Friday, April 16, 2010

...Alahai..NASIB BAIK BETUL!!!


Friday kali ini sekali lagi aku terpaksa memenuhi permintaan hubby untuk tolong mengambil anak di Asrama. memang aku agak liat dengan kerja itu..kerana perjalanan dari pejabat ke sekolah nana pergi dan balik padaku teramat JAUH..dan berbahaya. Kali ini aku terasa untuk megajak salah seorang pelajarku yang tinggal sekitar Shah Alam menemaniku sekurang kurangnya hilang rasa mengantuk ditengari yang panas terik itu.

Kami memulakan perjalanan tepat 12.30 tengahhari dari kampus Nilai. Dia ingin mengajarku jalan yang lagi dekat, Nilai ke shah Alam exit Setia Alam masuk kelang sentral melalui Meru dan kapar...ya memang dia muda tapi dia ada pengalaman tersendiri melaui perjalanan ini..TERASA sanagt jauh lebih dekat dan pantas..apalagi antara kami tidak kering idea perbualan pada pelbagai isu. Tepat 2.30pm..sampai disekolah nana dan terus memulakan perjalanan balik ke Shah alam. Ada sesuatu yang tidak kena..kereta ku terasa agak berat..dan air condnya sedikit panas..dalam hati berkata..dah tiba masanya aircond ni nak berganti ku!!..kami teruskan perjalanan dan berhenti makan kerana terlalu lapar di Nasi Lemak kapar!! sedap makanan kat situ aku pasti datang lagi untuk menikmati rojak sayurannya...powerrr..

lebih 10 5 minit bergerak, tiba tiba hujan turun. dan kelihatan air hujan menimpa keretaku di bahagian depan dan keretaku berasap lebih dari biasa..ehhh kenapa ni!! lantas mata aku mengerling pada temperature kereta..masya Allah..hampir 130 darjah meter temperature itu..injin keretaku tersangat panas..lantas dalam keadaan aku cuba mengawal perasaan panik yang datang, aku memberi signal ketepi...dan mematikan injin lantas terus menelefon suamiku. Dia kebingungan..cuma minta aku tunggu dia habis bertugas..mana boleh tunggu..kena bertindaks ekarang..lantas aku terus menelefon Awwai..mechanickegemaranku dari kota Damansara..bila bercerita dgn Awwai terus awwai mebritahuku yang kereta itu perlu ditunda ke Bengkel...bahaya katanya dan awwai terus menghubungi kuru tunda. Selesai masalah...

Bila suamiku sampai dari bertugas, kereta sudah dibawa juru tunda ke bengkel dan mengikut perjanjian aku dan Awwai..besok kereta ini boleh disiapkan. Kami pulang bersama setelah menhantar pelajarku ke seksyen 7 shah Alam...sempatlah aku sampai kerumah sebelum lewat malam menikmati makan malam diluar bersama sama...

sesungguhnya aku merasa amat bertuah dan bersyukur...ada masalah yang berlaku TAPI belum terlambat untuk membetulkan SUASANA sebaiknya...semua orang mengalami masalah sebegini tapi Alhamdulilah aku diberikan gerak hati yang kaut..tearsa ingin mengajak pelajarku bersama...pantas bertindak menghubungi Awwai...begitulah hidup..kita sanagt memerlukan kehadiran INSAN lain...mereka sebenarnya sebahagian hidup kita bagi menambah lagi warna warna kehidupan...masih belum terlewat untuk aku ucapakan TERIMAKASIH buat muridku ABU ZAR!!!! kenangan kereta berasap akan kita ingat sampai bila bila....

Wednesday, April 14, 2010

...Uniknya manusia...


Pagi ini...arghhhhh aku memanjakan diri sengaja memilih untuk menuju lewat ke pejabat. sengaja memilih untuk berihat dan meniki bas 9 pagi dari petaling jaya kampus. Semalam aku tidur terlalu lewat dan pagi ini bergegas menyiapkan keperluan sekolah anak anak. tapi sambung berbaring dan terlelap lagi sehingga pukul 8 pagi. semalaman sebelum menghabiskan masa di PC..aku dan along hanging di kopitiam..aku memesan orange yogurt dan blueberry ice cream. Makanan ini adalah keperluan mindaku...aku ingin menyegarkan kembali mindaku.

Lewat petang semalam, ada yang terlalu terdesak untuk menemuiku...lontaran suarnya jelas kelihatan ada tekanan yang SARAT. Apakan daya waktu pejabatnya sama habis dengan waktu pejabatku..lalu aku memberi RUANG kepadanya untuk menemuiku di hentian serdang. Pertemuan kami bermula 5.30petang. Seperti biasa aku gembira untuk menerima kes...pelbagai kes..dan kerana itu akus anggup mengenepikan waktu privacy aku...pertama kerana konsep menolong ...kedua kerana aku minat untuk mendapat kes kes yang padaku sentiasa ada kelainannya.

Benarlah manusia..rambut sama hitam hati lain lain. perasaan diproses minda yang berbeza. hampir 2 jam aku duduk bersama bekas pelajarku itu yang kini sudah menjawat jawatan yang cukup istimewa. perbincangan terbuka..dan aku meberi penumpuan pendengaran, penumuan kehadiran self positive tanpa judgemnetal aku sepenuhnya...dan kami berkomunikasi penuh mutual dan respectful...TERNYATA..kesnya agak BERAT...kes nya telah membuat aku tidak mampu switch off...bukan kerana ada unsur unsur peribadi sebagai bekas pelajar...semua pelajar dan bekas pelajar aku sayangi mereka..tapi kerana dalam hati aku menangis perlahan lahan....aku mesti bersama selama mana dia mahukan aku sebagai pakar rujuknya untuk membawa dia KEMBALI ke landasan yang BETUL. dia bukan tersesat...tapi ada element elemnt yang bakal menyesatkan dan dia selesa dengan element tersebut...

Bukan salah ibu mengandung...bukan juga salah bapa mendidik. Aku juga tidak mahu meletakakan takdir Alalh itu terlalu berat ditempat yang tidak sempurna..Allah sentiasa sempurna dan menyempurnakan. Tetapi aku melihat rumusan faktor cara dibesarkan....kekuatan minda seseorang..kekosongan dalaman ...ini yang medorong ada bisiskan negatif dalam perilaku manusia. memang manusia boleh melencong dari sempurna...tapi MAnusia TIdak pernah terlambat...NEVER TOO LATE!!! Aku menyaksikan...bukanlah profession seseorang menentukan baik budruk seseorang..tapi HATI...kena;li lah hati yang sentiasa berkomunikasi dengan akal...dan Iman menjadi landasan...hati ini lah yang akan menemui ketenagan..hati inilah yang akan menjaga kebajikan roh dan jasad.

Kiranya semalam baru pertemuan pembukaan. Akan ada seterusnya susulan dari masa kesemasa..Aku tidak akan jemu..aku tidak akan MENOLAK..aku akan terus meneroka..kenapa dan mengapa...memahami setting mindanya..hingga terhasil pembentukan emosi dan behaviour sedemikian...Sayang hamba Allah yang sempurna jasadnya ini...ada rupa paras...ada kebijaksanaan..tapi PART yang satu ini...Dia memerlukan orang lain untuk membantunya MENGENDALI......

Ya Alalh bantulah aku untuk MEMBANTU dirinya...hamba mu yang seagama denganku!!! leader pada masyarakat....semoga segalanay berjalan dengan lancar dan semoga pertemuan ini TIDAK PERNAH TERLAMBAT!!!!

Tuesday, April 13, 2010

VIMALA yang HEBAT.....


Semalam ada rasa berat untuk aku meneruskan perjalanan ke office NILAI. lalu aku terfikir untuk menemui Dr Subash atas dasar kesihatan. Doktor mesti memahami kesan ubat ubatan yang aku ambil pada paginya...cuaca yang panas bertambah menyumbang kepada kesihatan yang buruk kalau tidak cukup rehat mungkin boleh bertambah teruk. Doktor subash membrikan aku 3 jam time slip...thank you doktor!!!

Memang aku kira aku ingin berehat. tapi dalam perjalanan pulang aku terlihat SPA llau aku teringin mencuba servisnya. samatelahan pula sekian lama aku tidak memanjakan diri selruh badan sambil menenangkan fikiran. Di Spa yang agak istimewa itu aku berkenalan dengan pemilinya VIMALA. Vi berbangsa India..dari perwatakannya aku terlihat profesionnya...ya tidak terkejut dia datang dari psychology back ground people. dia bekas kaunselor sekolah. orangnya tegas..educated..peramah...terasa luas attending dan penerimaan. kami berbual tentang hidup sebelum aku memulakan treatment. Aku memilih untuk mecuba BAli massage,Milk and seaweed exfoliating dan steam bath..semuanya satu package RM130.00..pada akus angat cheap almost 3 jam.

Aku kagum dengan VI lantas kami berkenalan dan aku mengambil nombor telefonnya. Vi sempat ebrkongsi ceritanya yang dua kali hampr mematikan diri kerana give up dengan marriage. dia berkahwin seawal 17 tahun secara paksaan oleh ibunya. dan suami yang dia dapat seorang yang berhati BINATANG. 5 tahun seakan 50 tahun semakin haris emakin panas bagai NERAKA..dalam seribu sukar akhirnya Vi berjaya keluar dari gengaman kekejaman suaminya dan bertatih semula membina kehidupan dan tidak berkahwin sehingga kini. dia masuk universiti menjadi guru dan membina kekayaan demi anak dan anak anak saudaranya. pengalaman pahit masa lalunya menjadi titik tolak kepada kejayaan nya hari ini...aku cukup bangga melihat insan insan sebegini....Dalam jiwanya ada strong postive struggle...dan akhirnya dia mampu mengecap kebahgiaan bersama satu satunya anak lelakinya.

walau siapa pun manusia itu....tidaks alah kita mendenagr...tidaks alah kita berbuat baik..tidaks alah kita mepelajari sesuatu darinya terutama pengalaman hidup. Apa yang aku lihat bersama Vi ialah setting minda yang kuat selepas TEKANAN hidup boleh menukar problem to oppourtunity...

Aku berjanji akan terus mengujungi SPAnya dan membawa kawan kawan yang senasib denganku dan dengannya untuk menjadi sekolompok support group!!! terimakasih Vi..for such a good friendship offer...Will visit you again in the future!!!!

Sebagaimana ramai dikeliling kita org org yang bisa menyakitkan hati..begitulah ramainya juga orang orang yang mendamaikan rasa....janagan BERPUTUS ASA dengan manusia..kerana Allah tidak pernah MENGECEWAKAN KITA!!!!