Monday, April 5, 2010

Indahnya bintang KEJORA....


Semalam aku dan Nelli sama sama menghantar anakku Wahida ke Asrama SMKA simpang Lime. Terharu bila Nelli begitu beriya untuk mengikut aku dan perjalanan sejauh 5 jam pergi dan balik itu langsung TIDAK TERASA...yang terasa cuma satu rasa puas dan seronok. Terdengar dengar gelak ketawa Nelli sahabat yang aku kenal semenjak tahun pertama matrik UIA itu. terimaksih Allah kerana aku masih ada Nelli sahabat yang seiya sekata sehati sejiwa...sebulan tanpa bertemunya seakan ada sesuatu yang hilang dalam hidup...kami ibarat adik beradik cuma dilahirkan berlainan ibu dan bapa.Nelli pernah mengakui mepercayai aku lebih dari adik beradiknya sendiri.

Satu perjalanan yang panjang..satu perkongsian yang puas.Itulah antara kami sama sama rasakan..yang ketara aku terhibur mendengar gelak bersahaja nelli.apalagi kami sama sama suka merasai makanan yang tidak pernah jumpa MENTARANG..hehe sedap rarasnya kalau tidak kerana Nelli aku tidak terpanggil untuk berhenti dan membeli benada alah tu untuk dicuba...dan ternya SEDAP dan kami sama sama SUKAKAN MENTARANG. Buat pertama kalinya Nelli mendengar pengakuan BERANI dan Jujur aku tentang hakikat jodoh dan pertemuan. Benarlah kata orang kita akan merasa seronok dan puas bila diberi peluang meluahkan isi hati dan lawan kita bersedia untuk menerima dan memahami.

Nelli bersetuju...kekadang hidup ini pelik. Bukan semuanya kita dapat sempurna. tapi kalau kita meiliki lebih 50% kira sudah bagus dan kalau nasib kita baik, kita ada 70% kita pasti aakn lebih gembira. usahlah mencari 30% lagi yang kurang itu sebagai satu subjek utama sehingga kita menafikan 70% yang sedia ada. Itulah kurangnya kita...itulah perlunya pergantungan pada Allah yang maha Esa. Nelli juga mengiyakan...kekadang ada sebuha pertemuan ibarat seindah bintang kejora. bintang itu wujud tapi sangat tinggi letaknya. Kita tidak mampu memiliki tapi ada waktunya kita mampu mengintai dari celah jendela diwaktu malam yang kesunyian CANTIKnya bintang kejora. kita masih mampu memuji..kita masih mapu meningati...CAHAYA KEJORA itu. yang pasti kita ad pengalaman dan pengalaman mendewasakan kita..hati kita bertemankan KEJORA...dari kejauhan kita merenung dan berbisik sendiri. Itulah hakikatnya...bukans emua yang indah boleh digapai...dan memang adalah mustahil untuk membuat keputusan yang tidak masuk akal..mencari 30% dan melupai 70%. dalam sepuluh hari mungkin ada 3 hari berduka dan dimasa itulah kita merenung KEJORA...menikmati cahya kasihnya..mungkin kita akan senyum sendiri mengenangi saat manis mengenali bintang kejora ini.

Apa pun hakikatnya kita tidak pernah kurang. dalam kesibuakan seharian..ada waktu yang membantu kita tenang...kita merenung bulan melihat bintang dan menegur KEJORA dilangit..betapa besarnya keagungan Allah itu, dalam ranjau duri masih ada penawar..dalam sukar dan payah ada kemanisan pengalaman....begitulah adanya B
KEBESARAN ALLAH...dan aku tidak ingin berhenti melihat dan mencari BINTANG KEJORAKU.....


Aduhai Bintang KEJORA...indahnya cahayamu!!!!!!

Thursday, April 1, 2010

A date to remember.....


Hari ini 2nd April 2010..pantasnya masa berlalu...semlam 1st April...April fool..satu satunya hari yang sellau ada kelucuan dikalangan adik beradik dan teman teman. tapi April fool tahun ini aku berada dikatil tidak bermaya kesan tidak tidur semlaman. Doktor kata aku stress...mungkin ya...apakan aday ada banyak stress dalam hidup yang tidak mampu kita lari atau hilangkan...dari masa kesemasa adalah baiknya kita beljar untuk rilex dan cope...

Bila aku membelek belek gambar pagi ini...aku terjumpa gambar yang pernah aku ambil di january lepas bila aku terlihat Fayaydh membulatkan kelender 2010 untuk memperingati HARIJADI MAMA. Aku senyum sendirian....hati ibu mana yang tidak gembira melihat ada nilai nilai usaha untuk membuktikan kasih sayangnya pada ibunya. lantas aku teringat untuk mengambil gambarnya. Ya harijadiku jatuh pada 21 April 2010. menjadikan aku seorang TAURIAN...hehe better than Aries!!!. Asalnya aku Aries..ntah banyak cerita disebalik kelhairanku yang aku mals untuk meikirkannya. Aku sentiasa terima seadanya aku.

Aku sudah mengumumkan pada Linda adikku yang aku akan membawa semua mereka ke satu tempat makan yang aku baru jumpa dan memang susah nak cari menua yang tersendiri yang dihidangkan ..standard dan tidak keterllauan MAHALnya...iaitu ICE ROOM. Gathering kami hanya boleh dibuat pada hujung minggu...memandangkan semuanya kerja..dan aku memilih 24 April semata mata memberi laluan kepada majlis kawin adik ZAm pada minggu sebelumnya dan Gathering peers counselor dengan kawan kawan satu group Peers 2nd batch. Malangnya bila aku melihat jadual pulang kerumah Nana...ya masa tu Nana tidak akan turut serta...jadi terlebih awal atau lewat aku kena keluar berdua dengan nana...mungkin ke Cozy Corner...sebelum aku terbang ke LONDON. memang kalau aku ada waktu berdua duan dengan Nana ...sangat menyeronokan...dua dua suka makan..dua dua suka merasai menu baru dari masa kesemasa. Dua dua suka bebrincang pasal pengajaran hidup dan masa depan yang optimistic...SERONOK..anakku itu dewasa mindanya...dan antara kami tidak ada rahsia.

Hari ini aku ditempat kerja. tapi tidak boleh bekerja seserius yang aku inginkan memandangkan aku terpaksa membawa kedua anak lelakiku...mereka tidak kesekolah hari ini..dan aku tidak suka sepanjang hari kerisauan mereka dirumah lebih baik stress dengan mereka depan mata. Kekadang kita tidak ada banyak pilihan yang baik sebaliknya better worst among the most worst..hehe. mereka didepan mata aku memang mengacau pemustan fikiran tetapi hati aku tenang. kerana itulah kerja kerja paper work yang serius terpaksa dilakukan Isnin depan.

Benarlah..dalam suka duka hidup walau bagaimana kelam kabut seklaipun anak anaklah penawar hati dan peneman jiwa. bayangkan orang yang tidak ada anak..bayangkan orang yang kesunyian selamanya tanpa anak. dan bayangkan juga nasib sahabat sahabat yang langsung tidak bersuami hingga sekarang. Bukan saja kesunyian malah tertanya tanya bagaimana rasanra nikmatnya bersuami dan beranak pinak. itulah kuasa Allah...diberinya sesuatu kepada sesiapa yang dikehendakinya dan jika tidak diberikan digantikan dengan keistimewaan yang lain..cuma kita manusia yang sering merasa tidak puas dan selalu saja tamak dan ingin ada segala galanya tanpa terfikir bertapa timpang hidup didunia ini kerana segalanya hanya SEMENTARA....Teruslah mensyukuri apa yanag kita ada... hargai kehadiaran amnah allah setiap masa...janagn berhenti meminta kerana Alalh maha mendengar dan maha pengasih...kasihanilah aku ya Allah..kasihilah aku ya Tuhan...Amin

Tuesday, March 30, 2010

Saling Bantu Membantu..manisnya hidup!!!



Hari ini hari terakhir untuk bulan March 2010. Semalam aku tidur dipejabat ekoran menjayakan program Inspirational talk yang ke6. 5 daripadanya telah berlalu pada tahun 2009. Ini antara siri talk yang sentiasa diadakan buat pelajar pelajar CFS melihat rempah ratus dalam mengharungi hidup untuk memburu kejayaan. Semalam merupakan sessi pertama bagi tahun 2010 yang telah diberikan oleh Dr Firdaus Ujang..seorang Praktis Dr yang juga merupakan anak didik aku dalam kempulan pembimbing rakan sebaya 2004.

Dr Firdaus Ujang pada asalnya adalah client aku. Seorang yang sangat ambitious dan brilliant. sentiasa menghubungi aku sepanjang pembelajarannya untuk bertukar tukar pendapat dan idea. Seorang anak bongsu dari keluarga yang besar yang baru sahaj kehilangan ayanhanda tercinta. Sempat si ayah mengecapi hasil kejayan anaknnya sebgai seorang Doktor muda. Belaiu kini bertugas di hospital serdang..penamppilan gaya dan pertuturannya masih tidak berubah. tiada langsung kesombongan malah penuh sopan. berjaya betul ibubapa dan adik beradiknya membentu dia sebagai seorang yang bernama Dr Firdaus.

Dari perluahan pengalaman penuh ikhlas beliau menyampaikan tajuk yang aku tugakan kepdannya. dare to take Challenge. itulah tajuknya. Sesuai dengan attitude, pekerjaan dan dirinya, presentationnya cukup kemas, menarik dan factual. dari belakang aku bangga melihat perkembangannya..kalaulah anak anak aku begini satu hari nanti...inyaAllah. moga Allah menganugerahkan sebegitu. Diakhir presentationnya ditunjukan gambarnya bersma ibunya merawat kesedihan hati ibu selepas kehilanagn ayahnya dengan berholiday di LONDON. Bukan semua anak anak zaman sekarang seperti Dr Firdaus...aku meujinya dalam hati. dan dikesempatan itu belaiu berkongsi..ibu bapa kita hanya satu didunia dan akhirat. usahalah terlalu gopoh gapah mencari pasangan hidup hingga tiada haluan dan tujuan bila ditimpa kekecewaan. Ambillah masa mengecapi usaha gigih kita bersama insan yang sedari kita kecil berbakti pada kita malah tidak terbayar dengan apa pun yang kita berikan. Itulah ucapan keramatnya yang mengakhiri presentationnya semlam. ya tepat dengan INSPIRATIONAL purpose yang aku gariskan dalam kertas kerja project. Dia membantuku..selepas satu ketika dulu aku membantunya.

Selepas sessi talk, kami berbincang di meja refreshment sebelum pulang. banyak yang aku highlightkan antara pendedahan yang sangat fresh buat para pelajar yang baru masuk university. Inilah pendedahan yang perlu diberikan agar mereka faham apa itu perjuangan yang berbaloi dicari ketika dimenara gading yang akhirnnya menjadi kenagan paling manis seumur hidup. lantas aku berjanji untuk slot adjustment to campus life dalam programme Counseling awareness..dia bakal dipanggil sekali lagi. Pendiriannya terlalu kemas. Bilau berkongsi bagaimana mendahulukan matlamat hidup itu yang perlu diberikan kepada pelajar pelajar baru..dan HIDUP INI UNTUK BERBAKTI...motto ini perlu dibudayakan..diwar warkan.


Aku akan terus memberi laluan kepada Dr muda ini untuk berkembang. malah aku plan dalam diam diam dia akan menjadi mentor anak anakku. dia seorang yang sangat suka kan kanak kanak. tidak sia sia satu ketika dulu aku mendengar tangisnya dan rintihnnya..hari ini belaiu berdiri sebagai seorang yang berjaya dan sangat berwibawa...sanggup turun padang dan mendalami lembah dan lurah. terimaksaih Firdau..semoga umurmu dipanjangkan..usaha usaha mu sampai ke akhirat. kami berucap selmaat malam dan jaga diri sebelum sama sama bersurai lewat malm semalam.


Pssttt..sebenarnya banyak bekas bekas pelajarku..hebat hebat tapi tidak ramai yang mahu tampil membantu tempat yang telah ditinggalkannya. terimakasih Allah dengan rezeki pertemuan ini...sesungguhnya usaha usaha yang dipermudahkan olehmu terlalu indah untuk dikenang. Alhamdulilah.