Tuesday, August 24, 2010

Cerita malam Jumaat....


Anak anak adalah anugerah terindah dalam Hidup. Aku rasa begitu kagum dengan anugerah yang tidak ternilai dari Alalh setiap kali aku menatap wajah anak anakku. Kebnayakan perangai mereka adalah kombinasi perangai perangi kami suami isteri...terkadang aku tertawa sendiri...mereka ibarat CERMIN kita...kalau ada sesuatu yang kita tidak suka melalui merekalah kita lebih menyedari dan memperbetulkannya. semenjak Kakak yang sulung ke Asrama, tinggalak dua beradik lelaki besama kami.

Nama je anak lelaki...ternyata ketiadaan kakak menjadikan mereka makin rapat dengan aku dan ayahnya. Hampir saban malam mereka apsti menempek dibilik aku dengan alasan untuk menonton DVD..padahal dibilik mereka juga ada DVD katanya TV tidak cukup besar. sang adik emmangs angat bijak mencari alsan berarguement dengan aku sesuatu perkara..sebaliknya abang hanya diam dan seseklai meinta tolong dengan kekuatan adik untuk FIGHT. Justeru itu hampir saban malam memnag mereka akan tertidur dibilik aku. kalau aku rimas kesempiatan berkongsi 1 katil queen 4 orang..aku yang akan tidur dibilik mereka.

Bila pada malam malam tertentu, aku terpaksa bertegas sehingga terasa langsung tiada PRIVACY. Malam malam yang sang isteri perlu mengutamakan dan melayani sang suaminya iaitu malam Jumaat. Aku pasti mengingatkan mereka yang sengaja membuat buat lupa malam Jumaat dengans elamba tetap dengan idea ..boleh pinjam TV..No malam ni malam jumaat..dan adik pasti merayu..pleaseeee kami janji tak tidur sini..janji kanak kanak..pleaseee kanak kanak memang selalu GAGAL. Kami ibu bapa mengalah lagi. Sehinggalah pada satu malam si Adik bertanya, kenapa malam jumaat mama kena senyap senyap berdua je dengan ayah dan kami tidak boleh kacau. Si abang lalu menjawab..jangan tanya lah soalan macam tu..seakan akan si abang faham...denagn muka yang tersipu sipu. lalu aku menjawab..suka atau tidak ibu bapa bahagia atau suka ibu bapa bercerai berai?..lalau mereka menjawab serentak tak nak bercerai berai..kalau tak nak..hormatilah malam jumaat mama dan ayah..hehehe..walau daalm berdalih dan bertegas...bukan sennag untuk aku merebut PRIVACY malam Jumaat.

Pada satu malam yang bukan malam Jumaat, Aku memilih untuk menonton DVD, tiba tiba dua upin dan Ipin aku ni menempek nak join tenguk cerita pilihan aku yang biasanya aku tak benarkan kerana banyak unsur unsur kedewasaan seperti jatuh cinta dan skandal. Tapi mereka mendesak dan berkata tak palah tenguk dengan mama kan..bukan tenguk sendiri sendiri..it ayat siapa lagi kalalu bukan ayat si adik yang becok tu. Aku yang malas nak berarguement terus kata ok lah...dengan syrat bila tiba part tutup mata kena tutup mata ok. OKKKKK mereka serentak menjawab...baru aku tahu mereka seronok sesekali join aku melayan movie kegemaranku. Cerita yang kami tenguk kebetulan berkisar kisah ibu tunggal yang jatuh cinta dengan staff barunya yang muda. Biasalah cerita cerita begitu banyak memaparkan babak babak jatuh cinta dan asmara tidak engaja bos dan staff. lalu kedengaran si adik mengomel bila banyak adegan mesra mesra..mama itu malam jumaat mereka ke? aku ketawa bagai nak pecah perut...nampak sangat si adik tidak faham apa apa tapi telah meletakkan malam Jumaat maalm untuk bermesra..lalau kedengaran si abang komplen..ntah apa apa lah Hararz ni..tenguk je lah sibukkk...hehehe. ya lah...mereka bersyanag sayang..kan mama cakap malam jumaat malam bersayang sayang suami isteri...Aku pun dengan selamba menjawab bagi mereka setiap malam malam Jumaat hararz..sambik ketawa belum putus...Kesian anak aku dah darjah dua tapi banyak lagi KELURUSANNYA.

Aku tegar berdepan dengan persoalan yang rumit dengan anak anak..pada ku jangan mlau selagi anak kita bertanya untuk belajar dan kita patut menjadi orang yang paling dekat dengan diri mereka. jangan tinggalkan anak dengan Curiosity yang tinggi hingga mereka mencaris endiri jawapannya atau berkongsi dengan kawan kawan yang kita tidak pasti fahamannya. HArraz anakku seorang yang susah berahsia engan aku tapi dia meberitahud engan maksud untk mengenakan abangnya. tapi fayaydh anak lelaki ku yang bila buat salah dan aku bertnaya dengans yarat terima semua kesalhannya ..pasti tidak ada rahsia langsung. Aku mengamalakan konsep terbuka berbincang.hinggalah suamiku tersenyum simpul malu bila anak anakku bertanya pasal mimpi BASAH...arghhhh cepatnya mereka akan dewasa...serasa belum puas lagi mecium mereka saban malam dan pagi hari...terkadang curi curi cium ketika aku sibuk memasak didapur...seorang Pipi temban ..seorang Pipi lembut..seorang agak aksar..seorang sangat Romantis tapi yang aksar it hanya pada perawakannya, hatinya cukup sennang ditawan. Yang romantis itu kekadang bukan main LIATnya dia ..kalau Hitam katanya hitamlah dari pagi sampai ke malam. yang aku apsti mereka memiliki ciri ciri istimewa kalau betul asuhan dan didikannya..inilah aset personaliti mereka..dan aku tersenyum bangga melihat anak anakku yang semkain banyak mempelajari tenang hidup dari sehari ke sehari...Lekas lah besar anakku sayang ...lekaslah menjadi dewasa yang berguna...Amin!!

disuatu penjuru perjalanan...


Arghhhh..pagi ini serasa segar dan sihat sekali hanya setelah menyedut symbcott fayyadh. Baru tahu rupannya badan kekurangan oksigen...rupannya cuaca memberi effect yangs angat teruk pada kesihatan aku. Aku kena lebih peka di masa masa akan datang mengapa kekadang tubuh tetiba menjadi tersangat lemah. Alhamdulilah masih terasa segar pagi ini.

Sahur pagi ini agak terkocoh kocoh kerana fayyadh membuat permintaan untuk bersahur lempeng telur kegemarannya yang diminta semenjak berbuka...aku agak terkilan sahur menjadikan dia tidak begitu berselera denga lempeng permintaannya...cukup sekadar sebiji setengah biasanya dia mampu menghabiskan lempeng 3 biji. Adik pun sama...Alhamdulilah..aku suka melihat anak anak semangat berpuasa..bila aku kurang sihat..aku tidak benarkan mereka ke sekolah..kerana aku tidak larat untuk berkejar menghantar dan mengambil mereka..aku utamakan puasa mereka.

Semalam juga Dr Khan sibuk bertanya khabar melalui sms...dah lah aku agak lewat menyiapkan juadah berbuka..siksanya naik geram pun ya...SABARRRR...dia mengesyorkan aku ke klinik untuk mengambil ubat bila mengetahui aku tidak sihat...ambil berat lah pulak. Kaki aku sudah semakin berat untuk terus ke klinik itu...tak pa lah. kalau aku tidak terdesak sangat..kalau aku terdesak aku cari Dr Subash di sebelah pagi...aku sudah tidak berani untuk berdepan dengan dia. Semalam juga jimmy sibuk meminta aku menelefonnya. Aku hanya agak free bila tengah malam..selepas mebaca mesejnya barulah aku menelefon...member boring rupanya...dan tak ada kwn untuk berkata kata. Nasib baiklah panggilan ke Bangkok dengan Maxis tidaklah mahal sangat. banyak yang kami bincangkan dari segi how to be a bit opportunist...we have to choose that way in order to servive in some difficult rad...he agreed with me..and about the rental house belongs to PUM family..I asked him to seek agreement with PUM politely..married or nor married is not the number one sometimes. banyak pendapat bersama dihasilkan.Dia memandang aku sebagai a great HERO....hehehe

pagi tadi sesudah solat subuh aku menyuarakan pada harraz, kita kena pergi masjid bermula malam ini. mama sudah agak sihat dan boleh berpuasa...harraz setuju..jernih aku melihat matanya..kekadang kanak kanak enjoy solat terawikh kerana ada moreh selepas itu. Sekitar kawasan tempat tinggl kami morehnya pulak LUMAYAN..hehe apa lah sangat kanak kanak tahu selain makan sedap terutama untuk seseorang yang kuat makan seperti harraz. Aku akan bersiap ke masjid malam ini bersama anak anak kalau suami ku tidak mahu ikut serta...apakan daya, kalau kita selamanya mengikut dia pun..hati kita tidak bersetuju...jangan dia menghalang sudahlah...suamiku suka berdalih dengan hujah cerdik dan kurang cerdik untuk berterawikh kalau dia semangat pun 2 atau 3 malam pertama sahaja...lepas itu dia mula beralasan jauh sekali membuat planning mengajak kami anak beranak. Tugas aku bukan setakat di dapur...bukan juga setakat berseronok seronok..tugas yang lebih besar ialah TARBIYAH anak anak..kalau aku tidak buat dengan enjoy..anak anak aku akan ketinggalan dengan budaya solat terawikh ini.

HAri ini agenda memasak agak kurang, hanya mengoreng ayam dan telur untuk dimakan dengan kuah ikan tongkol yang dimasak semalam agak banyak. jadi aku tidaklah kepenantan sangat dan ingat untuk pengambilan air panas waktu berbuka dan jangan makan terlalu kenyang. Aku hanya ingin menjaga hati aku sendiri...mencari kepuasan hatis endiri dengan pelbagai aktiviti...usah resah dengan kedegilan dan sikap orang lain...kita jangan putus bedoa agak dipercepatkan insan insan ini menikmati denagn pencarian hati yang betul. Aku juga tidak mahu berduka kerana aku yakin ada Allah yang maha Adil sedang melihat. Aku yakin Allah sedang mengatur sesuatu buatku...aku ingin terus melangkah dengan tabah walau ada kalanya aku TERLALU LEMAH. Aku tidak aakn ke puncak dengan pujian dan sanjungan orang dan tidak juga akan terhina dan terus merudum meyembah bumi hanya dengan celaan dan kritikan orang..yang lebih berhak ke atas diriku hanya Allah tuhan yang mencipta aku dan mengatur dengan bijak perjalanan ini. inilah keadaanku disuatu penjuru perjalanana...Alhamdulilahhhh aku masih perlu bersyukurrrrrr kerana segalanya amsih melimpah ruah.....

Thursday, August 19, 2010

Hati Emas.....yang aku cari!!!!


Hari ini Jumaat kedua untuk bulan Ramadhan yang mulia ini. Segar terasa mendahului hari ini dan hati sangat ceria. Kebetulan di radio lagu M nasir...Hati Emas..rindu pada lagu itu....Mencari hati emas bukannya MUDAH. Betul seklai ramai manusia sekarang hati besi yang sudah berkarat...kaalu kita bertemu dengan seseorang yang berhati emas hargailah dan jagalah perhubungan agar kekal dalam circle kita...kerana bersama mereka mereka yang berhati EMAS ini sebenarnya kita merasa amat bahagia.

Semalam aku tertarik dengan kenyataan Ustazah Nora di FB...kenapa ada jugak manusia depan cakap lain belakang cakap lain. Aku terfikir untuk memberikan komen..ini yang menyebabkan aku sangat sukakan FB. Komen aku berbunyi...ramai org mcm tu Nora..ramai jugak yg baik..tak usah penat berfikir kenapa mereka bergitu..Allah jadikan mereka ebagai UJIAN buat kita...terus mencari dan enjoy dengan yang baik baik..atau kaalu kita pandai gunakan the same method dgn org mcm tu..baru kita boleh GENG dgn mereka..hehehe. Dan seorang ustaz juga memberi komen...jangan terkejut USTAZAH..hehe..

Hidup ini sebenarnya baagimana kita menongkah arus. Memang sifat arus mengalir ke satu arah dengan pelbagai bentuk cabaran ...kita perlu menggunakan daya bijak dan kreativiti disamping bina sebuah kekuatan..TIADA SESIAPA PUN YANG BOLEH MEMBUAT DIRI KITA DOWN..kerana kita tidak benarkan. Air mata yang kita miliki ni cukuplah kita gunakan untuk menangis didepan Allah mengenag kurangnya diri dari sudut perhambaan dan untuk meyemarakan lagi kemanusiaan denagn melihat dan merasai penuh simpati kekurangan dan kedaifan hidup orang lain. Aku amat bersetuju dengan dua perkara tersebut maalh terkadang aku ksian melihat orang orang muda yang amsih terkial kial mencari diri..sesenangnya meletakkan diri didahan yangs angat RAPUH wahal dia tahu dia pasti jatuh tersungkur...begitulah manusia...terlalu banyak kekurangan justeru itu manusia tidak boleh SOMBONG.

Hati EMAS yang aku miliki untuk sentiasa dengan manusia yang mampu mengimarahkan lagi nilai kemanusiaan dalam diri...dan bila nilai ini begitu teguh aku ammpu melihat betapa agungnya Allah menyusun dan mentadbir alam ini...begitu kerdilnya kita..terkadang kita ibarat muka tidak malu..suka meminta minta..suak seronok seronok sahaja..sedang semua itu bukanlah tujuan kita dijadikan Allah. Alah sedang melihat kita..Alalh sedang mendengar kita..Alalh tahu isi hati kita..Alah faham kelemahan kita..setiap cabaran yang didatangkan Alalh sebenarnya banyak mebuka runag untuk kita membaiki diri..usahlah mennagis dan meratapi seakan kita tidak percaya dan yakin pada keadilan Allah. satu hari dulu aku pernah terfikir satu kenyataan yangs emapt aku lontarkan di FB dan mendapat banyak sangat sambutan kawan kawan...kenyatannya ialah..Siapalah kita untuk berharap pada sesuatu yang indah sahaja..sedang Allah lebih mnegetahui dan berhak menduga kita...malah disetiap cabaran dan dugaan diselit satu pengajaran yang hakiki yang mampu mematangkan diri dan membantu kita menenemui jalan yang lebih betul...yakinlah dengan kuasa dan Adilnya sifat Allah yang menyusun atur segala dibumi ini.. Alhamdulilah!!! ..usah mengeluh lagi..laluilah dengan sabar dan tenang!!!

Itulah yang aku mampu garapkan sebahagian penaglaman sendiri..sebahagian daya fikir terhadap kehidupan insan disekeliling aku...aku yakin banyak yang mengahrgai kata kaat sebegitu kearna kita sesama manusia tidak boleh lari dari saling perlu memerlukan antara satu sama lain. Hari ini harapannya hari terakhir ma'zurahnya aku..BESOK aku tidak sabar untuk kembali menghayati kesucian Ramadhan bersama anak anak dan suami yang sedang aku pimpin perlahan lahan...mereka adalah AMANAH TUHAN buat aku...BANTULAH aku sellau ya Allah..hanya pada mu aku sentiasa meminta...Amin.