC...biarkan dia...tepat pukul 5 kami bersurai dan dia menghantar aku kekereta, aku sempat memandang banyak mata melihat gelagat kami...agaknya apalah yang mereka fikir....Kalau kita pedulikan apa orang fikir...menmang betul..TAK KEMANA KITA AKHIRNYA. Pulang kerumah aku menyiapkan makan makal yangs imple buat Izan dan anak anak...aku sempat menjleing suamiku makan bukan main selera lagi masak air bayam dengan udang dan ikan merah goreng berlada...aku tahu Sang Suamiku itu sangat merindui AIR TANGAN ini.

Sabtu seawal pagi kami dikejutkan LOCENG rumah...sejurus membuka pintu kedengran pekikan suara Fatin, Linda dan anak anak..apalagi mereka bertandang kemari untuk menjemput Izan keluar shopping di Nilai. Aku awal awal bersetuju dengan usul itu untuk memberi laluan pada Izan enjoy sesekali. Aku mengambil alih tugas Izan dengan budak budak dirumah. Group lelaki bakal menonton REPUNZEL dipanggung wayang ebrsama hubbyku on his treat sempena cuti sekolah. Aku ALYA dan Nana tinggal dirumah. sesekali terdengar Alya merengek kecil mencari ibunya...aku meberikan Alya susu soya untuk menahan dahaganya pda susu ibunya. Menjelang pukul 11 pagi Alya mengamuk...tangsiannya semkain menjadi jadi..aku tiada pilihan melainakn menguatkan suara dan mebaca zikir munajat. Akhirnya Alya tertidur dan tdurnya lena sekali. Sedari dulu anak anakku tidur dengan zikir munajat dan mereka seakan lemah bila dipedengarkan dengan bacaan ini. Bila Alya tidur aku pun mengambil peluang sekali untuk membuta. Ku akui penat walau tidaks ampai sehari aku menjaga Alya...inilah rutin adik iparku kepenatannnya ditanggung sendiri ..orang lain kebanyakannya berkongsi dengan suami.

Selepas minum petang berat bersama seklai lagi dikopitiam kerana Izan begitu mengemari ROTI PRATA yang mengenyangkan..kami bergegas ke airport. Tepat 8 malam untuk pertama kalinya anak anak saudaraku meniaki pesawat air asia ke Kuala terengganu. pelbagai gelagat mereka dapat aku perhatikan dan mereka senyum kegembiraan bila melihat wajah kaap terbang yang selama ini hanya dilihat dikaca TV. Aku tersenyum puas. padaku DUIT BOLEH CARI..tapi kegembiraan buat mereka bukan mudah untuk aku ciptakan apa lagi setelah mereka menepuh hari hari penuh sunyi dans ediah atas kehilangan abadi bapa mereka ARWAH ADIKKKU TERSAYANG. dalam diam diam aku berjanji didalam hati...mereka adalah sebhagian hidupku...suka aku sukalah mereka gembira aku gembiralah mereka ..mereka tidak akan aku PINGGIRKAN ..sama seklai tidak. Tepat 9.00 malam kami mendarat di Kuala Terengganu. Cik dan Ayah begitu gembira menenmuis emula cucu cucunya yang dalam kegembiraan.

Tuesday, November 23, 2010

TEMAN TAPI MESRA


Perjalanan pulang dari Kuantan ke Kuala Lumpur bersama adik ipar dan anak anaknya penuh hati hati petang SABTu yang membengkakkan hati. Berkali aku katakan pada diri, insya Allah tidak akan terjadi apa apa yang seterusnya pada Bak dan Zamri berkali kali. Dipertengahan jalan, hujan agak lebat aku terpaksa memegang stereng kereta kemas kemas dek kerana tayar yang sudah BOTAK. Perjalanan kami bermula pukul 10 malam, anak anak semakin diam tertidur, seseklai aku dan Izan berbual kecil pasal kehidupan dan kehilangan.

Nasib kami ada persamaan, kami sama sama kehilangan, dia kehilangan suami, aku kehilangan adik kesayanagn. Dia hidup kesunyian dek kematian suami aku kesunyian dek kesan KEALPAAN suami pada diri dan tanggungjawab. Atas dasar persamaan itulah, hati aku dan Izan terlalu RAPAT. melihat Izan seolah olah aku melihat arwah adikku sendiri, mendengar keluh resah Izan seolah olah inilah juga keluh resah hatiku sendiri. kami berkongsi banyak perkara, banyak rasa, suka juga duka..sesekali aku melihat mata Izan bersinar happy bila aku melayaninya, mengembirakan hatinya. Memang adik iparku ini semkain kurus...duka dihatinya siapalah yang mampu faham dans anggup hadapi sepenuhnya.

Sesekali perbualan kami terganggu dek Text dari DK, "hye kat mana?..masih on the way". Aku tidak mampu membalasnya kerana sibuk memandu...selang seketika telefon berdering dan aku mengangkatnya pantas, "Assalamualaikum the great!" itulah sapaan biasa DK..lalu aku menjawab pantas..." walaikumsalam DK..Talk to you later! I am still driving here and will reach KL may be after 12 midnight". Terdengar suara adik iparku...amboi siap ambik tahu bila angah akan sampai...haha...aku tersenyum lalu menjawab..dia memang begitu Zan..boringlah tu kut..tak ada kwn nak berbual...ucapku lagi. kami meneruskan perjalanan dan berhenti diperhentian untuk membeli makanan ringan dan mineral water.

Kereta agak banyak sepanjang memanjat bukit genting menjelang 12 tengah malam.Aku begitu berhati hati walau mata agak mengantuk dan penat. sesekali kelihatan Izan tersenguk senguk sambil memangku kemas baby Alya. Kami sampai tepat 1 pagi dirumah adik Linda diKota Damansara untuk menurunkan Izan. Malam pertama Izan dan anak anak bermalam dirumah Adik Linda. Aku berpatah balik ke Pelangi Damansara. Setelah aku memasuki parking, aku mengejutkan anak anak yangs edang tidur dan memebrikan kunci rumah pada mereka. Sementara aku masih kemaskan kereta dan mengambil beg baju dibonet belakang, dan telefon berdering lagi "hye..you sudah sampai Pelangi?..DK terus bertanya..." aku menjawab dan berbual seketika sebelum naik kerumah. Bila aku meletakan pakaian dan mandi, aku meyambung iphoneku dengan charger dan terpandang text DK.."I pray for you...you rest and wake up fresh tomorrow". Aku terus membaringkan diri untuk tidur supaya aku SEGAR untuk esoknya.

Sunday yang segar, cukup rehat sepanjang malam dan happy dengan anak anak saudara bertandan. Selepas bemalas malasan dikatil, aku cepat cepat mengurus diri sambil mengarah anak anak untuk breakfast dengan mak dan bak dirumah Adik Linda. Sejurus sampi disana, Dk text lagi." Hye sudah bangun dan segar pagi ni?" aku membalas smsnya dan bertanya adakah dia bertugas dipagi ahad sambil berseloroh meyanyikan lagu demi negara buatnya,akhirannya aku hanya berkata " ok talk later" itulah cara aku pause conversation orally atau texting. aku tidak suka kelihatan sibuk melayani text didepan keluarga. Nasi lemak yangs angat sedap bagiku...2 kali tambah. Lama aku tidak makan nasi lemak yang sempurna begitu...thanks mak...sedapnya. Selesai makan aku mengambil surat khabar seketika dan bertanya sesiapa yang ingin mnegikuti rombongan cik kiah untuk membeli hadiah Birthday.

Tepat pukul 2 petang, gamat majlis hari jadi Aiman dan Alissa. Sudah 2 kali mereka memilih Mc Donald. Aku tidaklah teruja sangat cuma sekadar seronok berkumpul dan melihat gelagat kanak kanak , tapi kali ini agak happening majlis dengan kehadiran anak saudaraku ..anak Arwah man dan Anak along..budak kampung memnag power bila participate dalam game. Kumpulan mereka menang. Aku sempat melepak dan berbual panjang dengan MR Ee, Boss adik fatin. Orangnya berkarisma, humble, very knowledgeable , percakapannya very inspiring dan sangat sopan. banyak ilmu yang kudapat petang itu terutama perihal PERMAKANAN. Katanya yang masih terngiang ngiang ditelingaku, kalau kita tidak utamakan yang memberikan khasiat, kita sebenarnya makan sampah sarap. Dia amat tidak galakan pengambilan makanan overnight dan penggunaan mikrowave. Aku jadi terkasima mendengar keterangan MR Ee katanya kita makan ditempat tempat mahal terkadang makanan frozen yang sudah tidak berkhasiat dan kita bayar mahal mahal.Selesai birthday party semua terbaring keletihan, aku sempat makan malam daging korban goreng dan sup wantan air tangan adik linda. Sedapppppppppnyeee.

Pulang kerumah, sejurus selepas mandi dan pakai baju tidur, DK text lagi " hye kat mana?" aku membalas .." At home! you?" ..." night duty again at sg Buloh". kami berbalas balas sms seketika, dia mengajak aku super sup ekor digerai berekatan dan aku berminat tapi dek kerana sudah lewat malam sure lepas borak lagi lewat dan tidur lewat. Aku katakan padanya esoklah kalau saya free. Dia meminta aku jelaskan khasiat Olive Oil yang aku tahu dan dia menambah beberapa perkara dari sudut medical..Olive Oil mengandungi anti Inflammatory effect like ponstan. It heals Ulcer in stomach, reduce asthma attack and severity. at the end dia berpesan untuk pergi beli bersama. Okiesss jawabku pendek dan aku meminta izin untuk tidur.

Pagi yang liat bila masalah elektrik dirumah tidak boleh settle dan memerlukan usaha usaha untuk staff TNB datang, selewat pukul 11 barulah kerja kerja pemulihan selesai dan barulah aku boleh mandi dan bersiap. seperti biasa, jalan mudah diambil, telefon saja MC Donald ..anak anak cuma breakfast Pan cake Mc Donald dan mereka meyambung permianan dibilik mereka. Aku tidak ada apa apa rancangan selain lepak dirumah Adik fatin dengan Izan dan membawa Izan keluar shopping. Selesai mandi, DK text lagi.."hye..you kat mana?..tak ada planning?..come lunch with me sayang" ..Aku agak terkejut aik...siap bersayang sayang..aku terus membalas mesejnya.."you lunch pukul berapa?" lalau dia menjawab " you can come at 1 tp 2 is my lunch time ..very ok". " ok sayang see you at 1 noon" aku sengaja melayani mood dia..haha.." double sayang" balasnya lagi.

12.30pm aku menghidupkan injin keretadan besiap menuju ke sg Buluh. Agaknya sudah sangat boring DK ni untuk makan sambil berteman dan berbual. Aku kira tidak semestinya dengan aku dek kerana dia tidak ramai kwn ..dan mungkin dia suka berbuald engan ku..atau mungkin ada ruang ruang tertentu yang melegakannya..manalah kita pasti apa yang bermian dihati dan mindanya. Tepat 1.05 tengahari akus ampai didepan waqaf clinic ditepi masjid. Bila aku meberhentikan kereta , tiba tiba dia sudah berada ditepi tingkap sebelah dan terus masuk dalam kereta. so you nak makan kat mana?..aku pantas bertanya melawan rasa terkejut dengan caranya..dia meberi beberapa cadangan..ok anyone yang you pilih..I just follow you..itulah cara aku dan dia memilih masakan melayu makan tengahrai just berdekatan dengan tempat parking kereta. Aku berjalan beriringan dengan dia sambil menjawab soalan soalan khabarnya dan kamis ama sama mengambil nasi dan lauk dan memilih tempat duduk. Sambil makan kami bercerita..ceria kampung, cerita parents, cerita anak anak..dan dia hanay banyak senyum, ketawa dan merenung aku...ntah apa yang direnung aku pun tidak faham. seseklai dia ketawa kuat hingga aku bertanya what's so funny?..aku rasa biasa saja.Dia apsti explain dan aku hanya senyum kambing...itu pun nak ketawa..agaknya dia ni lapar ketawa bisik hatiku. cuma satu dalam perbualan kami dia langsung tidak menyebut samina, dia bertanya suamiku..hubby ok?..tapi dia tidak langsung membuka peluang untuk aku bertanyakan samina.

Selesai makan dia bertanya kemana arah aku dan aku cuma perlu membawa tetamu shopping nothing rushing and urgent. Lalu dia meinta tolong aku kirimkan duit melalaui western union buat ayahnya. Dia passkan duit RM200 ke tanagnku dan aku bertanya RM200 je bagi papa you?..sikitnya..you kan duit banyak bagilah banyak..kesian org tua tu?,,haha selamba je aku komplain..dia jawab every 3 days RM200. Aku minta dia textkan details papanya.selesai kami menghabiskan air minuman masing masing, kami berjalan ke kereta, dia meminta aku membuat U turn dan dia mengucapkan selamat jalan dengan muka yang aku tidak faham riak wajah itu...lalu aku berkata janganlah menangis..rileklah..haha kami sama sama ketawa. dan dia berdiri ditepi jalan melambaikan aku pergi.

Sesampai aku di Bank simpanan nasional untuk urusan western union ayahnya..Dk text lagi "today you are really look great in black colour. wow dengerous betul" aku tidak ada masa untuk melyani textnya kerana sibuk mengisi borang western union dan menunggu urusan...sekembali dari bank aku terus smskan no rujukan untuknya beserta jumlah dalam PAK rupee dan RM200 semuanya aku hantar dan chargenya aku bayar sendiri..tak pa lah belanja ayahnya..niat hatiku..selama ini pun DK sellau bayar makan dan minumku ketika kami makan bersama. seketika aku bersms melayani ucapan terimakasihnya dan soalan solannya tentang kiriman wang itu dan aku berakhir dgn "regards to your papa" and bye. Giliran aku untuk menemui anak anak saudaraku dirumah adik pula. Time masa tu sudah menunjukan pukul 3 petang.

Seketika Dk diam denganku hinggalah aku pulang kekampung untuk bercuti raya haji dan bila dia menghubungiku di hari raya aku tidak membalasnya dan membiarkan text dan callnya beberapa hari hingga jumaat sehrais ebelum pulang ke KL. aku ciptakan satu alasn yang munasabah kerana aku pasti dia akn bertanya mengapa mengapa...pada mulanya dia memang tidak percaya alasanku..lama lama dia terima..haha. Sebenarnya bila aku kehabisan kredit aku tidak akan berusaha untuk mengadakan credit semata maat untuk menghubunginya. Itulah perangai aku..sesekali aku berterus terang..no credit dan dia masukan top up phone ku untuk mebolehkan aku menjawab message dan membuat panggilan buatnya. sekembali dari cuti beraya, dia kembali rancak menghubungi aku...mungkin KETAKUTAN pada isterinya sudah beransur hilang. Entahlah...akud ari dulu kini dan selamanya begini...orang mengampiri dengan baik aku tidak sama sekali menolak kerana aku seorang yang ADVENTURE dan aku percaya dengan diri sendiri ..aku ada prinsip dan dia perlu menghormati prinsip aku jika ingin terus cuma TEMAN TAPI MESRA.

Teratak KASIH BONDA


Masa begitu PANTAs berlalu..terlalu banyak aktiviti..terlalu banyak buah fikiran tapis ayang masa untuk duduk dan menjamakan minda untuk meluahkan segalanya disini sebagai bentuk penabdian buat anak anak TERLALU TERHAD.Hari ini sudah 24 November, kurang enam hari saja lagi untuk menjengah kebulan terakhir tahun 2010.

Sekolah sudah bercuti, raya haji pun sudah berlalu, kini sedang kelam kabut menyusun jadual untuk mengambil lagi cuti tambahan untuk membawa anak anak saudara Afiq, Addy dan Alya makan angin di Kuala Lumpur. sudah 3 hari mereka disini, sudah satu hari aku teremergency leave gara gara kepenatan, kelam kabut dengan rumah tidak ada elektrik dan termasuk ada satu rasa MALAS yang kuat..huhu.

Hari ini hari terakhir aku bekerja minggu ini, esok dan lusa rancangan untuk membawa mereka stay di SWISS GARDEN KUALA LUMPUR sambil mandi kolam seklai anak anakku. Untuk minggu ini, inilah kali pertama BLOG ini kujengah, banyak sangat yang bersarang dihati hinggakan tidak tahu mana satu yang perlu ditulis. rasanya selepas anak anak settle, aku perlu menjadualkan diri sebelum tidur sebuah penulisan. Keadaan rumah akan tenang minggu depan. Rumah akan jadi tempat rehat yang betul betul selepas ini, semoga semkain produktif, fokus dan berkualiti time termasuk time bersama family dan anak anak. Selagi kita diberi peluang merancang...RANCANGLAH sebaiknya...

waktu yang ada sekarang pun dek ekrana menunggu pelajar datang, anytime bila pelajar datang kenalah hentikan tulisan ini, kenalah hentikan idea yang tengah mencurah curah ini.Untuk mengali semula idae yang terbantut ..ohhhh memerlukan sedikit masa. inilah sebahagian kisah dan kehidupanku. Dirumah ditempat kerja ada waktunya amat membahagiakan dan ada waktunya kesunyian dan keboringan menhimpit diri. Begitulah hidup, dan aku yakin hidup sesiapa pun TETAPI aku melilih untuk menghindari berada dalam suasana sunyi dan brong terlalu lama dengan mengadakan idea idea yang memerlukan komitment masa yang berterusan.

Ada dua kenyataan diFB berkenaan UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI. Satu kenyataan Rin dans atu kenyataan sepupuku Ja. Sebenarnya aku sendiri mengemari peribahasa itu dan aku yakin sangat elok untuk diterima pakai. seperti komen aku pada kenytaan Ja...eloklah kita ukur baju dibadan kita Ja, baju kita cantik dan kita pun happy..sesiapa memandang pun elok dimata dan tidak akan mudah mengata dan kita bagi JOB kat tylor dgn mudah. Tylor kita pun HAPPY..haha. Ukur baju dibadan sendiri itulah rasmi yang aku pakai untuk teruskan hidup. kenyataan yang akus andarkan pada kehidupan berumahtanggaku. Corak familiku, Corak hidup dan life styleku...semuanya ukuran dari diri dan situasi aku sendiri. Kita mengikut orang kerana kita kagum dengan orang tapi bukan bermakna apa yang kita ikut itu sesuai dengan situasi kita.

Aku BEGINI suamiku BEGITU dan keluarga besarku termasuk mak adn adik beradikku BEGITU BEGINI. Merenung kedalam diriku, aku amat memahami apa kepuasan yang aku cari. Apa prinsip yang aku pegang dan hormati dan apa KELEMAHANku yang amat KETARA. begitu juga diruang waktu sekang, aku renungi siapa suamiku, Apa kisah dan kehidupan yang telah merubah corak hati kami, siapa dia sebenarnya sebagai sebuah CHARACTER, rasanya untuk tempoh yang panjang aku tidak silap lagi mebuat TELAHAAN. walau apa keadaan seklai pun, walau hatiku ada kalanya menjerit berterusan didalam tapi DIVORCE bukanlah pilihan. Itu satu kenyataan yang aku buat setelah TSUNAMI KASIh berlaku antara kami. setelah bumi UK kejejaki penuh ketenagan selama 10 hari untuk berfikir seklai lagi aku Yakin dengan keputusan hidupku, DiVORCE is not a good CHOICE. dan dikala kali terakhir aku dihimpit tekanan dengan persoalan dalaman tenang kisah kami, hampir 2 minggu mataku tidak mampu PEJAM rapat lantaran TEKANAN dan aku terpaksa mengambil xenex untuk membantuku tidur, akhirnya kutemui sesuatu dalam DIAM. Hingga kini penemuan itu mengulit hatiku, meberikan aku sedikit nafas dan harapan bila aku membuka mata seawal pagi, dan pasti ada impian itu juga aku sebutkan sebelum mataku merapatkan kelopaknya dimalam hari.

Bersempena Raya haji baru baru ini, aku lakarkan idea PLAN RUMAH dengan bantuan zamri adik iparku. Ya rumah Bak dan Mak yang pernah aku bina bersam aBak dulu sewaktu aku baru graduate kini sudah semkain usang rupannya. Begitu lama INSAN kesayangnku ini meneruskan hidup diruang kasih sayangnya penuh kesukaran iaitu DAPUR BONDA. Aku berimpian untuk mebina semula rumah ini sebagai inilah harpanku buat semua setelah aku yakin aku tidak boleh mengadakan harpan SENDIRI. Aku hanya ada mereka pengubat LUKA hati, aku hanya ada mereka untuk terus bergembira dan kemabli selepas penat bekerja, Aku hanya ada mereka yang sangat memahmai dan memaafkan kesilapanku setiap masa dan aku hanya ada mereka yang MEMAHAMI MENGAPA SEMUA ini. kerana itulah biarlah aku mengambil inisiatif mengetuai, medahului IMPIAN bersama sekaligus menyempurnakan IMPIAN BONDA dan akan aku namakan rumah baru ini nanti TERATAK BONDA. keputusan inilah yang membuatkan aku TENANG dan aku melihat wajah bondaku tenang hingga hari ini selepas mendengar HASRAT ini.

Peringkat sekarang ialah PELUKISAN PLAN. Banyak perubahan dari rumah Asal, ada tambahan ruang dan bilik. 5 Bilik tidur semuannya, 3 bilik mandi, famili Longue berasingan dengan ruang tamu.Ada ruang sembang didepan dapur, aku bayangkan TERATAK BONDA ini sungguh cantik kemasannya. Impain ini yang mengingatkan aku kena teruskan KERJA, kena banyakan idea membina rakan dan ruangan niaga, kena bnayakan pilihan barang , kena kemaskan contact dan peluang. Semuanya dilakukan dalam kadar berdikit. Dlam seminggu lagi mungkin siaplah PELAN TERATAK BONDA. Aku akan mengambil sedikit masa bersama orang orang tertentu untuk study on COST. Sebelum melantik orang tertentu meneruskan projek dan menyediakan ruang keewangan. Aku ingin terus melihat SENYUM MAK. Senyum yang akan mak bawa sampai ke mati, senyum yang mengubati luka yang kekal sifatnya dihati aku.

Aku yakin dengan langkah langkah dan tindakan sebgeini selain mendamaikan hati aku juga mampu menjadikan ini semua usaha untuk menyatukan seluruh ahli keluarga. Bersatu susah senang, suka dan duka. Berganding bahu, maaf memaafi, tolong menolong, mengenepikan kepentingan sendiri dan memilih untuk hidup bersama dan ALA KADAR sahaja. semua ini agak sukar untuk aku ceritakan dari A hingga Z pada suamiku...aku hanay mendiamkan diri bila dia bertanya..wahal ketika makan dan minum aku bercakap secar terang terangan mengapaa ku memilih untuk meneruskan projek rumah keluarga ini. bnayak kali aku lahirkan perkataan..saya sudah tidak ada apa apa lagi...saya sudah tidak boleh harap apa apa lagi...inilah harapan saya...inilah keluarga saya..inilah kehidupan saya. Tenguklah kalau dia bertanya lagi aku akan ceritakan segalanya KENAPA DAN MENGAPA dan andai kenytaan ini melukakan HATInya...itulah hakikat yang dia perlu TERIMA dan hadapi.

KAsihku ABADI disini demi sebuah kasih sayang dan kehidupan....kuabadikan TERATAK KASIH BONDA. andai inilah bayarn sedikit yang mampu akus ediakan buatmu ibubapaku...inilah yang aku TERMAMPU dan diizinkan dengan TAKDIR maha ESA.