Friday, August 13, 2010

Redhailah..jika begitu takdirnyaaaa...


Jumaat datang lagi...tapi kali ini kedatanganannya di bulan ramadahan yang mulia ini buat kali prtama..dan aku menyambut hadirnya ramadhan dan Jumaat kali ini dengans erba sederhana dek kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan akus eketika untuk bergerak aktif. Rindu untuk menikmati sembahyang terawikh di masjid...mujulah masih mampu mneydiakan menu sederhana buat suami dan anak nak setaakt 2 hari dalam ketidak sihatan diri ini. Alhamdulilah.

Hari ini bersempena programme Jejak Terawikh yang aku anjurkan untuk pelajar...inilah permulaan aku menjenguk masjid untuk bersolat terawikh. Terasa agak terlambat dan terasa agak ketinggalan. Di kesempatan ini juga aku ingin memohon pelajar ku mebacakan yasin buat arwah adinda ku Azman dan nendaku Tuan Syrifah bt Tuan Tengah sebagai tanda CINTA HATI ku yang tidak berbelah bagi lagi buat keduannya...aku amat menghargai pengalaman bersama keduannya dalam gurau dan tangis kami.

Dua hari berpuasa juga ..dalam kepala yang teramat sakit, aku begitu tegas mengatakan pada Hararz anakku yang kuat makan itu untuk menjadi KUAT melawan nafsu. Harraz begitu lemah dengan nafsu makan...tengoklah badannya. Dek kerana terlalu lapar dihari pertama abangnya pantang salah sikit...di lemparnya kapal terbang ke dahi abangnya...uhhhh garang betul dia bila lapar persis bapak aku. Tapi hari pertama dia berjaya...begitu jugak semalam hari kedua...hari ini hari ke 3 insya Allah..dia tidak akan buat hal...hari ini giliran suamiku menjaga dan mengatur mereka. Mesti ada rancangan istimewa yg ayah mereka lakukan untuk membuatkan mereka tidak terasa KETIADAAN aku ibunya.

Aku merasa tenang di pejabat hari ini...dan sesekali berbincang dengan pelajar..mata masih etrasa bahang gatalnya...badan masih seram sejuk. petang nanti Na akan mengikuti programme aku..sekurang kurangnya adalah teman untuk bebrual didalam kereta. Aku bakal menjejaki bas dari university ke masjid PUTRA JAYA. Aku rindukan satu perasaan yang dirasa oleh ibu ketika menyediakan rezeki buat keluarganya berbuka...seronok je perasaan itu...terasa dalam rasanya dan tidak mampu digambarkan dengan kata kata.

Malam ini aku kena fikirkan agenda sahur anak anakk...ayam masih ada didalam peti...nasi goreng mungkin pilihan terbaik...kami bakal bersahur berlima...rindu pada anak sulungku Nana yang pertama kali berbuka di asrama untunglah hari ini ayahnya habis ekrja awal untuk menejmputnya pulang ke rumah. mesti dia agak kecewa mama pergi Solat terawikh dengan students UIA...sebab saban tahun dia antara peserta programme manis berbaju kurung mengikut kakak kaka siswi berkumpul di masjid.Aku memang rindukan Nana!!!.

Sesekali menejngah ke jam ditangan...lagi setengah jam pukul 4. pelajar masih tidak datang untuk interview...beginilah bila kita ready mereka tidak segera...sebaliknya bila kita sibuk..bertali arus mereka sampai...sighhhhhhh. jemu menunggu nasib baiklah ada ruang untuk berblog. Gunakan ruang selagi ada.Apa pun hidup kena lalui dengan sabar dan sentiaas ingat keadilan yang Allah janjikan....

Aku masih meneka permainan manusia yang merujuk pada aku walau ada kalanya aku tidak suka. Siapa aku untuk menolak luahan mereka...yang berupa ILMU baut aku...Kisah mereka kajian buat aku..pertikaian mereka sources Kommunikasi buat aku...ahhhhaaa...mungkin orang lain melihat aku peliak..tapi aku tak pernah rasa buang masa..orang yang meras buang masa itu ialah mereka tidak melihat apa apa disebalik semuanya...aku melihat banyak peluang disebalik perkongsian orang dengan aku cuma terkadang LETIH herana manusia ini ramai yang bersifat mengikut persaaan lebih dari andaian Akal kerana itulah walau mereka sudah boleh membaca hasil dan keputusannya dek kerna perasaan semua itu dilewatkan dan masih menunggu dab menunggu akhirnya sudah pasti kecewa sendiri....mungkin tidak ramai yang faham hakikat sebenar jodoh pertemuan dimuka bumi ini...CINTA tidaks emestinya berkahir dengan Jodoh...cinta terkadang pertemuan sementara....kalau ada jodoh panjang..kekal lah cinta itu..malah masih lagi diduga....dalam meneruskan hubungan yang panjang kita tidak boleh hanya mengharapkan manis seblaiknya kena lalui semua suka dan duka biarlah MANIS itu hnaya berada dihujung cerita.....

Aku tersenyum sendiri melihat gelagat insan insan ini...kalau kita sering menipu memang kita akan takut orang lain menipu kerana ikita sebnarnya takut dengan bayang bayang sendiri. Dalam banyak keadaan kehidupan sering memperlihatkan pada renungan diminda ini...oarng baik pasti akan bertemu orang baik...dan seseklai orang baik bertemu orang tidak baik ada tanggungjawab disebaliknya yang perlu dilaksanakan...Begitulah seadanya kita...hanya menumpang dibumi ini buats eketika...tidak usah berhrap terlalu lebih ...tidak usah banyak merintih...REDHAILAH...jika itu takdirnya...satu hari akan aku abadikan kisah mereka disini...kisah PUM dan Jimmy...

Tuesday, August 10, 2010

Aku dan Kenangan....


Badan terasa berbisa bila banyak minum ais bersantan sewaktu makan tengahari bersama Dhiha 1 jam yang lalu. Radhiha kawan satu sekolah, sekolah menengah Agama Khairiah Kuala Terengganu satu satunya kawan yang begitu bersungguh sungguh mencari aku dan kami sering bertemu, makan dan sembang bersama berkongsi pelbagai cerita suka duka. Dhiha tidak banyak berubah.

Seperti biasa..Dhiha pasti bertanya kisah keluarga dan anak anak apa lagi setelah balik bercuti dari Kota Kinabalu.Pelbagai kisah aku kongsi bersama nya..dan Dhi seakan teringin untuk mengikut aku kiranya ada destinasi menarik buatnnya. Masakan Tidak Dhi...kata orang lagi banyak kita berjalan dengan kawan lagi kita mengenali hati budi kawan tersebut. Siapa pun kawan yang hadir dalam hidup alu .Semuanya aku hargai selagi tidak mengkhianati...begitu mudah prinsip aku.

Dhi bertanya pasal pertemuan aku dengan Jimmy sambil ketawa aku bercerita..seakan ditepis Allah pertemuan yang dirancang itu Dhi..tapi dia masih kawan Za..malah..semakin rancak dia berkongsi kesukaran yang dilauinya bersama teman wanitanya. Dalam banyak situasi dia seakan dipermainkan oleh teman wanitannya dan sehingga dicounsel barulah dia melihat dimana batsan masa yang perlu diambil kira. Aku menasihati dia sebagai kawan kerana aku faham apa yang dia inginkan....

Dikesempatan itu juga kami bercerita pasal kekasih lama...Cerita Nazre mencari aki..cerita Ibi yang terjumpa dalam fb dan kami bersapa...Dhi memahami seorang aku yang suka menilai reaksi seseorang terutama lelaki..apa mereka jawab..apa mereka fikir itu adalah sebahagian maklumat kerja aku...Dhi seakan neli dia emmahami bila aku akan berlakon...dan mengapa aku perlu berlakon. sekadar melihat reaksi.

Aku sendiri tidak menyangka...aku boleh melihat serpihan kenangan didepan mata satu persatu dengan hati yang tidak berbolak balik malah jengkel untuk menerima perasaan itu kembali. Aku mendengar dengan jelas kegembiraan insan insan yang pernah bermesra dengan aku..aku melihat dengan hati keriangan hidup mereka...persoalannya mengapa mereka masih mencari aku...Apakah keriangan itu sekadar lakonan sebaliknya dalam hati mereka bersarang 1000 persoalan. Untuk Jimmy terang dan jelas...jimmy tidak lagi berahsia dari aku...aku tidak minta begitu tapi bila dia melihat potensi aku yang mampu menolongnya melihat kisah barunya secara kasar...dia melihat akus ebagai kawan abadi yang dia mampu mengadu suka dan duka. Aku bukanlah suka sangat untuk mencampuri urusan orang lain...tapi bila menjengah sedikit ada unsur unsur permainan dan kepergunaann ..hati aku menolak untuk minda aku campur tangan dan memberikan garis panduan yang betul beserta ketegasan yang perlu dimainkan seseorang.

Nazree menelefon dengan ucapan selamat berpuasa sebelum dia naik ke off shore. jimmy semakin kerap mencari aku di online sebagai pakar rujuk. Dia tidak pernah lekang dari membahasakan aku sayang. aku tidak pasti ..mungkin kerana dia merasakan akulah seseornag yangs angat baik terhadapnnya. sementara Nazre eaakn ingin mengambil peluang mengisi kekosongan waktu dan hatinya dengan berbual denganku....satu ketika dulu keadaan kami sangat TERBATAS.

Terkadang aku bertanya sendiri megapalah kenangan itu seakan datang semula dalam hidupku. walau dia tidak menggangu..walau aku berjaya menjadi sekuat aku . Inilah ujian namanya. Setiap kali aku menatap wajah suami ku hati aku berkata kata...aku tidak tergamak melihat air mata diwajahnya..air mata dia kehilangan aku. Dia terlalu menjaga agar hati aku kembali kepadanya...apa yang aku mahu ..apa yang aku pinta itulah keutamaannya. Aku memang pernah kehilangan kepercayaan padanya..dan memang sukar membina balik kepercayaan itu tapi KESABARAN aku telah membeli kembali segala cinta dan kesungguhannya semuanya untuk aku dan anak anak.


Kini aku melihat kenangan lalu...bila air mata sering menjadi teman tidur ku..seakan gelap meyelubungi diri seolah tiada ruang cahay sedikit pun agar aku beroleh cahaya untuk menerokai jalan di hadapan. rasa takut dan gerun untuk bertemu orang kerana seraut wajah ini seaakn tidak mapu mengukir sebuah senyuman... teasra seakan mereka tahu duka hempedu yang sedang aku kandung.

Benarlah kata orang..peluang kedua akn buat kita lebih bahagia...peluang kedua yang Allah berikan pada kau betul betul membuatkan aku tidak meletakkan CINTA manusia ditempat teratas..tapi seblaiknya CIntaku dan syukurku pada yang esa mengatasi segalanya...hubungan sesama manuisa ini perlu diperhalusi dan pamirkan semata mata sebagai keperluan kehidupan denagn redha Allah...itulah aku dan kenangan...aku masih menjengah melihat setiap inci khilaf diri di ruangan kenangan itu sebagai peluang untuk diperbetulkan demi sebuah keinsafan diri.

Thursday, August 5, 2010

TEMPAT ku Disitu...


Semalam antara hari hari aku melayan kesibukan. Bila ada peluang aku menjengah FB...itulah satu satunya ruang untuk mencari segalanya samada KERJA atau PERSONAL.Ruang untuk aku berpaut kembali dengan sahabat lama, saudara mara..juga ruang untuk aku memudahkan kerja. segalanya lebih cepat dengan FB.

Seketika aku melihat kenyataan Rin dia berada di Swiss garden KL...lalu aku message dia...Swiss garden tu kat mana?.....dan kami berjanji untuk bertemu. Aku ingin seklai menatap wajah sahabatku ini selepas beberapa episod luka berlkau dalam hidupnya. Kita tidak boleh menghukum...jauh sekali mencerca..sebaliknya kita kena menyokong. Kita tidak tahu sejauh mana kesengsaraan yang dilaluinya.

Kalaulah melihat pada kesibukan aku...seakan mmustahil untuk aku mengapai tangan Rin. Bayangkanlah 7.30 aku masih di bahu jalan yang jam di Taman Tun Dr Ismail. Pukul 8.00 barulah aku sampai di Rumah adik Linda untuk menejmput anak anak. Semalam aku sudah malkumkan suamiku. saya mungkin menemui Rin esok...Suamiku sentiasa faham apa yang aku cari dengan kwn kwn. Aku sempat melahaps edikit mee goreng anakku yang tidak habis sekadar mengalas perut. kami berkejar pulang, nasib baiklah anak anak sudah bersiap dan meminjam baju tidur sepupunya.

Sesudah aku berisap, tepat jam 9 malam ..kami mengambil teksi didepan rumah. kalau niat kita baik..semua perkara jadi senang. Driver taxi yang pada mulanya ingin pulang terus menukar fikiran bersetuju mnmbawa aku dan anak anak ke Swiss Garden. Dalam 20 minit kamis ampai...aku sempat berbual dengan Driver Taxi itu...kami berkongsi pengalaman melancung..dia bercerita pasal Siam Reap..satu satunya bandar di Cambodia. Sebelum turun taxi...aku sempat berkata padanay..nice meeting you!!!. banyak orang baik...sebagaimana banyak orang jahat...tenguklah apa rezeki dan nasib kita. Susah senang, lucky atau nightmare itulah takdir yang tertulis. Aku tidak merasa letih..biasalah jiwa aku kalau dengan kawan..apalagi bila ada kaitan KES...aku melangah dengan segar ke Lobby hotel da terus ke Receptionist untuk bertanya Bilik Rin.

seketika Rin turun, kami bersalam..dia mencium anak anakku. hajatnya ingin saja melepak dilobby hotel sambil mendengar muzik tapi Rin beriya mengajak untuk ke bilik. kami bersembangs ambil mengusik anak anak..seketika aku lapar ..lalu aku mengorder makanan...In Dining...habislah RM40..hehe janji sedap..the best Apple Pie with ice cream. Tetingat Jimmy...his specialty..hehe sambil menyuap makan aku mendengar cerita Rin..keluhan Rin..luahan Rin..sesekali Rin ketawa geli hati pada sms yang diteimanya. Rin banyak betul peminat bila orang tahu dia kembali single...tapi aku terfikir satu benda...ramai peminat atau lelkai mengambil kesempatan. Kerana aku sering menerokai DUNIA LELAKI.Sedikit mereka ini serius..yang selebihnya memasang jerat memikat untuk gembirakan hati saja...bila melihat permpuan LENTOK..maka hati lelakinya akan kembang kuncup..KELELAKIANNYA terasa hebat.

Aku kesihankan Rin..seketika aku juga berada disituasi itu walau aku mungkin tidak seteruk situasi Rin. tapi aku tidak mampu memberikan komen bila aku tidak pasti. Asalkan kau bahagia rin...dan kalau ko menangis lagi..aku tetap sahabat ko. itulah bisikan aku didalam hati. Inilah lumrah hidup berteman, kasih sayang kita bukanlah bahan untuk kita menghukum dia...malah kita perlu berdoa agar dia berpeluang menemui apa yang terbaik buatnya.

Seronok sesekali bergolek dikatil dengan kawan lama yang kita tidak ada rahsia. Inilah juga corak persahabatan yang aku lalui dengan Neli..cuma antara aku dan Neli kami lebih pantas mengatur tindakan bijak demi masa depan bersama. Sedikit sebanyak Neli peneman jiwa aku. kami saling berpaut dan aku yakin nelis angat jujur selain neli memiliki asset yang banyak. paling aku suka neli tidak kemaruk dengan Lelaki dan neli suka cara aku psycho untuk lebih memahami apa LELAKI MAHU.

Rin sahabatku dapat aku rasakan sunyinya hati dia. Aku bangga bila aku berjaya mengenepikan rasa penat, rasa bosan malah aku pandang anak Rin mcm anak saudara sendiri. Aku ingin memeluk Rin untuk mengambil sedikit walang hatinya dan aku ingin memberi sedikit rasa segar pada kehidupan yang aku lalui. Sedar tidaks edar jam hampir pukul pagi barulah suamiku menelefon untuk menjemput aku. kelihatan anak anakku dan anak anak Rin masih asyik bermain. dan kami beransur turun ke Lobby untuk ke kereta suami ku yang begitu menyokong kerja kerja amal ku pada kawan kawan. Pada pelukan terakhirku..Rin sempat berkata..That the bset of you ZA..you sentiasa ada waktu untuk or seperti aku...then aku menjawab..always Rin..selagi terdaya...HIDUP INI SINGKAT My dear!!!! balas ku...kami melambai bila kereta perlahan lahan bergerak meninggalkan Rin berdiri memandang sambil memeluk anak lelakinya. jaga Diri Rin...ya Allah selamatkan sahabatku Rin......

ya aku tahu dimana tempatku...TEMPAT yang mmebuatkan aku rasa bahagia bila aku memberikan seribu kepentingan pada insan yang daalm kelemasan, kesempitan dan kegelapan...BANTU kekuatanpun YA Allah...Bila ada mereka yang susah....TEMPATKU DISITU!!!!