Wednesday, April 28, 2010

Meniti Pelangi!!!!!


Minggu ini memang minggu yang paling BUSY!!! kesibukan yang semkain bertambah dengan tempoh masa yang semakin singakt bagai dikejar MAUT. banyak perkara dalam seharian terpaksa ditinggalkan, kepala sendiri pun tidak tentu arah...happy ada..risau ada..sedih pun ada. Ada lagi 4 perkara didalams enarai peribadi untuk dilangsaikan..dan ada 3 perkara pejabat dalam masa dua hari berkerja dan ada banyak perkara urusan rumah untuk 3 malam. mungkin kalau hati kata mesti SIAPKAN...sebelaum pagi hari sabtu. hari keberangkatanku ke LONDON

Satu masa dulu hasrat untuk ke London ini sepenuh hati kerana hati sangat TERLUKA dan TERTEKAN. masa tu pertengah ke akhir 2009. Menjelang february 2010 terasa masa cepat berlalu dalam debaran...ohhh takutnya menempuh habis April. setiap malam kurenung wajah anak anak terutama Harraz yang hampir setiap malam tidur denganku. pelukannya tidak pernah longgar apalagi bila kesejukan penghawa dingin dibilik.

Hajat mesti diteruskan ...memang banyak menafaatnya apalagi suamiku Sani tidak pernah menghalang selagi aku bahagia malah duit, camera , shopping pakaian dibuatnya bagi memnuhi keinginanku..dia juga tumpang bangga dan mengirim barang kegemarannya. yang pasti aku pergi dengan RINDU...rindu pada kasih sayang yang aku tinggalkan.kasihsayang suami dan anak anak yang hidup denganku saban hari. Bukan senang untuk berhubung melalui telefon dan internet. Mungkin perpisahan ini akan mengajar kami semua erti keperluan kami antara satu sama lain dan penyatu kukuh kami kembali.

Buat hubby akan aku tinggalkan sekeping SURAT yang sarat dengan BICARA HATI..aku hargai perubahannya..aku hargai kekuatannya aku hargai ketengana dan kesabarannya. Sekarang dia memperlihatkan padaku dia sanggup berkorban asalkan aku bahagia dengan apa yang aku ingin capai dalam kehidupan ini.

Sepanjng disana aku ingi terus menulis. manulis bahasa jiwa yang tidak pernah padam denagn HARAPAN. Jiawa yang ingin terus menyumbang walau sekecil ayat. Aku ingin menegnali sebanayk mana kawan baru. Ingin melihat corak pemikiran mereka. ingin berkongsi cerita dan ketawa dengan sepupu dan kawan kawanku. Aku sangat percaya Allah sedang menyediakan sesuatu buatku...sesuatu yang ISTIMEWA dari Allah...

hari ini adalah hari terakhir aku dengan para pelajar sebelum mereka menghadapi peperiksaan dan bercuti. sebagai tanda terimakasih aku pada mereka, kami akan berkumpul untuk minum petang di ICE ROOM cafe Nilai. tanpa mereka siapalah aku dan kerja kerjaku.

Malam ini akan bermulalah operasi mengemas rumah. pakaian anak anak perlu disediakan. Menulis setiap peringatan buat along tanpal dibilik along. Along akan mengambil tugas aku sebgai ibu dipagi hari buat anak anakku. Kerja mengejutkan mereka dari tidur akan menjadi kerja along...aku juga akan mengingatkan suamiku
akan tugasan sepanjang ketiadaanku.

Aku kini terlalu MAHIR mengorak jalan jalan bahagia dalam ruangan yang dipanggil peluang dan peluang ini datang hanya setelah TSUNAMI dan Taufan melanda sepanjang perkahwinanku...benarlah bila kita mengecapi bahagia itu kita seakan merasa bodohnya kita meratap dan menagis satu ketika dulu kerana disebalik kegelapan cuaca hujan dan panas rupanya ada sebuah PELANGI yang INDAH!!!!

Monday, April 26, 2010

Berbakti selagi bernyawa!!!!!


Hampir seminggu berlalu...hampir akhiran bulan April...keadaan baik dirumah mau pun dipejabat ..tersangat SIBUK..segalanya berkejar..itu pun terpaksa dibiarkan permintaan hati untuk menyelesaikan kerja kerja rumah. semoga hari ini berpeluang..dan bertenaga untuk melakukannya. terasa rindu untuk melkarakan apa yang ada diminda skearang disini.

Semalam sempat habiskan 3 bab buku cafe david..abaout friendshi and the inclination with social type person. satu hari will email david..agree in many things with his book..and will try to meet him for 2 hours coffee and chat...banyak kebenaran dalam penulisan david tentang friendship dan apa yang aku lalui secara personal dengan friendship. memandu keerta datang ke pejabat hari ini pun aku teringat ingat kata akta dibuku david....Ya nun disudut hati aku tidak ingi kehlangan KAWAN..sama sekali TIDAK!!! kini yang paling ketara aku kehilangan 2 orang kwn hampir 3. Seorang sedang perjalanan berpatah balik ke arah friendship kami tapi biasalah bila kelukaan telah terjadi jarang persahabatn kemabli pulih melainkan benar benar ikhlas. Hamir terburai airmataku menegnagkan 2 sahabat yang terlalu BAIK dan RAPAt kini bagaikan tidak pernah bersua...tidak pernah hadir dalam hidup masing masing. Entahlah...nun disusut hati aku..sebesar mana pun kesilapan mereka telah aku MAAFKAN...tapi kita tidak mampu merubah orang dan keegoannya. Berani aku katakan 3 sahabat ini adalah sama characternya!!!!.

Sebelum memulakan tugas, seperti biasa kerja kerja mengemas kini email. Fa sahabat yang tidak pernah berpeluang mendekati aku semasa sama sama diUIA dulu kini beriya iya ingin menemui aku dan sempat mengirim sesuatu untuk anaknya dari Malaysia..Fa kini berada di LUTON UK. Aku senyum membaca email Fa...Akan aku dapatkan kirimannya itu apalagi berkenaan hajat murni keibuannya untuk menyempurnakan solat si ANAK!!!.

Lintang pukan aku berdepan dengan kerja hari ini bila PAk Mie..gelaranku pada encik Suhaimi yang rakan satu kelab kaki tangan denganku meinta aku faxkan report yang disediakan semlm. Sekali harung ke LTD aku meyiapkan Inspirational talk report dan collect kerja dgn Zul keraniku. Selesai!!! Alhamdulilah. Selera memberi signal pada otak...sedapnya makan nasi...ada cairan liur dilidah...di masa yangs ama ternampak nampak sea food...ahhhh aku memang sea food lover!!! tapi kesihatan perlu dijaga sebelum terlalu terlewat...sebelum keluar makan..aku sempat membelek kiriman foto foto linda di facebook. Ahad lepas Mak telah membuka hati aku untuk membelanjakan makan malam di Qulity hotel untuk seisi rumah dan adik beradik. Memang kerana mak...mak telah menyatukan balik kami...aku sebenarnya melayan rasa MERAJUk..aku merajuk dengan adik beradikku dalam diam diam....aku tidak akan mengomel..tetapi CUKUP meletakkan jauh jauh segala uasaha kebiakan yang selama ini treadisi aku menjelang hari lahirku...kekadang hati ini maat TERLUKA bila mendenagr sesuatu yang terlalu kecil untuk diperbesarkan di cakapkan dibelakang kita. namun kedatangan MAk hujung minggu ini telah membolos benteng kedegilan dan rajuk aku. melihat muka mak aku tau hati ibunya sebagai mana hati aku ingin melihat anak anakku damai bersahabat. Maafkan aku mak!!! dan malam itu, kami makan dengan penuh gembira...mak duduk di meja Chairman...hehe..puas tenguk mak makan...kalau bukan kerana GOSIP ADIK BERADIK..aku tidak MERAJUK..kalau bukan kerana RAJUK aku...mungkin dinner kami telah langsai ditempat BIASA...dek kerana RAJUK lah...akhirnya takdir mengatakan kami akan bersatu kerana musibah dan penyatuan yang lebih IKHLAS membuka banyak ruang rezeki buat semua.

Sesungguhnya dalam hidup ada pelabagai LIKU..disetiap LIKU yang ditempuh tersembunyi HIKMAH dan NIKMAT...kita perlu bersabar menempuhnya...segalanya menjadi kenagan yang paling manis untuk dikenang satu hari nanti.

Aku ingin terus BERBAKTI SELAGI BERNYAWA!!!!

Friday, April 16, 2010

...Alahai..NASIB BAIK BETUL!!!


Friday kali ini sekali lagi aku terpaksa memenuhi permintaan hubby untuk tolong mengambil anak di Asrama. memang aku agak liat dengan kerja itu..kerana perjalanan dari pejabat ke sekolah nana pergi dan balik padaku teramat JAUH..dan berbahaya. Kali ini aku terasa untuk megajak salah seorang pelajarku yang tinggal sekitar Shah Alam menemaniku sekurang kurangnya hilang rasa mengantuk ditengari yang panas terik itu.

Kami memulakan perjalanan tepat 12.30 tengahhari dari kampus Nilai. Dia ingin mengajarku jalan yang lagi dekat, Nilai ke shah Alam exit Setia Alam masuk kelang sentral melalui Meru dan kapar...ya memang dia muda tapi dia ada pengalaman tersendiri melaui perjalanan ini..TERASA sanagt jauh lebih dekat dan pantas..apalagi antara kami tidak kering idea perbualan pada pelbagai isu. Tepat 2.30pm..sampai disekolah nana dan terus memulakan perjalanan balik ke Shah alam. Ada sesuatu yang tidak kena..kereta ku terasa agak berat..dan air condnya sedikit panas..dalam hati berkata..dah tiba masanya aircond ni nak berganti ku!!..kami teruskan perjalanan dan berhenti makan kerana terlalu lapar di Nasi Lemak kapar!! sedap makanan kat situ aku pasti datang lagi untuk menikmati rojak sayurannya...powerrr..

lebih 10 5 minit bergerak, tiba tiba hujan turun. dan kelihatan air hujan menimpa keretaku di bahagian depan dan keretaku berasap lebih dari biasa..ehhh kenapa ni!! lantas mata aku mengerling pada temperature kereta..masya Allah..hampir 130 darjah meter temperature itu..injin keretaku tersangat panas..lantas dalam keadaan aku cuba mengawal perasaan panik yang datang, aku memberi signal ketepi...dan mematikan injin lantas terus menelefon suamiku. Dia kebingungan..cuma minta aku tunggu dia habis bertugas..mana boleh tunggu..kena bertindaks ekarang..lantas aku terus menelefon Awwai..mechanickegemaranku dari kota Damansara..bila bercerita dgn Awwai terus awwai mebritahuku yang kereta itu perlu ditunda ke Bengkel...bahaya katanya dan awwai terus menghubungi kuru tunda. Selesai masalah...

Bila suamiku sampai dari bertugas, kereta sudah dibawa juru tunda ke bengkel dan mengikut perjanjian aku dan Awwai..besok kereta ini boleh disiapkan. Kami pulang bersama setelah menhantar pelajarku ke seksyen 7 shah Alam...sempatlah aku sampai kerumah sebelum lewat malam menikmati makan malam diluar bersama sama...

sesungguhnya aku merasa amat bertuah dan bersyukur...ada masalah yang berlaku TAPI belum terlambat untuk membetulkan SUASANA sebaiknya...semua orang mengalami masalah sebegini tapi Alhamdulilah aku diberikan gerak hati yang kaut..tearsa ingin mengajak pelajarku bersama...pantas bertindak menghubungi Awwai...begitulah hidup..kita sanagt memerlukan kehadiran INSAN lain...mereka sebenarnya sebahagian hidup kita bagi menambah lagi warna warna kehidupan...masih belum terlewat untuk aku ucapakan TERIMAKASIH buat muridku ABU ZAR!!!! kenangan kereta berasap akan kita ingat sampai bila bila....