Arghhhh..pagi ini serasa segar dan sihat sekali hanya setelah menyedut symbcott fayyadh. Baru tahu rupannya badan kekurangan oksigen...rupannya cuaca memberi effect yangs angat teruk pada kesihatan aku. Aku kena lebih peka di masa masa akan datang mengapa kekadang tubuh tetiba menjadi tersangat lemah. Alhamdulilah masih terasa segar pagi ini.
Sahur pagi ini agak terkocoh kocoh kerana fayyadh membuat permintaan untuk bersahur lempeng telur kegemarannya yang diminta semenjak berbuka...aku agak terkilan sahur menjadikan dia tidak begitu berselera denga lempeng permintaannya...cukup sekadar sebiji setengah biasanya dia mampu menghabiskan lempeng 3 biji. Adik pun sama...Alhamdulilah..aku suka melihat anak anak semangat berpuasa..bila aku kurang sihat..aku tidak benarkan mereka ke sekolah..kerana aku tidak larat untuk berkejar menghantar dan mengambil mereka..aku utamakan puasa mereka.
Semalam juga Dr Khan sibuk bertanya khabar melalui sms...dah lah aku agak lewat menyiapkan juadah berbuka..siksanya naik geram pun ya...SABARRRR...dia mengesyorkan aku ke klinik untuk mengambil ubat bila mengetahui aku tidak sihat...ambil berat lah pulak. Kaki aku sudah semakin berat untuk terus ke klinik itu...tak pa lah. kalau aku tidak terdesak sangat..kalau aku terdesak aku cari Dr Subash di sebelah pagi...aku sudah tidak berani untuk berdepan dengan dia. Semalam juga jimmy sibuk meminta aku menelefonnya. Aku hanya agak free bila tengah malam..selepas mebaca mesejnya barulah aku menelefon...member boring rupanya...dan tak ada kwn untuk berkata kata. Nasib baiklah panggilan ke Bangkok dengan Maxis tidaklah mahal sangat. banyak yang kami bincangkan dari segi how to be a bit opportunist...we have to choose that way in order to servive in some difficult rad...he agreed with me..and about the rental house belongs to PUM family..I asked him to seek agreement with PUM politely..married or nor married is not the number one sometimes. banyak pendapat bersama dihasilkan.Dia memandang aku sebagai a great HERO....hehehe
pagi tadi sesudah solat subuh aku menyuarakan pada harraz, kita kena pergi masjid bermula malam ini. mama sudah agak sihat dan boleh berpuasa...harraz setuju..jernih aku melihat matanya..kekadang kanak kanak enjoy solat terawikh kerana ada moreh selepas itu. Sekitar kawasan tempat tinggl kami morehnya pulak LUMAYAN..hehe apa lah sangat kanak kanak tahu selain makan sedap terutama untuk seseorang yang kuat makan seperti harraz. Aku akan bersiap ke masjid malam ini bersama anak anak kalau suami ku tidak mahu ikut serta...apakan daya, kalau kita selamanya mengikut dia pun..hati kita tidak bersetuju...jangan dia menghalang sudahlah...suamiku suka berdalih dengan hujah cerdik dan kurang cerdik untuk berterawikh kalau dia semangat pun 2 atau 3 malam pertama sahaja...lepas itu dia mula beralasan jauh sekali membuat planning mengajak kami anak beranak. Tugas aku bukan setakat di dapur...bukan juga setakat berseronok seronok..tugas yang lebih besar ialah TARBIYAH anak anak..kalau aku tidak buat dengan enjoy..anak anak aku akan ketinggalan dengan budaya solat terawikh ini.
HAri ini agenda memasak agak kurang, hanya mengoreng ayam dan telur untuk dimakan dengan kuah ikan tongkol yang dimasak semalam agak banyak. jadi aku tidaklah kepenantan sangat dan ingat untuk pengambilan air panas waktu berbuka dan jangan makan terlalu kenyang. Aku hanya ingin menjaga hati aku sendiri...mencari kepuasan hatis endiri dengan pelbagai aktiviti...usah resah dengan kedegilan dan sikap orang lain...kita jangan putus bedoa agak dipercepatkan insan insan ini menikmati denagn pencarian hati yang betul. Aku juga tidak mahu berduka kerana aku yakin ada Allah yang maha Adil sedang melihat. Aku yakin Allah sedang mengatur sesuatu buatku...aku ingin terus melangkah dengan tabah walau ada kalanya aku TERLALU LEMAH. Aku tidak aakn ke puncak dengan pujian dan sanjungan orang dan tidak juga akan terhina dan terus merudum meyembah bumi hanya dengan celaan dan kritikan orang..yang lebih berhak ke atas diriku hanya Allah tuhan yang mencipta aku dan mengatur dengan bijak perjalanan ini. inilah keadaanku disuatu penjuru perjalanana...Alhamdulilahhhh aku masih perlu bersyukurrrrrr kerana segalanya amsih melimpah ruah.....