Wednesday, December 16, 2009

Teman sepermainanku...Yati..



Haryati Mustafa.....nama itu secantik tuannya. Fun loving..sensitif dan amat memahamai erti sebuah persahabatan. kami sama sama membesar...sama sama nakal...sama sama menangis dan ketawa. Sekian lama kami hampir terputus hubungan lataran kesibukan masing masing hinggalah satu ketika yati sekeluarga ke rumah mak menjejaki aku dan anak anak.ya yati sahabatku agak lama tidak kuhubunginya…lantaran beberapa janji yang dibuat masih tidak kesampaian. Semalam ringan tangan ini untuk mendailkan nombornya…terdengar suara riang dan kerinduan menyapa. Sihat..semuanya..Cuma rasaku inilah masa yang sesuai untuk aku berkongsi sekadar melihat persepsi kehidupan dari kacamataku dan kacamata yati. Ya allah…runtun suara berat yang keluar dari mulutnya…beriya dia marahkan aku sehingga hari ini baru berkongsi what friends is for katanya…Kulakukan semua ini kerana menghormati proses dan suasana yang aku lalui…biarlah aku tidak memerlukan anyone untuk sided sesiapa …segalanya telah berakhir …segalanya telah menjadi cerita sempadan yang bagus untuk dikenang …kenangilah sebagai sempadan hidup…benarlah kata orang disebalik kehebatan seseorang ada pengalaman dahsyat yang dilaluinya itulah ucapan sahabat kesayangan ku ini….Syukur ku panjatkan pada Allah Taala kerana aku berjaya melalui saat-saat getir rumahtanggaku…lantaran kami tidak puas di telefon yati mendesakku untuk mengatur pertemuan sabtu ini…ee seronoknya tak sabar nak jumpa yati….Dan sesungguhnya pertemuan ini bakal merapatkan kami kembali...

Will miss you my friend....

Tuesday, December 15, 2009

Satu Sabtu yang ber MAKNA...




Sabtu lalu satu hari yang amat menyeronokan bila bersama anak-anak keluar sambil menyelesaikan pertemuan dengan guru agamanya untuk makluman report peperiksaan pertengahan tahun. Sempat menyingah di Curve Damansara, si adik dua orang sangat beriya untuk mendapatkan Ben Ten, versi terbaru komik kanak-kanak dan si kakak seperti biasa tiada apa yang spesifiknya. Sebagai ibu, aku amat faham apa yang anak perempuanku ini gemari. Kami ada beberapa persamaan antaranya mengunjungi kedai buku dan minum di kafe buku. Setelah membeli kehendak anak lelakiku yang kukira aku amat beruntung hari itu kerana ada gerai barangan korea sepanjang Curve Walk itu…berbaloi..anak tak marah mak pun tak rugi sangat. Ketika asyik meninjau suasana sekeliling yang agak lengang, tambahan pula sudah agak lama tidak berkunjung kesitu wahal jaraknya agak dekat dengan rumahku, tiba-tiba aku tepandang kraf corner sempena hari bapa ….dah hari bapa kita rupanya…aku terus bertanya berapa harga penyertaan dan dapat aku lihat anak perempaunku tersenyum puas..Cuma 10 ringgit termasuk peralatan…berbaloi sangat dan anakku dengan girangnya menyiapkan kerja kraf yang diajar oleh trainer untuk diberikan pada ayahnya…We Love You Dad!

Selepas itu, kami ke kedai buku…agak senang bila ada persamaan melihat beberapa buku self help hatiku terpanggil untuk membeli…bila mengenangkan yang terbaru belum habis baca…sabarlah hati…tetiba anakku melonjak gembira menyebut nama Syeikh Muzzafar…ingatkan tuannya ada kat situ rupanya buku-bukunya…aku pun melihat sepintas lalu dan kukira buku yang merupakan symbol motivasi terbesar dan terhebat itu dijual dengan dua puluh ringgit seperti diberi percuma rasanya..lalu bertambah senyum simpullah anak perempuanku dipeluknya kemas buku yang kubelikan itu. Tak palah Syeikh Muzzafar pun hansome…cari boyfriend hendome macam dia tau usikku pada anakkku…

Kami pulang kepenatan tapi puas, ada pengisian dalam kos yang tidak seberapa…a short family trip…having fun together during the weekend for our quality time..itu sebenarnya kepuasan bersama. Sambil berehat menonton tv, aku capai buku yang kubelikan buat anakku itu…Angaksawan Negara…zamanku telah lama berlalu untuk tergila-gilakan muka kacak angsawan ini…sepintas lalu aku meneliti isi dalam buku tersebut rupa-rupa nya buku itu bukan sekadar buku motivasi dan maklumat angkasa tapi padaku buku ini ialah sebuah buku yang membuktikan nilai sebuah kasih sayang, kasih sayang ibu bapa hingga ke kasih sayang adik beradik yang utuh…lihatlah dunia dengan kasih sayang kita mampu mengapai bintang…manusia mampu menjadi individu yang maksima potensi dirinya. Tanpa kusedari air mataku mengalir laju…kehairanan suamiku melihat aku tanpa sengaja menangis….tersentuh hati ku dengan buku ini….kagumnya aku dengan keakraban dan penyatuan mereka….Untuk Ajil adik Amus…semoga rohmu dicucuri rahmat…untuk Amus…aku bangga anakku meminati kredibiliti dirimu dalam diam rupannya. Janjiku diam-diam di dalam hati ini aku ingin mengunjungi restaurant rebun untuk menjejaki Syeikh Muszafar untuk anakku satu hari nanti.

Monday, December 14, 2009

Nikmat air tanagan Ibu




Menjadi ibu dizaman yang serba moden ini memang banyak cabarannya, apa lagi kalau kita sebagai ibu yang berkerja. Kemelut masa, ekonomi semasa, emosi dan kesihatan kekadang datang serentak menerjah ke fikiran lalu menghasilkan sebuah keluhan yang panjang. Pulang kerja penuh keletihan membuatkan kita memikirkan cara yang sangat mudah bagaimana nak mengisi perut seisi keluarga…apalagi beli saja lah!. Hari pertama ..hari kedua…masuk hari ketiga serasa ada sesuatu yang tidak kena walau pun kita agak menang dari segi masa. Kelihatan anak-anak tidak menikmati, terasa ada sesuatu yang tertinggal untuk kita lakukan pada mereka…jika di bandingkan reaksi wajah mereka ketika menikmati hidangan dari air tangan kita sendiri…jelas kelihatan mereka akan menambah nasi beberapa kali, suatu suasana tenang dan kaih terasa bila melihat mereka makan dengan penuh nikmat. Dan tidur mereka selepas menyelesaikan kerja rumah mereka pun lebih lena. Masa berlalu, ruang untuk menikmati sebernarnya terlalu singkat…inilah saat saat yang satu ketika nanti akan mereka rindui. Kerana ingin mencapai sebuah kepuasan bersama satu agenda makan bersama hidangan hasil air tangan ibu itu satu kemestian. Walau dalam seribu sukar…jadikanlah ia sebahagian dari terapi stress setelah pulang bekerja ada sesuatu yang kita kejar untuk dihidangkan kepada anak-anak dan suami sebagai tanda kasih kepada mereka. Dengan keikhlasan itu, air tangan kita semakin menjadi, penyatuan kasih saying kita semakin bererti. Tidak hairanlah hari ini adik-adik saya tidak pernah jemu pulang ke rumah kerana ibu saya sangat bijaksana mengikat mereka dengan ikatan kasih dari air tangannya semenjak kami kecil dahulu.


KEKALKAN KASIH SAYANG SEJATI MELALUI AIR TANGAN KITA SEBAGAI IBU....IBU KAU RATU HATIKU....