Wednesday, September 1, 2010

Epilog CINTA sekeping HATI


Cinta...arghhh terlalu manis untuk dikenang. Terlalu bahagia bila memilikinya...asyik seakan sebuah dunia ini kita yang punya. Aku seakan malas untuk menulis pasal Cinta dek kerana akhir akhir ini sibuk melayani minda orang BERCINTA...aku akui kebutaan cinta mereka. Mereka berada didalam sebuah dunia yang agak terasing dari kita yang tidak bercinta. Apa pun perasaan sentiasa didahulukan oleh mereka yang sedang BERCINTA.

Seorang Insan yang tidak pernah mencari Cinta Malah baru kecewa kerana CInta hatinya telah dikhianati. Bukan mudah untuk melihat kembali babak babak yang ada dipersekitaran orang bercinta. Apakan daya...Dugaan Cinta datang kembali. Sehabis daya menolak tapi hakikat Cinta itu telah memberi sedikit ketenang hati dan ketenteraman jiwa tidak mampu disangkal lagi. Pertemuan saban hari, begitu manis, setiap isi percakapan tersimpan kemas disanubari, bila tiba tiba ketenteramn itu hilang, walang dihati mula timbul ...keman ,,di mana?? kenapa??.

kebahgaiaan terasa hanya dengan perbualan. Pelbagai bahan dibualkan, hampir saban hari, berserta gurauan penuh kemanisan walau tidak pernah bersua cukup hati terubat dari cengkeman jiwa. Hingga satu ketika, sang kekasih baru yang dipuja mengakui hakikat umurnya yang sudah jauh lebih tua. Umur bukanlah pengantara antara dua hati. hati itu sendiri yang berbicara. Jiwa itu sendiri yang sebati. tanpa sedikit resah dijiwa, tanpa sedikit rasa hiba, pengakuan umur bukan satu bahan yang memadam api cinta yang sudah terpasang.

Dengan CINTA, hidup seakan sempurna walau CINTA bukanlah segala galanya.walau kerja sesukar mana pun, walau kemelut harian sehebat mana pun dalam hati masih bisa tersenyum kerana disuatu sudut hati terisi dengan CINTA. Cinta dikala begini tidak seperti cinta remaja, yang sering ingin bersama, yang berani mengharungi segala gala kerana diketika ini kewarasan fikiran cukup membritahu dan mengingatkan CINTA bukan segala galanya.Hampir setahun, bicara penuh bersambut, kemesraan berpadu teguh keserasian tercipta, usah disebuat usaha usaha mnegambil tahu dan mengambil berat sesama sendiri, kalaulah dunia ini kecil, sekelip mata pasti berdiri didepan mata...wajarlah cinta ini berjarak.

Selepas setahun juga, hati bergegar bila sebuah hakikat tersirat, rupanya dia memiliki seorang ISTERI dan anak perempuan. Permainan penipuan apakah semua ini. Dengan seribu daya kekuatan, tetap bertahan kesabaran dengan penuh yakin mesti ada sebab disebalik semua ini. bagai sebuah kisah yang tidak sudah, keserasian hubungan perasaan menjadi penawar diri disituasinya. Cinta melahirkan rasa belas dan simpati walau hati sendiri terguris LUKA. Masih berdiri sebagai kawan setia mendengar segala luahan walau dihati sungguh terkilan. Di kemelut yang sukar untuk difaham, hati dan perasaan sendiri terpaksa diketepikan. Sapaan semakin tawar, berita dan kemesraan semkain berkurangan namun hati tetap seperti dulu terasa kehadirannya disuatu sudut yang sunyi namun akal membatasi untuk terus merasai suatu kekuraangan dalam arus hubungan baru ini. Akal berkata ada atau tiada hidup tetpai perlu diteruskan. Kagembiraan masih banyak diluar sana. satu titis air mata pun tidak pernah gugur mengiringi kepiluan hati, cuma sesekali ada keluahn yang panajng melawan rasa hiba dan sunyi seketika.

Apakah usaha untuk melupakan seseorang itu mudah?..kalau tempatnya disuatu sudut yang istimewa, apakah cukup temph waktu setahun dua untuk mengenali ciri seseorang bersama rasa cintanya. walau prsoalan sedemikian tidak pernah terfikir dikala mengendong cinta diusia remaja. Perasaan dan hati sentiasa didahulukan. Kini agak berbeza, aakl begitu bijak mengolah kesabaran buat bekalna hati yang walang lagi. Kalau kita walang jiwanya, bertemu dengan oarang yang senasib dengan kita barulah kita mampu meletakkan rasa yang lebih TEPAT, sakit kita tidak seteruk mana berbanding apa yang mereka alami. walau apa pun kegembiraan dicipta walau kemana pun arah yang dituju walau siapa pun yang datang dan pergi...hati tetap teguh menjawab DIA TETAP DIHATI. Seketika merenung segala kenangan kenangan lama gambar, email dan perbualan serasa semalam baru bersua, bila ternampak email terbarunya walau tiada lagi bicara rindu...tiada lagi sapaan hati cukup dengan MAKLUMAT DIRI. kemana ..bagaimana dan mengapa..puas mendengar perkembangan yang TERKINI.

Duhai Hati...kesabaranmu teruji lagi!! secara tidak sengaja terpandang sekeping gambar. hati menjadi luluh ...akhirnya inilah JAWAPAN yang dicari selama ini. gambar kemesraanya bersama insan lain...hati ingin mencari kepastian walau dalam sedikit keterlukaan berlandaskan sebuah rasa SABAR yang TINGGI...inilah HAKIKAT..perangai dan kerenah manusia. Apa salahnya cuba memhami dan mengahyati keperluan dan kemelut mereka. Persoalan terjawab..jawapan yang membawa rasa seolah jatuh dilurah. Jawapan yang diberi dengan gembira walau dalam seribu rasa SEGAN ...dan Agak bersalah...hati REDHA menerima jawapan IKHLAS itu. Biarlah jika itu KEBAHGIAANNYA. Senyum dalam tangis gerimis..semuanya seakan bakal BERAKHIR. Orang bahagia mana bisa diganggu gugat.Bersama sebuah email, rasa hati diluahkan, PENARIKAN DIRI dengan hormat bersama kemaafan dimohon, dengan harapan dan doa semoga dia berbahagia. Maafkan hati ini kerana memerlukan sedikit masa untuk melupakan segalanya.

Hari terus berlalu, serancak hari serancak minda mengatur hidup penuh optimis, penuh harapan..sekurang kurangnya HIDUP UNTUK ORANG ORANG TERSAYANG. dalam tengah tengah rancak mengatur langkah langkah sendiri, satu EMAIL menceritakan segalanya secara PASTI. 3 tahun dalam ketidak pastian, 3 tahun dalam keraguan 3 tahun dlaam penantian terjawab segalanya pada pertemuan ini. Bermula dari situlah pernaan kawan sejati, sahabat yang memahami lebih didahulukan dengan mengunci terus hati sendiri. 3 penjuru kini bertemu dalam DIAM demi mebantunya berdepan dengan KEMELUT penantian dan kekeliruan. Dalam sasar kemelut ini jugalah aturan pertemuan menjadi kenyataan. PERTEMUAN PERSAHABATAN bila akal diketengahkan ihsan menjadi sampingan pertolonagn IKHLAS tidak pernah mengenal siapa. 20 AUGUST 2010 The Coffee Bean LCCT airport menjadi saksi 4 mata bertemu sebagi sahabat namun daalm hati saiapalah yang tahu GETARNYA. 4 mata menatap satu sama lain selama 4 jam, kepala memikirkan bagaimana, hati kemas mengunci perasaan, DIA BUKAN MILIKKKU. renungan, kerdipan, jelingan senyuman semuanya bersifat PERSAHABATAN. Namun ada kalanya lirikan mata seakan memperlihatkan perasaan istimewa itu...lantas mata tidak sangup untuk mengamatinya...pandangan segera dialihkan ke merata penjuru. Hati kemas ditenangkan dengan pujukan AKAL.

Ruang persahabatan semakin rancak bila ada keperluan kepada buah fikiran yang telus dan natural. Keikhlasan adalah wadah yang senang dirasai oleh meraka yang menemuinya. dalam kerancaakn persahabatan, daalm usaha dan bantuan yang dihulurkan segalanya menjadi bertambah JELAS Siapa yang akan MENANG dan siapa yang akan KALAH.Cinta itu adakah sejati kalau sekadar pada RASA sedang tidak mampu MEMPERTAHANKANNYA. Cinta itu hanyalah rasa sementara bila hakikatnya tidak tercapai, destinasinya tidak PASTI. CINTA itu hanya akan jadi kenangan jika tidak sanggup di perjuangkan. CINTA bukan segala galanya untuk diletakakn dipenjuru UTAMA sebuah kehidupan. Sebuah keputusan ke arah memeratabtkan CINTA kini GAGAL disaksikan penuh rasa kesian dan TERKILAN. Cinta tidak aakn bersatu bila menemukan 2 insan yang tidak SEHALUAN atau tidak saling melengkapi. Akhirnya 3 September cinta yang pernah dirahsiakan, cinta yang pernah diagungkan , cinta yang diibaratkan BUTA tealk tersungkur HAMPA....kedua duanya kahirnya dengan haluan masing masing.


Ada kemenangan dalam DIAM. Kemenagan pada persahabatan yang masih bersisa PERASAAN. Pengakuan terbukti tidak hairanlah mengapa masih ada GETAR yang KUAT. mengapa masih ada sinar dimata itu. CiNTA hati ini aakn terus tersadur dalam persahabatan yang sifatnya lebih terbuka dan KEKAL walau bagaimana akhirnya. yang pasti TIADA SIAPA LAGI yang akan TERLUKA....siapa tahu segalanya ini adalah sebuah ATURAN penuh MISTERI...yang pasti aku tidak percaya hati ini mampu melauinya denga begitu CEKAL....walau apa pun sudahnya...inilah EPLILOG CINTA sekeping hati ...hati ini yang lebih tahu apa yang TEPAT, hati ini akur dengan pnemeuan penemuan AKAL yang bantu mengaturnya...HATI ini tidak pernah PUTUS ASA...kerana semuanya BERSEBAB...dalam hati ini sentiasa ada CINTA walau sakit bagaimana seklai pun CINTA itu tetap SEGAR BERKEMBANG!!!! Ohhhh Cintaaaaaaaa.....disuatu sudut dihati terlalu ISTIMEWA!!!!

Tuesday, August 31, 2010

Sayangi DIRI SENDIRI!!!


Hari ini idea bagai mencurah curah. Selepas bercakap dengan Jimmy, Idea bertambah mencurah curah. Kami agreed dalam banyak perkara dan aku sedari Jimmy sukakan personaliti aku. Aku sebanrnya juga sukakan personalitinya. Orang capricorn, selama ini Azman ialah capricorn, begitu juga Izan...keduanya akus angat akrab kerana ada nilai nilai sehati dan sejiwa...senang berbincang dan berpandangan ke hadapan.

Aku terhidu rasa tidak puas hati Jimmy dalam perbualan kami. Apa yang dihrapaknnya tidak berlaku dan dia berada diambang GAVE UP. Aku usulkan perlbagai jalan keluar sebelum noktah time frame terjadi. tapi dia seakan sudah mengagak...ceriat sama pasti berulang. Apa rasanya bila kita berada disituasi kita sudah pasti sesuatu yang kita sayang terpaksa KITA LEPASKAN. itulah situasi Jimmy. dia perbandingkan aku dengan PUM. Ya antara kami sangat jauh perbezaan. Jimmy berada diambang konflik diri bilamana cintanya terjatuh pada orang yang bercirikan opposite dari ciri ciri yang disukainya. tapi siapalah aku untuk mengatakan Hubungan you dengan Dia sangat FRAGILE!!..kenyataan itu agak keterlaluan walaupun ada bukti yang sudah diusulkan di kajian bintang kelahiran..
Hubungan Jimmy dengan PUM sama seperti hubungan aku dengan Sani Suamiku..cuma bezanya aku taurus yang banyak mengalah dengan orang disekeling aku kerana itulah aku ramai kawan. Sedang capricorn terlalu mengidolakan seorang yang aktif dan bijak dalam mengatur hidupnya.

Jimmy tidak habis habis mengatakan kalau dia macam you mesti masalah ini tidak stuck disini. Aku akui soalnya sekarang..usah berharap apa yang memang tidak mungkin. Dia tidak akan menjadi seperti saya sebab kami dua manusia yang sangat berbeza.Aku seorang extrivert, Pum introvert. Pum adalah seorang follwer by nature sama dengan suami aku. kalau kita hendakkan sesuatu kita ken amemberitahunya kerana dia terlalu senseless untuk memahami dan membaca reaksi kita.Sedang Jimmy seorang yang berharap sesuatu untuk meyejukan hatinya selain dari hatinya telah TERSUKA pada perempuan itu. Pada aku terang dan jelas...LOVE sahaja tidak CUKUP. CINTA jimmy terlalu buta dan menyusahkan dirinya sendiri.

Aku tegaskan pada Jimmy..terpulanglah untuk dirinya atau untuk PUM. yang pasti aku sampaikan mesej, kita perlu sayangkan diri kita sebelum kita mampu memnbahaikan aksih pada orang lain. Kita kena beritahu yang kita berada ditahap CAPABLE...kuasa ditangan sendiri..kalau kuasa itu tidak ada FIGHT for that walau dengan apa cara sekali pun. Dek kerana sayangkan dirilah, aku tidak mahu jatuh KALI KEDUA, apalagi BERULANG ULANG. cukup sekali untuk aku pelajari apa itu hidup sebenarnya. Hidup ini adalah bahan pilihan. Kita akan gagal kalau kita memilih gagal. Kita sepatutnya sudah mampu melihat dan menilai sebuah keputusan yang bakal terjadi dan merumuskan dengan bijak untuk mengambil TINDAKAN. mengapa perlu tunggu untuk menjadi lebih parah. Hidup ini banyak alternatif...CINTA bukan segalanya untuk mencapai kebahgiaan. zaman berkorban demi cinta ..hingga sanggup tinggal segala galanya adalah TREND yang sudah lapuk. Dunia hari ini sepatutnya membentuk kita menjdi seorang yang lebih pandai, lebih productif.

Dia suka cara aku bila aku tegaskan padanya dalam kepala aku aku ingin buat macam macam kerana akus ayangkan hidup aku. algi banyak skills yang kita adapt, lebih banyak peluang kita bertemu orang, lebih banyak peluang lebih bertambah pengetahuan, lebih sennag kehidupan lebih enjoy kita meneruskan hidup. Janganlah sesekali meletakkan hanya satu perkara, CINTA sebagai tempat teratas hingga kita tinggalkan segala gala kerana kita tidak pasti apakah hati orang yang kita cinta itu TIDAK BERUBAH. Dunia cinta tanpa hidup sekali berbeza bebanding dengan dunia hidup seklai. Hidup seklai banyak mengajak kita melihat tanggungjawab dan tugasan yang kadang kadang boleh membosankan. kerana itulah KUFU pasanagn sangat penting atau saling lengkap melengkapi untuk kesempurnaan bersama.

Aku seorang yang sangat berhati hati untuk kembali meletakkan TRUST pada seseorang yang pernah menghancurkannya. Dek kerana tidak mengharap itulah, aku membentuk hidup aku tersendiri disebalik ikatan perkahwinan yang perlu diteruskan demi kebahgiaan anak anak.Aku bahagia dengan dunia Sendiri..dunia aku difahami suamiku dan dunia kami memang berbeza..sesekali sahaja kami berada didunai yang sama bila melakukan aktiviti untuk anak anak. Aku dan kawan kawan. Aset aku komunikasi, berhubung, buat hati orang gembira pengaruhi orang. Sedang suamiku dunianya muzik dan anak anak. padaku dunianya terlalu SUNYI..kalau tiada aku..lagi bertambah SUNYI.aku tidak meletakkan perkara remeh temeh sebagai bahan penting. Aku sentiasa besikap positif...Tidak mengapa..terima seadanya dengan syarat improve waalu pun lambat. Aku tidak GOAL oriented.

Selain dari berjinak dengan bisness sendiri yang tidak bermatlamatkan DUIT tapi SHARING, aku berpeluang keluar melihat dunia disetiap perjalanan itu seolah ada satu nafas yang panjang. Aku juga menulis mengahrgai detik detik waktu dan insan insan yang terlibat untuk diabadikan. Penulisan itu teraphy minda. Aku puas mendengar kemelut dan persoalan yang dihadapi orang lain yang memberi banayak maklumat perhal hakikat hidup yang bernama manusia sekali gus memberikan banyak asas penulisan aku. Aku amalkan komunikasi yang terbuka menjuhi hukuman, mengambil risiko dan meletakakn nilai perubahan sebagai asas yang sangat berharga. Ada beberapa perkara yang aku INGIN lakukan...aku ingin pelajari PENULISAN SKRIP, PENCIPTAAN LAGU, BAKING dan Photo Shoot. Dunia ini luas, usah berenang disungai yang keruh, carilah ruang yang lebih tenag , luas dan mendamaikan. Ubah cara minda kita berfikir ingat kita diduga untuk lebih berguna...bukan lemah dan hanya mampu menyerah. Tuhan beriakn kita usaha dan iktiyar melalui konsep akal dan fikiran, barulah tawakkal menyusuli doa.

sayangi diri kita, usah disempitkan dengan mengenepikan nikmat yang Alalh kirimkan selagi hayat dikandung badan. Hidup untuk dinikmati...hidup untuk berbakti...kerana yang pasti kita tidak KEKAL disini. Adillah pada Diri sendiri.......baru kita mampu menjadi kuat untuk mendokong keadilan orang lain.

Kepulangan yang PUAS


Hari ini bulan september sudah menjelma...rata rata semua muslimin sudah mula menghitung hari untuk BERAYA. Itulah kenyataan yang banyak tertulis di Facebook. Aku baru masuk bertugas semula setelah 4 hari pulang ke kampung berbuka bersama keluarga. Alhamdulilah kepulangan dan perjalananku kali ini begitu MEMBAHAGIAKAN.

Berbuka dirumah mak kali pertama, judaha bermacam macam...semua adik beradik berhimpun kebetulan semua ada keculai Arwah Azman dan AZwan yang masih dipusat pemulihan. Seronok melihat telatah anak anak along dan cucunya. Seronok mleihat kumpulan budak budak kecik yang terdiri dari anakku dan anak adik Linda. Aku pulang betul betul ingin bersama mereka seketika mengimbau kembali bahagianya bila kita bersama melupakan segala ketidak sefahaman yang pernah timbul. kali ini hati ini begitu kebal aku terima seadanya sapaan masam dari bapakku. Biarlah dia...dia begitu kerana fikirnya begitu..lambat laun berubahlah...asal jhati aku KUAT BERPAGAR..janagn peduli dgn reaksi orang...kita membawa diri kemari kerana tanggung jawab yang diamanahkan tuhann sebagai anak.

Aku bahagia melihat mak bersegera selepas makan untuk solat teawikh dimasjid. kesian mak...mak sudah menjadi independent...pergi kemasjid menumpang kawan kawan dek kerana suami masih seperti dahulu dunia didahulukan. Kerana ku keletihan memandu aku hanya berihat dirumah sambil berbual dengan anaks audaraku bertnaya perkembangan bisness bapak. kesoakan harinya, aku mengambil sedikit masa berbual dengan MAk...aku crita hati ke hati dengan MAk..aku ada HASRAT yang BAIK buat mak...aku ingin membawa mak ke RUMAH ALLAH...walau tidak mampu sebagai hai tapi UMRAH. dan aku tidak akan meninggalkan bapak..pergi mak pergilah bapak. walau bagaimaan dilakukan dan dikatakan terhadap aku. mak mengerti dan along menitis air mata. Aku fahamkan mereka aku perlu berdikit soal keewangan. Aku berikan mak sedikit duit untuk juadah berbuka..berikan mak baju raya..dan aku berispa untuk kerumah adik iparku IZAn untuk menemui anak anak saudara.

Perjalanan yang agak panjang...aku bersama angah...anak saudaraku. Kami agak akrab bercerita. Anak anak saudaraku begitu gembira menyambut kedatangan aku dan angah. Disebelah petangnya aku membelikan mereka juadah di baazar ramadhan. Malamnya masa buat aku membawa mereka ke shopping centre membelikan baju raya...mereka memilih sendiri apa yang mereka mahu. Aku melihat dik iparku seakan menyambut kembalinya sang suami bila aku datang...inilah masa buat dia mengulangi apa yang dilakukan ketika sumainya masih hidup. aku melihat dia CERIA memilih baju raya buat anak anak. ketika aku ingin membayar..aku terasa berat untuk meberikan CASH..lalu aku hulurkan Kad Credit. Kami pulang selepas menjamu selera kali kedua di MAC Donald. Afiq dan Addy begitu gembira dgn set GSBnya...burger ayam lada hitam dan ice cream. Aku pulang keletihan dan bangun pukul 4 pagi untuk solat maghrib dan Isyak jamak beserta solat solat sunat dikesempatan yang ada dan terus bersahur.

Seronoknya bulan puasa kerana banyak masa boleh berihat dari memikirkan makanan. Aku berihat sambil berbincang pasal bisness dan beberapa masalah keluarga dengana dik iparku. Beliau seorang yangs ennag dibawa berbincang. Sesekali aku melayani kerenah Alya yang semakin mencabar, tidak hairanlah betapa kurusnya adik iparku dek kerana keletihan melayani kerenah anak anak tanpa berganti dengan sang SUAMI..apakan daya dik...sulitmu amat difahami!!. Bila anak anak saudara pulang dari sekolah, semuanya keletihan berpuasa..dan kami berihat bersama, bila amsuk waktu Asar aku tunaikan solat Jamak zuhur dan Asar dan berkemas untuk berbuka puasa dirumah Along. Kakak sulungku. kami bertolak 5.40petang dans ampai tepat 7 petang..itulah kali pertama aku memandu dengan target masa dan tidak hiraukan had kelajuan. kami berbuka puasa sebagai meraikan kesungguhan kakak ku ini untuk melayani adik adiknya. Aku berikan Izan dan Along.. Coklat yang aku tempah dari sahabatku Hasbe. Along sempat memberitahu aku perihal bil api dan air yang tertunggak dirumah mak. Terus hati aku terasa ..patutlah aku rasa sayangkan duit CASH...rupanya ada masalah yang sedang menunggu. Aku memandu pulang ke rumah mak hanya ditemani fayyadh anak lelakiku. Jalan ada lopak lopak air kesan hujang diwaktu maghrib dan hujan masih renyai renyai, sebahagian jalan juga gak gelap pekat dan aku terasa agak SERAM. Namun ada satu tekad didalam hati kita perlu berani dan terus meneruskan usaha...yakin Allah melihat dan membantu. Sampai dirumah mak tepat pukul 11 malam. sambil berbual dengan mak tenatang telatah dan pernagai anak anak saudaraku, aku menjamah PUTERI MANDI SUSU yang dibuat mak khas buat aku. terimakasih mak!!

Keesokannya, aku bertanya mak pasal bil. dan aku keluarkan duit sejumlah bil yang perlu disetelakan. Aku melihat muka mak kelat mungkin mak kesihankan aku. Aku kata pada mak...tak pa lah mak...tak kan saya nak biarkan mak bergelap dan tiada air hari baik bulan baik ni...mak tak payah risau!! mak buat ibadat macam biasa...saya minta tolong mak setelkan ya bagi pihak saya..bersama itu juga aku sertakan sedikit lagi duit buat juadah dipagi raya. SEMUANYA DUIT!!!. mak dalam sibuk membantu kerja bapak secara terpaksa masih beriya iya untuk memasak makanan untuk dikirm sekali pada suamiku Sani. Aku bawa mak pergi membeli lauk pauk yang bakal dimasak. Aku membantu mak didapur semampu aku. mak cukup teror dia tak begitu perlukan orang didapur membantunya. Bila time berbuka, pucuk paku cicah sambal belacan mak yang begitu menyelerakan aku. namun aku seperyi biasa..sudah tidak mahu mnegamalkan NASI TAMBAH. Selepas solat maghrib, aku berispa siap untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur ditemani Angah lagi. Perjalanan yang biasanya 3 jam kini menjadi 4 jam disebabkan cuaca yang terlalu buruk...hujan sangat lebat..pemanduan sangat perlahan. Aku sampai tepat pukul 12 tengah malam.

Sang Suami setia menunggu...tapi yang dicapainya terlebih dahulu ialah LAuk Pauk kiriman mak...mungkin dia terkilan tidak turut serta disebabkan tiada CUTI. Aku berbaring merihatkan diri, esok kerja dan anak sekolah, awal pagi sudah kena siapkan segalanya. Malamnya aku tusr dengan LENA..baru aku rasa hidup ini PUAS bila kita meletakkan sesuatu pada tempatnya...berbagi aksih dengan ADIL..KUATKAN jiwa dan HATI selagi kita berada di pihak yang BENAR. anak saudaraku tidak habis habis memuji ..Ummi kenapa ummi sekarangs angat BERSERI SERI..maalh kelihatan lebih muda dai BIASA...entahlah aku tiada jawapan..yang pasti HATI INI SANGAT TENANG DAN INSAF!!!