Friday, June 18, 2010

Lakaran keinginan diMINDA...


Minda kita memainkan peranan yang sangat besar. kalau minda kita menyatakan sesuatu ada aura positive yang akan menjadikan tingkahlaku sokongan bagi menjayakannya. Aku yakin dengan kenyatan ini malah bertambah yakin bila aku mendengar pengucapan Bro osman di pagi sabtu yang letih ini....Garapan matlamat dari minda kita.

Dalam masa setahun ini, hari ini June 2010...kalau aku ingin membuat 10 senarai secra spesifik apa yang aku ingin lakukan.aku perlu nyatakan sekarang..kerana antara rahsia kejayaan orang orang yang telah berjaya ialah dia menulis apa yang diingininya.

1. Aku ingin membudayakan bangun seawal 4.30am untuk menunaikan solat tahjud, taubat, dan hajat, dan untuk aku senang bersahur bila ingin menyempurnakan puasa ganti dan sunat. Aku ingin merasakan masa yang panjang, idea dan keinginan yang lebih bernas terhasil dan ada masa dan kesempatan untuk aku menyediakan serbasedikit keperluan rumah sebelum ke pejabat dan aku sempat membaca setiap hari.

2. Aku ingin memmulakan Bisness little asean dengan neli dan Kak Ogy...aku akan berusaha untuk berkongsi kebaikan dan keselesaan telekung sembahyang dari vietnam...dengan niat memeriahlkan lagi solat sesama islam. Bersama itu juga bisness kain kain yang kadar harga mampu.

3. Aku ingin membuat 2 kertas cadangan travel bersama kawan kawan dalam jangka masa setahun july ini hingga july tahun depan bersempena aku telah menjadi frelancer vacation counselor.

4. Aku ingin membudayakan flash card buat fayyadh dan harraz dalam pembelajaran dia..bermula dengan subject sains dan matematik.

5. Aku ingin mendengar peluang bisness na dan melihat bagaimana teamshipnya bergerak..apa kelebihan aku..peluang aku disitu.

6.Aku ingin merangka jadual programme untuk campus nilai untuk sepanjang tahun dari july hingga july tahun depan dan programme ini akan sama setiap tahun.

7. Aku ingin membawa bak dan mak menunaikan umrah sekaligus menyambut hari lahir aku didepan kaabah baitulah.

8. Aku ingin memberikan kemudah kereta wira wjg252 secara ansuran pada along dan aku menukarkan kereta yang lagi sesuai dengan keperluan pengelibatan aku.

9. Aku ingin menyiapkan satu penulisan bernilaikan kaunseling dari pemerhatian dan pengalaman...

10. Aku ingin menyediakan quatation baik pulih rumah mak sebahgaiannya terutama dapur dan bilik mandi.

Inilah keinginan keinginan yang aku garap dan tetapkan pada dasar minda....akan aku alunkan doa semoga Alalh membuka pintu...mempermudahkan jalan jalan kearahnya....


INSYA ALLAH

Peluang Dalam Kesibukan


Ohhhh hari ini sudah 19 June...agak lebih seminggu aku tidak langsung berkeempatan membuka blog untuk meluahkan buah fikiran dan perasaan. Tearsa rindu memanggil manggil hati ini...Hari ini..selesai mendengar sebahgian programme yang dikendalikan Bro Osman Affan barulah aku berkesempatan untuk mencuri sedikit masa. Peluang disebalik kesibukan.

Selepas pulang dari Vietnam, Aku sebenarnya tidak berapa sihat. Mungkin kerana cuaca yang sangat panas dan melekit disana. Untuk tidak menginginkan ulangan pada Doktor dan ingin teruskan kerja, aku gagahi diri, aku makan ubat mengikut masa dan tidak lupa mengelak pengambilan minuman berais...Alhamdulilah aku kembali sihat semalam dan minda ku mampu menguasai keinginan untuk sihat dan aktif. Selama seminggu ini juga, aku memandu kepejabat disebabkan pelajar perlu menyediakan kerja lewat petang, waktu pulangku menjadi lewat dan aku tidak boleh mengikut jadual bas dari Petaling Jaya. banyak cerita Vietnam yang bakal aku tuliskan dibawah tajuk khusus, tapi disini aku ingin menulis peluang disebalik kesibukan.

Semenjak aku pindah bekerja di Nilai campus, Aku tidak boleh terpisah dengan internet networking. face book dan yahoo messenger dan email menjadi sebahagian penting dlm kehidupan sehrianku. Di sinilah aku menyapa kwn kwn hanya dengan hujung jari...disinilah aku melontarkan idea yangs esekali emndatang dan minta komen dari orang sekeliling yang positive. semua kerja menjadi mudah alhamdulilah...dan baru tadi aku terdengar encik Razak ingin mewujudkan team programme di Nilai antara aku, shamsuddin dan staff Arts programme...happy kedengarannya dan mulut aku lantas berkata pada Encik Razak I need teamwork!!! hehe

Pesoalan bekerja di Nilai yang jauh ini sudah tidak timbul lagi dalam hidupku. Sekarang tenaga positive sudah banyak terkumpul kerana sebahagian toxic dalam hidup sudah mampu dikeluarkan apalagi networking banyak menghubungkan sokongan positive dari kenalan dan sahabat handai. Aku merasa terlalu alive bila terasa dikelilingi kwn kwn yang senang untuk berhubung. Aku ingin terus merangka kerja kaunseling yang lebih kemas dans ennag untuk dijalani dari tahu ke setahun.

Berasaskan pada perkataan SHARING. Aku ingin terus berenang didunia dengan orang lain yang agak lama mengenali aku. Aku ingin terus senyum dan mendampingi mereka. aku ingin terus menerima dan meberi mereka ruang kerana aku terlihat sesuatu dalam kelibut kesibukanku ini. Aku melihat Little Asean. Semua ini tercetus sejak kepulangan aku dari Vietnam. Aku sudah memiliki bisness partner cuma kau belum pasti apa bentuk bisness dan apa productnya. Antara aku dan bisness partnerku kami sudah menemui kata sepakat. dan kami akan mengunjungi HO CHI MIN untuk tujuan bisness buat kali pertama pada 16 July ini. Aku, Nelli dan Kak Ogy. tapi kak Ogy buat masa ini terpaksa melepaskan peluang ke sana kerana ada masalah yang tidak dapat dielakakan. Bukan senang mencari peluang tapi untuk aku peluang itu bergolek ke kaki. Subject utama ialah TELEKING SEMBAHYANG. Aku ingin meniagakannya secara boot car dan facebook dengan harga yang semua orang mampu. Aku ingin memberi peluang kepada mereka yang suka bersujud pada Allah untuk bersujud dengan selesa tanpa mengira siapa pun mereka. Di samping kain kain sutera, chiffon, dan cotton. Alhamdulilah..aku nampak sesuatu...jelas sangat di mata hati dan minda.

Sekembali aku dari Vietnam juga menjadikan aku lebih mengenali diri sendiri. Aku seorang yang sukakan SOSIAL dan element humour dan enterprising ada pada aku. Aku melihat kak Rospita, simple dan ada sesuatu yang dia enjoy emnarik minat aku. travellng. lalu aku brbincang dengan kak Ros usul aku untuk menjadi agen perlancongan secara freelancer seperti dia...aku suka travel, aku ramai kawan..ramai kawan ayng ingin travel dengan aku...Alhamdulilah satu lagi peluang. Kelihatan email pemberitahuan telah dimajukan kak Ros pada ketua merketing , aku perlu tunggu pangilan untuk berbincang dengan pegawai itu.

Di masa yang sama, aku juga menjenguk jenguk perlawaan Na..sahabat lama. Aku buka ingin menjadi kaya tapi aku ingin berkongsi kebenaran. Na mengajak aku membuat score A kerana terbukti kebenaran pengunaannya dari pengalaman aku sendirid engan anak sulungku. Aku cuma perlu mendengar bagaimana kekuatan plan team dan kejayaan yang perlu dicapai. Disini juga aku melihat peluang....hehe aku ada tiga dalam satu...gergaji 3 mata yang tersembunyi dalam keikhlasan dan kebahgiaan berkongsi...semoga Allah membuka pintu pintu ini lebar lebar buatku..kalaulahs emua ini menjadi kenyataan dan Alalh mempermudahkan segala urusanku...inilah REZEKI AYAH DAN IBUKU...aku ingin mengahntar keduannya ke mekah dan aku ingin menyempurnakan tempat tinggal mereka. ya Allah sesungguhnya kau lah tuhan yang maha berkuasa, maha mendengar dan maha mengasihani....bantulah aku ya Allah.

Sesuatu PERTAMA yang perlu diubah ialah...hariku bermula seawal 4.30am. Kalau aku biasakan amalan ini...aku yakin pintu pintu itu akan terbuka seluas luasnya....Amin...serasa aku ingin hidup seribu tahun lagi.....

Sunday, June 6, 2010

Sahabatku Nelli



Aku ada sedikit masa. Sedikit saja masa untuk aku melepaskan gian keinginan menulisku seperti biasa di BLOG ini. dan kali ini aku memilih untuk menulis pasal sahabatku Nelli. Mengapa Nelli??

Nelli atau nama sebenarnya ialah Rosneli Roslan. Sedari mula mula aku berkawan dengannya aku amat tertarik dengan gabungan namanya dan nama ayahnya..kedua duanya R yang menjadikan rima namanya CAntik..secantik tuannya. Seawal aku menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk meyambung pelajaran, seawal itulah aku mengenali Nelli yang lebih mesra dipangil Nel. Nel memang anak orang berada jauh jika dibandingkan dengan aku. Arwah ayahnya yang agak rapat dengan kau dulu ialah seorang editor International DBP , Pak Cik Roslan yang aku kira handsome dan Emaknya Mak cik Rogayah juga seorang ynag becok mulut tapi sangat baik hati dan ikhlas bila berkata kata. paling aku tidak tahan melihat senyuman emaknya..senyuman itu lebih manis dari senyuman Nelli sendiri. Dia orang Kuala Lumpur. Semasa belajar di semester pertama sebagai pelajar baru kami sebilik. Dia mesti balik setiap minggu, tinggallah kami yang jauh dari panta timur ini menjadi hantu untuk buat bising di Bilik di Zone H one Subang Jaya berhampiran dengan KFC dan Subang Parade.

Perawakan Nelli sangat sederhana kerana itulah dia lebih terkenal dikalanagan kawan kawan pantai Timur dan yang pastinya dengan aku dia paling rapat walau pun kami tidak sekelas. Nelli dibidang mass comm dan aku di bidang Psychology. nelli banayk memint aku mengajarnya bahasa Arab dan mungkin kerana budi itulah dia sering mengajak aku bermalam hujung minggu dirumahnya. Rumahnya besar dilereng bukit, seingat aku inilah rumah orang kaya kaya yang kurang anak. Aku suka masakan sambal emaknya sambal bilis dan sambal kerang. Kakak dana diknya juga sekaligus menjadi kawan aku. Setiap kali pulang dari rumahnya...ayahnya atau ibunya sering memebrikan aku wang saku. Malu jangan cakaplah, kalau aku tidak mahu mengambilnya, diletaknya kedalam buku buku ku.

Kami memang berkawan baik sehinggalah kerja. Antara kawan yang sering menghubungi aku ialah Nelli.dan akhir akhir ini bila dunia disatukan dengan kehadiran Face book..aku kembali mencari Nelli. Dialah antara orang pertama yang mengetahui tentang apa yang berlaku dalam hidupku. semenjak hari itu kami kembali akrab dans ering keluar bersama dihujung minggu walau ditemani anak anak dan suami. Nelli sudah sebati dengan aku dan keluargaku.

Minggu lepas, tanpa diduga Nelli membuat permintaan untuk emminta tolong aku menyelesaikan perkara tentang hidupnya yang aku tidak boleh ceritakan disini. Cukuplah aku katakan, aku melihat Nelli sebagai seorang yang tidak ada kekekurangan dalam hidup sehinggalah sekarang baru aku menyedari tuan pasti menduga hambanya dari penjuru yang selayaknya. perkongsiana kami menjadikan kami lagi teguh dan rapat dalam persahabatan. Aku sangat gembira akhirnya Nelli yang sebahagian dari hidupku masa belajar dulu akhirnya berjaya kubawa pulang melihata siapa aku dan bagaimana asal usulku. hati mana tidak bangga bila ibu bapa kita boleh manatapi muka sahabat yang kita selalu sebutkan sedari dulu. Aku amat tidak menyangka Nelli begitu cepat mesra dengan anak anakku dan ibu bapaku.

Kalaulah semua oranag dalam hidup kita Allah aturkan seindah ini alangkah manisnya kehidupan, alangkah lapangnya dada melauai hari hari yang gundah tapi banyak sokongan. Aku sama sekali tidak meyangka, pertemuan persahabatan aku dan Nelli begitu panjang sekali. Alhamdulilah. kami merancang untuk sama sama susah dan senang, saling menyokong antara satu sama lain, malah kami berjanji untuk menunaikan umrah bersama...antara kami tidak ada rahsia langsung. Malah kami berdua sama sama mencipta ruang untuk satu sama lain.

Apa yang sangat membahgiakan dalam hidup kalau bukan kerana kita amsih lagi bersama orang orang yang mampu menyokong kita walau dala apa jua keadaan. terkadang, kita ungkin riuh dengan adik beradik tapi bukan bermakna semua dik ebradik kita sekepala dengan kita, begitu juga terkadang kita menemu jodoh dengan seseorang, terkadang buka semua perkara kita bisa berbincang dengan pasangan kita. manisnya hidup ini bila Allah memberikaan kita lebih dari apa yang kita perlukana, malah lengkap selengkapnya bila kita di berikan seorang kawan yang setia disisi. Indahnya turan tuhan, wlaau bukan dilahirkan dari perut yang sama, walau tidak dibesarkan dlama environment yang sama tapi pertemuan hati yang sebati pasti kekal abadi...Terimakasih Allah aku melihat betapa harum semerbaknya kasih sayangmu melalui kehadiran mereka....termasuklah sahabat dulu kini dan selama seperti dia...sahabatku Nelli.