Wednesday, August 18, 2010

Percaya pada HATI


Setengah hari sudah berlalu...begitu pantas walau pun pada bulan ramadhan yang mulia ini. Semalam badan terasa agak tidak larat...mungkin kerana kurang pengambilan air..dan tidak megambil vitamin...kena improve kerana banyak lagi hari hari yang bakal dilalui untuk sebuah toutine memasak buat suami dan anak anak..sesungguhnya aku amat lemah untuk menjalankan sesuatu yang bersifat ROUTINE.hehe

Hari ini selepas aku memyemak email aku membaals email Dr Khan yang aku terima semalam. Balasan email yang sekaligus menolak rasa takut aku...aku ingin berdepan dan terus mencari apa yang dikehendaki oleh Dr ini selain dari maklumat masters programme dari universityku. AKu terkejut sebenarnya emailnya berbunyi ingin menjadi kawan aku dan ingin bertemu. dan sepanjang email dan text messagenya di telefon dia tidak henti henti memuji aku...seorang yang hebat katanya. Aku tertanya tanya apa semua ini..memang aku tidak ada jawaban selain terus berdepan.

Aku meletakkan status di FB...i am thinking about seeing someone...pagi ini Jimmy bertanya..adakah aku doubt untuk bertemu dia lantas aku meberitahunya bukan dia yang aku amksudkan tapi Dr Khan...seorang Dr dari Pakistan tapi rupa dan perawakannya macam seorang dari UK..ada campuran English pada raut mukanya. Aku memberitahu Jimmy yang aku bertemunya 2 kali sebagai client di kliniknya dans etiap kali bertemu dia begitu peramah berbual dengan aku dan bertanya pasal kerja dan programme programme ku sehinggalah kali kedua dia meminta aku carikannya maklumat masters degree dan meminta no telefon dan email aku. Sememangnya aku tidak terfikir lebih dari apa yang dia perlukan..alntaran itu aku serious bertanya apa yang dia ingin tahu dan apa yang dia minat untuk pelajarannya..lalau aku meneydiakan beberapa nota pendek dan meminta email dan no teelfonnya. Bila aku berjaya mencari maklumat tersebuat aku terus emailkan padanya. Aku fikir setakat itu sahaja. Jimmy seakan boring mendengar keterangan aku..biasalah jimmy sifatnya CEMBURU..ntah apa yang dicemburukan aku untidak faham..wahal dia ada ekkasih hati ..wahal kami cuma kawan...atau kawan tapi dia ada perasaan...SIUTTTTT betulll le!!!

Aku membalas email Dr Khan..dan mengiyakan kami boleh jadi kawan...malah aku begitu bersikap terbuka pada persoalan BERTEMU...hehe ini semua sekadar ingin membaca dan menilai apa yang Dr ini mahu...aku tidak ingin JUDGEMENTAL...tenguk seterusnya. Aku ada sedikit ketakutan...aku takut kirannya Dr ini akan membiarkan sesuatu yang lebih jauh berlaku ..terlibat hati dan aku juga takut dengan diri aku..sebab kali pertama aku melihat dia aku bndingkan dia dengan JIMMY...dia seakan Jimmy dari segi raut wajah. pada dirinya ada TASTE aku...ohhhh inikah namanya dugaan....aku seperti biasa tiada rahsia dengan suamiku...bila aku ceritakan segalanya ..suami ku hanya memberi komen...macam gatal je Dr tu...makulumat universiti tu alsan je tu..sebenarnya dia ingin mencari alasan untuk dekatd engan Za...kata suamiku..jujur komennya...ya ke??..sejauh mana benar komen suamiku..inilah yang menyebabkan aku ingin melihat dan terus meneroka apa yang sebenarnya yang bermain dikepala Dr dari Pakistan ini.


Aku mengimbas sepintas lalu...aku sudah ada kehidupan bahagia..walau terkadang ahti aku sunyi....walau terkadang aku terasa cinta hatiku seolah olah NOWHERE..kerana aku tidak lagi meletak CINTA seperti dulu...aku bahagai meletak CINTA demai keperluan kebahagiaan orang lain terutama anak anak aku. Merekalah CINTA aku..mereka sangat bahagia dengan transformasi rumahtangga kami...aku juga mampu berperanan sebagai isteri dengan lebih berkesan...bahagai melihat suami makan..bahagia melihat anak anak kenyang...aku sudah 90 peratus Bahagia dan 90 pertus ini akan selama lamanya. kerana 10 peratus lagi adalah aku simpan sedikit buat diriku. Dan semua nya itu sudah lebih dari cukup.

Ntahlah terkadang dalam hidup kita terjuma dengan pelbagai orang...pelbagai ragam...memahami karektor mereka barulah kita boleh membuat kesimpulan...terkadang juga tanpa kita sangka mereka betul betul boleh dijadikan TEMAN..disamping kita menyumbang untuk hari hari bahagia mereka..mereka juga mewarnai hidup kita selagi tidak menyalahi hukum hakam agama...dunia sekarang sudah berubah dengan adanya teknology sms .mms..email networking...semuanya menjadikan mudah..nak jadi baik pun mudah nak jadi jahat pun mudah...namun kita kena positive ..kalau kita percaya dengan diri ..jawapan baik dan jahat tu ada dlm hati kita. Kalu baik hati itu...baiklah...kalau jahat hati itu maka jahatlah.

dan seingat aku...HAti aku memnag BAIK..hati aku bukan PUALAM...aku sangat percayakan hati ini...terimaksih tuhan kerna memnberikana ku sekeping hati sebegini...Hati yang banyak KASIH SAYANG. KAsih sayang yang melimpah ruah dan mampu diagih agih kan pada semua org disekelingku...ALHAMDULILAHHHHH.

Monday, August 16, 2010

Cinta Mu Mekar DiHatiku....


pagi Ini...sepanjang permanduan lancar dan tenang...tiba tiba DJ radio memainkan lagu cinta mu Mekar di hatiku...bait bait liriknya begitu sinonim dengan hidup dan persiktaranku...akuibarat mekar dalam CINTA...

Kau Umpama bunga yang Mekar dihatiku
Ku harap ko mekarlah selama lamanya
Kau umpama bintang menyinari hidupku
Ku harap kau terus bersinar.....

Ketika kau perlukan aku..
Sentiasa aku..ada disisi mu
Ketika ku rindu pada mu..terasa CINTA semakin dalam
Sayangggggggggggggggggggggggg
Kasihku Abadi, Cintamu mekar dihati ini
kau dalam ingatan disepanjang hayatku
demi teguhnya CINTA selama lamanyaaaaa


Aku tersenyum menimati lagu itu seolah olah dinyanyikan buat aku..Kalau kami ke karaoke..suamiku pasti menyanyikan lagu ini walau dia tidak pernah mengucapkan lagu ini buatku tapi cukup bererti bila aku menajdi insan terbaik setia disisinya menemani hidupnya walau dalam ribuat taufan sekali pun. dari pandangan mata suamiku ketika mnyanyikan lagu ini membuat aku faham akulah CINTA yang mekar dihatinya.

Ketika baru lagu ini popular ditahun 90 an. Nazree sellau mengucapkan lagu ini buatku...aku ketika itu begitu musykil ...betul ke lagu ini buat aku...aku curiga diam diam dia mungkin ada teman wanita yang lain. Bial mendengar lagu ini..aku juga teringat pada keikhlasan dan kesungguhan yie terhadap aku...ya lah CINTA tidak semestinya bersatu...aku sudah mengucapkan padanya terimakasih kerana pernah terlalu menyayangi diri ini..lalau dia mengatakan..SAMPAI KINI ZA...arghhhhh...Kini kami ada pasangan masing masing..suamiku adalah sahabat baiknya satu ketika dahulu yang kini dia tidak sangup untuk berdepan setelah kami berkahwin. Kini Fb menemukan kami kembali...aku langsaikan tuntutan keterangan yang dituntutnya untuk pengertian...suami aku tahu dan faham kedudukan kami..dan yang penting suami akus angat percayakan aku. Kini kami menjadi erat di internet dan telefon...dia tidak akan pergi kerja tanpa mendengar suaraku..ceritaku...sehari bila tidak disisi isterinya dia seakan gelisah untuk meghubungi aku. Aku tidak mengoda yoe...cuma sekadar membuatnya teman sebgaaimana teman teman yang lain. Dapat aku rasakan yie kesepian walau beranak dan beristeri...dan insan seperti aku yang boleh menceriakannya. Aku fahamkan suamiku...sebenarnya sumai ku amat bertuah memiliki aku...aku penceria keadaan dan insan insan kesepian pasti mencari aku dan aku tahu sama seklai suami aku tidak akan melepaskan aku dari gengamannnya kerana itulah dia semakin menyayangi. Bagiku...cinta yang hadir ketika kecil dahulu anatar aku dan yie sehingga kini mekar dihati kami dalam ekadaan kami terima hakikat yang masing masing sudah memiliki pasanagn tapi CINTA tidak semestinya bersatu..Ada CINTA tapitiada jodoh..apa salahnya kita berteman sedang insan yang aku tidak eknal pun aku jadikan mereka teman dan kekal hingga kini.

Dalam senyuman aku mendengar lagu ini juga aku terkenangkan bagaimana rapatnya aku dengan JImmy. yang hadir ketika aku sangat berduka dengan musibah rumahtangga kami. Jimmy membuatkan aku kembali yakin pada diri...meyakinkan aku dengan potensi yang aku ada...dengan sedikit cahaya dari caring dan kasihnya kami berteman hingga kini...aku tegaskan padanya aku percayakan MIRACLE tuhan dan Jimmy taajub bila miracle yang aku percaya itu datang. kini kami masih berkawan, antara kami tidak ada rahsia..segala kemelut hubungan jimmy dengan kekasihnya Pum dikongsi pada aku. Dlama banyak keadaan aku banyak mententermkan jimmy dan fikir positif. Jimmy berdepan dengan banyak masalah akhir akhir ini...dari kejauhan aku amat simpati. Seseklai keami berbincang serious aku melihat jimmy menarik nafas lega dan berharap...kami kongsi kesukaran dan kami lakarkan harapan bersama...aku doakan hubungan jimmy dan pum menemui titik noktah yang diharapakan walau sukar bagaimana sekalipun. Jimmy penah berkata serononknay memepunyai kehidupan yang tenaang, bahagia dan ceria seperti yang aku miliki dengan suami dan anak anak sekarang, tapi aku ingatkan dia...ketika aku hampir rebah dulu...bukankah dia saban hari menemani aku dengan air mata dan hampir hilang air mata itu kerana sabarnya dia menghiburkan aku...begitulah uniknya dunia dan kehidupan ini. cara Jimmy melayani aku masih seperti dulu, kalau orang salah faham mesti mereka menganggap dia seolah olah kekasih hatiku.Mungkin inilah cara Jimmy menghargai aku malah hakikatnya jimmy menganggap aku orang kedua selepas kekasih hatinya walau segala rahsia yang tidak diketahui kekasih hatinya tetap kemas dalam gengaman aku. Dia merasa amat bahagia selama mengenali aku aku banyak memberikannya cahaya dalam melihat sesuatu. Sekali aku menganggap unik nya CINTA yang ditemukan tuhan sesama manusia...cinta tidak semestinya didasarkan pada hubungan sex dan nafsu berahi...tapi cinta milik hati penuh keikhlasan ingin melihat kebahgiaan dimiliki dan dikecapi setelah penat memburunya dengan melalui cabaran dan kesukaran. yang jelas dan nyata mereka mereka ini memerlukan ruang tersendiri dan dengan aku semua bakal mendapat ruang ruang istimewa itu tapi istimewanya mereka ini kerana secara langsung merak terlibat dalam hidup peribadiku, sebahagian susah dan senangku..gembira dan sengsaraku.

Mereka mereka ini seakan menyanyi buatku...CINTA MU MEKAR DIHATIKU...ya keikhlasan aku berdepan dengan mereka untuk bersama mereka melihat hidup ini secara redha dan paksikan ketentuan tuhan...Inilan CINTA yang terlalu banyak yang Allah kurniakan pada insan seperti aku.

Hatiku girang menyanyi kembali...kau umpama cinta yang mekar dihatiku...ku harap kau mekarlah selama lamanya.....

Hanya hati yang suci...jiwa yang ikhlas mampu menggengam CINTA yang LUHUR...tiada rasa jemu berterusan MEMBANTU!!!!!

Friday, August 13, 2010

Redhailah..jika begitu takdirnyaaaa...


Jumaat datang lagi...tapi kali ini kedatanganannya di bulan ramadahan yang mulia ini buat kali prtama..dan aku menyambut hadirnya ramadhan dan Jumaat kali ini dengans erba sederhana dek kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan akus eketika untuk bergerak aktif. Rindu untuk menikmati sembahyang terawikh di masjid...mujulah masih mampu mneydiakan menu sederhana buat suami dan anak nak setaakt 2 hari dalam ketidak sihatan diri ini. Alhamdulilah.

Hari ini bersempena programme Jejak Terawikh yang aku anjurkan untuk pelajar...inilah permulaan aku menjenguk masjid untuk bersolat terawikh. Terasa agak terlambat dan terasa agak ketinggalan. Di kesempatan ini juga aku ingin memohon pelajar ku mebacakan yasin buat arwah adinda ku Azman dan nendaku Tuan Syrifah bt Tuan Tengah sebagai tanda CINTA HATI ku yang tidak berbelah bagi lagi buat keduannya...aku amat menghargai pengalaman bersama keduannya dalam gurau dan tangis kami.

Dua hari berpuasa juga ..dalam kepala yang teramat sakit, aku begitu tegas mengatakan pada Hararz anakku yang kuat makan itu untuk menjadi KUAT melawan nafsu. Harraz begitu lemah dengan nafsu makan...tengoklah badannya. Dek kerana terlalu lapar dihari pertama abangnya pantang salah sikit...di lemparnya kapal terbang ke dahi abangnya...uhhhh garang betul dia bila lapar persis bapak aku. Tapi hari pertama dia berjaya...begitu jugak semalam hari kedua...hari ini hari ke 3 insya Allah..dia tidak akan buat hal...hari ini giliran suamiku menjaga dan mengatur mereka. Mesti ada rancangan istimewa yg ayah mereka lakukan untuk membuatkan mereka tidak terasa KETIADAAN aku ibunya.

Aku merasa tenang di pejabat hari ini...dan sesekali berbincang dengan pelajar..mata masih etrasa bahang gatalnya...badan masih seram sejuk. petang nanti Na akan mengikuti programme aku..sekurang kurangnya adalah teman untuk bebrual didalam kereta. Aku bakal menjejaki bas dari university ke masjid PUTRA JAYA. Aku rindukan satu perasaan yang dirasa oleh ibu ketika menyediakan rezeki buat keluarganya berbuka...seronok je perasaan itu...terasa dalam rasanya dan tidak mampu digambarkan dengan kata kata.

Malam ini aku kena fikirkan agenda sahur anak anakk...ayam masih ada didalam peti...nasi goreng mungkin pilihan terbaik...kami bakal bersahur berlima...rindu pada anak sulungku Nana yang pertama kali berbuka di asrama untunglah hari ini ayahnya habis ekrja awal untuk menejmputnya pulang ke rumah. mesti dia agak kecewa mama pergi Solat terawikh dengan students UIA...sebab saban tahun dia antara peserta programme manis berbaju kurung mengikut kakak kaka siswi berkumpul di masjid.Aku memang rindukan Nana!!!.

Sesekali menejngah ke jam ditangan...lagi setengah jam pukul 4. pelajar masih tidak datang untuk interview...beginilah bila kita ready mereka tidak segera...sebaliknya bila kita sibuk..bertali arus mereka sampai...sighhhhhhh. jemu menunggu nasib baiklah ada ruang untuk berblog. Gunakan ruang selagi ada.Apa pun hidup kena lalui dengan sabar dan sentiaas ingat keadilan yang Allah janjikan....

Aku masih meneka permainan manusia yang merujuk pada aku walau ada kalanya aku tidak suka. Siapa aku untuk menolak luahan mereka...yang berupa ILMU baut aku...Kisah mereka kajian buat aku..pertikaian mereka sources Kommunikasi buat aku...ahhhhaaa...mungkin orang lain melihat aku peliak..tapi aku tak pernah rasa buang masa..orang yang meras buang masa itu ialah mereka tidak melihat apa apa disebalik semuanya...aku melihat banyak peluang disebalik perkongsian orang dengan aku cuma terkadang LETIH herana manusia ini ramai yang bersifat mengikut persaaan lebih dari andaian Akal kerana itulah walau mereka sudah boleh membaca hasil dan keputusannya dek kerna perasaan semua itu dilewatkan dan masih menunggu dab menunggu akhirnya sudah pasti kecewa sendiri....mungkin tidak ramai yang faham hakikat sebenar jodoh pertemuan dimuka bumi ini...CINTA tidaks emestinya berkahir dengan Jodoh...cinta terkadang pertemuan sementara....kalau ada jodoh panjang..kekal lah cinta itu..malah masih lagi diduga....dalam meneruskan hubungan yang panjang kita tidak boleh hanya mengharapkan manis seblaiknya kena lalui semua suka dan duka biarlah MANIS itu hnaya berada dihujung cerita.....

Aku tersenyum sendiri melihat gelagat insan insan ini...kalau kita sering menipu memang kita akan takut orang lain menipu kerana ikita sebnarnya takut dengan bayang bayang sendiri. Dalam banyak keadaan kehidupan sering memperlihatkan pada renungan diminda ini...oarng baik pasti akan bertemu orang baik...dan seseklai orang baik bertemu orang tidak baik ada tanggungjawab disebaliknya yang perlu dilaksanakan...Begitulah seadanya kita...hanya menumpang dibumi ini buats eketika...tidak usah berhrap terlalu lebih ...tidak usah banyak merintih...REDHAILAH...jika itu takdirnya...satu hari akan aku abadikan kisah mereka disini...kisah PUM dan Jimmy...