Tuesday, November 23, 2010

Teratak KASIH BONDA


Masa begitu PANTAs berlalu..terlalu banyak aktiviti..terlalu banyak buah fikiran tapis ayang masa untuk duduk dan menjamakan minda untuk meluahkan segalanya disini sebagai bentuk penabdian buat anak anak TERLALU TERHAD.Hari ini sudah 24 November, kurang enam hari saja lagi untuk menjengah kebulan terakhir tahun 2010.

Sekolah sudah bercuti, raya haji pun sudah berlalu, kini sedang kelam kabut menyusun jadual untuk mengambil lagi cuti tambahan untuk membawa anak anak saudara Afiq, Addy dan Alya makan angin di Kuala Lumpur. sudah 3 hari mereka disini, sudah satu hari aku teremergency leave gara gara kepenatan, kelam kabut dengan rumah tidak ada elektrik dan termasuk ada satu rasa MALAS yang kuat..huhu.

Hari ini hari terakhir aku bekerja minggu ini, esok dan lusa rancangan untuk membawa mereka stay di SWISS GARDEN KUALA LUMPUR sambil mandi kolam seklai anak anakku. Untuk minggu ini, inilah kali pertama BLOG ini kujengah, banyak sangat yang bersarang dihati hinggakan tidak tahu mana satu yang perlu ditulis. rasanya selepas anak anak settle, aku perlu menjadualkan diri sebelum tidur sebuah penulisan. Keadaan rumah akan tenang minggu depan. Rumah akan jadi tempat rehat yang betul betul selepas ini, semoga semkain produktif, fokus dan berkualiti time termasuk time bersama family dan anak anak. Selagi kita diberi peluang merancang...RANCANGLAH sebaiknya...

waktu yang ada sekarang pun dek ekrana menunggu pelajar datang, anytime bila pelajar datang kenalah hentikan tulisan ini, kenalah hentikan idea yang tengah mencurah curah ini.Untuk mengali semula idae yang terbantut ..ohhhh memerlukan sedikit masa. inilah sebahagian kisah dan kehidupanku. Dirumah ditempat kerja ada waktunya amat membahagiakan dan ada waktunya kesunyian dan keboringan menhimpit diri. Begitulah hidup, dan aku yakin hidup sesiapa pun TETAPI aku melilih untuk menghindari berada dalam suasana sunyi dan brong terlalu lama dengan mengadakan idea idea yang memerlukan komitment masa yang berterusan.

Ada dua kenyataan diFB berkenaan UKUR BAJU DIBADAN SENDIRI. Satu kenyataan Rin dans atu kenyataan sepupuku Ja. Sebenarnya aku sendiri mengemari peribahasa itu dan aku yakin sangat elok untuk diterima pakai. seperti komen aku pada kenytaan Ja...eloklah kita ukur baju dibadan kita Ja, baju kita cantik dan kita pun happy..sesiapa memandang pun elok dimata dan tidak akan mudah mengata dan kita bagi JOB kat tylor dgn mudah. Tylor kita pun HAPPY..haha. Ukur baju dibadan sendiri itulah rasmi yang aku pakai untuk teruskan hidup. kenyataan yang akus andarkan pada kehidupan berumahtanggaku. Corak familiku, Corak hidup dan life styleku...semuanya ukuran dari diri dan situasi aku sendiri. Kita mengikut orang kerana kita kagum dengan orang tapi bukan bermakna apa yang kita ikut itu sesuai dengan situasi kita.

Aku BEGINI suamiku BEGITU dan keluarga besarku termasuk mak adn adik beradikku BEGITU BEGINI. Merenung kedalam diriku, aku amat memahami apa kepuasan yang aku cari. Apa prinsip yang aku pegang dan hormati dan apa KELEMAHANku yang amat KETARA. begitu juga diruang waktu sekang, aku renungi siapa suamiku, Apa kisah dan kehidupan yang telah merubah corak hati kami, siapa dia sebenarnya sebagai sebuah CHARACTER, rasanya untuk tempoh yang panjang aku tidak silap lagi mebuat TELAHAAN. walau apa keadaan seklai pun, walau hatiku ada kalanya menjerit berterusan didalam tapi DIVORCE bukanlah pilihan. Itu satu kenyataan yang aku buat setelah TSUNAMI KASIh berlaku antara kami. setelah bumi UK kejejaki penuh ketenagan selama 10 hari untuk berfikir seklai lagi aku Yakin dengan keputusan hidupku, DiVORCE is not a good CHOICE. dan dikala kali terakhir aku dihimpit tekanan dengan persoalan dalaman tenang kisah kami, hampir 2 minggu mataku tidak mampu PEJAM rapat lantaran TEKANAN dan aku terpaksa mengambil xenex untuk membantuku tidur, akhirnya kutemui sesuatu dalam DIAM. Hingga kini penemuan itu mengulit hatiku, meberikan aku sedikit nafas dan harapan bila aku membuka mata seawal pagi, dan pasti ada impian itu juga aku sebutkan sebelum mataku merapatkan kelopaknya dimalam hari.

Bersempena Raya haji baru baru ini, aku lakarkan idea PLAN RUMAH dengan bantuan zamri adik iparku. Ya rumah Bak dan Mak yang pernah aku bina bersam aBak dulu sewaktu aku baru graduate kini sudah semkain usang rupannya. Begitu lama INSAN kesayangnku ini meneruskan hidup diruang kasih sayangnya penuh kesukaran iaitu DAPUR BONDA. Aku berimpian untuk mebina semula rumah ini sebagai inilah harpanku buat semua setelah aku yakin aku tidak boleh mengadakan harpan SENDIRI. Aku hanya ada mereka pengubat LUKA hati, aku hanya ada mereka untuk terus bergembira dan kemabli selepas penat bekerja, Aku hanya ada mereka yang sangat memahmai dan memaafkan kesilapanku setiap masa dan aku hanya ada mereka yang MEMAHAMI MENGAPA SEMUA ini. kerana itulah biarlah aku mengambil inisiatif mengetuai, medahului IMPIAN bersama sekaligus menyempurnakan IMPIAN BONDA dan akan aku namakan rumah baru ini nanti TERATAK BONDA. keputusan inilah yang membuatkan aku TENANG dan aku melihat wajah bondaku tenang hingga hari ini selepas mendengar HASRAT ini.

Peringkat sekarang ialah PELUKISAN PLAN. Banyak perubahan dari rumah Asal, ada tambahan ruang dan bilik. 5 Bilik tidur semuannya, 3 bilik mandi, famili Longue berasingan dengan ruang tamu.Ada ruang sembang didepan dapur, aku bayangkan TERATAK BONDA ini sungguh cantik kemasannya. Impain ini yang mengingatkan aku kena teruskan KERJA, kena banyakan idea membina rakan dan ruangan niaga, kena bnayakan pilihan barang , kena kemaskan contact dan peluang. Semuanya dilakukan dalam kadar berdikit. Dlam seminggu lagi mungkin siaplah PELAN TERATAK BONDA. Aku akan mengambil sedikit masa bersama orang orang tertentu untuk study on COST. Sebelum melantik orang tertentu meneruskan projek dan menyediakan ruang keewangan. Aku ingin terus melihat SENYUM MAK. Senyum yang akan mak bawa sampai ke mati, senyum yang mengubati luka yang kekal sifatnya dihati aku.

Aku yakin dengan langkah langkah dan tindakan sebgeini selain mendamaikan hati aku juga mampu menjadikan ini semua usaha untuk menyatukan seluruh ahli keluarga. Bersatu susah senang, suka dan duka. Berganding bahu, maaf memaafi, tolong menolong, mengenepikan kepentingan sendiri dan memilih untuk hidup bersama dan ALA KADAR sahaja. semua ini agak sukar untuk aku ceritakan dari A hingga Z pada suamiku...aku hanay mendiamkan diri bila dia bertanya..wahal ketika makan dan minum aku bercakap secar terang terangan mengapaa ku memilih untuk meneruskan projek rumah keluarga ini. bnayak kali aku lahirkan perkataan..saya sudah tidak ada apa apa lagi...saya sudah tidak boleh harap apa apa lagi...inilah harapan saya...inilah keluarga saya..inilah kehidupan saya. Tenguklah kalau dia bertanya lagi aku akan ceritakan segalanya KENAPA DAN MENGAPA dan andai kenytaan ini melukakan HATInya...itulah hakikat yang dia perlu TERIMA dan hadapi.

KAsihku ABADI disini demi sebuah kasih sayang dan kehidupan....kuabadikan TERATAK KASIH BONDA. andai inilah bayarn sedikit yang mampu akus ediakan buatmu ibubapaku...inilah yang aku TERMAMPU dan diizinkan dengan TAKDIR maha ESA.

Wednesday, November 17, 2010

Mohon barakahmu Ilahi


Pagi Ahad, Aku begitu kepenatan sekembali dari Genting Highland bersama Samina dan DK. Apa saja saranan dan idea mereka berdua padaku bukan mudah untuk aku terima tetapi ada satu peluang untuk aku menerokai pengalaman dan pegetahuan...aku janjikan sesuatu pada DK..let me digging the hole..see either the hole is our good chance or not...it depends on our luck and Rezk.

Kepenatan pagi ahad itu menjadikan alasan untuk aku memilih Mc Donald sebagai tempat breakfast dihujung minggu. Selepas seisi keluarga bersiap, aku mengingatkan Shahrin untuk berkemas, ada beberapa helai baju dan seluar suamiku memberi padanya. Kami rasa puas dapat membantunya seadanya kami...sebelum singgah di Mc Donald, aku membeli sabun mandi dan sabun basuh untuk shahrin bawa ke hostel kerana bila aku bertanya tentang keperluannya dia menjawab semuanya tiada madam, saya hanya meminjam kawan punya.

Aku memesan Mc Chicken set value meal buat shahrin, dia berbual agak rancak dengan suamiku tentang bola sepak. padaku, cukuplahs etakat minggu ini sebagai permulaan kerja kerjanya dirumahku. Kebetulan aku agak sibuk keluar untuk menitor sepenuhnya kerja kerjanya, suamiku seperti biasa dia agak susah untuk mengarah dan mengorder. Selesai makan, kami beransur ke KL sentral, semasa aku menolong sahrin mengeluarkan begnya, aku hulurkan wang hasil kerjanya, terlebih terkurang madam minta halal dan madam sedekahkan. Dia bersalam dengan suami dan anak anakku. hati aku terusik dengan renungan mata Shahrin, renungan dan senyuman terimakasih dariinya. dalam hati aku berjanji apalah sangat jika aku memilih untuk berbakti sebegini kepada mereka yang sangat memerlukan perhatian dan tunjuk ajar kita, aku sanggup melakukannya dan aku memilih untuk terus melakukannya.

Melihat Shahrin berjalan menuju kedalam KL sentral ahti aku terasa sayu, Ya Alalh kau peliharakanlah dia..kau bantulah dia demi nasib ibu bapa dan adik adiknya. Aku banyak diam didalam kereta sebelum emlayan kerenah anak anak yang menjerit meminta untuk menuju ke mana mana shopping centre. Dalam diamku aku terkenang kehidupan seperti Shahrin dalam harinya terlalu sedikit rasa bahagia, dalam tidurnya sering datang resah yang tidak berkesudahan. kesian dia, melalui perit jerih diusia yang awal. Kekuatannya bukan banyak kerana itulah kita perlu menyokong dia agar dia mampu berdiri agar tegak demi kehidupan keluarga dan dirinya sendiri.

Aku melewati pasarana CURVE berdekatan rumahku. Melihat gelagat manusia mewah disekelilingku yang rata rata setakat 3 ke 4 ratus sekali makan dimeja tidak menjadi masalah buat mereka. Berbelanja sesuka hati semuanya barangan new arrival, ketawa berdekah dekah mereka serasa dunia seakan tidak akan berakhir dan dunia ini milik mereka sepenuhnya. teringat aku pada Shahrin, sudahs ampai ke dia atau belum, senang ke susuh dia mendapat teksi, lantas aku menelefonnya...aku berpesan kepadanya untuk terus pulang dan buat persiapan untuk kekelas esoknya. Alhamdulilah dia sudah selamat menuju ke asrama.

Aku merenung anak anakku, mereka agak bertuah, mereka ada ibu bapa, mereka mampu mendapat apa yang mereka minta, makan sedap, mainan dan pakaian agak terkini. lalu aku berkata pada anak anakku, kita tidak boleh ikut hati..kita ken aingat dalam duit kita ada duit org lain..kita kena rasa bahagia untuk berbagi, abg shahrin dan mingkin abang dan kakak yang lain memerlukan bantuan kita sedikit sebanyak. Aku pesan pada anak anakku..kita kena rasa simpati pada orang lain nak...janagn diturut hati yang rakus itu..semua nak...itu nak ini nak. Anak anakku seakan faham dan diam...aku janjikan pada mereka, nanti kita jumpa abang shahrn lagi!!!

Berkatilah pertemuan dan kerjasama kami ya allah...Ameeen...mohon barakahmu ya Ilahi!!!!

Friday, November 12, 2010

Berbagi Peluang!!


Shahrin, Indah nama itu. Tuannya lembut dan ketakutan. Menghulurkan permohonan keewangan pelajar dengan tangan yang terketar ketar. Keadaannya mengundang rasa minat yang tinggi untuk bertanya secara menyeloroh..malu kat madam ke?..madam dah tua lah...tak payah malu malu..have your seat!!..dia duduk. rasa takutnya terpias dihatiku. rasa gusarnya menambah pelik dihatiku. dan keadaannya kelihatan agak lemah.

Seperti biasa aku akan menyemak pendapatan bapa dan bilangan adik beradaik dengan aturan umur. Dia anak pertama dari 6 adik beradik. tempat tinggal menjadi usul kedua, kawasan high kos atau rendah kos seperti dikelantan dan terengganu. satus ibu bekerja atau tidak dan sihat atau sakit. Ayah hanya seorang security yang tidak mampu bekerja lebih masa, aayh juga kerap kekelinik tapi dia taidak begitu pasti aapkah sebabnya. Ibu tidak bekerja adika dik ramai yang eprlukan perhatian dan jagaan. Ibu selalu semput bila keadaan semput yang sangat teruk barulah ke kelinik memandangkan setiap bil bukan murah.

Penampilan lemah dengan pakaian yang agak kusam cukup mengambarkan kebenran kata katanya. Lantas aku memujuknya untuk jangan seseklai merasa malu dan kami perlukan seperate session untuk aku menerokai kesan jatuhnya CGPAnya. Pencapaian 2.0 untuk jurusan Human science adalah satu alamat yang pelbagai telahan selain dari tidak serious belajar. tapi untuk pelajar ini aku rasakan ada sesuatu yang besar ditanggungnya seorang diri. hati aku begitu terpanggil untuk terus menggali kenapa , mengapa, bagaimana.

Pertemuan kedua diatur. pertemaun yang abakl mebincangkan lebih dari tujuan keewangan asal yang diajukannya seperti diborang permohonannya. Dia datang lebih awal dari biasa, agak tidak segan seperti semalam dan aad kuntuman senyum agak yakin untuk berdepan. Selepas dipersilakan duduk seklai lagi aku menerangkan padanya kenapa kita perlukan perbincangan. madam tidak suka membuang masa madam dan masa you. Bila keputusan exam you drop macam ni all boards of meeting want a quick feedback ...is theer anything pressure within your life. Dia seakan faham apa yang aku terangkan. You are in the right cahnnel , i am here solely to help you...but your cooperation in telling us the truth is most welcomed in order to understand your situation.

Datu demi satu baris kata kaat disusun.walau kedengaran agak berterabur , mungkin tidak tahu mana satu yang perlu dimulakan. Voucher Rm100 yang aku luluskan telah ditebusnya itu punca sedikit happynya dia. Buku masih belum dibeli entah bila, ada 2 biji buku yang mencecah ratus mesti dibeli sebelum terlambat. Saya tidak boleh meminta duit dari ayah saya katanya. gaji ayah saya RM600 malah sangat tidak cukup. Adik adik tidak pernah membawa wang saku ke sekolah. kali pertama dapat biasiswa, ibu meminta sebahagian duit itu untuk melangsaikan hutang makan dan minum keluarga yang dihutang dari kedai. Keadaan ini membuatkan saya merasa sangat rungsing dan risau terkadang saya terfikir untk berhenti belajar dan mencari kerja. katanya sambil mengeluh kecil.

Aku melihat maatnya, dia cuba tersenyum dan senyuman itu agak sukar kerana ada kepahitan didalam hati. pahit melalui liku liku hidup yang tidak terfikir dek akalnya yang muda belia itu. jadi dari wang yangs angat sedikit macam aman ianaya you gunakan untuk habis satu semester. dia menerangakn kalau makan tengahari tidak makan malam, kalau makan malam tidak makan tengahari. Patutpun dia kelihatan kurus dan lemah. Human science subject pembacaan. saya agak lemah bahasa inggeris segalanya berkecamuk. saya selalu menolong kawan membuat kira kira matematik dan accountingnya. kawan saya dibidang ekonomi. lantas aku bertanya..berapa math you dalam SPM?..A jawabnya dan Add math?..C+ jawabnya laju..Dia beberapa kali mengaku meminati bidang Ekonomi. kenapa tidak tukar programme?..saya terfikir untuk menukar programme, tapi saya kena bayar RM50, 2 minggu sebelum exam yang lepas saya hanya ada sedikit duit cukup untuk makan saya sekali sehari dan duit tambang balik. ceritanya ...dan aad sinar percakapan itu jujur.

aku menyeka air mata yang sedang bergenang. kesiannya masih ada lagi nasib anak bangsa seagamaku yang sebegini.Lantas aku menghubungi bahagian pertukaran programme bertanya bagaimana procedure pertukaran dan waktu terdekat daris ekarang dan bagaimana Pegawai Psychology boleh campur tangan. Ada banyak perkara yang bersarang dikepala anak remaja ini. Bearad dibidang yang ida agak tidak yakin. Dia memahami kelperluandan minatnya, dia memahami kekurangannya. dia tidak betah untuk berdepan subject yang memerlukan banyak pembacaan. apalagi masalah tekanan keluarga dari segi keewangan dan kesihatan ibu bapa. kemelut keperluan adik adik yang menghantuinya. semua itu dipendam seorang diri.

wajarkah kita hanya perlu berkata padanya ketepikan usuk adik beradik dan keluarga you?..rationalkah kita untuk berkata begitu padanya?. Bagaimana untuk kita anticipate memahamkannya dia tidak keseorangan?..bagaimana kita membantunya untuk menyenaraikan satu persatu kekusustan yang berasrang dimindanya dan mengusulkan alternatif satu persatu, walau tidak menjawab kepada keseluruhan permasalahan at least separuh dari masalahnya.Yang paling utama untuk dianticipatekan, peljaar ini inginkan satu jaminan peluang keewangan yang agak lega. itu yang aku nampak secara jelas. jaminan itu sudah cukup mebuat dia bernafas dan membantunya untuk usaha usaha lain termasuk membeli buku buku dan memohon pertukaran programme.

Dengan dada dan hati yang terbuka, atas dasar kemanusiaan dan belas kasihan. atas dasar memahami keperluan ihsan dan insan, aku bertanya apa kerja yang you boleh buat? bagaimana madam boleh membantu you untuk memberikan you kerja dihujung minggu? at least you aad wang saku yang agak lebih. At least masa you tidak terbuang at least madam ingin fahamkan you yang you tidak dibiarkan keseorangan. madam ingin melihat you sampai ke penghujung belajar disini pintaku bertalu talu. You boleh buat kerja kerja rumah seperti cuci tandas, mop lantai cuci dapur, kemas bilik aku cepat bertanya. saya biasa buat kerja tu madam. Kalau saya dirumah ibu pasti menyerahkan semua kerja kepada saya. kalau begitu bermula minggu ini you ikut madam balik paad petang jumaat, dan madam akan mengahntar you ke komuter stesen KL centarl pada petang ahad. you duduk rumah madam 2 haris atu malam untuk projek cleanliness dan madam baayr gaji you. dengan duit tu you ada lebihan wang saku untuk buku dan makan. Aku memberikan saranan yang panjang lebar padanya. rumah madam kecil sahaja, tapi madam tidak berdaya kami suami isteri kepenatan kerja. Kalau you boleh tolong madam, madam juga akan tolong you.

Aku terasa ingin membantunya. Aku ingin memberinya sokongan dan dorogan. Aku ingin membaiki esteem dirinya. Aku ingin meyakinkannya bukan semua amnusia disekeliling kita sibuk dengan urusan sendiri. tempat meberikan soul satisfaction buatku ialah mendekatkan diri dengan insan insan sepertinya dan aku bahagia berbuat begitu. mata nya bersinar menyambut offer dari aku. terimaksih yang tidak putus putus dari mulutnya. Aku minta dia pulang ke bilik dan bersiap seawal 5.30pm kami akan bertolak dari Nilai ke Petaling jaya. apa yang aku kagumi denagn pelajar ini ialah dia sanggup menerima kerja kerja yang selalunya dilakukan oleh perempuan. Disitu nampak kesungguhannya untuk berikhtiyar buat dirinya..disitulah ciri ciri positifnya terserlah.Aku tidak megagalakn pelajar meminjam duit pegawai, aku lebih seronok melihat pelajar mengenali erti budi dan hati. Kesempatan ini juga adalah medium terbaik buat aku untuk memahami insan sebegini.

Petang ini aku perlu siapkan senarai panjang tugasan Shahrin dirumahku. bayaran kerja adalh bayaran kerja..bahagian sedekah jariahku adlah sedekah jariahku kepadanya dan adik adiknya. banyak barang barang berupa buku, mainan, pakaian yang tersimpan dirumah dan mungkin baru kini aku menemui insan terbaik untuk mengambil semua itu. Aku akan buat satu sesi lawatan kerumah Shahrin untuk mengenali ibu bapanya. sekurang kurangnya aku perlu memberi sedikit khidmat ansihat perubatan Astma kepada ibunya dan aku akan bawakan ubat ubatan yang perlu sekali.

Bila aku menelefon hubby memberitahu actionku agak dia tidak terkejut melihat tetamu dirumah kami. Air maatku sudah tidak tertahan lagi. Aku merasa bersalah kita agak bermewah mewah sedang ada insan 10 ringgit terlalu bermakna buat mereka. Aku merasa amat rugi kalau menegenepikan peluang untuk aku menabur biji benih kebaktian pada insan yang betul betul memerlukan ini. Geatr suaraku dicorong telefon cukup membuka fikirin hubbyku dan seperti biasa dia tidak pernah mengahlang setiap kebaikan yang aku bawa pulang. Ya Alalh kau murahkanlah rezeki ku untuk aku lebih luas untuk berbagi peluang memberi kepada insan insan yang sangat memerlukan. Ameen