Pagi 1 May..agak cemas getar dihati. Terlewatkah aku?...masih sempatkah aku? Melalui penerbangan international bukanlah perkara mudah bagiku kerana biasanya aku bergantung pada kawan kawan. Apalagi kali ini perjalan ke Kota London. Kota impain yang pernah bersrang dihatiku satu ketika dulu , namu aku tidak pernah termimpi akan mampu menjenguknya...inilah hakikatnya...dalam masa 18 jam waktu bangun..aku akan bisa berada di Kota impain itu...sungguh indah aturan tuhan rupanya.
Tenang pagi didalam kereta. Cuma sesekali terdengar Harraz tidak putus putus bertanya mengapa mama perlu ke London? Kenapa tidak ajak saya sekali? bestnya mama boleh bercuti lama lama!! itulah suara hati jujur anaku ini. Dia seorang yang suka meluahkan apa yang terlintas. Persisi perangaiku masa kecil dulu. Aku memujuk Harraz dengan alasan melawat mak cik ja nya yang sedang belajar. Bukan lama pun dua minggu, pejam celik mama pun balik dah tu mesti banyak mainan kegemaran Harraz mama bawa balik..ucapku lembut mengharap pengertian anakku.
Dalam tenang ada getar disuara suamiku. Inilah kali pertama aku dengar ucapan yang bercampur baur dengan resah hatinya. Za lain kali tak usah pergi lah lama lama dan jauh jauh sangat. Jadi apa apa susahlah. Hati aku tercengkam mendengar ucapan yang aku tahu sukar untuk suamiku luahkan. Tetapi dia sudah berjaya meluahkan. dan luahannya terlalu mebahagiakan aku. aku melihat hati jujurnya meluah memberitahu betapa perlunya aku dalam hidupnya. Dia sendiri seakan tidak mahu berpisah denganku apalagi bila melihat gelagat anak anak. Fayyadh agak banyak diam dan masih mampu tersenyum. Kakak seperti biasa agak bijak mengawal emosi dek kerana kematangannya. Anakku ini memang hebat.
Sesampai di airport, kami masih ada masa untuk breakfast bersama. Aku minta suami mebuat apa saja pesanan sementara aku check in bagasi. Bila selesai aku segera mendapatkan suami dan anak anak bersarapan. kami bersarapan seperti biasa dan anak anak emnag gemarkan sarapan mc donald yang ringkas itu. Suami mengingatkan aku tentang pasport dan boarding pass. Dia bangun mendapatkan telephone top up dan mineral water sebelum aku selesai makan. Aku peluk anak anak dimeja makan. Ayat ayat memuju ku masih tidak habis. ...mama pergi sekejap ya..dengar cakap ayah..bagi kerjasama dengan ayah..mudahkan tugas ayah tanpa mama..itulah pesanan aku pada anak anak semasa ketiadaan suamiku.
waktu berlepas sudh tiba. Mereka meghantar aku ke line terakhir hanya laluan boarding pass. Aku menahan sebak. meliahat muka suami dan anak anak. Bila aku memeluk kakak..kemas pelukan itu. Seterusnya aku memeluk Fayyadh..nampak dia melarikan kesedihannya dengan melihat kedai kedai disekelilingnya...sambil berkata mama jangan pergi church tau...hehe bila sebut negara mat salleh..church le ancaman bagi fayyadh. Bila aku memeluk Harraz..aku terasa ada getar dibadan harraz..harraz menangis..mama janganlah pergi...bawak lah harraz sekali..ohhh ananku ayat inilah yang membuatkan keronkong aku tersekat. Aku ddudkan diri..sama berdiri dengannya..sambil memeluknya dengan kemas...sayang mama janji mama akan pulang dan mama akan bawa pulang mainan Harraz..Harrazkan suka mainan..aku seka airmatanya. Harraz cakap apa saja yang Harraz mau..mama akan belikan pujukku. Sekaligus aku napak mata Harraz bersinar...Hararz nak Bear dan kereta...lantas aku jawab no problem dan minta yah belikan Harraz white board ya...sambil aku memberi isyarat pada suamiku. Suamiku mengangguk tanda setuju.
Tiba masa aku mencium tangan suami dan aku merenung matanya. Kalau abang izinkan za izinkan sepenuh hati. harapkan dengan tuhan agak za selamat..kalau abang separuh hati..za akan berdepan kesusahan disan. kataku. lantas suamiku memeluk aku sekemasnya dan berbisik ..abang izinkan sepenuh hati...enjoy ya...jangan lupakan kami..mana boleh lupa ucapku sambil ketawa kecil..hehe sebelum tanganku dilepaskan suami..dia mencium dahiku...hati aku bergetar..mengapalah saat saat begini diperlihatkan kasih sayang begini. Bila aku meberikan isyarat untuk pergi...mereka serentak berkata bye bye mama...bye bye mama..aku tidak mahu berplaing lagi bila eskelator terus bergerak..dan bila aku hampir sampai aku toleh kebelakang..suami dan anak anak masih tidak berganjak dari situ...ohhhhh..hati ku seakan terasa pilu meninggalkan insan insan terCINTA ini. Aku merasai kembali..kami berada dalam mood cinta...mungkin cinta yang baru pelahan lahan hadir kembali.
Bila aku melepasi check in utama pasport dan boarding pass..aku terus ke runag menunggu. Teringat aku untuk menghubungi bak dan mak dikampung. Semalam aku sudah bercakapd engan mak..mak mengucapkan selamat pergi dan balik..aku pesan berkali kali pada mak jangan risau sangat..angah bukan seorang ..sana ada Ja dan suami dia. Aku tak dapat cakap dengan mak lalu aku bercakap dengan bak.. bak ucapakn selamat pergi dan berjanji akan menunaikan sembahyang hajat untuk keselamatan aku disana. Aku terharu...terimaksih Bak.
Bila gate dibuka. Semua penumpang diarahkan untuk beratur bagi pemeriksaan terakhir...aku berada dibelakang sekumpulan famili yang akan ke Dublin. mereka sempat menanyakan nama aku..aku yang susah nak bertanya nama orang...kami terpisah kerana tempat dudukku berada di nombor 3H...bersebelahan dengans eorang warga British. Akus empat berkenalan dengannya sebagai rakan berbual, Mr Holland. Dia seorang freelancer contena businessman. banyak jugak yang kami bualkan. dia mengucapkan selamat datang ke negaranya dan menawarkan aku untuk menghantar ke conventry tapi aku menolak dengan baik dan aku tidak melanjutkan perkenalan ini lebih panjang kami berpisah bila sama sama menuju ke haluan checking immigresen..dia bearada di UK boarder dan aku di line others..
Bila aku keluar dari Air port, telefonku berdering< Ja sudah sedia menunggu kedatanganku. Bila aku keluar dari pintu utama aku meliahat Ja berlari lari anak menuju padaku dan keliahatan dia agak berisi..kami berpelukan 3 tahun tidak berjumpa..dan aku bangga akhirnya aku berjaya menjadi tetamunya....MAKA BERMULALAH PERJALANAN IMPIAN di kota London ini.
Dalam hati aku berbisik...sayang!! Alhamdulilah..mama selamat sampai....

