Thursday, December 3, 2009

Menapak waktu waktu Gerhana.....



Sesekali melayani kebosanan dengan mentonton movie di Astro terasa satu kepuasan. Kebetulan pula cerita yg disajikan berkisar kasih sayang dan kekeluargaan, semuanya bertemakan cinta dan kasih sayang yang berpenghujun dengan happy ending. Melayan plot cerita yang penuh sentuhan emosi, hati ini terasa betapa kasih sayang itu amat berharga. Ada duka , ada suka dalam setiap paparan dan peranan watak yg ditonjolkan. Melihat kesungguhan pasangan suami isteri membaiki hubungan, menilai asa tercetusnya sebuah konflik hubungan, meninjau pandanagan dan perasaan watak yang kehilangan cinta, semuanya tidak lari dari kehidupan harian kita sendiri. Banyak terselit idea-idea menarik bagi membaiki hubungan, tak kurang juga nilai pengorbanan dan risiko yang menjadi pilihan.

Satu ketika dulu, aksi dan pearsaan itu pernah dirasakan. Terasa sungguh bertuah badan,
dimanjai, ditatang …dan kini segalanya terasa sunyi sepi, yang ada dengusan dan keluhan menahan tekanan yang melanda. Kawan pernah berpesan dalam hidup ini kita tak ada banyak pilihan, sahabat juga pernah mengingatkan kita perlu berkorban untuk terus hidup dan hidup itu sendiri adalah perjuangan,saudara mara pernah membisikan bahagia boleh dicipta untuk kita dan kita yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menentukan kebahgiaaan itu dan yang sentiasa kekal dihati peasanan kedua ibubapa sendiri setiap hari dalam hidup adalah kenangan ianya boleh jadi pahit dan manis. Anak-anak masih kecil walau mereka tidak tahu berpesan tapi cukup memfirasatkan bahgiakanlah kami dgn keamanan dan ketenangan.

Betapa berat mata memandang, tidak sama bahu yang memikul, betapa simpati diberikan orang tidak sama jerihnya menangung luka didalam. Dulu kita mampu ketawa bersama, senyum berdua dan mata saling pandang dan menjeling, setiap kata-kata adalah halwa,manis bersambut, setiap gerak geri diperhati penuh minat ,sejam berjauhan pelukan makin erat ,tapi sekarang jauh semakin sayup rasanya…keluar berdua seolah-olah berseorangan, ada dirumah seperti berpergian, kata tak bersambut..pendapat sering bercanggah…kekadang hati lebih senang tidak berdekatan untuk mengosongkan fikiran dari beban yang berpanjangan. Mungkin inilah yang dikatakan waktu gerhana dalam perhubungan.

Puisi: Menyusuri jalan Pulang....


MENYUSURI JALAN PULANG

13 OCT 2009

Sunyi dan sepi sekelilingku
Bagai terdampar di sebuah pusara
Sebelum ajal sendiri tiba
Manisnya masa lalu yg semakin aku tinggalkan
Tiba tiba keriangan itu seakan hilang
Nyalaan kasihmu seakan terpadam

Bisakah aku terus menunggu dan terus menunggu
Bisakah aku sepenuhnya percayai alasanmu
Berulit memori indah seketeika dulu
Sambil terus dilamun sendirian
Sedang dirimu entah di mana

Aku tidak mahu kehilanganmu
Aku tidak mahu terus meraba kewujudanmu
Aku tidak mahu terus mejeruk rasa pilu
Lantaran ketiadaanmu disisiku
Seperti selalu..sayang

Apakah setakat ini sahaja rezeki pertemuan kita
Kehadiranmu sekadar merawat sedikit luka yg parah
Dan kau biarkannya sembuh sendiri bersama sepi
Aku tidak mampu meminta apa apa lagi
Selain terus mebawa dan menjaga sekeping hati ini
Hati sepi ini mungkin tiada siapa yg mahu menghuni
Biarlah aku sendiri..merawat luka dan mejaga hati
Hati ini terlalu suci mungkin bukan manusia yg layak dihuni
Tetapi Alla hu rabbi..kekasih hati yg abadi
Semoga aku insan terpilih
Untuk menemui bahagia yg hakiki
Aku percaya kehebatanmu Ya Allah
Diri ini sentiasa diawasi…
Alhamdulilah Sujudku akan terus abadi
Kerana aku mensyukuri nikmat dan ujianmu
Semuanya sudah tertulis sejak azali


Dengan izinmu pertemuan ini
Dengan izinmu tercipta perasaan ini
Mohonku dengan izinmu bebaskan aku dari RINDU ini
Aku ingin PULANG
Untuk terus MERINDUIMU tuhanku……..

Wednesday, December 2, 2009

Terluka, Melukai dan Dilukai....


Semalaman terllau sukar untuk aku melelapkan mata ini. Puas kupujuk hati terimalah hakikat, tiada manusia sempurna, bukan semua persoalan hidup boleh diselesai dengan segera. namun mata ini tersu kekerasan serta leher dan bahu kekejangan, sakit. Aku tahu inilah kesan stress yang berlaku pada tubuh badanku walau aku cuba menangkisnya sedaya upaya. Kupujuk mata aku bayangkan air terjun, deruan ombak, bunyi burung, segala yang berkait dengan Alam dan tiba tiba aku terdengar bunyi jam sudah pagi rupanya. Kitanya berhasil process pembayanganku. Alhamdulilah.

Hujan renyai pagi khamis ini, Alhamdulilah aku sihat dari hari hari sebelumnya tapi jalan raya agak sesak dan aku pasti terlambat sampai kepejabat. Aku cuba mengsongkan hati dan fikiran yang aku ingat cub aingat aku ada kesibukan dan Dave pun sangat sibuk minggu ini.hehe..dalam hati ketawa kecil mengenangkan perbualan telefon 2 malam lepas. Sekurang kurangnya kami cuba mencipta bahagia diruangan yang terlalu terhad.

Aku terkenangkan beberapa perkara sambil meyiapkan kerja kerja awal pagi ini. Aku teringat apa yang aku fikir semalam, antara terluka, melukai dan dilukai. Aku sekarang sangat terluka dan dilukai mungkin aku tidak menyedari aku juga da melukai. Aku amat hargai kehadiran kawan walau siapa pun mereka. siapalah aku untuk melebelkan manusia jauh seklai untuk meghukum mereka. tapi sahabat yang datang dalam hidup ini yang banyak membawa kebahagiaan amat mengharukan hatiku. Trellau sukar untuk aku berterimakasih dengan penghargaan itu.Tidak kurang jugak sahabat yang aku sendiri tidak pasti adakah ini sahabat sejati atau seorang kawan yang sedang menggunakan aku. Ada apa pada diriku untuk digunakan aku terasa tiada apa yang memangil mereka untuk menggunakan aku.

Namun ada waktunya aku amat keliru, jalan yang jelas terbentang luas kenapa jalan yang membawa issue menjadi pilihan seseorang. Kenapa ada manusia suka menimbulkan syak wasangka orang lain pada kawan baiknya sendiri.Binggung aku dibuatnya. Aku tidak mahir untuk mebaca teori dengki khianat kerana plot theori itu tidak pernah menjadi panduan hidup aku. Sebaliknya sebagai seorang kawan baik aku amat terluka. Terasa diri diperbodohkan. Terasa diri terlalu naif dan boleh dihin adan di pijak oleh orang lain. Aku sedang menahan hati terteakn dan jiwa terluka dengan perbuatan seorang sahabat yang aku anggap seperti kakak sendiri. Mungkin ini ynag sepatutnya aku terima sepadan dengan kesilapan aku selama ini. atau aku seorang yang sangat naif dan tiada ketegasan.
Memang banyak sahabat yang membawa kenangan manis, tetapi sahabat yang mendatangkan racun juga terkadang boleh mebuatkan kita terduduk dek sikap dan caranya yang kita sendiri tidak faham sengaja atau buta menafsir kesan sebaliknya.

Betullah kata orang, manisnya madu boleh mejadi racun kalu tersilap aduan. manisnya sesuatu bukanlah tafsiran sebuah hakikat seorang insan. Aku tidak mengharap apa apa yang aku tidak perlukan. Kalau sekadar kepura puraan silalah berundur dari hidup ku. Biarkan aku sendirian. hadirmu selama ini bukan aku undang tetapi sekadar megambil hatis esama teman walau akhirnya hati ini rupanya menjadi bahan tikaman belati tajam penuh kejam dan tiada peri ihsan setiakawan yang sepatutnya.

Kita hanya mampu SUJUD...biar manusia buat apa saja asal Allah masih menerima kita walau seburuk mana pun hamba ciptaannya ini.