Wednesday, April 28, 2010

Meniti Pelangi!!!!!


Minggu ini memang minggu yang paling BUSY!!! kesibukan yang semkain bertambah dengan tempoh masa yang semakin singakt bagai dikejar MAUT. banyak perkara dalam seharian terpaksa ditinggalkan, kepala sendiri pun tidak tentu arah...happy ada..risau ada..sedih pun ada. Ada lagi 4 perkara didalams enarai peribadi untuk dilangsaikan..dan ada 3 perkara pejabat dalam masa dua hari berkerja dan ada banyak perkara urusan rumah untuk 3 malam. mungkin kalau hati kata mesti SIAPKAN...sebelaum pagi hari sabtu. hari keberangkatanku ke LONDON

Satu masa dulu hasrat untuk ke London ini sepenuh hati kerana hati sangat TERLUKA dan TERTEKAN. masa tu pertengah ke akhir 2009. Menjelang february 2010 terasa masa cepat berlalu dalam debaran...ohhh takutnya menempuh habis April. setiap malam kurenung wajah anak anak terutama Harraz yang hampir setiap malam tidur denganku. pelukannya tidak pernah longgar apalagi bila kesejukan penghawa dingin dibilik.

Hajat mesti diteruskan ...memang banyak menafaatnya apalagi suamiku Sani tidak pernah menghalang selagi aku bahagia malah duit, camera , shopping pakaian dibuatnya bagi memnuhi keinginanku..dia juga tumpang bangga dan mengirim barang kegemarannya. yang pasti aku pergi dengan RINDU...rindu pada kasih sayang yang aku tinggalkan.kasihsayang suami dan anak anak yang hidup denganku saban hari. Bukan senang untuk berhubung melalui telefon dan internet. Mungkin perpisahan ini akan mengajar kami semua erti keperluan kami antara satu sama lain dan penyatu kukuh kami kembali.

Buat hubby akan aku tinggalkan sekeping SURAT yang sarat dengan BICARA HATI..aku hargai perubahannya..aku hargai kekuatannya aku hargai ketengana dan kesabarannya. Sekarang dia memperlihatkan padaku dia sanggup berkorban asalkan aku bahagia dengan apa yang aku ingin capai dalam kehidupan ini.

Sepanjng disana aku ingi terus menulis. manulis bahasa jiwa yang tidak pernah padam denagn HARAPAN. Jiawa yang ingin terus menyumbang walau sekecil ayat. Aku ingin menegnali sebanayk mana kawan baru. Ingin melihat corak pemikiran mereka. ingin berkongsi cerita dan ketawa dengan sepupu dan kawan kawanku. Aku sangat percaya Allah sedang menyediakan sesuatu buatku...sesuatu yang ISTIMEWA dari Allah...

hari ini adalah hari terakhir aku dengan para pelajar sebelum mereka menghadapi peperiksaan dan bercuti. sebagai tanda terimakasih aku pada mereka, kami akan berkumpul untuk minum petang di ICE ROOM cafe Nilai. tanpa mereka siapalah aku dan kerja kerjaku.

Malam ini akan bermulalah operasi mengemas rumah. pakaian anak anak perlu disediakan. Menulis setiap peringatan buat along tanpal dibilik along. Along akan mengambil tugas aku sebgai ibu dipagi hari buat anak anakku. Kerja mengejutkan mereka dari tidur akan menjadi kerja along...aku juga akan mengingatkan suamiku
akan tugasan sepanjang ketiadaanku.

Aku kini terlalu MAHIR mengorak jalan jalan bahagia dalam ruangan yang dipanggil peluang dan peluang ini datang hanya setelah TSUNAMI dan Taufan melanda sepanjang perkahwinanku...benarlah bila kita mengecapi bahagia itu kita seakan merasa bodohnya kita meratap dan menagis satu ketika dulu kerana disebalik kegelapan cuaca hujan dan panas rupanya ada sebuah PELANGI yang INDAH!!!!

Monday, April 26, 2010

Berbakti selagi bernyawa!!!!!


Hampir seminggu berlalu...hampir akhiran bulan April...keadaan baik dirumah mau pun dipejabat ..tersangat SIBUK..segalanya berkejar..itu pun terpaksa dibiarkan permintaan hati untuk menyelesaikan kerja kerja rumah. semoga hari ini berpeluang..dan bertenaga untuk melakukannya. terasa rindu untuk melkarakan apa yang ada diminda skearang disini.

Semalam sempat habiskan 3 bab buku cafe david..abaout friendshi and the inclination with social type person. satu hari will email david..agree in many things with his book..and will try to meet him for 2 hours coffee and chat...banyak kebenaran dalam penulisan david tentang friendship dan apa yang aku lalui secara personal dengan friendship. memandu keerta datang ke pejabat hari ini pun aku teringat ingat kata akta dibuku david....Ya nun disudut hati aku tidak ingi kehlangan KAWAN..sama sekali TIDAK!!! kini yang paling ketara aku kehilangan 2 orang kwn hampir 3. Seorang sedang perjalanan berpatah balik ke arah friendship kami tapi biasalah bila kelukaan telah terjadi jarang persahabatn kemabli pulih melainkan benar benar ikhlas. Hamir terburai airmataku menegnagkan 2 sahabat yang terlalu BAIK dan RAPAt kini bagaikan tidak pernah bersua...tidak pernah hadir dalam hidup masing masing. Entahlah...nun disusut hati aku..sebesar mana pun kesilapan mereka telah aku MAAFKAN...tapi kita tidak mampu merubah orang dan keegoannya. Berani aku katakan 3 sahabat ini adalah sama characternya!!!!.

Sebelum memulakan tugas, seperti biasa kerja kerja mengemas kini email. Fa sahabat yang tidak pernah berpeluang mendekati aku semasa sama sama diUIA dulu kini beriya iya ingin menemui aku dan sempat mengirim sesuatu untuk anaknya dari Malaysia..Fa kini berada di LUTON UK. Aku senyum membaca email Fa...Akan aku dapatkan kirimannya itu apalagi berkenaan hajat murni keibuannya untuk menyempurnakan solat si ANAK!!!.

Lintang pukan aku berdepan dengan kerja hari ini bila PAk Mie..gelaranku pada encik Suhaimi yang rakan satu kelab kaki tangan denganku meinta aku faxkan report yang disediakan semlm. Sekali harung ke LTD aku meyiapkan Inspirational talk report dan collect kerja dgn Zul keraniku. Selesai!!! Alhamdulilah. Selera memberi signal pada otak...sedapnya makan nasi...ada cairan liur dilidah...di masa yangs ama ternampak nampak sea food...ahhhh aku memang sea food lover!!! tapi kesihatan perlu dijaga sebelum terlalu terlewat...sebelum keluar makan..aku sempat membelek kiriman foto foto linda di facebook. Ahad lepas Mak telah membuka hati aku untuk membelanjakan makan malam di Qulity hotel untuk seisi rumah dan adik beradik. Memang kerana mak...mak telah menyatukan balik kami...aku sebenarnya melayan rasa MERAJUk..aku merajuk dengan adik beradikku dalam diam diam....aku tidak akan mengomel..tetapi CUKUP meletakkan jauh jauh segala uasaha kebiakan yang selama ini treadisi aku menjelang hari lahirku...kekadang hati ini maat TERLUKA bila mendenagr sesuatu yang terlalu kecil untuk diperbesarkan di cakapkan dibelakang kita. namun kedatangan MAk hujung minggu ini telah membolos benteng kedegilan dan rajuk aku. melihat muka mak aku tau hati ibunya sebagai mana hati aku ingin melihat anak anakku damai bersahabat. Maafkan aku mak!!! dan malam itu, kami makan dengan penuh gembira...mak duduk di meja Chairman...hehe..puas tenguk mak makan...kalau bukan kerana GOSIP ADIK BERADIK..aku tidak MERAJUK..kalau bukan kerana RAJUK aku...mungkin dinner kami telah langsai ditempat BIASA...dek kerana RAJUK lah...akhirnya takdir mengatakan kami akan bersatu kerana musibah dan penyatuan yang lebih IKHLAS membuka banyak ruang rezeki buat semua.

Sesungguhnya dalam hidup ada pelabagai LIKU..disetiap LIKU yang ditempuh tersembunyi HIKMAH dan NIKMAT...kita perlu bersabar menempuhnya...segalanya menjadi kenagan yang paling manis untuk dikenang satu hari nanti.

Aku ingin terus BERBAKTI SELAGI BERNYAWA!!!!

Friday, April 16, 2010

...Alahai..NASIB BAIK BETUL!!!


Friday kali ini sekali lagi aku terpaksa memenuhi permintaan hubby untuk tolong mengambil anak di Asrama. memang aku agak liat dengan kerja itu..kerana perjalanan dari pejabat ke sekolah nana pergi dan balik padaku teramat JAUH..dan berbahaya. Kali ini aku terasa untuk megajak salah seorang pelajarku yang tinggal sekitar Shah Alam menemaniku sekurang kurangnya hilang rasa mengantuk ditengari yang panas terik itu.

Kami memulakan perjalanan tepat 12.30 tengahhari dari kampus Nilai. Dia ingin mengajarku jalan yang lagi dekat, Nilai ke shah Alam exit Setia Alam masuk kelang sentral melalui Meru dan kapar...ya memang dia muda tapi dia ada pengalaman tersendiri melaui perjalanan ini..TERASA sanagt jauh lebih dekat dan pantas..apalagi antara kami tidak kering idea perbualan pada pelbagai isu. Tepat 2.30pm..sampai disekolah nana dan terus memulakan perjalanan balik ke Shah alam. Ada sesuatu yang tidak kena..kereta ku terasa agak berat..dan air condnya sedikit panas..dalam hati berkata..dah tiba masanya aircond ni nak berganti ku!!..kami teruskan perjalanan dan berhenti makan kerana terlalu lapar di Nasi Lemak kapar!! sedap makanan kat situ aku pasti datang lagi untuk menikmati rojak sayurannya...powerrr..

lebih 10 5 minit bergerak, tiba tiba hujan turun. dan kelihatan air hujan menimpa keretaku di bahagian depan dan keretaku berasap lebih dari biasa..ehhh kenapa ni!! lantas mata aku mengerling pada temperature kereta..masya Allah..hampir 130 darjah meter temperature itu..injin keretaku tersangat panas..lantas dalam keadaan aku cuba mengawal perasaan panik yang datang, aku memberi signal ketepi...dan mematikan injin lantas terus menelefon suamiku. Dia kebingungan..cuma minta aku tunggu dia habis bertugas..mana boleh tunggu..kena bertindaks ekarang..lantas aku terus menelefon Awwai..mechanickegemaranku dari kota Damansara..bila bercerita dgn Awwai terus awwai mebritahuku yang kereta itu perlu ditunda ke Bengkel...bahaya katanya dan awwai terus menghubungi kuru tunda. Selesai masalah...

Bila suamiku sampai dari bertugas, kereta sudah dibawa juru tunda ke bengkel dan mengikut perjanjian aku dan Awwai..besok kereta ini boleh disiapkan. Kami pulang bersama setelah menhantar pelajarku ke seksyen 7 shah Alam...sempatlah aku sampai kerumah sebelum lewat malam menikmati makan malam diluar bersama sama...

sesungguhnya aku merasa amat bertuah dan bersyukur...ada masalah yang berlaku TAPI belum terlambat untuk membetulkan SUASANA sebaiknya...semua orang mengalami masalah sebegini tapi Alhamdulilah aku diberikan gerak hati yang kaut..tearsa ingin mengajak pelajarku bersama...pantas bertindak menghubungi Awwai...begitulah hidup..kita sanagt memerlukan kehadiran INSAN lain...mereka sebenarnya sebahagian hidup kita bagi menambah lagi warna warna kehidupan...masih belum terlewat untuk aku ucapakan TERIMAKASIH buat muridku ABU ZAR!!!! kenangan kereta berasap akan kita ingat sampai bila bila....

Wednesday, April 14, 2010

...Uniknya manusia...


Pagi ini...arghhhhh aku memanjakan diri sengaja memilih untuk menuju lewat ke pejabat. sengaja memilih untuk berihat dan meniki bas 9 pagi dari petaling jaya kampus. Semalam aku tidur terlalu lewat dan pagi ini bergegas menyiapkan keperluan sekolah anak anak. tapi sambung berbaring dan terlelap lagi sehingga pukul 8 pagi. semalaman sebelum menghabiskan masa di PC..aku dan along hanging di kopitiam..aku memesan orange yogurt dan blueberry ice cream. Makanan ini adalah keperluan mindaku...aku ingin menyegarkan kembali mindaku.

Lewat petang semalam, ada yang terlalu terdesak untuk menemuiku...lontaran suarnya jelas kelihatan ada tekanan yang SARAT. Apakan daya waktu pejabatnya sama habis dengan waktu pejabatku..lalu aku memberi RUANG kepadanya untuk menemuiku di hentian serdang. Pertemuan kami bermula 5.30petang. Seperti biasa aku gembira untuk menerima kes...pelbagai kes..dan kerana itu akus anggup mengenepikan waktu privacy aku...pertama kerana konsep menolong ...kedua kerana aku minat untuk mendapat kes kes yang padaku sentiasa ada kelainannya.

Benarlah manusia..rambut sama hitam hati lain lain. perasaan diproses minda yang berbeza. hampir 2 jam aku duduk bersama bekas pelajarku itu yang kini sudah menjawat jawatan yang cukup istimewa. perbincangan terbuka..dan aku meberi penumpuan pendengaran, penumuan kehadiran self positive tanpa judgemnetal aku sepenuhnya...dan kami berkomunikasi penuh mutual dan respectful...TERNYATA..kesnya agak BERAT...kes nya telah membuat aku tidak mampu switch off...bukan kerana ada unsur unsur peribadi sebagai bekas pelajar...semua pelajar dan bekas pelajar aku sayangi mereka..tapi kerana dalam hati aku menangis perlahan lahan....aku mesti bersama selama mana dia mahukan aku sebagai pakar rujuknya untuk membawa dia KEMBALI ke landasan yang BETUL. dia bukan tersesat...tapi ada element elemnt yang bakal menyesatkan dan dia selesa dengan element tersebut...

Bukan salah ibu mengandung...bukan juga salah bapa mendidik. Aku juga tidak mahu meletakakan takdir Alalh itu terlalu berat ditempat yang tidak sempurna..Allah sentiasa sempurna dan menyempurnakan. Tetapi aku melihat rumusan faktor cara dibesarkan....kekuatan minda seseorang..kekosongan dalaman ...ini yang medorong ada bisiskan negatif dalam perilaku manusia. memang manusia boleh melencong dari sempurna...tapi MAnusia TIdak pernah terlambat...NEVER TOO LATE!!! Aku menyaksikan...bukanlah profession seseorang menentukan baik budruk seseorang..tapi HATI...kena;li lah hati yang sentiasa berkomunikasi dengan akal...dan Iman menjadi landasan...hati ini lah yang akan menemui ketenagan..hati inilah yang akan menjaga kebajikan roh dan jasad.

Kiranya semalam baru pertemuan pembukaan. Akan ada seterusnya susulan dari masa kesemasa..Aku tidak akan jemu..aku tidak akan MENOLAK..aku akan terus meneroka..kenapa dan mengapa...memahami setting mindanya..hingga terhasil pembentukan emosi dan behaviour sedemikian...Sayang hamba Allah yang sempurna jasadnya ini...ada rupa paras...ada kebijaksanaan..tapi PART yang satu ini...Dia memerlukan orang lain untuk membantunya MENGENDALI......

Ya Alalh bantulah aku untuk MEMBANTU dirinya...hamba mu yang seagama denganku!!! leader pada masyarakat....semoga segalanay berjalan dengan lancar dan semoga pertemuan ini TIDAK PERNAH TERLAMBAT!!!!

Tuesday, April 13, 2010

VIMALA yang HEBAT.....


Semalam ada rasa berat untuk aku meneruskan perjalanan ke office NILAI. lalu aku terfikir untuk menemui Dr Subash atas dasar kesihatan. Doktor mesti memahami kesan ubat ubatan yang aku ambil pada paginya...cuaca yang panas bertambah menyumbang kepada kesihatan yang buruk kalau tidak cukup rehat mungkin boleh bertambah teruk. Doktor subash membrikan aku 3 jam time slip...thank you doktor!!!

Memang aku kira aku ingin berehat. tapi dalam perjalanan pulang aku terlihat SPA llau aku teringin mencuba servisnya. samatelahan pula sekian lama aku tidak memanjakan diri selruh badan sambil menenangkan fikiran. Di Spa yang agak istimewa itu aku berkenalan dengan pemilinya VIMALA. Vi berbangsa India..dari perwatakannya aku terlihat profesionnya...ya tidak terkejut dia datang dari psychology back ground people. dia bekas kaunselor sekolah. orangnya tegas..educated..peramah...terasa luas attending dan penerimaan. kami berbual tentang hidup sebelum aku memulakan treatment. Aku memilih untuk mecuba BAli massage,Milk and seaweed exfoliating dan steam bath..semuanya satu package RM130.00..pada akus angat cheap almost 3 jam.

Aku kagum dengan VI lantas kami berkenalan dan aku mengambil nombor telefonnya. Vi sempat ebrkongsi ceritanya yang dua kali hampr mematikan diri kerana give up dengan marriage. dia berkahwin seawal 17 tahun secara paksaan oleh ibunya. dan suami yang dia dapat seorang yang berhati BINATANG. 5 tahun seakan 50 tahun semakin haris emakin panas bagai NERAKA..dalam seribu sukar akhirnya Vi berjaya keluar dari gengaman kekejaman suaminya dan bertatih semula membina kehidupan dan tidak berkahwin sehingga kini. dia masuk universiti menjadi guru dan membina kekayaan demi anak dan anak anak saudaranya. pengalaman pahit masa lalunya menjadi titik tolak kepada kejayaan nya hari ini...aku cukup bangga melihat insan insan sebegini....Dalam jiwanya ada strong postive struggle...dan akhirnya dia mampu mengecap kebahgiaan bersama satu satunya anak lelakinya.

walau siapa pun manusia itu....tidaks alah kita mendenagr...tidaks alah kita berbuat baik..tidaks alah kita mepelajari sesuatu darinya terutama pengalaman hidup. Apa yang aku lihat bersama Vi ialah setting minda yang kuat selepas TEKANAN hidup boleh menukar problem to oppourtunity...

Aku berjanji akan terus mengujungi SPAnya dan membawa kawan kawan yang senasib denganku dan dengannya untuk menjadi sekolompok support group!!! terimakasih Vi..for such a good friendship offer...Will visit you again in the future!!!!

Sebagaimana ramai dikeliling kita org org yang bisa menyakitkan hati..begitulah ramainya juga orang orang yang mendamaikan rasa....janagan BERPUTUS ASA dengan manusia..kerana Allah tidak pernah MENGECEWAKAN KITA!!!!

Monday, April 12, 2010

Aku sebenarnya BERTUAH....


Pagi selasa ini aku agak liat bangaun tidur kesan selesma dan sesak nafas akibat pemanasan global yang hebat semalam. Nasib baik dalam kepala aku...ohh ada meeting di PJ office..tak perlulah terlalu bergegas ..dan meeting bermula 9.30am. Masih banyak masa ...aku plan untuk breakfast dan makan ubat sebelum meeting bermula.

Suara hatiku tidak pernah berdusta, suara hati seakan memujuk usah risau dengan message peringatan Bos pada report kedatanagnku itu...Bos aku boleh terima bila aku meberitahu kebenarannya...memang benar seklai...Semalam telefon tertinggal so segala pesanan bos dirumah baruulah aku membacanya....

Sarapan pagi yang sederhana dengan syarifah Hafilah...dua biji Murtabak kecil, Air mineral dan nescafe tarik kurang manis..cukup menceriakan aku untuk meulakan meeting dengan bos dan aku bersedia walau apa pun kritikan bos pada aku asalkan segalanya BENAr dan perlu diperbaiki. Bergegas menuju ke bilik meeting ditemani MDm Norliza Abu zaharin..ada beberapa perkara yang disebut mdm Norliza..patutlah dia berbuat baik dengan aku...dia tahu cerita sebenar...sekali lagi...jangan TAKUT kalau kita jujur dan ikhlas...thanks kka liza for such a great support...I will be in a quality circle in the office.

Meeting bermula tepat 9.30 pagi setelah aku sempat warming up berbual dengan Bosku...Mdm Khairani...seorang bos yang tidak terlalu TUA tapi matured dan memahami. Meeting berjalan dengan Lancar dan aku gembira dengan persepakatan dan assignment Baru...Bos juga sempat berbincang tentang kes aku yang diambil beratnya..aku tahu dia melihat potensi dan semangat aku...dan dimasa yang sama dia seorang yang sangat memahami apa yang aku lalui...UNTUNG sebenarnya dikelilingi oleh orang orang psychology yang tidak PSYCHO...hehe.

Aku berjanji akan berkerja dengan tekun...akn merujuk ..akan membuatnya sebagai kwn baik..akan menghormati prinsipnya..dan mengadaptasi prinsip matangnya..terutama dalam usul yang perlu berhati hati...dia meinta aku berhati hati dengan orang tertentu...secara tidak langsung dia PEMBIMBING yang baik untuk orang lurus seperti aku. Kak Ani tidak pernah membuat keputusan yang NEGATIF dari segala segi...kalau agak sukar sesuatu perkara..dia akan menggunakan perkataan kita buat BERSAMA..kalau sukar cerita peribadi..dia akan memberi encouragement yang mengandungi perkataan..perlahan lahan za..janji ada hala tuju yang baik.

Selepas meeting aku bergegas balik untuk menemui anak anakku yang tidak sempat kesekolah hari ini untuk makan tengahri. dalam kereta..hati aku minta untuk berdoa khas buat MDM KHAIRANI..ya Alalh kau sejahterkanalah wanita ini..sihatkan tubuh badannya...peliharalah dia..kerana ku masih ingin lebih lama bernaung dibawah pemerhatiannya sebagai KETUA...Amin.

Kita akan terus bersama BERJUANG dengan cara kita kak ani...I will work hard and smart from time to time...promise you!!!!

Aku sebenarnya AMAT BERTUAH...syukurilah lah rezeki sebegini...Alhamdulilah

Sunday, April 11, 2010

Satu lagi tingkap terbuka...indahnya cahaya..


Sabtu minggu kedua April, tidak terduga menjadi sabtu yang paling sibuk dan aku hampir tercungap cungap keletihan. NAsib baiklah bantuan nutrition dan vitamin banyak membantu ketahanan tenaga dan minda aku...tapi menjelang tengahari aku terpaksa menelan 2 jenis ubat untuk BERTAHAN...selepas setengah jam barulah aku bergegas menyambung tugas membeli barangan untuk dimasak dan PUAs aku melihat semua adik beradik dan mak makan dengan selera sekali dengan masakan simple tapi SEDAP yang aku usahakan dngan MAK.

Mak bersiap untuk menuju kestation bas dengan Acik dan aku bersiap untuk menemui sahabat lama di AMCORP MALL. HAri sabtu sekarang bukan macam dulu...jalan raya tiada bezanya dengan hari hari kerja...sesak memanjang. NAmun ini semua bukanlah alsan pada aku untuk terus stay dirumah sedang aku SERONOK bertemu kawan kawan terutama kawan kawan lama. hampir setengah jam perjalanan dalam kesesakan akhirnya aku sampai dan terkial kial mencari parking.Nasib baiklah ada rezeki parking dan aku turun bergegas menambah top up telefon untuk menelefon sahabatku...akhirnya aku menunggu ditepi gerai gerai didepan ...bebrapa minit..terasa bahu ditepuk seseorang ...lantas aku berpaling...melihat raut wajah sahabatky..Ya Allah CAntiknya dia sekarang...terus kami berpelukan...berjalan beriringaan berpelukan dan kami sama sama menuju ke Tempat makan.... MAsih CAnti seperti dulu..kecil molek..shopistikated..bermata lembut dan memang masih ayu jelita...itulahs ahabatku Mai...

Kami duduk..memesan makanan dan bertanya khabar. Betapa seronoknya berjumpa kawan yang hampir 15 tahun tidak bersua..walau dulu kami tidak berpeluang menjadis ahabat baik...kini selepas hampir 5 jam bercerita..situasi kami seakan sama...kami ada chemistry yang kuat..pencarian..perjuangan ..persepsi...sealiran. Dia membuka satu lagi tingkap jauhari panadanganku pada kehidupan. Memang apa yang kita laami hanya kita yang tahu...kita yang merasa peritnya..kerana itulah orang lain tidak layak menghukum. Sebelum aku bertemua dia..memang aku tahu dia wanita yang HEBAt..berkerjaya mantap..tidak hairanlah kerana dia datang dari sekumpulan pelajar yang belajar seakan menghadap MAUT..hehe..tetapi lihatlah dunia..DUGAAN yang diharunginya bukan kecil... hakikatnya terlalu PAHIT unntuk diterima..tanpa kusedar airmataku mengalir laju melihat pengorbanan dan kesungguhannya dalam apa yang dia lalui. Dia juga mendengus mendengar cerita cerita perjuanganku.

Aku merasa tidak puas tanpa membawanya ke ONE UTAMA. Dan dia belanja minum petang kami..kini biarlah giliranku membelanjakannya Makan malam. Aku memilih Johnny Steam Boat..kerana kami sama sama tidak mengemari makanan berat. sambila makan kamis ambung bercerita..dia terpegun dengan pasarana BANDAR UTAMA ..sekitar tempat tinggal aku. hampir semua pesana kami makan..dan dia memuji kesedapan steam boat disitu...inilah kenagan pertemuan kita untuk diingati dimasa masa akan datang. Kami sama sama adventure...Aku pernah kehilangan kawan angkara perbuatannya yang aku sendiri tidak faham..kini Allah menggantikan sahabat yang lebih perlu dan baik untuk berada disisi aku. Mai mengalakan aku membuat course jangka pendek biayai sendiri diluar negara..aku suka idea dan suggestion dia..aku suka self and career development.

kami berpisah dengan airmata. Aku mengengam erat tanagan Mai sambil berkata thanks for everything especially your TRUST to be my closed friend..dan dia berkata padaku..Za you are so lovely..kami berpelukan dan aku berbisik..UKKHUWAH fillah Mai..kita ada each other..ada jodoh kita bertemu lagi...dia meninggalkan aku sebotol madu yang dibelinya. dalam hati aku berbisik sepanjang pemanduan pulang kerumah. YA Allah..kau tolonglah sahabatku ini...hentiakn pencariannya..temukan insan terbaik yang sesuaid engan dirinya..bahagiakanlah dia..penuhilah keinginannya..terutama soal ANAK..dia seorang yangs angat penyayang..terlalu inginkan anak dalam hidup..aku sempat berpesan padanya jangan berhenti berHARAP pada Allah..jangan berputus asa..kita doa sama sama..insya Allahh Mai..pasti ada kemanisan yang bakal menanti...kita tidak pernah terlambat dengan izin Allah. Akus ayangkan sahabat ini..walau sekian alam tidak bersua..cara dia berhadapan dengans etiap kemelut memberitahu aku bertapa KUATnya dia dan aku kagum dengan kecekalan hatinya.

Semoga ada lagi peluang pertemuan selepas ini..kami berjanji untuk ke Singapore BERDUA..mungkin selepas raya..insya Allah...ya allah aku mohon keberkatan pada persahabatn ini..semoga pennyatuan kami menguatkan satu sama lain dan mampu membantu orang orang disekeliling kami...

WILL MISS YOU !!!!

Thursday, April 8, 2010

TERUS melangkah...dan melangkah...


Pagi ini dalam kepala aku menjangkau waktu kerja yang sangat singat. Ahh friday!! what aday!!lebih baik stay kat rumah...apalagi tengahrinya aku akan melalui kekalutan pertemuan dengan org yang perlu untuk settlekan beberapa perkara termasuk arahan mengambil anak anak untuk stay dengan mak dirumah adik. Insya Allah moga Allah permudahkan. pemanduan hari ini lancar..dan aku tenang.ake menumpukan pendengaranku pada berita berita dunia dan malaysia..ilan iklan berhtai hati dengan laman internet...serasa agak mengantuk lantaran semlaam tidur agak lewat dan risaukan fayaydh yang diserang semput.

Bergegas masuk pejabat ..jenguk TO DO LIST..ahhha banyak jugak benda perlu buat...apa pun masa breakfast ku suka kuhabiskan sambil melihat FBkus ambail harvest and plant pokok pokok digame kegemaranku...seketika...ahh hari ini level 34...boleh beli Villa..game ni kekadang memberi input positive dalaman...dikala kita tercari cari keseronokan seketika..hehe..Selesai..lantas kututup dan mula menumpu pada kerja ..kejap print kejap tenguk..kejap delete..print bali..akhirnya siaplah working paper yang aku tunggu kelewatannya kerana confirmkan speaker yang terkenal menjadi undangan penting.

Diam tak diam..waktu sudah 11.00pagi...aku terpaksa drft Next monday to do list...sambil menyedut air kelapa muda yang dibeli diluar sana. dan antar routine yang perlu siap sebelum balik..menulis disini...memang TERASA masa bergerak pantas..dan kenalah semakin fokus agak kepala seiring dengan kecepatan masa. Kita tiada pilihan...aku suka dengan perubahan baru sejak akhir akhir ini..petang ni azam paling kuat ialah untuk masuk meeting club...akui kelemahan dan kesuliatn..cuba meberi laluan kepada eprkara yang possible sahaja agak tiada tekanan yang MENSASARKAn diri.

Dalam diam diam kesibuakn waktu..aku rindukan alya...Dikhabarkan dia sudah pandai mengangakt tangan dan menyeringai giginya bila namanya dipanggil. Aku teringin melihat sendiri GELAGATNYA itu...sungguh memikat hati..hehe..entahlah ada kew aktu untuk aku pulang walau dua hari ke sana bertemu Alya sebelum pergi bercuti kalau tidak ada aku akan pulang hujung MEi untuk memberikannay hadiah khas dari LONDON..sayang Alya..moga Alya terfikir akulah ibunya yang kedua..sebagaimana aku memikirkan Ummi...ada banyak kasih sayang..hidup bahagia walau sering diduga..

Aku juga tersenyum membaca sebaris ayat RINDU...ya rindu terlalu manis bila kita sibuk dan terlalu menyakitkan bila kita down...aku sempat save kan message Rindu dari sibintang KEJORA itu..hehe...aku percaya pada CHEMISTRY...dan banyak yang bersetujud engan pendapat aku...pandangan zahit tidak akan berkekalan..Chemistry attachment adalah kekal selamanya walau dimana, bagaimana dan sampai bila bila...
Semoga si bintang KeJORA akan kelihat bila tiba waktunya..dia ada disana..cuma terkadang awan hitam menutupi tirai cahayanya...namun cahaya itu masih TERASA...
Bulan April Ada Letusan BOM..biarlah bagaimana seklai pun bentukd an rupa keadaan..yang penting aku ingin terus melangkah...selagi bumi dipijak langit dijunjung..yang maha melihat ..memmahami..mendengar dan mengethaui hanya Allah sahaja...Aku akan tersu sujud..meohon dikasihi..dipelihara..dipimpin gerka geri..diberkati dan yan paling penting..dipanjangkan usia untuk terus BERBAKTI dan memberi kasih sayang yang ada....

ALHAMDULILAH...aku amat bersyukur ya Allah....

Wednesday, April 7, 2010

Positif praktis...berbaloi baloi!!!


Selama semenjak aku dilanda musibah terbesar dalam hidup ini...semalamlah tidurku paling nyenyak walau ada beberapa perkara dalam TO DO LIST tidaks empat dilakukan. Bila rasa mengantuk dan berat mata datang aku perlu dahulukan memandangkan sekian lama aku rindu pada rasa mengantuk dan tidur NYENYAK...seawal pukul 6 pagi ini aku terbangun sendiri dengan segarnya. Inilah yang dikatakan QUALITY SLEEP...good for health!!!

Faktor pertama yang menjayakan qulaity sleep semalam ialah kerana aku makan agak berat dan banyak serat. Dengan berbelanja hanya 8.50 di Boulevard Fresh sebelah rumah..untuk 2 ekor ikan cermin, Couliflower kegemaran Harraz, fish ball dan Fucuk. Terus masak sup sayur dengan Fucuk dan pemanisnya fish ball bersma udang yang masih tersimpan dalam fridge. Ikan cermin aku goreng kunyit. Berselera aku tengok anak anak dan hubby makan.3 kali tambah semuanya..nasi 4 pot cuma bersisa sedikit itu pun kerana aku tidak menambah cukup meratah sayur sayur yang tidak habis. Lepas selesai berkemas dapur, aku makan mangga manis ynag siap dipotong sambil minum air masak dan melayari intenet...beberapa perkara..tiba tiba mata rasa semkain berat berat berat...dan yesss TIDUR jadi best sangat.

Faktor kedua ialah...bila aku membuat kerja mengikut TO DO LIST samada dipejabat atau dirumah...masa penuh pengisian terancang dan fokus tetap berbanding tanpa to do list...dan at the end of the day ..aku mearsa puas waalu ada yang tidak selesai. Biasalah kita manusia...dalam senarai yang terbanyak dan terpanjang bukan semua mampu dibuat...Sebelum tidur sempat ketawa selama 20 minit mebaca mesej dari nelli...dan ketawa itu menjadi terapi terbaik dalam kehidupan yang penuh stress.

Memang BENAr..dengan melaukan aktiviti sebgeini aku mampu meletakkan persoalan yang melanda diri diluar kotak FIKIRAN..aku mampu lebih fokus...mampu mengalih pandanagn pada tekanan perasaan...persaan tidak wajar dilayan keterlaluan. Perasaan melihat hakikat pada diri dan pada orang lain..tapi akal meolong mengemudi kehidupan untuk melawan perasaan. Tiada manusia sempurna dalam hidup tapi belajar dari kesilapan...berbuat baik kepada yang memerlukan sudah cukup membuatkan hidup ini tenteram...Alalh maha memahami...maha mengetahui...kita perlu melalui jalan kehidupan yang telah ditakdirkan..kalau mampu dilalaui walau sesukar mana pun ganjaran dari Allah yang paling jelas ialah KEBIJAKSANAAN...sola pahala yang naik kelangit biarlah menjadi rahsia Allah jua...

inilah yang dikatakan POSITIVE...keep moving forward positively!!!!

Tuesday, April 6, 2010

Semalam yang TENANG....


3 hari lepas aku TERUK dilanda perasaan down!!! hinggakan aku menamakannya THE BAD DAY EVER...Hari ini aku begitu bersemangat menyegerakan panggilan meeting khairat di bilik meeting RMDD...begitu tinggi fail yang terkandung 85 pemohon bantuan keewangan yang sudah diinterview dan proses pertimbanagan kes by kes bersama 6 ahli board yang lain. satu kerja ynag sedikit sebanyak memperlihatkan aku kisah kehidupan diluar sana. Penuh pelbagai...kaya jadi miskin...miskin tapi anak pandai pandai...miskin tapi suka meohon wang lebih untuk lavish...tak berapa miskin tapi suka mencuba nasib demi wang...Begitulah manusia. Aku seronok dan ada beberapa kes yang menyentuh hati...semoga sedikit sebanyak bantuan kami walau bukan dari poket kami sendiri membantu memringankan beban pelajar dan ibubapa mereka...mengurangkan stress belajar...hidup dikampus dan mampu lebih memberi tumpuan...teringat zaman aku dulu...SIKSANYA...dan perasaan perit sendiri membantu kita lebih memhamai keperluan orang lain...

Semalam aku berjaya membawa diri memusatkan perhatian kepada keperluan diri dan menstabilkan emosi yang tertekan. sudah semestinya dalam list teratas BERMOHON pada Allah dan seterusnya membanyakan agenda dalam TO DO LIST of the day. Semalam bermulalah 2 To do list of the day...satu pejabat ..satu rumah...berjumlah 20 senarai...memang kita tidak mampu menyelesaikan semua....tetapi kita boleh menangguhkan kepada esoknya ...sekurang kurangnya kita ada satu benda yang ingin dikejar pada hari tersebut. Ada satu perasaan puas bila kita mampu memangkah lebih dari 5 tugasan dalam list...dan inilah KEBERKESANAN teknik ini pada diri...secara tidak langsung kita participate untuk keep moving forward!!!!. Hasilnya dipejabat selepas pukul 5.30 petang aku memandu dengan TENANG kerumah...dan sesampai dikawasan rumah...to do list rumah bermula...dan Aku tidur paling lewat pukul 12 dengan lena dan tenang selepas aku memangkah hampir 5 perkara semalam. Pagi ini bangaun terasa SEGAR dan terus teringat teh day of today to do list at the office.

semalam kesempatan berbual dengan kawan cuma diambil masa makan awal lunch bersama Na...na lah satus atunya kwn yang agak akrab di CFS Nilai dengan aku. Aku tidak kisah makan aku makanlah NA...bagusnya temanku ini ..dia tidak akan menggangu akukalau aku banyak kerja dan dia sanggup tunggu hingga aku mencarinya. Kami setuju dalam banyak perkara. Dan aku melihat kejujuran pada matanya tanpa terlebih bermanis muka pada perawakannya.Selepas makan dengan na aku tidak makan hinggalah pukul 7 malam. seleraku bagai nak gila..s.emua makanan aku teringat. Pertama kali dalam sejarah, aku dudk seorang diri di SEcret Receipe dan memesan Strawberry yogurt Drink, Pumpkin Soup, Black paper Grilled cchicken dan Black Forest Cake. satu persatu aku makan tanpa mengikut atyran...apa yang samapi dulu itulah yang aku BALUN. Sedang aku menikmati Black paper chicken aku terpandang pekerjanya tegak berdiri sambil memerhati customer sekeliling..lantas aku berkata dalam hati..aku makan sedap sedap..kesian dia...mungkin dia kerja je dekat sini tapi makanan ni dia tidak pernah sentuh. Untungnya nasib aku...susah payah masa lalu..jerit perih zaman remaja aku lalui dengan sabar dan inilah sebahagian hasilnya. Namun dalam bersyukur, aku perlu ingat...aku tidak boleh sellau begini...aku kena berkongsi dengan mereka yang memerlukan...pada yang terdesak hidupnya...makan sekadar meneruskan hidup...tapi kita makan demi SELERA..itulah bezanya..dan aku insaf didalam hati...Ya Allah bukalah peluang untuk aku berkongsi...agar makanan ku menjadi lebih nikmat kerana jiwaku turut serta dengan tulus.

Selepas makan, aku menyegerakan tugas dalam list. Bila anak anak pulang..walau apa pun emosi mereka...aku terus menyambut mereka dengan senyuman..dan bertanya apa yang mereka inginkan...dan aku berhenti seketika dari tugasan itu demi mengupas mangga buat anak anakku. Ada satu rasa harmoni...ada satu rasa tenteram...Aku ingin terus lakukan sesuatu yang hati aku ingin lakukan..kini aku lebih percaya naluri aku sangat BENAR..bisikan hati aku sangat SUCI..dan..mengikut kata hati dan naluri...Aku mampu capai rasa TENANG selepas aku bermohon dan bermunajat pada Allah...TUHANKU..kalau pada manusia tidak ada sepenuhnya pulangan..sememangnya engkau membuka mataku untuk aku terus BERTAFAKUR mendampingi mu...memaut pada mu..dan itulah sebenar benar kekuatan...sebenar benar perlindungan...hingga aku mampu tersu berdiri untuk lebih SENYUM dan menghentikan air mata ini demi INSAN INSAN ynag memerlukan disekelilingku...Amin!!!!!

Berikan aku terus KETENANGAN ini...untuk meneruskan PERJUANGAN ini ya Allah.

Monday, April 5, 2010

hakikatnya hati tetap TERLUKA.....


Sebenarnya sedari semalam idea mencurah curah kerana terlalu banyak persoalan yang bermain diminda. dalam tahun ini 2010. Semalam 5 April adalah The Bad day!!! sehingga tidak disedari air mata aku mengalir tika aku cuba makan dan mebaca majalah dicafe kegemaranku News Cafe...samapi aku tidak mampu mmebri penumpuan pada apa yang aku BACA...Begitulah hidup ada kalanya tanpa kita terduka berhimpun pada satu hari pelbagai cerita yang menghiris jiwa..mencalar rasa. terkadang hati berkata mengapa mengapa manusia tidak memapu memikir kesan buruk pada perasaan orang lain sebelum menuturkannya.

Hakikatnya hati ini memang TERLUKA walau beebrapa kali aku cuba katakan pada diri jangan benarkan sesiapa yang mampu melukan hati kita...letakkan hati kita gak tinggi...supaya tidak dicapai tanagn. namun praktikalnya memang sedari awal aku sentiasa meletakkan Insan Insan disekelilingku dekat dengan hati..aku mengahrgai mereka walau bagaimana sikap mereka seklai pun selagi tidak mengancam hati aku. Aku mampu mmebuka ruang penerimaan yang luas pada orang lain tapi inilah yang aku terima..Orang lain tidak mmapu menrima aku SEADANYA. Apakan DAYA....

Naluri aku tidak pergi jauh dari apa yang aku rasa. sedari tempat tidur kaki begitu berat untuk diangkat. lalu aku meberi laluan pada Naluri menati apa yang bakal aku terima hari ini....ya satu perihal adikku tersingkap. selama ini aku emndengar omongannya yangs eakan mabuk dan tidak tentu hala. sekali lagi dalam sejarah hidup aku berdepan dengan situasi orang tersayang terheret diri dilembah najis dadah. Mungkin orang memandang isu ini remeh tapi pada ku TIDAk...kesan dadah akan mengubah saraf pemikiran dan menjadikan seseorang hilang pertimbangan dan perikemanusiaan. bagai ada satu tenaga..kutanya hubby meminta pengakuan. terkadang manusia sanggup melindungi gegala yang tidak sihat..terkadang manusia tidak melihat aspek yang lagi penting demi menjaga kehormatan rekaan minda yang salah. sekali lagi aku terluka...TERLUKAnya hati...sedang sudah dilihat betapa aku sakit menjadi mangsa keadaan...kini masih ingin sekongkol berahsia..dimana BERANI kerana Benar yang dilaungkan ISlam..masyaAllah...masa berllau pantas sekarang..kalau masalah tidak dicantas secepat mungkin...dikoreak akar umbi dibersihkan sebaik mungkin ..tinggallah insan itu terkapar kapar dalam tempoh yang lagi lama. lantas aku menghubungi badan nadan yang patut..aku terangkan apda mak..apa peranan yang mak perlu mainkan..aku tegaskan pada adik beradikku apa kesan jauh yang bakal berlaku kalau kita tidak serius sekarang. Buanglah ketepi rasa malu pada masyrakat...buat apa malu pada masyarakat kalau tanggungjawab kita tidak laukan...ketepikan ego diri...seorang anak jadi begini..sebaliknya sama sama merenung mengapa ada anak yang terkapa dalam kancah sebegini...fahamilah keadaannya..apakah sumbanagan negetif kita...sama sama kita sedar sama sama mengambil langakh kebaikan bersama. Aku kira tugas penting ku selesai..selebihnya aku tidak perlu risau kerana akus eorang yang gembira memberi sokongan dan dokongan pada insan yang lemah dan kejatuhan.

dalam detik hati kelegaaan...airmata aku tertumpah lagi...aku akui hati ini sebenarnya bukan lagi hati tisu..hati ini bukan senang untuk menagis pada benda benda yang tidak patut ditangisi..tapi mendengar LUAHAN HAti kakakku yangs edari dulu hidup terumbang ambing..aku tidaks edar aku turut sama sendu bersamanya. hakikat yang aku perlu terima..kekadang diri ini dikritik teruk tanpa memikirkan kesan dan aib aku dan akhirnya sammpai ketelinga aku sendiri...pedihnya cerita cerita yang tidak sepatutnya menjadi bahan perbualan dibualkan sewenang wennagnya seakan menghina..seakan merendahkan..apalah daya kalau itulah mentaliti mereka...walau segunung intan pun kasih sayang kita..pengorbanan kita susah payah kita..MANUSIA memang cepat lupa. Aku tanpa sedar merintih disisi suami...aku terlalu kecewa mendengar cerita cerita yang tidaks edap dibualkan adik beradikku seolah benda itu terlalu penting kearana aku tidak pernah mengaibkan mereka..walau sebesar mana pun kekuranagn dan kepincangan mereka yang aku liaht dan dengar. letihhhnyaaa letihnaya melayan kerenah sebegini...hati aku jadi tawar..hati aku mengajak aku untuk menjadi keras...cukup masa dan duit aku buang untuk mengembirakan orang lain..sedang dalam diam diam aku diperlekehkan sebegitu rupa. hati mana yang tidak sakit!!! semalam aku berkata pada suamiku...aku tidak mahu berharap..aku tidak mahu lagi BERKORBAN..aku hanya akan melayan insan insan yang memerlukan aku walau dari segala segi..aku tidak mahi menganggu kebahagiaan orang lain..aku ingin terus MELIHAT DUNIA...aku ingin menjadi SELFISH...aku kecewa...aku terluka....

Dalam aku cuba mencari kelegaan. Aku teringat Ummi yang kesepian lantas aku menghubungi ummi...cuba berbual mesra dan bertanya khabar..sesekali aku menyilang jenaka..kami ketawa bersama..aku cuba menyembunyikan perasaan sarat yang sedang aku alami...dan tiba tiba aku mendengar kenyataan IBu SAUDARAku yang dirahsiakan selama ini...sepupu sepupuku menagtakan sesuatu yangs angat AIB dibelakangku..yang aku kira ini semua FITNAH. Ummi berklai menyatakan dia tidak percaya dengan cerita cerita itu..tetapi aku sekaan tersedak dari minuman...kelat aku menelan air liur dan sukar mengapai nafas seterysnya untuk membalas jawab...Tidak mungkins aya tergamak melakukan SEBEGITU HINA...."saya masih ingat saya ada anak anak yang mecontohi saya..saya masih isteri orang...Zina bukan pilihan saya." itulah yangs empat keluar dari mulutku dan aku bergegas meletakan telefon kerana da call lain yang sedang memanggil...sedang aku berjalan menuju ketempat temu janji hari ini...aku rasa kosong...aku tanya diri sendiri aku patut rasa apa ya..rasa sedih ..rasa terkilan..rasa terluka...aku tak tahu apa yang aku rasa. Ternyata aku melihat bagaimana aku dikhianati bila aku sedikit berkongsi dengan sepupu sepupuku...wahal aku tidak ada rahsia antara mereka..menagap mereka pandai pandai menyambung cerita aku dengan versi mereka sendiri.....selesai appoinment...pulang kerumah...aku solat maghrib...aku tertanya lagi ..aku perlu diam...NO..aku perlu mengeluarkans atu kenyataan halus menafikan fikiran mereka...awalau sudah diluahkan walau sudah diperkatakan...lanats aku mencipta satu sms simple...salam...saya tidaklah seburuk yang difikirkan...zina bukan pilihan saya..sampai hati!!!. mereka bukan orang lain..mereka adlah sepupu sepupu ku yang aku berkawan sedari kecil..mereka aku lihat dengan kasih sayang..mereka aku letak sama taraf dengan adik beradik..dengan mereka aku tidak berkira soal wang..denagn mereka aku tidak mengenal erti bosan....

Aku memati bunyi telefon. Aku tidak perlu mendengar apa apa komen lagi...ummi tidak pernah berbohong...untung aku mnegethau..sekurang kurangnya aku emmahami INILAH ATTITUDE DAN PEMIKIRAN mereka..inilah VALUE mereka...dan aku tidak perlu kesal kerana aku sudah buat yang terbaik merapatkan yang dekat demi kekeluargaan dan silaturahim. Kini akuperlu melihat kembali...apapun dan bagaimana pun kita...dalam perjalanaan itu tetap ada ranjau dan duri yang tersendiri...seseklai aku tidak akan berhenti emlangah..aku akan terus berjalan tapi kali ini..perjalanan ini tanpa harapan..perjalanaan ini penuh hati hati..bila kita sudah memahami dan menegnali jenis hutan, kita mesti tahu corak duri dalam belukarnya...kta kena berhati hati...kita kena celik jangan tertipu dengan rasa kasih yang membaikan semua pandangan...sedang mereka semua berwatak GUNTING DALAM LIPATAN...aku bertanya pada diri..siapa yang aku ada ...siapa yang aku perlu menayndar dan terus lebih percaya..jawabnya hanya satu..kita sentiasa ada ALLAH. Aku melihat betapa lemahnya darjah kasih manusia...walau diikat dengan hubungan darah tiada bezanya.

ya Allah bantulah aku untuk berdiri dan terus melelangah aku percaya selepas aku tidak meletakakn kasih manusia sebagai segalanya..aku ada kasih sayang agungmu yang bersifat SENTIASA...Ampunilah dosa doa dan kerterlanjuaranku ya Tuhan...terimakasih atas segala kepahitan yang akhirnay mempelihatkan pada aku sebuah HAKIKAT!!!!


Aku ingin terus menyegerakan seruanmu..panggilanmu..sujud dan mebesarkan keagungan mu....maha suci Allah maha melihat yang nyata dan tersembunyi....Amin!!!

Indahnya bintang KEJORA....


Semalam aku dan Nelli sama sama menghantar anakku Wahida ke Asrama SMKA simpang Lime. Terharu bila Nelli begitu beriya untuk mengikut aku dan perjalanan sejauh 5 jam pergi dan balik itu langsung TIDAK TERASA...yang terasa cuma satu rasa puas dan seronok. Terdengar dengar gelak ketawa Nelli sahabat yang aku kenal semenjak tahun pertama matrik UIA itu. terimaksih Allah kerana aku masih ada Nelli sahabat yang seiya sekata sehati sejiwa...sebulan tanpa bertemunya seakan ada sesuatu yang hilang dalam hidup...kami ibarat adik beradik cuma dilahirkan berlainan ibu dan bapa.Nelli pernah mengakui mepercayai aku lebih dari adik beradiknya sendiri.

Satu perjalanan yang panjang..satu perkongsian yang puas.Itulah antara kami sama sama rasakan..yang ketara aku terhibur mendengar gelak bersahaja nelli.apalagi kami sama sama suka merasai makanan yang tidak pernah jumpa MENTARANG..hehe sedap rarasnya kalau tidak kerana Nelli aku tidak terpanggil untuk berhenti dan membeli benada alah tu untuk dicuba...dan ternya SEDAP dan kami sama sama SUKAKAN MENTARANG. Buat pertama kalinya Nelli mendengar pengakuan BERANI dan Jujur aku tentang hakikat jodoh dan pertemuan. Benarlah kata orang kita akan merasa seronok dan puas bila diberi peluang meluahkan isi hati dan lawan kita bersedia untuk menerima dan memahami.

Nelli bersetuju...kekadang hidup ini pelik. Bukan semuanya kita dapat sempurna. tapi kalau kita meiliki lebih 50% kira sudah bagus dan kalau nasib kita baik, kita ada 70% kita pasti aakn lebih gembira. usahlah mencari 30% lagi yang kurang itu sebagai satu subjek utama sehingga kita menafikan 70% yang sedia ada. Itulah kurangnya kita...itulah perlunya pergantungan pada Allah yang maha Esa. Nelli juga mengiyakan...kekadang ada sebuha pertemuan ibarat seindah bintang kejora. bintang itu wujud tapi sangat tinggi letaknya. Kita tidak mampu memiliki tapi ada waktunya kita mampu mengintai dari celah jendela diwaktu malam yang kesunyian CANTIKnya bintang kejora. kita masih mampu memuji..kita masih mapu meningati...CAHAYA KEJORA itu. yang pasti kita ad pengalaman dan pengalaman mendewasakan kita..hati kita bertemankan KEJORA...dari kejauhan kita merenung dan berbisik sendiri. Itulah hakikatnya...bukans emua yang indah boleh digapai...dan memang adalah mustahil untuk membuat keputusan yang tidak masuk akal..mencari 30% dan melupai 70%. dalam sepuluh hari mungkin ada 3 hari berduka dan dimasa itulah kita merenung KEJORA...menikmati cahya kasihnya..mungkin kita akan senyum sendiri mengenangi saat manis mengenali bintang kejora ini.

Apa pun hakikatnya kita tidak pernah kurang. dalam kesibuakan seharian..ada waktu yang membantu kita tenang...kita merenung bulan melihat bintang dan menegur KEJORA dilangit..betapa besarnya keagungan Allah itu, dalam ranjau duri masih ada penawar..dalam sukar dan payah ada kemanisan pengalaman....begitulah adanya B
KEBESARAN ALLAH...dan aku tidak ingin berhenti melihat dan mencari BINTANG KEJORAKU.....


Aduhai Bintang KEJORA...indahnya cahayamu!!!!!!

Thursday, April 1, 2010

A date to remember.....


Hari ini 2nd April 2010..pantasnya masa berlalu...semlam 1st April...April fool..satu satunya hari yang sellau ada kelucuan dikalangan adik beradik dan teman teman. tapi April fool tahun ini aku berada dikatil tidak bermaya kesan tidak tidur semlaman. Doktor kata aku stress...mungkin ya...apakan aday ada banyak stress dalam hidup yang tidak mampu kita lari atau hilangkan...dari masa kesemasa adalah baiknya kita beljar untuk rilex dan cope...

Bila aku membelek belek gambar pagi ini...aku terjumpa gambar yang pernah aku ambil di january lepas bila aku terlihat Fayaydh membulatkan kelender 2010 untuk memperingati HARIJADI MAMA. Aku senyum sendirian....hati ibu mana yang tidak gembira melihat ada nilai nilai usaha untuk membuktikan kasih sayangnya pada ibunya. lantas aku teringat untuk mengambil gambarnya. Ya harijadiku jatuh pada 21 April 2010. menjadikan aku seorang TAURIAN...hehe better than Aries!!!. Asalnya aku Aries..ntah banyak cerita disebalik kelhairanku yang aku mals untuk meikirkannya. Aku sentiasa terima seadanya aku.

Aku sudah mengumumkan pada Linda adikku yang aku akan membawa semua mereka ke satu tempat makan yang aku baru jumpa dan memang susah nak cari menua yang tersendiri yang dihidangkan ..standard dan tidak keterllauan MAHALnya...iaitu ICE ROOM. Gathering kami hanya boleh dibuat pada hujung minggu...memandangkan semuanya kerja..dan aku memilih 24 April semata mata memberi laluan kepada majlis kawin adik ZAm pada minggu sebelumnya dan Gathering peers counselor dengan kawan kawan satu group Peers 2nd batch. Malangnya bila aku melihat jadual pulang kerumah Nana...ya masa tu Nana tidak akan turut serta...jadi terlebih awal atau lewat aku kena keluar berdua dengan nana...mungkin ke Cozy Corner...sebelum aku terbang ke LONDON. memang kalau aku ada waktu berdua duan dengan Nana ...sangat menyeronokan...dua dua suka makan..dua dua suka merasai menu baru dari masa kesemasa. Dua dua suka bebrincang pasal pengajaran hidup dan masa depan yang optimistic...SERONOK..anakku itu dewasa mindanya...dan antara kami tidak ada rahsia.

Hari ini aku ditempat kerja. tapi tidak boleh bekerja seserius yang aku inginkan memandangkan aku terpaksa membawa kedua anak lelakiku...mereka tidak kesekolah hari ini..dan aku tidak suka sepanjang hari kerisauan mereka dirumah lebih baik stress dengan mereka depan mata. Kekadang kita tidak ada banyak pilihan yang baik sebaliknya better worst among the most worst..hehe. mereka didepan mata aku memang mengacau pemustan fikiran tetapi hati aku tenang. kerana itulah kerja kerja paper work yang serius terpaksa dilakukan Isnin depan.

Benarlah..dalam suka duka hidup walau bagaimana kelam kabut seklaipun anak anaklah penawar hati dan peneman jiwa. bayangkan orang yang tidak ada anak..bayangkan orang yang kesunyian selamanya tanpa anak. dan bayangkan juga nasib sahabat sahabat yang langsung tidak bersuami hingga sekarang. Bukan saja kesunyian malah tertanya tanya bagaimana rasanra nikmatnya bersuami dan beranak pinak. itulah kuasa Allah...diberinya sesuatu kepada sesiapa yang dikehendakinya dan jika tidak diberikan digantikan dengan keistimewaan yang lain..cuma kita manusia yang sering merasa tidak puas dan selalu saja tamak dan ingin ada segala galanya tanpa terfikir bertapa timpang hidup didunia ini kerana segalanya hanya SEMENTARA....Teruslah mensyukuri apa yanag kita ada... hargai kehadiaran amnah allah setiap masa...janagn berhenti meminta kerana Alalh maha mendengar dan maha pengasih...kasihanilah aku ya Allah..kasihilah aku ya Tuhan...Amin