Thursday, August 5, 2010

Kerenah Manusia.......


Lamanya rasa tidak menjengah BLOG ini. Seemenjak isnin sibuk meyiapkan report programme yang perlu dihantar paling lewat esok pagi seklaigus aku bercuti sehari dan tengah hari akan terbang bersama suami dan 2 anak lelaki ku ke KOTA KINABALU SABAH.Terllau banyka ingin aku kisahkan disini tapi masa terlalu tidak mengizinkan. baru aku berihat seketika sambil menjenguk kenyatan kawan kawan di FB.

Seminggu ini jugalah aku perasaan ada seseorang mencariku diFB. Aku biarkan saja..aku tidak akan mulakan dulu...bila orang memulakan barulah aku menjawab sapaan itu. Nazre kekasih pertama yang baru pulang daro off shore sudah bersedia seakan menuntut penjelasan paad kisah 20 thaun yang lalu. Aku tahu aku TABAH. Pengalaman banyak menagajr aku untuk berdiri dengan penuh TABAH dan tiada escapism dalam hidup...suksah baagimana sekali pun..TERMALU bagaimaan seklai pun aku akur untuk mendepani dengan dada terbuka dan hati yang penuh ikhlas.

Nazre yang mesra aku panggil Yie seperti biasa seperti dulu tidak berubah cara dia bercakap, cara dia menyapa. Dia berbicara seaakn malu alah..aku dapat rasakan perawakannya. Aku layan seadanya...seperti aku layan kawan kawan lain diFB.Dia banyak bertanya pasal hidup aku..aku seperti biasa tiada apa sangat yang perlu dirahsiakan since semua itu ada hikmah yang sangat terbaik tersurat disebaliknya. Akhirnya dia meminta No telefon aku. Ahhh sekadar nombor telefon apalah sangat padaku.

hari seterusnya dalam aku kesibukan bila aku tidak boleh online..ada call yang memanggil aku untuk dijawab dan bila aku meliaht screen telefon ..alamak...yie lahhh..apa dia nak ni???..tanya hatiku berklai kali...terus aku menjawab..yesss anything i can do for you?? aku jawab sambil berseloroh.dan sejurus aku memberitahunya aku agak sibuk. sebaik aku menagdap pc selesai kesibuakn ..dia sudah segera memnaggil aku untuk online.

Biasalah aku, kalau tugas menyiapkan report sesambil layan online boleh siap. tapi kena ambik masa untuk check balik ntah penulisan aku aad cronology atau tidak. Hingga malam pun dia amsih sanggup sms aku bertanya khabar sudah makn ke belum..sudah balik ke belum..jengkel rasa hati. tapi aku teruskan untuk melihat apa reaksi seterusnya. hari ini agak panajng dia bersembang dengan aku...seperti yang aku agak paad PENULISAN ku yang lepas...ada maksud yang dia cari..selepas 20 tahun dia amsih mencari maksud tersebut. Aku jawab dengan ikhlas..aku tidak bersalah..Allah ada cara tersembunyi menyisihkan seseorang dari kita. Aku berterus terang alasan aku meninggalkannya..kelakar CERITA 20 tahun lalu terbuka semula. Ikutkan hati malas aku nak ingatkan semua itu.

Demi memenuhi kepuasan hati seseorang didepan mataku ini..aku beralah..aku tidak kisah untuk membritahu CERITA dulu yang selama ini hanya aku pendam seorang. Dia agak tersentak...lantak ko lah dah ko nak tahus angat...Dengar je lahhh anti balik mengelepur sorg sorg senyum sorg sorg...inilah yang dicari oleh MEN...aku tak faham mereka ni.

Aku cuba menghidu masalahnya. dengan jujur aku bertanya...biasalah lelkai cuba mengelak. tapi aku yakin lelaki yang bahagia tidak mencari bekas kekasih hati kalau mencari pun cara bersembang tu BERBEZA.Memang semua rumahtangga ada masalah...tapi dia seolah hanya ingin mendengar keluh kesah aku dan menyimpan keluh kesahnya...haha ..supaya dia rasa dia menang dengan sejarah dia ditinggalkan. kerana ku memahami positionnya lantas aku katakan padanya..after 20 years you win this game..saja aku nak up up kan ego dia...hehe


Aku sudah semakin bahagia dari sehari kesehari... tapi aku ada tugas besar yang menantiku...tugas aku untuk melentur hati orang orang yang aku sayang. oarang orang yang aku pilih untuk sehidup semati kerana aku percaya Allah memberikan aku satu peluang untuk menjulang anugerah. datang lah siapa pun sekarang..bekas kekasih ke..si pemanis bicara ke...aku bukan seorang wanita yang pualam hatinya. Aku melihat dan menialais etiap insan didepan mata aku...aku meneliti cara dia berfikir..cara dia bertindak...cara dia mneyelsaikan masalah. Ruang menolong sentiasa aku terokai, ruang berlakon juga akan terus aku kecapi....kalu kita ingin terus mengali emas...kita tidak boleh puus asa..kita kena ikut cara yang betul...dimata aku setiap insan didepan mata adalah peluang untk aku menghayati diri mereka untuk memperkayakan lagi ilmu penegtahuan tentang kelaziman manusia dimuka bumi ini. Bila aku berdepan denga mereka yang didalam kesusahan sahaja, diri aku sebenarnya TAMPIL seikhlas mungkin meneyjuk hatinya...menghilang laranya...memimpin mereka sambil berkata...diidepan mata mu semuanya indah belaka..letakkan ianya diminda..lapangkan DADA melangkahlah dengan BERANI...

Indahnya memahami KERENAH MANUSIA

Friday, July 30, 2010

Seadanya Aku...


Pagi ini agak kelam kabut ke pejabat, lenanya tidur semalam walau tidak begitu letih. Agenda semalam untuk membelikan fayaydh hadiah ahrijadinya berjaya. selesai bacaan yasin maalm Jumaat, aku dan sumai mendapatkan hadiah hadiah tersebut yang masih tersimpan dibonet kereta menunggu masa untuk di berikan pada tuan punya badan Sabtu ini.

Hari ini menag niat dihatiku untuk tukar beg tangan baru yang belum pernah aku pakai ke pejabat. baju hanyalah baju yang aku pakai ketika keluar dengan suami semlm. Aku ingin kelihatan sederhana tapi ada standard tersendiri. Seharian dipejabat melayan beberpa pelajar yang datang dan menyiapkan album album gambar yang sudah hampir tamat tempohnya. Dan aku berispa siap untuk ke Air port. lega hati ini bila apa yang aku lakukan diizinkan suami. Aku meminta keizinannya untuk FAHAM...faham keadaan bukanlah seburuk yang disangka...berilah sedikit ruang dan laluan sekurang kurangnya demi KEMANUSIAAN. Kerana itulah tujuan aku untuk menemui Jimmy petang ini. Di dijangka tiba ki LCCT tepat jam 6.20 petang. Bukannya begitu lama pun pertemuan ini kerana penerbangan seterusnya ke GOLD COAST tepat 9.25pm.

Tiada buah tangan yang aku sediakan lantaran akus angat kesuntukan masa untuk bergegas mendapatkannya. Cukuplah dengan keikhlasan aku dengan persahabatan ini. Sudah 2 email dikirimkan Jimmy memberitahu dia sudah berada di terminal check in dan sedang boarding time. Aku membalas email email tersebut dengan menyebutkan warna tudungku dan blaouse ku..senang HITAM saja warnannya. Aku tidak pandai untuk pakai lawa lawa kalau cita rasaku hanyalah sesuatu yang SIMPLE..bila dan dimaan sahaja..walau diepan siapa sekalipun aku tetap aku!!!.

Route ke LCCT aku paln yang paling dekat dari Bandar Abru Nilai menyusuri jalan belakang lebih kurang 30 minit. Inilah paling dekat rasanya dan aku kena peruntukan sedikit masa untuk mencari parking. Biasalah Air port amat susah parking. Aku sudah berjanji untuk menunggunya di COFFEE BEAN. Disitu makan dan coffeenya yang paling sedap dan kesukaan aku. Tiada rasa GUSAr..tiada rasa MALU mungkin kerana inis emua hanya kerana keikhlasan bukan untuk pernyataan perasaan atau mainan kalbu..aku sudah akhiri semua itu sebaik mungkin. Mungkin dulu pernah ada tapi hari inis emuanya sudah jadi kenangan.

Teringat aku semalam bagaimana aku tersenyum depan hubbyku membaca message dari bekas kekasihku IBI di face book..kalaus egalanya sudah berkahir kita hanya tinggal persahabatan yang ikhlas tiada apa untuk di risaukan tiada apa yang menguasai minda separa sedar..SENANG rasanya BEBAS berfikir..bertindak dan keluar dari penguasaan perasaan yang terkadang sifatnya agak BODOH. hehe

Aku kini seadanya aku..ruang mengenali orang adalah ruang yangs anagat ISTIMEWA tapi aku tahu bila aku perlu katakan TIDAK...di setiap ruang perkenalan seebnarnya ada ruang rezeki yang terbina SIAPA TAHU!!! itulah ynag aku percaya...Kita tidak perlu merasa hebat..kita tidak perlu memikat untuk dipuji dan disangjung..jadilah diri kita yangs entiasa berTUNJANGKAN keikhlasan..kerana buakn saja pemberi KETENANGAN tapi juga sangat membahagiakan....IZINKAN AKu berundur untuk menunaikan satu peluang mengenali sekeping HATI Sebuah BUDI dan kisah seorang INSAN....


Selamat Beristirehat!!!!

Wednesday, July 28, 2010

Surat Buat Abang


Kehadapan Abang…semoga sihat sejahtera bersama anak anak sepinggalan ini…..

Abang,
5 bulan yang lepas, Za seakan tidak sabar untuk mendapatkan peluang untuk berada ditempat org dan jauh dari situasi yang sedang dihadapi..apa lagi Kota London ini…tetapi saat abang membaca surat ini..percayalah, Za tinggalkan abang dan anak anak dalam seribu rasa yang teramat BERAT..matlamat telah bertukar..kini pemergian ini hanya lebih kepada memenuhi commitment bayaran dan janji kepada sepupu dan kwn kwn.

Kerana tulah, Za menulis surat ini…agar abang dan anak anak mengerti..hati Za bukanlah kekeras batu apalagi setelah Allah meperlihatkan KEAJAIBAN dalam hubungan kita. Sepanjang bulan April kita lalui kehidupan harian dengan penuh rasa bahagia…saban malam bila mencium anak anak..hati berkata kata serasa tidak mahu berpisah dengan ciuman ciuman tersebut. Ciuman meraka terlalu memberikan ketenangan hati dan jiwa Za. Namun hati ini juga ingin merasai pra perpisahan yang mungkin membawa seribu pengajaran buat kita berdua. Perpisahan ini bakal mengamit RINDU yang satu ketika dulu hampir hilang entah kemana…RINDU ini mungkin mampu mengembalikan satu rasa CINTA yang telah pergi..kembali untuk bertempat lebih UTUH diantara kita.

Abang,
Benarlah rezeki jodoh dan pertemuan hak milik KEKAL Allah taala. Kita tidak mapu menafikannya malah kita sama sama melihat keagungan caturan Allah pada kita. Selepas rebut taufan dan badai berlalu..Allah menghantar kenyamanan yang KUDUS dan kita bertuah kerana kita masih ada antara satu sama lain. Insan yang paling bahagia selain kita berdua ialah anak anak kita…rimbunan kasih sayang kita masih tersedia buat mereka. Mungkin inilah hasil doa mereka sendiri yang tidak putus putus pada Allah untuk mengekalkan MAMA dan AYAHnya dibawah satu bumbung.

Satu ketika dulu, hati ini telah berhenti BERHARAP. Hati ini telah menemui titik PASRAh yang satu hanya berserah pada TAKDIR ALLAH. Namun DUSTA dan BENCI sangat dihindari….inilah hasilnya..TERLALU MANIS..terasa diri ini terlalu kerdil disisi Allah..rupa rupanya perancangan Allah lebih HEBAT.



Abang,

Allah masih sayangkan kita malah sangat menyayangi kita. Menyayangi za dan menyayangi Abang. Kerana itulah kita diberikan sebuah peluang yang jarang jarang dimilki orang lain. Allah sangat meyayangi anak anak kita. Kita perlu menyedari hakikat ini sebelum TERLAMBAT dan sesungguhnya Abang kita tidak pernah terlewat, Allah tetap memelihara jodoh kita berdua walau renting dek kepanasan api sekalipun …kita tetap bersama itulah hakikat JODOH.

Za akan pulang kepangkuan abang dan aank anak…pulang untuk kembali melalaui hari hari yang lebih gembira. Di kejauhan sana nanti za aakn lemparkan jauh jauh kisah luka kita agak tidak lagi menggangu hubungan kita. Maafkan za anadai selama tempoh ini ada keterlaluan bicara dan perlaku dek kerana tekanan yang tidak BERSEMPADAN.


Ketahuilah abang za pergi ebrsama putik putik cinta yang sedang bertunas semula…dikejauhan ini tunas tunas cinta ini akan za sirami dengan kerinduan…kenangilah za dari kejauhan ini…pupuklah doa tanpa jemu pada Allah taala…agar masa berlalu cepat untuk Za segera KEMBALI…


Sayang Abadi..kasih sejati



Isterimu


ZA