Sunday, June 6, 2010

Sahabatku Nelli



Aku ada sedikit masa. Sedikit saja masa untuk aku melepaskan gian keinginan menulisku seperti biasa di BLOG ini. dan kali ini aku memilih untuk menulis pasal sahabatku Nelli. Mengapa Nelli??

Nelli atau nama sebenarnya ialah Rosneli Roslan. Sedari mula mula aku berkawan dengannya aku amat tertarik dengan gabungan namanya dan nama ayahnya..kedua duanya R yang menjadikan rima namanya CAntik..secantik tuannya. Seawal aku menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk meyambung pelajaran, seawal itulah aku mengenali Nelli yang lebih mesra dipangil Nel. Nel memang anak orang berada jauh jika dibandingkan dengan aku. Arwah ayahnya yang agak rapat dengan kau dulu ialah seorang editor International DBP , Pak Cik Roslan yang aku kira handsome dan Emaknya Mak cik Rogayah juga seorang ynag becok mulut tapi sangat baik hati dan ikhlas bila berkata kata. paling aku tidak tahan melihat senyuman emaknya..senyuman itu lebih manis dari senyuman Nelli sendiri. Dia orang Kuala Lumpur. Semasa belajar di semester pertama sebagai pelajar baru kami sebilik. Dia mesti balik setiap minggu, tinggallah kami yang jauh dari panta timur ini menjadi hantu untuk buat bising di Bilik di Zone H one Subang Jaya berhampiran dengan KFC dan Subang Parade.

Perawakan Nelli sangat sederhana kerana itulah dia lebih terkenal dikalanagan kawan kawan pantai Timur dan yang pastinya dengan aku dia paling rapat walau pun kami tidak sekelas. Nelli dibidang mass comm dan aku di bidang Psychology. nelli banayk memint aku mengajarnya bahasa Arab dan mungkin kerana budi itulah dia sering mengajak aku bermalam hujung minggu dirumahnya. Rumahnya besar dilereng bukit, seingat aku inilah rumah orang kaya kaya yang kurang anak. Aku suka masakan sambal emaknya sambal bilis dan sambal kerang. Kakak dana diknya juga sekaligus menjadi kawan aku. Setiap kali pulang dari rumahnya...ayahnya atau ibunya sering memebrikan aku wang saku. Malu jangan cakaplah, kalau aku tidak mahu mengambilnya, diletaknya kedalam buku buku ku.

Kami memang berkawan baik sehinggalah kerja. Antara kawan yang sering menghubungi aku ialah Nelli.dan akhir akhir ini bila dunia disatukan dengan kehadiran Face book..aku kembali mencari Nelli. Dialah antara orang pertama yang mengetahui tentang apa yang berlaku dalam hidupku. semenjak hari itu kami kembali akrab dans ering keluar bersama dihujung minggu walau ditemani anak anak dan suami. Nelli sudah sebati dengan aku dan keluargaku.

Minggu lepas, tanpa diduga Nelli membuat permintaan untuk emminta tolong aku menyelesaikan perkara tentang hidupnya yang aku tidak boleh ceritakan disini. Cukuplah aku katakan, aku melihat Nelli sebagai seorang yang tidak ada kekekurangan dalam hidup sehinggalah sekarang baru aku menyedari tuan pasti menduga hambanya dari penjuru yang selayaknya. perkongsiana kami menjadikan kami lagi teguh dan rapat dalam persahabatan. Aku sangat gembira akhirnya Nelli yang sebahagian dari hidupku masa belajar dulu akhirnya berjaya kubawa pulang melihata siapa aku dan bagaimana asal usulku. hati mana tidak bangga bila ibu bapa kita boleh manatapi muka sahabat yang kita selalu sebutkan sedari dulu. Aku amat tidak menyangka Nelli begitu cepat mesra dengan anak anakku dan ibu bapaku.

Kalaulah semua oranag dalam hidup kita Allah aturkan seindah ini alangkah manisnya kehidupan, alangkah lapangnya dada melauai hari hari yang gundah tapi banyak sokongan. Aku sama sekali tidak meyangka, pertemuan persahabatan aku dan Nelli begitu panjang sekali. Alhamdulilah. kami merancang untuk sama sama susah dan senang, saling menyokong antara satu sama lain, malah kami berjanji untuk menunaikan umrah bersama...antara kami tidak ada rahsia langsung. Malah kami berdua sama sama mencipta ruang untuk satu sama lain.

Apa yang sangat membahgiakan dalam hidup kalau bukan kerana kita amsih lagi bersama orang orang yang mampu menyokong kita walau dala apa jua keadaan. terkadang, kita ungkin riuh dengan adik beradik tapi bukan bermakna semua dik ebradik kita sekepala dengan kita, begitu juga terkadang kita menemu jodoh dengan seseorang, terkadang buka semua perkara kita bisa berbincang dengan pasangan kita. manisnya hidup ini bila Allah memberikaan kita lebih dari apa yang kita perlukana, malah lengkap selengkapnya bila kita di berikan seorang kawan yang setia disisi. Indahnya turan tuhan, wlaau bukan dilahirkan dari perut yang sama, walau tidak dibesarkan dlama environment yang sama tapi pertemuan hati yang sebati pasti kekal abadi...Terimakasih Allah aku melihat betapa harum semerbaknya kasih sayangmu melalui kehadiran mereka....termasuklah sahabat dulu kini dan selama seperti dia...sahabatku Nelli.

Wednesday, June 2, 2010

Antara Usul Berani dan pengakuan Tulus.....


Pejam celik hari ini sudah jatuh hari Rabu. pelajar sudah mula berkunjung ke pejabat berbincang itu dan ini denganku. Tcepatnya masa berlalu...seolah olah minda tidak berdaya untuk memerah daya fikir bagi menyiapkan kerja yang memerlukan ketajaman fikiran dan imiginasi. pagi ini besar panjang doa kerja aku mulakan dan alhamdulilah...hampir separuh kerja siap dan sekembali dari pertemuan makan tengahari dengan Dhi, kepala terasa berdenyut denyut melalui terik panas matahari di luar pejabat.

Aku sempat terluahkan pada Dhi...dalam tempoh 30 minit berakhir perkongsian kami..dan dhi meninggalkan aku dengan ucapan...Good Luck za!! dan sekembali ke pejabat aku terpaksa berbaring sesudah solat Zuhur..terlelap hingga jam 3.30 petang..sakit kepala tidak terhingga..bagaimana lah orang ornag migrane menghadapi situasi panas begini...aku seakan seram sejuk petanda Demam. Selesai solat Asar, aku check kembali kerja kerja yang bakal bersambung esok dan terus log out time seawal 5.10pm. jalan pulang agak lengang dan sesampai di Taman Tun Dr Ismail, aku mengambil route baru untuk mengelakkan traffik jam yang semakin teruk.

Tepat 6.45pm sampai dirumah dan telefon berdering..suara hubby bertanya...mlm ni mkn kat mana?..Aku lantas menjawab dengan joke..makan kat luar sambail berdiet sebab makan kat rumah pasti makan banyak dan terus tidur saya mcm tak ada suami lah..hehe..terdengar suara hubby ketawa berdekah dekah...okokok..kita makn kat luar je. Selesai solat maghrib, kami solat isyak berjemaah..manisnya peluang itu..lama sudah seolah olah tidak mencari peluang dan tidak kisah...arghhhh dan tiba tiba anak anak membuat pengumuman tidak mahu ikut...cartoon dan game lagi tinggi tarikan buat mereka...bungkus ya pesan berkali kali. Alrightttt balasku selamba.

Kami memilih Curve Damansara...dekat dan sehaluan untuk bank in beberapa keping cek di maybanknya. mata meliar mencari tempat makan, aku menyerahkan pada hubbya untuk memilih di restauran mana dan dia memilih THE APARTMENT. masuk saja ke dalam, terus hati aku berdetik...adakah aku berpeluang untuk mebuka sesuatu yangs elama ini terbuku dihati...memikul bagai seguni rasa berat dibahu. Suasana tenang dengan alunan muzik yang perlahan seolah menaikan mood tumpuan. Sesungguhnya bukan sennag mencari peluang untuk berbincang perkara yang pada aku sangat serius dan mungkin pada dia sangat sensitif. sambil menanti pesanan, kamis empat mengambil beberapa keping gambar, ya lah pertama kali masuk belum tentu akan masuk lagi...bukan taste dan keewangan seiring pun hehe...

Seketika menunggu, makanan tiba, sambil makan aku memulakan. Bang! bergurau gurau jugak tapi rasanya kali ini saya serius untuk menyatakan demi kebahgiaan abang..saya akan benarkan abang memilih seseorang sebagai isteri kedua abang. tak pa lah saya jadi isteri PART TIME. Abang carilah sendiri, lebih baik kalau orang tua abang pilihkan. Dia kelihatan tidak terkejut tapi senyum MELEBAR...arghhh lelaki mana tak suka dapat offer. the BEST offer for the whole life.dan dia bertanya mengapa nak begitu?..lantas aku menjawab, saya tidak fikir keadaan begini ada kesudahannya dan saya perlu mengingatkan abang untuk terus mendahulukan keluarga abang dan kebangiaan mereka kerana saya tidak nampak dan saya tidak mampu memaksa untuk kembali berada disana sebagai menantu..saya tidak boleh bayangkan untuk melupakan kelukaan yang telah TERJADI. Saya telah memaafkan segalanya...tetapi untuk memulakannya semula seolah olah tidak ada apa apa berlaku TERLALU MUSTAHIL..ucapku. Abang seorang lelaki, Allah membenarkan 4, saya boleh berdikari selagi saya tidak disakiti...dan saya nampak begaimana untuk meloloskan diri dari belenggu ini.

Dia mendengus panjang. Aku yakin dia faham dari keterangan aku. Aku berharap dia mampu melihat KEJUJURAN. Bergetar suara bila dia menjawab, Abang sudah tua untuk semua itu, abang tidak peduli apa orang kata, bila abang pulang ke kampung, abang ada kehidupan lalu dengan mak dan ayah dan tidak ada orang lain yang terheret sama dalam suasana hubungan kami. kami anak beranak sendiri tidak mampu jernih inikan pulak orang luar. TerNYATA dia amat emmahami apa maksud dan kemelut aku. Dia menyambung lagi ...Abang tahu abang bukan hidup lama pun. Tahun depan dah 40. Aku memotong...but life begin at 40..sambil tersenyum...dan dia pun tersenyum...entahlah abang tidak nampak untuk mampu melakukan apa yang za cadangkan.Keadaan sekarang lebih senang dari mengheret hidup orang lain yang belum tentu apa sudahnya. Abang akui keluarga abang sangat KOLOT. mereka hanya tahu cara merekaberfikir tanpa kisah apa yang za alami dan abang alami. tenguklah apa yang terjadi pada adik beradik abang yang lain.Ulasnya panjang LEBAR.Puas hati aku emdengar pengakuannya. bukan kerana dia menolak ususlku tetapi ada kebenaran disebalik kenyataan itu yang aku TAKUT untuk memperkatakannya dan TERNYATA dia mampu berfikir lebih baik sekarang.

dikesempatan itu juga aku bertanya khabar adik beradik dan saudara maranya yang sekian lama aku tidak temu. Ayahngah..ayah chik..ayah ngah dan cik ngah antara yang paling rapat dengan aku dan agak lain pemikirannya ..ya lah dia seorang cikgu. Ada kenyataan agak negative pada ayah ngah dan aku perbetulkan...jangan cakap macam tu..tu mcm kenyataan mak abang je. jangand engar benda negatif..ayah nagah ok mestilah dia sibuk dengan keluarga isterinya yang banyak mengambil berat.dan bila menyentuh keluarga Ayah Chik, aku tersentuh hati...bergenang air mataku bila terkenang nasib anak anak ayah chik dan laju mulut sumai ku bercerita ..komen yang didengar dari adik ebradiknya dan banyak komen sakan menghina. Anak anak itu kehilangan ibunya. janganlah menambah kurang mereka..sebaliknya railah mereka...bila abang balik nanti tolong bincang dengan ayah chik...saya sanggup untuk mengambil anak bongsu dia yang seusia Harraz sebagai anak angkat. inis aja cara saya menolong meringankan beban ayah Chik bukan dengan komen sana sini...saya serius...kita bela budak tu bagi kasihs ayang..saya sanggup ganti tempat mak dia...panggil saya mama..apa anak kita pakai..apa anak kita makan...dia akan menerima benda yang sama ..kesian bang...dia amsih kecil tak tau apa apa. berkali kali aku menyuarakan usul yang tidak tersangka sangka. Aku lihat suamiku terdiam...mungkind ai terpukul, dalam ramai dan meriahnya keluarga dia, sukar untuk mendengar dorongan dan bantuan sebaliknya cerita cerita yang tidak perlu dibesar besarkan yang tidak menyumbang apa apa kepada masalah kanak kanak itu...ya Allah bukakanlah pelaung ini buatku seluas luasnya...izinkan aku menyelamat seorang jiwa yang fragile. Aku berjanji dalam hati bila ketika suamiku pulang nanti..aku akan ingatkan lagi dan lagi dan lagi...selepas itu aku akan menyusul bercakap dan mengatur pertemuan dengan ayah Chik. mohon bantuanmu ya Allah untu aku membantu mereka sedikit.

Kami sama sama terhimpit dengan cerita ayah Chik dan usul aku. Aku merasa puas...bukan pasal makan SALMON Grill tapi kerana puas berbincang dengan tenang dan penuh penumpuan. dan seketika aku turun dari kereta, aku sempat berkata...abang thanks for the wonderful dinner...not for the food but the issue and your self attending. aku naik kerumah serasa kepala begitu RINGAN seringan ringannya..dan anak anak bertanya WHERE IS MY FOOD????!!! haha here it is...BURGER...Alhamdulilah semoga ketenagan malam ini adalah titik pencarian belengu yang kian lama terpendam dihati...
Ya Alalh sesungguhnya kau maha mendengar RINTIHAN dan BISIKAn hamba mu.....dengarkanlah rintihan hatiku...bisikan doaku...BANTULAH AKU...sesungguhnya hanya padamu aku meminta. Amin.

Tuesday, June 1, 2010

JUNE 2010...satu permulaan lagi....



Hari ini 1 June 2010...hari pertama untuk bulan June..Bulan May yang banyak kenangan indah telah kutinggalkan serasa terlalu cepat masa berlalu. hari ini jugalah bermulanya sessi kaunseling pertama dari pelajar baru. Temujanji ini cukup mmebuatkan aku bersemangat untuk bangun pagi. hari ini juga hari selasa...aku teringatkan pasar malam seksyen 17 dan menu yang aku terfikir fikir selama ini ialah YONG TAU FU...sedappppp.

Pagi tadi aku sempat memakaikan baju untuk Fayyadh dan Harraz..Harraz tersenyum menceriakan pagi bila aku seperti biasa dengan kenakalanku dgn anak anak..hehe. Pemanduan hari ini lancar dan aku seronok menghayati lagu lagu koleksi LOVE SONG yang baru dibeli. Selepas mengirimkan email dan berbincang dengan Zul pasal kerja...aku menyiapkan beberapa tugasan kecil dan belum memulakan untuk memerah otak pada kertas kerja...esoklah!!! hari ini kepala pulak berdenyut bila perut agak lewat menerima makanan.

Di waktu yang agak terluang, aku mengimbau kembali segala saved Document yang berada dalam pendrive KINGSTON aku. Aku melihat joke jokes yang pernah dikirimkan Jimmy, gambar gambar, Lagu lagu, Email email dan Chat cahta dari bulan ke bulan. Hati seakan tersentuh bila ada baris baris perbualan kami yang seakan mengambarkan dirinya yang sangat terluka dengan cara aku. Ku akui memang sukar untuk dia melupakan kenyataan yang aku keluarkan. Bukan aku tidak sayang...bukan juga aku tidak benar pada perasaan ini TETAPI aku sangat berhati hati dan aku hemburkan segala kekeliruan dalam bentuk konklusi tersendiri. Lagu Never GIVE UP yang diberikannya aku mainkan berklai kali..ya aku sukana lagu tersebut.

Semalam Jimmy mengirimkan email yang panjang lagi...tergambar betapa happynya dia selama di KRABI. Ok lah GOOd for him...dan aku tumpang gembira jika dia berjaya melepasi saat saat sukarnya. Aku teringat ayat Jimmy...I want all or nothing...not in the between. Arghhhh Jimmy aku sedang berdepan dengan persoalan agama..persoalan yangs angat BESAR bagiku. Sesungguhnya Allah maha memelihara...Alhamdulilah. Biarlah perasaaan ini hanya disini. sesekali membaca berita..sesekali mendengar suara cukuplah. Aku berharap dia bertemu perempuan yang baik sesuai dengan dirinya untuk meneruskan hidup.

Sebenarnya kegembiraan sejati bila kita bebas dari belenggu sia sia. Apalagi bila kita banyak bersandar pada takdir Allah semata. Akus edang menuju ke arah itu...aku nekad beristiqamah 21 April 2011 aku ingin menyambut hari itu di depan kaabah dengan lafaz takbir dan tahmid. Aku nekad kerana aku sudah lama berada dalam konsep penyerahan diri malah aku yakin dan percaya inilah yang Allah ingin temukan padaku.

Merenung wajah anak anak...Allah bekalkan kasih yang penuh buat aku menayayngi mereka, Melihat wajah suami..dia seorang insan yang terlalu mendambakan keikhalsan hatiku sebagai isteri. melihat wajah para pelajarku...aku meliahat banyak potensi yang tersembunyi dan aku perlu memperlihatkan pada mereka kelebihan diri mereka. Ya Allah..kuatkan aku untuk terus mengatur langkah...awasilah gerak geriku selalu...teguhkan hati dan pendirianku...sabarkan aku dari goncangan kemarahan dan sikap taasub orang lain. hanya pada mu aku berserah dan hanya pada mu aku minta TOLONG....

Malam ini pasti aku sendirian dirumah menanti kepulanagn anak anak dari tuition class. Ada ruang untuk ku memainkan peranan yang lebih baik sebagai hamba Allah dan Ibu yang sempurna...buku buku dirak telah terlalu lama mendambakan sentuhanku..kali terakhir aku membaca dengans erius ialah semasa perjalanan pergi ke UK. hari ini perlu dimulai semula dan ada pelbagai DVD movie penuh pengajaran untuk aku hayati...selain wirid wirid doaku pada Allah Azza wajalla diwaktu Dinahari...Tuhanku kejutkan aku untuk perhambakan diri padamu...dingin dan tenangnya waktu itu untuk aku terus berbisik seakan bisikan kekasih yang teramat dirinduinya. Penuh syahdu..penuh sendu...pilihlah aku untuk menjadi insan yang sentiasa berpeluang menghambakan diri padamu....Amin ya rabba Alamain!!!