
Aku ingin menulis sesuatu...sesuatu yang aku terfikir dalam dalam semalam. pengalaman semalam mengingatkan aku beberapa perkara tentang hidup..tentang diri. Semalam agak sukar tidur. Frank telefon aku sekadar melayan selagi tidak melebihi had. pada firasatku Frankk adalah seorang yang menyamar untuk mendekati aku..siapa dia sebenarnya aku malas untuk mencari jawapan yang detail..lantak..as long as aku tidak meletakkan segala yang dibualkan sebagai serious.
semalam pulang dari kerja, aku berkejar, sedari tengahari aku teringin speggeti oli, ternampak nampak dan bila menjelang pukul 4 petang keadaan pejabat semakin sibuk aku hanya mengalas perut dengan biskut oats. dan sebelum bersiap balik Dk telefon bertanya khabar dan mepelawa aku makan, lalu aku mengusulkan aku sudah jemu dengan roti telur dan teh tarik, aku memberitahu hajatku untuk makan spegetti oli.kami bersetuju untuk pergi makan bersama sambil berbincang di centre point dan aku perlu menjemputnya didepan Jasima.
Sepanjang pemanduan aku tersangat lapar, bila kita terlalu lapar pelbagai makanan menjelma diminda, aku terfikir mee goreng mamak, tosey telur, teh tarik...semua tu senang sahaja untuk order di kedai jasima ...kalau malas situ je getus hatiku.tapi dek kerana janji dan aku pasti Dk begitu happy untuk bercerita dan melawak dengan aku sambil makan. Aku tahu hidupnya ada terselit sebuah tekanan. Sambil menungunya aku mebeli sekeping coklet bar. Bila aku menghubunginya untuk meberitahu aku sudah sampai aku mengunyah coklat itu, kurang sedikit rasa terlalu lapar, 2 kali call aku direject dengan busy status lalu aku hantar message i am starving here...kemudian dia membalas mesej ku dengan maklumat situasinya...gor bit tension at home, will contact you later. lalu aku beredar untuk makan sendirian di kedai berdekatan.
Sambil aku memesan makanan masa itulah aku terlintas sejak di Luton lagi ada beberapa makanan yang aku idam idamkan tidak kesampaian. Aku teringin Potato Jacket suddenly turn order aku diambil orang lain, Aku teringin doghnut yang dibeli ja kat Chessire oak , aku hanya makan donut ditesco yang tidak sama citarasanya. aku teringin spagetti oli akhirnya bertukar menjadi nasi goreng cendawan yang sangat teruk rasanya. yang pasti ketika berjlan jalan di Oxford street, fa membeli pizza dari gerai Arab..bila aku gigit sedikit pizza tu ..aku terkejut rasanya sangat sedap. Dari potato jacket, Donut, spagetti oli inilah impian ku yang tidak kesampaian diwaktu aku terlalu menginginkannya, dan sebaliknya situasiku menentukan aku hanya untuk makan nasi goreng cendawa yang tidak pernah terfikir dalam fikiran walaud alam sebulan yang lalu. dan gigitan pizza yang aku sangka tidak sedap dek kerana kejemuan dengan domino dan pizza hut rupanya sangat silap...gigitan itu menjadi kenangan lantaran rasanya sangat sedap dan tidak mampu untuk duluahkan dengan kata kata. Aku akan ingat oxford street untuk pizza arab, aku akan ingat jacket potato dan donut bila aku rewang rewang lagi musim bunga atau panas nanti...dan untu spegetti oli bila ad peluang jalan jalan walau seorang diri...bila bila aku boleh memakannya. Apa yang ingin aku lihat disini, kita merancang, perancangan kita akan lebih mudah tanpa melibatkan orang lain, sebijak mana pun kita mengatur, takdir Allah lebih mengatasi segalanya, dia yang menentukan apa rezeki kita pada hari itu, juga kita akan sellau diuji apa yang kita idamkan tidak semestinya kita dapat tanpa izin allah. Bukan semua berada didalam pilihan sendiri ...pernah aku terdengar, kalau sudah bukan rezeki kita, sesuatu yang didalam mulut pun pasti terkeluar.
Aku bertanya pagi ini sendiri, adakah aku takut untuk merancang?sama sekali tidak kerana ku melihat faktor faktor gagalnya sebuah rancangan bersifat situasi. DK tidak akan berjanji kalau dia tahu akan berdepan dengan situasi tension dirumahnya, dan aku tidak mungkin gagal untuk makan kalau bukan kerana aku berjanji dengan dia. Kalau dilihat secara mudah, elakkan meletak hope kita dengan orang kerana kita tidak pasti situasi orang. hope kita, kita laksanakanlah untuk mendapat rasa bahagia. dengan orang, ketika ada adalah..ketika tiada jangan dicari.
namun aku terus yakin...Allah sering memberi apa yang aku inginkan, cuma terkadang lewat sedikit dan terkadang aku tidaks angka sama sekali. walau bagaimana pun semuanya tetap istimewa dipengelihatanku, aku yakin alalh maha mendengar dan melihat. Sesungguhnya suratan atau kebetulan, kedua duanya milik Allah yang abadi.

