Wednesday, September 29, 2010

Kerana TONE SUARA

Tiba tiba malam ini datang idea yang mencurah curah setelah seminggu tidak sihat dan setelah sepanjang hari berkerut kening menahan sakit dengan bantuan pain killer. Suasana sunyi senyap jam menunjukan 2.30pagi. mata masih segar, kepala masih ligat berputar...paling terfikir tentang tajuk discussion di TV ...blogging sebagai hobi...menyuarakan pendapat dan maklumat kepada orang lain. Aku terfikir sesuatu yang menarik yang belum dibuat orang lain...RELATIONSHIP. Aku sempat google kenyataan tentang relationship sebagai bahan bacaan sementara...sekarang untuk diri sendiri aku sudah ada kerja...kena atur rangkaan yang mantap selepas ini. Alhamdulilah...ada rezeki berbentuk idea disini dalam kelam kabut sakit dan bingit dengan hal hal yang tidak diundang....mungkin berkat sabar...dan selalu bertanya pada diri apa yang aku perlu buat untuk menyumbang kepada orang lain disekeliling aku. seklai lagi Alhamdulilah.

hari pertama masuk pejabat, Ina sahabatku yang paling gembira memeluk dan kami bersalam raya. halalkan segala yang terkata dan tergurau...Ina seorang yang sangat besedia belajar dalam segala segi dan berani melahirkan pendapatnya..aku kagumi Ina. kerana lama tidak bersua, aku ingin belanja Ina makan tengahhari diluar pejabat. kami kesebuah retaurant yang agak jauh sedikit walaupun disitu bukanlah tenpat paling best..cuaca panas membuatkan kami berdua malas untuk merayau lebih jauh.

sambil makan, kami masih rancak bertanya khabar, sesekali tangan Ina mengambil lauk di pingganku..dan begitu juga aku...manisnya persahabatan...aku pandang ina macam adik sendiri cuma dilahirkan ibu bapa yang lain lain..inilah cinta sahabat namanya. Tiba tiba aku terdengar suara tegas dan agak sini dari perempuan di sebelah berkata pada pelayang restaurant yang juga merupakan isteri kepada tuan punya restaurant. SAMBAL TAK PEDAS YA!! kedengaran suara menjawaba...citaras masing masing..kalau mahu pedas didapur masih banyakk cili saya ambilkan....sekali pelangan makin kasar suaranya lalu berkata..Nah saya baca makanan awak...awak sudah kurang ajar dengan saya...kelihatan tuan kedai terkulat kulat...puan saya bukan kurang ajar ..saya cakap...puan komplen ..saya cakaplah kat dapur ada cili...SUASANA agak tegang. Aku pandang Ina dan Ina pandang aku. Seingat aku inilah pengalaman pertama kami berdepan dengan orang bergaduh. pelanggan semkai naik angin dan isteri tuan kedai terus mengata ..awak sombong sangat...awak ingat awak kaya awak boleh sombong...adussss makinlah hangin perempuan tu...

Kami terdiam...komen sebenarnya tidak salah tapi jagalah nada suara anda bila memberi komen. Orang yang menjawab juga sebenarnya mengapa terjawab begitu sebab emosi sudah tersentuh..hati telah sarat berkata kata lantaran sikap pelanggan yang memperlihatkan sedikit keangkuhan. Maka keluarlah jawapan yang sangat sini yang berbau perli. rasanya kalau tiada rasa angkuh...tone suara menjadi nyaman dan seronok didengar oleh orang lain apalagi tuan kedai...dan rasanya kalau emosi pekedai tidak tersentuh ..tidak mungkin terkeluar jawapan sini dan sindiran yang agak pedas begitu. Suami terpaksa masuk campur dengan meleraikan mereka berdua. Aku hampir tidak ercaya masih ada manusia yang begini dimuka bumi ini.

Ternyata dalam berbicara, TONE suara lebih banyak memainkan peranan dari perkataan itu sendiri. kalau tone suara lembut...kritikan sudah tidak nampak...sebaliknya kalau nada suara kasar, gurauan akan diterima sebagai bahan kemarahan. Terkadang manusia seakan lupa. semua manusia didunia ini adalah seeking pleasure creature. mereka lebih cenderung kepada keseronokan apalgi bila kelam kabut dengan pelanggan. Apalah salahnya rendah dan manjakan nada suara kalau ingin menegur..kalau rasa mood anda tidak bagus lebih baik jangan bercakap kerana percakapan anda bisa menambah kesakitan kepada situasi orang lain.

saya sama sekali tidak menyalahkan pekedai tersebut. tapi saya salahkan pengunjung itu. Kenapa terllau lantang suara kritikannya walau pun customer is always right tenguklah keadaan sikit. you are not the boss there. Terkadangs aya melihat ada orang membawa sikap kebossannya di mana mana. sampai pinggan sendiri pun tidak mahu angkat sedangkan kedai tersebut adalah SELF SERVICE. Kesian mereka mereka sebegini...apalagi perkara yang dipanas panaskan bukanlah isu besar pun...

selepas drama pendek itu selesai, kami berundur ke kaunter pembayaran setelah membasuh tangan. sambil berlalu pergi, tuan kedai sempat meminta maaf atas kekecohan yang berlaku dan aku sambil tersenyum menjawab..tak pa perkara kecik je tu...kami fahammmm..hehe..memberikan dia sebuah senyuman yang paling manis untuk membuktikan kami tahu menilai ...bersabarlah dengan kerenah pelanggan.

saya teringat pesan seseorang suatu ketika dulu...berbudayalah dengan puji pujian walau pun kecik sahaja bagusnya...gambarkan dengan pujian tersebut seolah olah besar sumbangannya di mata anda..kerana inilah cara kita mendidik dan mengambil hati orang orang disekeliling kita. sebaliknya berhati hatilah memberi kritikan...beradap sopanlah bila tersangat perlu meberi komen...selain pemilihan bahasa dan tone ynag selamat..bila mahu diucapkan juga perlu diambil kira...kerana silap silap gaya..komen kita langsung menjadi bahan letupan yang menghancurkan semua keadaan.

Komen yang sangat dihargai untuk diberikan ialah bila anda diminta untuk berikan komen samada diruang khas atau dibilik meeting....KOMENLAH sepuas hati namun Tone suara masih berperanan untuk mepengaruhi orang dalam KOMEN anda...


pssstt saya seorang yang tidak suka KOMEN...hehe..kalau orang tanya banyak banyak...NO KOMEN!!!

Monday, September 20, 2010

PANTASnya waktu....

Diam tak diam hari ini sudah 21 September 2010. Sudah memasuki era hujung bulan sembilan dan era hujung tahun 2010. Mengingati peristiwa demi peristiwa sepanjang tempoh raya hingga sekarang..ohhh pelbagai..terasa begitu PANTAS masa berlalu. Aku dirumah lagi hari ini, kelemahan dan kelemasan kesan sampingan ubat yang diberi oleh Pakar sakit Puan sebagai iktiyar terakhir dalam persoalan mengapa aku sering demam semenjak puasa hari tu dan badan tersangat lemah rupannay aku terkena FUNGUS INFECTION.

Hubby begitu tekun membantu bila tiba waktu ubat ubatan..aku tidak kira mahal bagaimana seklai pun kerana aku perlukan kembali sihat dan masalah ini mesti SELESAI. Aku dihubungi Dr Khan bertalu talu bertanyakan keadaan aku..dan katanya kesan ini adalah NORMAL. Aku perlu berihat dan tenangkan diri..Dr Idris berpesan jangan terlalu bimbang walau bagaimana pun keputusan sebenar ujian akan diketahui minggu depan.

Minggu ini juga aku terhimpit rasa kecewa, Aku masih berharapa PUM akan kembali dengan Jimmy..mengrelisaikan CINTA mereka...tapi ternyata..sikap tidak sabar MANUSIA tidak akan membahagiakan manusia itu sendiri. Aku sindir Jimmy berkali kali dan aku menenangkan PUM dalam banyak keadaan. Perempuan inginkan kebenaran dan kepastian..lelaki EGO seolah olah apa yang dia buat semuannya BETUL...sampai bila bila pun they will not meet at one similar POINT...sayang mereka ada CINTA yan INDAH..tapi ego diri mengkhianati CINTA mereka. Aku seakan BOSAN berbicara dengan Jimmy sebagai sahabatku...you will never be a happy man!!! kerana SIKAP!!!.

Sepantas kilat juga friendship aku dengan DR Khan semakin rapat. Hampir setiap hari kami berhubung, text, call atau minum teh tarik. Sebahagian Buku bukuku sudah menjadi buku bukunya dan sebahagaian buku bukunya sudah aku miliki. Malah semua passwordnya dikongsi dengan aku..terlalu BESAR kepercayaan dia. Pada mulannya suami seakan Cemburu...bila aku jelaskan..dalam dunia hari ini persahabatn lelaki dan perempuan tidak boleh disangkal tetapi kalau kita bertemu orang baik mengapa kita harus menolak untuk BERKAWAN. Terdiam suami aku...aku tidak betah untuk menjadi sepertinya...berada di kalanagn circle yang sama saban tahun..aku sukakkan cabaran ..pelabagai kawan..dan kali ini aku bertemu dengan seseorang yangs angat jujur, brilliant, expressive...menagpa aku tidak boleh menjadikannya antara orang yang hampir dengan aku..yang boleh saling bantu membantu apalagi..DR Khan tidak pernah terlebih batasan. Aku sangat respek padannya tuhan telah memberikan aku the right soulmate.

Dalam waktu sepantas ini juga, berita yang menjatuhkan airmatakau bila aku mendengar berita pemergian CIK MUNI..isteri pak sepupuku yang aku panggil ayah man, dan ibu kepada mereka yang aku anggap adik beradik Rozilah, zamri dan Zamani. Kami mebesar bersama dan Cik Muni pernah berbakti pada aku..mengejutkan aku tidur menghulurkan aku wang belanja menggantikan sarapan pagi ketika aku menumpang dirumahnnya.AlFatihah buat Arwah..aku akan mengenanginya setiap mlm khamis bersama arwah nenda dan adikku Azman. Pagi ini juga aku dikejutkan dengan berita kematian emak Kak Noni. Sedu suara Kak Noni kedengaran dihujung telefon ketika aku menghubunginya. Kalaulah aku sihat, setakat mmandu ke Cameron Highland itu tidak lah mustahil semalam. Aku betul betul tidak sihat. Sakit yang bersifat dalaman ini lebi teruk dari lelah dan lebih teruk dari demam kesannya.Semoga Roh arwah ibu kak Noni juga berada dikalanagan orang orang beriman..ALfatihah. Aku menyayangi Kak Noni seakan saudara sendiri...dia pemurah hati orangnnya dan senag faham kerana dia tidak pernah menyimpan DENDAM.

Aku sangat rindukan pejabatku..kerusi meja..kertas kertas document. Sahabat sahabat berbual dan bercerita..apalagi aku belum bersalam raya dengan mereka. Aku ingin segera sihat...aku ingin kembali bertenaga. aku ingin meneruskan TUGAS yang Allah berikan pada aku.

Hati rindu ini sering berkata...kekadang apa yang aku lalui telah ditakdirkan Alalh sebagai yang terbaik buat aku...Aku REDHA walau apa pun percakapan orang...walau apa pun sangkaan orang...Hidup ini singkat..masa berlalu begitu pantas..aku akan kurangkan TENAGA dari memikirkan kerenah manusia yang tidak menyumbang kepada kebenaran seblaiknya aku akan terus ingat..ALLAH lebih mengathui apa yang kita tidak tahu..usahlah melatah dengan sikap manusia yamg seakan mereka SERBA TAHU...

Tuesday, September 7, 2010

Sesuci LEBARAN


Bahang RAYA mula terasa bila semkain sunyi perjabat dan persekitaran. Aku masih meneruskan hatri hari seprti biasa cuma akhir akhir ini mood kerja sangat merudum tapi aku amsih mendengar kes kes disekeliling aku. Perbincangan demi perbincangan tidak putus samada bersemuka atau secara online.

Dalam FB penuh gambar adn ucapan RAYA. Semua mengapa kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya, memohon maaf sesama kita, ucapan berhati hati pulang ke kampung, pesan berpesan untuk saling berkunjung. Aku tidak hairan RAYA dengan juadah, aku tidak hairan dengan baju baru yang sedondong, aku tidak hairan bicara bicar perhiasan wanita untuk beraya, juga perhiasan perhiasan rumah. Hati aku TERUSIK dengan pengertian RAYA yang sebenarnya. RAYA yang menjadi tradisi kemenanagan selepas KEMENANGAN PERANG BADAR, bentuk perjuanagn yang diwariskan pada kita hingga kini. Tersentuh hati mengahyati bait bait takbir yang mengimarahkan syiar kemenangan itu. Itu yang lekat dihatiku. Kemenagan suci jiwa dan raga kita, kemenagan mendidik nafsu dan hati. Mendahulukan yang utama, melupakan sengketa, merapatkan jurang pemisah. INDAHNYA kemenanagn RAYA ini.

Bila aku mengenangkan itu semua, hati begitu sayu, rantaian mutiara jernih seakan bersusun akan keluar dari kelopak mata. Hati begitu bersyukur, kalau lah kita tidak menang dulu..aapkah kita akn merasai nikmat ajaran ugama kita ini. Besarnya perjuanagn Rasululah dan sahabat sahabat terdahulu. Kini corak perayaan sudah banyak terpesong aku tidak mahu menmabah credit terhadap pesongan itu.

RAYA denagn kemegahan, kereta baru, serba baru, bertemu rakan dan taulan untuk up date perkembanagan terbaru untuk memberitahu kemampuan dan kehebatan. kanak kanak disogok dengan duit RAYA, itu yang lebih utama, Kuih kuih raya, kalau pergi kerumah yang tiada berkuih banyak, cacat cela dan umpat keji berlaku. SEDIHHHNYEEEEE. Aku inginkan suasana raya yang sederhana, pada hari itu semua kita bersegera, berpakaian lengkap dan bersemanagt, mendahulukan ampun dan maaf, memberi maaf dan menerima maaf, suami isteri, anak anak anak, ibu bapa, adik beradik, jiran tetanga, sepupu sepapat, saudara mara dan kawan kawan dekat dan jauh.

Pada hari itu, sedekah buat yang TUA dan tidak UPAYA, sedekah buat kanak kaank semampunya, gembirakan hati kanak kanak walau kita tidak mengenali dia. Gembirakan hati orang tua walau kita bukan anaknya. Luahkan rasa kasih dan sayang penuh keinsafan bersama adik beradik. Sesama sendiri bukan medan untuk bertewas daris egi material. Sesama sendiri bukan untuk mengorek rahsia dan buraikan sesuka rasa.Kita manusia memnag tidak pernah sempurna. jauh sekali PERFECT, justeru itu kasih sayang yang mampu mengikat kita demi membetulkan keadaan. Setiap insan perlukan RUANG perlukan masa dan bimbingan.

Kerana kasih sayang juga, kita mengingati mereka ayng telah tiada, mengunjungi PUSARA mereka, mereka perlukan DOA kita, penyatuan kita, sekaligus mengingatkan kita apa yang kita ada hari ini cuma SEMENTARA. Penuh keinsafan menerima hakikat hidup ini cuma seketika, kegembiraan ini hanya sebahagian antara derita dan penasaran. yang lebih besar di aats ana, sering mengatur yang terbaik buat kita walau siapa pun kita, kita tidak boleh lari dari hakikat itu.

Aku masih teringat, Bila aku buka mata memahami apa itu raya ketika kanak kanak, jauh dari apa yang dalam ajaran agama. Raya dengan maalm tujuh likur untuk bermain mercun. berbuka puasa penuh juadah selagi yang terlintas diadakan. baju mesti ikut trend, rambut ikut trend, rumah berhias cantik, kuih muih untuk tetamu penting dan tetamu biasa diasingkan dan aku banyak memilih beraya dihadapan TV sambil menadah DUIT RAYA. Sukar mendidik masyarakat hari ini, tapi sekurang kurangnya aku mendidik anak anak sendiri. Baju raya ala kadar, warna tema cuma memenuhi kehendak anak bongsu, kuih muih sedekah untuk tetamu rumah mak. Duit raya untuk orang tua termasuk ibu bapa. yang penting mengapa RAYA itu perlu diceritakan pada anak anak kerana tahun ini semua anak anakku berjaya PUASA PENUH..anak anakku BERJUANG seperti yang disyariatkan.

Manisnya kita masih memiliki ibu bapa yang masih bersusah payah untuk mengembirakan anak dan cucu mereka, sebagai aank yang bertanggung jawab..ringankan beban mereka, mereka sepatutnya diraikan bukan meraikan...TAHUN ini segala perbelanjaan RAYA yang telah dikuarkan mak akan aku ganti sebagais edekahku buat semua ahli keluarga...aku gembiara mereka bekumpul, aku gembira mak dan bak amsih ada..masih ada peluang menikmati air tangan mak yang enak di hari raya, aku ingin menjadi aank yang berada dibelakang kedua ibu bapaku...bukan untuk dipuji bukan untuk disanjung hanya kerana kasihs ayang yang tidak berblah bagi buat semua ahli keluarga. Cuma satu yang terkilan...2 adik lelakiku tiada dihari yang MULIA ini. Seorang sudah pergi mengadap Ilahi, seorang sedang di beri peluang KEEMASAN untuk kembali INSAF oleh ALLAH taala...aku kena berdiri kuat disebalik jiwa mak...MAK SUDAH KETIADAAN MEREKA...

Tiada yang lebih suci dihari mulia ini selian mengucup tangan insan yang melahirkan aku, membesarkan aku, mengucup tangan INSAn yang dipilh Tuhan untuk menjadi pasangan aku..membahagiakan anak anakku...memeluk adik beradikku...meyambut tangan tangan jiran tetanga yang pernah membahagiakan mak....dan mengunjungi pusara insan tersayang Azman dan Nenda Tuan syarifah....seakan sebahagian diri ini sudah bersama mereka dialam sana....Kasih suci kita akan tetap bersatu SESUCI LEBARAN.